Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Sunday, 21 September 2014

UPSR: Kertas bahasa Tamil dan Matematik didakwa turut bocor,Kementerian sangkal laporan portal berita

PETALING JAYA: Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa mengesahkan menerima dua laporan polis berhubung dakwaan terdapat kebocoran kertas soalan Ujian Percapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 bagi mata pelajaran Bahasa Tamil dan Matematik.

Difahamkan Tajuddin menerima laporan daripada pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, pagi tadi.

“Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 8 (1) Akta Rahsia 1972,” katanya.

Kes ini akan disiasat sama seperti kes bocor kertas mata pelajaran bahasa Inggeris dan Sains.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh menyatakan calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu menduduki semula kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 berikutan berlaku kebocoran soalan.

Perkara ini diumumkan oleh beliau melalui status Twitternya yang menyatakan bahawa seramai 473,175 calon perlu mengambil semula kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2.

Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu kenyataan juga menyatakan bahawa kertas peperiksaan Sains 018, 028, 038 bagi UPSR tahun 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 akan ditangguhkan ke 30 September.

“Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Sains 018 (Sekolah Kebangsaan), 028 (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina), 038 (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan berlangsung pada tarikh 11 September 2014 jam 8.15 hingga 9.30 pagi telah didapati bocor,” katanya dalam kenyataan tersebut.- SINAR.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan hari ini menyangkal laporan sebuah portal berita berhubung kenyataan Ketua Setiausahanya Tan Sri Dr Madinah Mohamad berhubung penggantungan tugas dua pegawai kanan Lembaga Peperiksaan berhubung kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Kementerian sangkal laporan portal berita
 
Kementerian itu dalam satu kenyataan di sini berkata, penjelasan yang dibuat Madinah dalam sidang media di Putrajaya baru-baru ini adalah mengenai terma-terma 'gantung tugas' dan bukannya 'gantung kerja' sebagaimana yang ditanya pemberita.

Menurut kenyataan itu, penjelasan Madinah dalam sidang media itu, antara lain menyebut penggantungan tugas merupakan satu langkah pentadbiran yang tidak berbentuk hukuman, bertujuan memastikan kelancaran proses siasatan kes kebocoran soalan peperiksaan UPSR.

"Mulai pengumuman penggantungan tugas oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan (Tan Sri Muhyiddin Yassin), kedua-dua pegawai kanan berkenaan dikehendaki hadir bertugas di bahagian lain yang tidak ada hubung kait dengan Lembaga Peperiksaan.

"Oleh yang demikian, laporan Malaysian Insider dengan tajuk 'UPSR:Pengarah dan Timbalan LPM Tidak Pernah Digantung Tugas' melaporkan bahawa Dr Na'imah Ishak dan Dr Wan Ilias Wan Salleh tidak pernah digantung daripada tugas mereka adalah tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai," kata kenyataan itu.

Pada 12 September, Muhyiddin mengumumkan penggantungan tugas berkuat kuasa serta-merta Pengarah Lembaga Peperiksaan Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas peperiksaan UPSR 2014 selesai.

Tindakan itu dibuat susulan kebocoran soalan bagi subjek Sains dan Bahasa Inggeris, yang menyebabkan para calon perlu menduduki semula kertas peperiksaan berkenaan pada 30 September ini.

Menurut kenyataan itu, "Adalah dimaklumkan, kenyataan kepada media yang dibuat Dr Madinah pada 20 September mengenai penggantungan tugas itu adalah seiring dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri sebelum ini".

Sehingga semalam, polis telah merekodkan keterangan lebih 30 individu bagi membantu siasatan kes berkenaan. - Bernama

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung


widgeo.net

Search This Blog

Loading...

FB

There was an error in this gadget

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR