Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Thursday, 11 September 2014

“MENUNTUT HAJI MABRUR ITU JIHAD”

Khutbah Pertama


اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :
وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ ۚ فَإِنْ أُحْصِرْتُمْ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ ۖ وَلَا تَحْلِقُوا رُءُوسَكُمْ حَتَّىٰ يَبْلُغَ الْهَدْيُ مَحِلَّهُ ۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ بِهِ أَذًى مِّن رَّأْسِهِ فَفِدْيَةٌ مِّن صِيَامٍ أَوْ صَدَقَةٍ أَوْ نُسُكٍ ۚ فَإِذَا أَمِنتُمْ فَمَن تَمَتَّعَ بِالْعُمْرَةِ إِلَى الْحَجِّ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ ۚ فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ فِي الْحَجِّ وَسَبْعَةٍ إِذَا رَجَعْتُمْ ۗ تِلْكَ عَشَرَةٌ كَامِلَةٌ ۗ ذَ‌ٰلِكَ لِمَن لَّمْ يَكُنْ أَهْلُهُ حَاضِرِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ ﴿١٩٦﴾  سورة البقرة 
اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الِــهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.  
اَماَّ بَعْدُ أَيُّهَا النَّاسُ اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba Allah sekalian,

Pada hari Jumaat yang penuh dengan kemuliaan serta keberkatan ini, marilah sama-sama kita memujuk hati kita untuk bertakwa kepada Allah swt, iaitu dengan berusaha bersungguh-sungguh mematuhi semua yang dilarang semoga kita tergolong dari kalangan hambanya yang dijanjikan beroleh rahmat serta pengampunanNya dan dibalas dengan SyurgaNya, di Akhirat sana, Amin.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Musim Haji menjelma lagi. Ianya mengembalikan kenangan kita kepada sejarah hampir 5,000 tahun yang lampau iaitu kisah Nabi Allah Ibrahim a.s, bapa segala Nabi. Baginda telah menghabiskan segenap umurnya untuk mengabdikan diri dan berkorban kepada Allah swt. Baginda telah berpindah dari satu negeri ke satu negeri dari Mesopotamia sampai ke Palestin lalu terus ke Mesir dan akhirnya menetap di tanah suci Makkatul Mukarromah. Baginda telah menempa sejarah yang sangat luhur yang terus bersemadi di hati umat manusia selama bumi ini disinari oleh bulan dan mentari.

Nabi Allah Ibrahim telah diperintahkan untuk meninggalkan Isterinya Siti Hajar bersama Puteranya Ismail yang masih kecil di bumi yang tandus, kontang dan sunyi. Dengan rahmat Allah swt, terpancarlah, Air zam zam untuk dijadikan minuman mereka. Setelah sekian lama meninggalkan mereka, Nabi Ibrahim kembali kepada keluarganya dengan hati yang riang gembira, namun datang pula perintah Allah di dalam mimpi, menyembelih puteranya Ismail. Dengan penuh ketaatan, Nabi Ibrahim telah melaksanakan perintah tersebut lalu Allah menggantikan Nabi Allah Ismail dengan seekor kibas yang besar. Berdasarkan peristiwa inilah, lahirnya ibadat penyembelihan KORBAN, yang mana hukumnya adalah Sunnat Muakkad kepada umat Nabi Muhammad saw. Kemudiannya Allah telah mengangkat Ismail menjadi Nabi lalu Allah memerintahkan Nabi Ibrahim membina Kaabah, dibinanya bersama puteranya Nabi Ismail a.s.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Begitulahlah amal ibadah dan kebajikan-kebajikan umat terdahulu yang terus segar di kalbu setiap Umat Islam terutamanya tatkala menunaikan Ibadah Fardhu Haji. Segala yang diperintahkan oleh Allah dipatuhi dan dilaksanakan dengan rasa tawaduk, ikhlas dan rendah diri kepada Allah. Segala amalan-amalan haji itu samada yang rukun, fardhu dan sunat hendaklah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Kesemuanya dilaksanakan dengan penuh pengharapan semoga mendapat rahmat, keampunan dan keredhaan daripada Allah swt dan yang penting ibadah hajinya diterima Allah dengan mendapat Haji Mabrur yang mana Allah swt menjanjikannya dengan balasan Syurga.

Hadirin yang berbahagia,

Dalam hal ini Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa dengan mengerjakan ibadah haji, seorang mukmin akan merasai kerinduan yang sangat mendalam kepada Allah. Mereka dengan rela hati telah meninggalkan segala yang mereka sayang termasuk kampung halaman, keluarga, sanak-saudara, harta-benda dan sahabat-handai dengan mengharungi lautan yang dalam dan luas terbentang semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah swt. Menurut sejarah, ibadah haji adalah satu-satunya ibadah yang telah sekian lama diamalkan oleh umat manusia sebagai amalan yang menghubungkan jiwa seorang hamba dengan Tuhannya. Kemudian ianya disyariatkan juga kepada junjungan kita Rasulullah saw dan umatnya lalu seruan dan panggilan ini disambut dan dijawab oleh umat Islam dengan laungan Talbiah,


لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، اِنَّ الْحَمْدَ، وَالنِّعْمَةَ، لَكَ وَالْمُلْكُ، لاَ شَرِيْكَ لَكَ

"Wahai Tuhan kami, Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar penuh taat-setia menjunjung perintahMu. Wahai Tuhan yang tiada sekutu bagiMu, kami datang menyahut seruanMu, sesungguhnya segala puji serta segala limpahan rahmat adalah milikMu, yang datang dariMu dan hanya untukMu, Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada sekutu bagiMu."

Saudara-saudaraku yang dikasihi Allah,

Setiap bakal haji mengharapkan agar dikurniakan oleh Allah swt haji yang mabrur iaitu haji yang menghapuskan segala dosanya, menambahkan iman dan takwanya, menjadikannya istiqamah dengan amal-amal soleh, menghalangnya dari mengulangi kerja-kerja mungkar dan maksiat. Lidah dan hatinya akan menjadi lazat berzikir, tidak lagi bercakap perkara-perkara lagho yang tidak berfaedah. Orang yang mendapat haji yang mabrur akan menjdikan masjid dan surau sebagai tempat yang dicintainya, majlis ilmu menjadi hiburan baginya, Al-Quran akan menjadi teman setianya. Begitulah tingginya nilai haji yang mabrur yang dijanjikan oleh Allah swt kepada setiap orang mukmin sebagaimana sabda Rasulullah saw:


اَلْعُمْرَةُ اِلىَ الْعُمْرَةِ كَفَارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ اِلاَّ الْجَنَّةَ. ) البخاري مسلم(
Maksudnya: “Ibadah umrah ke satu umrah, menghapuskan dosa-dosa yang berlaku di antara keduanya dan Haji Mabrur itu tidak ada balasan baginya kecuali syurga”.

Ummul mukminin, Saidatina Aisyah ra, pernah bertanya kepada Rasulullah Saw, apakah (ibadah) yang paling utama? baginda menjawab: “Sebaik-baik jihad ialah haji yang mabrur”. Dalam sebuah hadis riwayat Abu (Ya’la), dari Abu Hurairah r.a, baginda Rasulullah saw bersabda yang bermaksud 

“Sesiapa yang meninggalkan rumahnya untuk menunaikan haji lalu meninggal dalam perjalanan nya, Allah menulis pahalanya sehingga ke hari kiamat dan sesiapa yang berangkat untuk mengerjakan umrah lalu dia meninggal dalam perjalanannya maka pahala umrahnya tetap sampai pada hari kiamat dan sesiapa yang keluar untuk perang fisabilillah lalu ia meninggal dalam perjalanannya maka pahala jihadnya ditulis pada hari kiamat”.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ  أَقُولُ قَوْلِ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.


Khutbah Kedua


اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :
الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَّعْلُومَاتٌ ۚ فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِي الْحَجِّ ۗ وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ اللَّهُ ۗ وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَىٰ ۚ وَاتَّقُونِ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ ﴿١٩٧﴾


“Masa untuk mengerjakan Ibadah Haji itu ialah beberapa bulan yang tertentu (iaitu bermula 1 Syawal, berakhir apabila terbit Fajar hari ke 10, Zulhijjah). Oleh yang demikian, sesiapa yang telah mewajibkan dirinya, dengan niat mengerjakan ibadah haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan ibadah haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah, dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya kerana sesungguhnya, sebaik-baik bekal itu ialah sifat takwa dan bertakwalah kepadaKu, wahai orang-orang yang berakal yang dapat memikir dan memahaminya.”


اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
 اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Mengakhiri khutbah hari ini, mimbar ingin menyeru dan mengingatkan dua perkara:

Pertama : Bagi mereka yang belum berkesempatan menunaikan haji agar berniat, berazam serta berusahalah dari sekarang untuk menyimpan dan mengumpulkan sebanyak mungkin wang bagi keperluan atau perbelanjaan untuk menunaikan ibadah haji ke Baitullah.

Kedua : Bagi mereka yang telah berkemampuan serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, diingatkan agar tidak mencipta alasan atau bertangguh untuk menunaikan ibadah tersebut. Ada kedengaran suara-suara sumbang yang mengatakan: “belum sampai seru” apabila ditanya kepada mereka yang berkemampuan. Dalam hal ini, Saidina Ali Karamallahu wajhah meriwayatkan, Baginda Rasulullah saw bersabda:


مَنْ مَلَكَ زَادًا  وَرَاحِلَةً  تُبَلِّغُهُ اِلَىْ بَيْتِ اللهِ الْحَرَامِ  وَلَمْ  يَحُجَّ فَلاَ عَلَيْهِ  اَنْ يَمُوْتَ  يَهُوْدِياًّ  اَوْ نَصْرَاِنيًّا  وَذَلِكَ اِنَّ للهَ  يَقُوْلُ  فِيْ كِتاَبِهِ (وَاللهِ  عَلَى  النَّاسِ  حِجُّ  الْبَيْتِ  مَنِ اسْتَطَاعَ  اِلَيْهِ  سَبِيْلاً)
"Siapa-siapa yang telah mempunyai bekalan untuk perjalanan menyampaikannya ke Baitullahilharam untuk menunaikan haji tetapi ia menangguh-nangguh dan melambat-lambatkan dari menunaikan ibadah hajinya, tiba-tiba ia mati sebelum menunaikan hajinya maka matinya sama dengan mati nya kafir Yahudi dan kafir Nasrani. Demikian sesungguhnya Allah berfirman di dalam kitabnya, yang bermaksud: menunaikan ibadah Haji itu adalah wajib dan difardhukan oleh Allah swt kepada setiap orang mukmin yang mampu dan cukup syarat-syaratnya." (Hadis Riwayat At-Tirmizi)


اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.

اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،

اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سُلطان نزرين مُعِزُّالدِّين شاه ابن المرحوم سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّين شاه اَلْمَغْفُور لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .

إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .


Teks asal khutbah ini boleh juga dimuatturun dari laman sesawang www.4shared.com

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR