Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Sunday, 14 September 2014

Tak Usah Sibuk-sibuklah Tentang TG Hj Hadi, Pergilah Buat Kerja Masing-masing.....

Cita cita jahat kumpulan serpihan PAS yang katanya hanya NGO untuk memastikan PAS kekal dalam PR.... bukannya PAS kekal dengan prinsip Islam.... Sejarah mengajar kumpulan ini akan kecundang... Gah je lebih... siap buat servey di alam maya kononnya nak undi tak percaya kepada TG Presiden... biarlah luncai ini terjun dengan labu labunya...

Baca tulisan anak muda PAS ini tentang sejarah serpihan dan nasib mereka...

Ketika semua orang sibuk menyambut kemerdekaan pada 31 Ogos baru-baru ni, ada sekumpulan ahli PAS telah cuba memerdekakan diri daripada ketaatan kepada pimpinan PAS. Mereka menggelarkan diri sebagai PasMa.

Saya dengar mereka berkumpul di Pustaka Dar AZ-Zahra, Kota Bharu pada malam itu kononnya untuk membetulkan PAS jika tergelincir dari landasan perjuangannya. Tiba-tiba ada kawan menunjukkan satu rakaman pertemuan precouncil mereka di rumah salah seorang Naib Presiden PAS di Salor, Kota Bharu.

Walaupun tokoh kanan PAS itu berjaya menyembunyikan dirinya dari muncul di Dar Az-Zahra, dia belum dapat melepaskan diri untuk dikaitkan sebagai mastermind pergerakan PasMa. Dalam precouncil di rumahnya itu, seorang yang rapat dengan Ketua Pemuda PAS Malaysia mencadangkan supaya Presiden PAS dikenakan undi tak percaya.

Bila mengenang langkah PasMa yang sumbang ini, teringat pula kepada tindakan Cikgu Ahmad Fakharuddin pada 1974 dan juga Dato' Nik Man pada 1983. Kedua-duanya cuba membantah pendirian PAS lalu menubuhkan organisasi haram bagi memulakan langkah mereka.

Kononnya kerana tidak berpuas hati dengan PAS dalam BN, Cikgu Ahmad Fakharuddin dan Daud Yatimee "Gerakan" untuk menggulingkan Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri Haji Muda. Mereka mendakwa Presiden PAS tergelincir daripada perjuangan asal.

Di peringkat awal, Ustaz Amaludin Darus yang keluar setelah Ustaz Abu Bakar Hamzah dipecat. Kemudian

Cikgu Ahmad Fakharuddin melancarkan Revolusi 14 Mac bersama Daud Yatimee, Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan ketika itu. Mereka menggerakkan semua orang yang tidak sebulu dengan Asri untuk menggulingkan presiden PAS pada ketika  itu.

Dalam pilihanraya umum pada jun 1974, Revolusi 14 Mac menubuhkan Barisan Bebas Bersatu untuk menentang semua calon PAS yang berlogo Dacing di Kelantan ketika itu.

Pasca pilihan raya itu, bekas-bekas pemberontak PAS ini bergabung dengan IMAM yang ditubuhkan oleh Ustaz Amaludin Darus. Apabila krisis politik memuncak pada 1977, Dato' Mohd Nasir telah membawa penyokongnya keluar PAS dan menubuhkan BERJASA. Barisan Bebas Bersatu bergabung dengan BERJASA untuk berpakat dengan UMNO bagi menumbangkan PAS pada Mac1978.

Akhirnya, Dato' Mohd Nasir menjadi menteri dan Daud Yatimee menjadi speaker Dun Kelantan. Rupanya mereka menentang Presiden PAS kerana ada habuan daripada kerjasama dengan UMNO.

Selepas era Kepemimpinan Ulamak, ada juga orang tidak berpuas hati dengan Presiden PAS ketika itu. Perletakkan jawatan Dato' Asri rupanya ada niat lain. Anak saudaranya, Dato' Ishak Lotfi bersama Dato' Nik Man bekas speaker Dun Kelantan membuat gerakan menentang Presiden PAS Haji Yusof Rawa.

Dato' Nik Man dilantik mengetuai satu badan yang dipanggil "Jawatankuasa Bertindak" untuk menentang Presiden PAS itu melalui gerakan dalaman. 13 orang tokoh utama gerakan ini. Dato' Asri menyembunyikan diri, tetapi diketahui dialah dalangnya.

Apabila PAS bertindak ke atas mereka, Jawatankuasa Bertindak ini segera bertukar menjadi HAMIM pada 1983 dan menentang PAS pada pilihan raya 1986. Dalam pilihan raya ini, calon-calon HAMIM berlogo Dacing. Rupanya mereka menyerpih daripada PAS ubtuk bersama-sama UMNO.

Ternyata, ketika krisis politik 1988, Dato' Asri cuba membubarkan HAMIM dan membawa pengikutnya menyertai UMNO, tapi gagal. Pengikut HAMIM ada yang menyertai Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang ditaja BERJASA. Ada kumpulan lain pimpinan Ustaz Wahab Yunus, menubuhkan Ikatan Masyarakat Muslimin Malaysia (IKATAN).

IKATAN kemudian dibeli oleh penyokong reformasi pada 1999 untuk dijadikan Parti Keadilan Nasional (PKN). Setelah bergabung dengan PRM, parti ini dikenali sebagai PKR.

Rupa-rupanya HAMIM juga senasib dengan Revolusi 14 Mac, kedua-dua akhirnya menjadi macai UMNO. Itulah akibat bila memberontak dalam jemaah kerana dengki dan kesumat. Kononnya presiden tidak betul, tapi apabila bersama-sama UMNO baru disedari apa sebenarnya matlamat.

Bila PasMa ditubuh dgn mesej yang sama dengan revolusi dan HAMIM, ahli PAS mesti belajar amat. Mereka ini tersesat di pemulaan kalimat. Nanti akhirnya, UMNO juga menjadi matlamat.

Orang kata PasMa ni orang PAS yang menjadi macai Anwar... Pas+Ma (Macai Anwar). Kita lihat.... siapa yang kena..


Ahmad Hakimi Othman
Selangor.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung


widgeo.net

Search This Blog

Loading...

FB

There was an error in this gadget

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR