Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Tuesday 24 January 2012

PAS bukan sebuah AGAMA tetapi hanya sebuah PARTI POLITIK!

 
(Baca hingga habis)

Pas tidak boleh dianggap sebagai sebuah agama yang bersifat maksum, sebaliknya ia hanyalah parti politik yang tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, sesetengah pihak yang taksub di dalam Pas sengaja menyamakan parti itu sebagai sebuah agama supaya ia dapat diletakkan dalam jajaran hati manusia.

Beliau berkata, dengan cara itu ia akan membuatkan pengikutnya bersikap fanatik serta takut untuk berbeza pendapat dengan pemimpin mereka kerana khuatir tindakan itu boleh membuatkannya terkeluar daripada agama.

Pas hanyalah sebuah parti politik dan dakwaan yang mengatakan Pas setaraf dengan agama hanyalah sebagai usaha menjadikan pengikutnya sebagai fanatik kepada parti dan sekali gus takut untuk berbeza pendapat dengan ketua mereka kerana bimbang akan terkeluar daripada ajaran agama Islam.

“Ini tidak betul dan sekiranya kita selidik secara mendalam doktrin seperti ini boleh merosakkan akidah umat Islam,” katanya ketika berucap pada program Bicara Memurnikan Akidah Ummah di Dewan Majlis Perbandaran Klang, Meru, di sini Sabtu lalu.

Selain Hasan, turut menjadi panel pada program itu ialah bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd. dan Exco Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Mukram Mohd. Taib.

Hasan memberitahu, sebab utama beliau menyertai Pas pada 15 tahun yang lalu adalah kerana parti itu majoritinya dipimpin oleh barisan ulama yang merupakan pejuang Islam tulen.

Namun pada hari ini hanya tinggal 23 peratus pemimpin di dalam Pas yang merupakan golongan ulama.

Sebanyak 72.28 peratus lagi pemimpin di dalam Pas bukan daripada golongan ulama dan mereka itulah yang merupakan ‘parasit-parasit’ yang merosakkan parti itu pada hari ini,” tegasnya.

Dalam pada itu, Hasan Basri menyelar pihak yang mengangkat perjuangan komunis dan menghina pejuang kemerdekaan, meskipun mereka bermati-matian berjuang untuk memerdekakan negara yang kesannya dapat dinikmati sehingga hari ini.

“Saya nak tanya, apakah Leftenan Adnan yang terbukti sanggup bergadai nyawa demi agama, bangsa dan negara juga mereka anggap sebagai pengkhianat negara,” soalnya.

Pandangan Saya.

Tersirap darah membaca posting salah seorang blogger biru ini mengenai tanggapan salah segelintir bekas penyokong,pendokong dan pimpinan pas yang boleh dianggap dengan sengaja mengelirukan orang ramai terutamanya penyokong-penyokong UMNO yang masih tebal semangat warisan penjajahnya. Siapa pulak yang pernah mengatakan pas itu agama atau setaraf dengan agama?Ahli pas yang mana?Jika ada pastinya mereka telah tersalah asuh dan salah seorang yang bertanggung jawab mengasuhnya ialah YB Dato' Br. Hasan sendiri.Mana tidaknya, saya telah mengenali ramai juga kalangan penyokong terdahulu atau penyokong pas tegar yang menyertai pas seangkatan Dato' Muhammad asri Muda dan yang terkemudian darinya, namun tidak pernah saya ketemui penyokong atau pengikut pas yang beranggapan pas itu agama.Sesungguhnya perinsip mereka sama seperti yang terungkap dalam sejarah seperti diperturunkan di bawah ini.

Parti Islam Se-Malaysia ( ڤرتي اسلام س-مليسيا, juga PAS) adalah sebuah parti pergerakan Islam di Malaysia yang dipimpin oleh Preseden parti, Dato' Sri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang. PAS cuba mengimbangi perjuangan nasionalisme UMNO sebagai sebuah parti yang mendokong Islam. Dengan tidak menafikan bahawa semangat perjuangan yang berteraskan kepada Islam di negara ini telahpun wujud semenjak tahun 1906 lagi, yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha) yang berpusat di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang, PAS yang muncul pada tahun 1951 adalah atas kesedaran masyarakat Melayu (pada waktu itu) untuk melihat Islam dapat ditegak dan didaulatkan di negara ini.

Pada peringkat awal penubuhannya, PAS dilihat sebagai sebuah parti Melayu yang memperjuangkan hal-ehwal Islam melebihi dari apa yang dilaksanakan oleh UMNO. Didokongi oleh para ilmuan agama, PAS adalah parti yang menjadi pilihan bagi orang-orang melayu yang berpendidikan agama. Pun begitu setelah berlakunya Tragedi 13 Mei 1969, PAS telah menerima cadangan UMNO untuk bergabung didalam perikatan yang baru yang dinamakan sebagai Barisan Nasional (BN). PAS adalah diantara parti pengasas BN. Penglibatan PAS didalam BN berakhir dengan krisis darurat di Kelantan pada 1978. Akhirnya PAS mengambil keputusan untuk keluar dari BN. Para penyokong PAS mengganggap bahawa UMNO telah mengkhianati mereka. Para penyokong UMNO pula berpendapat PAS telah tidak patuh pada ketetapan BN. Pun begitu, krisis dalaman PAS telah membawa kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

PAS telah mengambil masa yang lama untuk menyusun semula perjuangan mereka. Ketika Tuan Guru Yusuf Rawa mengambil alih teraju PAS pada 1982, PAS telah menjenamakan semula parti tersebut dibawah slogan "Kepimpinan Ulama".

Kini PAS adalah sebahagian dari sebuah perikatan yang namakan sebagai Pakatan Rakyat, bersama Parti Keadilan Rakyat dan Parti Tindakan Rakyat (DAP). Pencapaian PAS pada Pilihanraya Umum 2008 adalah diantara yang terbaik. Selain dari mengekalkan penguasaan PAS di Kelantan dengan majoriti yang besar, 

PAS turut membentuk kerajaan di Kedah. PAS juga adalah sebagai dari kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang.

Fakta Sejarah

Mengikut satu fakta sejarah, PAS telah ditubuhkan secara rasmi pada tanggal 23 Ogos 1951. Bagaimanapun, ada fakta lain yang menyebut bahawa PAS ditubuhkan pada 24 November 1951 (Warta Negara, 26 November 1951 dan Utusan Melayu 25 November 1951).

Walaupun di sini terdapat dua tarikh yang berbeza, namun bagi ahli-ahli sejarah dan tokoh-tokoh lama dalam PAS, fakta kedua (24 November 1951) adalah tarikh kepastian PAS ditubuhkan.

Parti Islam Se-Malaysia kemudiannya telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31hb. Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran. 733 (Pulau Pinang).

PAS atau Persatuan Islam Se-Malaya (nama asalnya) adalah pertubuhan atau parti politik Melayu yang berteraskan kepada Islam yang ditubuhkan sebelum merdeka sesudah Hizbul Muslimin diharamkan oleh penjajah pada tahun 1948.

Golongan reformasi ini bukan sahaja berjaya menyedarkan masyarakat Melayu tentang betapa pentingnya menghapuskan penjajah barat bagi mewujudkan sebuah negara Islam, tetapi turut menyuarakan pendapat bahawa kelemahan umat Islam sebenarnya adalah berpunca daripada masyarakat Islam yang tidak mahu mengikut ajaran Islam dengan betul sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah.

Dalam usaha mereka menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya kembali semula kepada Islam, pada tahun 1906 mereka telah berjaya menerbitkan sebuah majalah di Singapura yang diberi nama al-lmam. Selanjutnya pada tahun 1925 terbit pula akhbar Edaran Zaman di Pulau Pinang, majalah al-Ikhwan pada tahun 1926 dan Suara pada tahun 1928.

Dengan terbitnya akhbar dan majalah tersebut, golongan ini telah berjaya mencetuskan Revolusi lntelektual di kalangan masyarakat Melayu dan akhirnya bibit-bibit kesedaran yang ditanamkan itu telah mendorong masyarakat Melayu untuk menubuhkan beberapa kesatuan atau pertubuhan bagi memajukan bangsa Melayu dan umat Islam pada tahun-tahun berikutnya.

Persatuan Melayu pertama bercorak politik secara nyata ditubuhkan di negara ini ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan lbrahim Haji Yaakob. la ditubuhkan pada Mei 1937. Kesatuan ini ditubuhkan atas kesedaran mahu memperjuangkan kemerdekaan negara serta membebaskan Tanah Melayu daripada terus ditindas dan dijajah oleh penjajah British.

Malangnya, kesatuan ini tidak dapat bertahan lama kerana ia telah diharamkan oleh Jepun semasa Jepun menguasai Tanah Melayu pada tahun 1941 - 1945.

Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, sebuah parti politik baru Melayu dibentuk, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). la ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. Pemimpin awalnya ialah Mokhtaruddin Lasso, yang kemudiannya berpindah tangan kepada Dr. Burhanuddin al-Helmi - iaitu seorang tokoh agama yang mampu menguasai bahasa Arab dan lnggeris disamping bahasa Melayu. PKMM telah mengisytiharkan matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara secara penuh.

Dr. Burhanuddin banyak berkorban untuk PKMM dan beliau mendapat kepercayaan golongan agama untuk menyertai gerakan politik bagi menentang penjajah.

PKMM telah berjaya memperluaskan pengaruhnya dalam masyarakat Melayu sehingga ia berjaya menubuhkan pula beberapa sayap atau bahagian dalam struktur organisasinya.

Selain Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA) juga merupakan antara sayap atau bahagian dalam struktur organisasi PKMM.

MATA merupakan bahagian agama parti berkenaan. Melalui MATA dalam satu mesyuarat agung tahunannya telah berjaya melahirkan Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948. Tujuan PKMM melahirkan Hizbul Muslimin sebagai sayapnya adalah bagi mengumpulkan tenaga para ulama.

Sebagai sebuah parti Islam pertama di negara ini, Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir mempunyai matlamat untuk mencapai kemerdekaan negara yang berdaulat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan kepada kefahaman Islam serta mewujudkan sebuah negara Islam atau Darul Islam. Dalam pendiriannya, ia menyokong PKMM tetapi sekeras-kerasnya menolak perjuangan UMNO.

Bagaimanapun, riwayat hidup Hizbul Muslimin berakhir pada Ogos 1948 apabila British bertindak mengharamkannya disamping menahan seramai tujuh orang pucuk pimpinannya, termasuklah Ustaz Abu Bakar al-Baqir sendiri di bawah Undang-undang Darurat atau Emergency Regulations.

Sungguhpun aktiviti Hizbul Muslimin terhenti, namun keghairahan sokongan rakyat khususnya dari alim ulama terhadap perjuangan politiknya amatlah memberangsangkan. Semangat dan sokongan kental inilah yang akhirnya merintis jalan mudah ke arah penubuhan PAS pada tahun 1951.

Dalam hal ini, ramai ahli sejarah berpendapat penghargaan dan pengiktirafan perlulah dihulurkan kepada Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pemimpin MATA dan seterusnya Hizbul Muslimin yang telah menggarap sebahagian besar dari ground work bagi melebarkan persekitaran untuk memudahkan penubuhan PAS.

Peranan Hizbul Muslimin dalam penubuhan PAS lebih tertonjol lagi apabila sebahagian besar dari bekas pucuk pimpinan pusatnya turut menyertai PAS dan memainkan peranan secara aktif. Mereka antaranya termasuklah Ustaz Othman Hamzah, Ustaz Baharuddin Abd. Latiff, Tuan Haji Khaider Khatib dan Ustaz Yunus Haji Yatimi.

Besar kemungkinan juga Bahagian Agama UMNO yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Fuad Hassan turut diresapi dengan pengaruh Hizbul Muslimin ini. Tambahan lagi ramai pemimpin agama dalam UMNO ketika itu kecewa dengan pucuk pimpinan mereka yang bercadang untuk menaja perjudian (loteri).

Tidak dapat dinafikan bahawa rancangan awal penubuhan PAS sebenarnya adalah ditimbulkan oleh sebahagian besar ahli-ahli agama di dalam UMNO semasa berlangsungnya Muktamar Ulama Ketiga di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth dengan penitia penajanya terdiri daripada:
  1. Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan - Pengerusi
  2. Ustaz Haji Ahmad Maliki - Setiausaha
  3. Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah - Anggota
  4. Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Anggota
  5. Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Anggota
  6. Tuan Haji Mansor J.P - Anggota
  7. Dua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan.
Penitia penaja inilah yang berusaha merangka perlembagaan serta menamakan pertubuhan yang dicita-citakan itu - iaitu dengan nama Pertubuhan Ulama Se-Malaya. Penitia ini telah berusaha mengadakan persidangan dengan persatuan-persatuan kebajikan Melayu atau Islam, Majlis Agama Islam Negeri, ulama perseorangan, para kadhi dan juga mufti.

Walaupun perhimpunan ulama dan orang perseorangan yang dianjurkan oleh Bahagian Agama UMNO itu pada mulanya berjaya menubuhkan Pertubuhan Ulama, tetapi atas inisiatif Ustaz Othman Hamzah, bekas Ahli Jawatankuasa Hizbul Muslimin yang mewakili Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunung Semanggol berjaya melahirkan Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) bagi menggantikan Pertubuhan Ulama Se-Malaya yang dicadangkan pada mulanya.

Maka PAS telah ditubuhkan secara rasmi hasil dari perhimpunan atau muktamar tersebut, yang antaranya turut disertai oleh:
  1. Persatuan guru-guru agama dari Perlis.
  2. Persatuan ulama dari Kedah.
  3. Persatuan anak-anak Kalimantan Malaya (PERKAM) Perak.
  4. Kelab Darul Ehsan dari Selangor.
  5. Kelab Melayu Bagan dari Seberang Perai.
  6. Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunong Semanggol, Perak.
  7. Perikatan Melayu Bersatu dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.
  8. Dan lain-lain badan kebajikan, kelab atau jamaah terutamanya dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.
Juga hadir sama beberapa orang Tuan Guru, wartawan, imam dan kadhi atas nama peribadi.
Adapun Perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:

PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.

KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.

KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.

KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.
Antara barisan kepimpinan pertama yang dilantik menerajui PAS termasuklah:
  1. Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan - Yang Dipertua Agung
  2. Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Timbalan Yang Dipertua Agung
  3. Tuan haji Hussin Che Dol - Naib Yang Dipertua Agung (Utara)
  4. Fakir Muhammad Nor - Naib Yang Dipertua Agung (Tengah)
  5. Abdul Rahman Jamaluddin al-Jambuli - Naib Yang Dipertua Agung (Selatan)
  6. Tuan Haji Ahmad Maliki - Setiausaha Agung
  7. Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Bendahari Agung
Ahli Jawatankuasa Agung pula terdiri daripada:
  1. Tuan Haji Yahya Joned
  2. Tuan Haji Uthman Talib
  3. Tuan Haji Mohammad Nor
  4. Tuan Haji Zabidi Ali
  5. Tuan Haji Abdul Wahab
  6. Tuan Haji Assaiya
  7. Muhammad Mahzub
  8. Tuan Haji Ahmad Nadur.
Jika dilihat kepada persatuan, peribadi dan jumlah yang hadir semasa perhimpunan atau muktamar penubuhan PAS itu, yang kebanyakannya terdiri dari tokoh-tokoh agama, maka secara tidak langsung menunjukkan bahawa elemen dan semangat perjuangan Islam telah tersemai bersama PAS semenjak awal penubuhannya lagi.

Elemen Islam dalam PAS ini lebih terserlah lagi apabila usaha yang dibawa oleh Yang Dipertua Agung Pertamanya, Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan untuk menyetujui gagasan National Conference tajaan Dato’ Onn Jaafar (ramai yang berpendapat di sini bahawa Haji Ahmad Fuad mungkin terpengaruh dengan cara politik Dato’ Onn yang juga merupakan rakan karib beliau) tidak diterima oleh ahli dan penyokong-penyokong PAS.

Kegagalan Haji Ahmad Fuad mendapatkan sokongan ahli dan penyokong-penyokong PAS ini sekali lagi menunjukkan bahawa kesedaran mendalam mengenai politik Islam di kalangan ahli dan penyokongnya telah wujud walaupun PAS sendiri ketika itu masih berada pada tahap yang lemah.

Akhirnya, dalam satu Perhimpunan Khas pada September 1953, Haji Ahmad Fuad terpaksa mengambil jalan keluar dengan meninggalkan PAS bagi bersama-sama Dato’ Onn (menyertai Parti Negara).

Kesedaran Islam di kalangan ahli dan penyokong PAS inilah yang menjadikan satu ciri keistimewaan kepada perjuangan PAS walaupun sepanjang sejarah perjuangannya ramai di kalangan pemimpin atasnya meninggalkan parti, namun parti terus hidup, malah lebih kental dan subur.

Kepimpinan Ulamak Tinggal 23% dalam PAS?
Mengenai kepimpinan ulamak yang dikataka sudah tinggal 23% juga saya kira Dato' Dr. Hassan Ali juga salah seorang penyebabnya.Lihat sahajalah ketika kebangkitan atau kemuncak penghijrahan golongan profesional ke dalam PAS, bukankah Dr. Hasan salah seorang profesional yang menyingkirkan kepimpinan ulamak.Ketika itu ada Dato' pernah fikirkan tentang ulamak tersohor di negeri Selangor iaitu YBG. Ustaz Hasan Syukri? Ketika dato' hampir dinyahkan dari PAS barulah terdengar dari mulut Dato' akan keperihatinan dato' tentang kepimpinan Ulamak.Saya kira peranan atau kepimpinan ulamak jangan dilihat kepada siapa yang dipilih menjadi ADUN atau MP sahaja.Pada saya tidak kira siapa yang terpilih menjadi ADUN atau Ahli Parlimen, biarpun jumlahnya kurang daripada 23%, asalkan mereka masih bernaung di bawah Majlis Syura dan Dewan Ulamak yang sentiasa memantau dan memandu hala tuju ADUN dan Ahli Parlimen sejajar dengan kehendak Islam dan undang-undang tubuh dan dasar PAS yang tidak boleh lari dari kehendak Islam, saya kira sudah memadai.

Mengenai persoalan yang dilontarkan oleh saudara Hassan Basri bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, cukuplah dijawab dengan petikan Transkrip Ucapan Hj Mohammad Sabu ini.

"Hadirin yang dihormati sekelian….sekarang ini pemikiran rakyat….sudah mula berubah….mereka tidak lagi di awal merdeka dulu…aaa…sekarang kita ni….suasana nak sambut merdeka, kita tengok takda orang pun bawa bendera di kereta,…. Ada… setengah tu kereta dia bubuh dekat 200 bendera, tu hak jenis masuk ayak dalam kepala tu….haa…hak jenis tu ada….tapi orang biasa , saya tak nampak pun….sebab rakyat tak berasa sambut merdeka….sambut merdeka seolah-olah perayaan umno….betul ke dak? Sepatutnya tokoh pejuang kemerdekaan kena masuk dalam televisyen….kalau nak buh Tengku Abdul Rahman, Dato’ Onn pun takpalah…..kena letak juga Dr Burhanudin, kena letak juga Ustaz Abu Bakar Al Bakir, kena letak juga Dato’ Ahmad Bustamam, kena letak juga Dato’ Ibrahim Yaakob, kena letak juga perjuangan-perjuangan seperti Mat Kilau dan sebagainya…..ini penentang-penentang British….tapi bila merdeka , Tengku Abdul Rahman , Dato’ Onn , Tengku Abdul Rahman , Dato’ Onn…..kalau gitu umno lah yang layak…..betul ke dak?

Di negeri orang lain , sambut merdeka rakyat ambik bendera letak di pintu rumah masing-masing ….kalau kita pegi Indonesia, di Thailand….tak kira parti politik, pembangkang ke …..kerajaan ke , bila merdeka ni rakyat yang menyambutnya….di Malaysia ni kita tak rasa sambut merdeka, rakyat sambut …..macam umno sambut , bahkan berlaku beberapa tahun lepas di mana Majlis Daerah Raub mintak supaya semua parti politik buat perarakan hari merdeka, maka ….aaa….PAS di Raub itu kebetulan ahlinya banyak bekas-bekas tentera berlatih lah berkawat….elok tak kiralah berkawat puak-puak tentera ni…..banyak duk dalam PAS….nak sambut merdeka di majlis bandaran, sehari sebelum merdeka….mai surat….PAS tak boleh terlibat dalam sambut merdeka….haaa…..ni hadirin sekelian yang berlaku…..

Ertinya sambut merdeka ni seolah-olah kepunyaan umno….sebab tu kita lihat tulisan-tulisan, blog-blog kebelakangan ni….anak-anak muda kata …umph sambut buat apa…bendera pun dia kata serupa bendera Amerika….lagu negaraku pulak….lagu Hawai….kemudian diterjemahkan lagu jadi Terang Bulan di Indonesia….kemudian jadi lagu Negaraku…mula-mula saya ingat budak-budak ni melawak….hari tu anak saya tunjuk…dia bukak YouTube…dia kata ayah dengak….ini lagu Terang Bulan di Indonesia….ini lagu Negaraku….hundred percent serupa……ertinya lagu ni lagu di ambik daripada lagu Terang Bulan , bukan lagu patriotik apa-apa pun….sebab tu kita harap….takpalah dah guna pakai nak buat macamana
…tapi kita lihat cara yang dibuat itu memang banyak yang tak kena….bila hari merdeka nanti tunjuklah filem Bukit Kepong….Bukit Kepong polis itu….polis British…hak serang Bukit Kepong tu lah pejuang kemerdekaan….ketuanya Mat Indera….Melayu…..tetapi semua sejarah itu ditutup…..Jins Samsudin buat filem….Jins Samsudin tu umno….cerita Bukit Kepong hak serang Balai Polis tu penjahat…..polis tu polis British, sebelum merdeka, negara kita diperintah oleh British…..tapi dibuat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Indera….ketua penyerang balai polis itu….dan akhirnya dia dihukum gantung di Jail Taiping ….

Begitulah jugak…Tok Janggut , Tok Janggut ni lawan British….tapi sebelum British nak….nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan …untuk mengisytiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka….bila isytihar Tok Janggut sebagai penderhaka , barulah Tok Janggut di hukum gantung di Pasir Puteh, Kelantan.

Semua sejarah negara kita bohong….bohong ada, dulu kita duk menyanyi di Jarak tu….rupanya cikgu tu bohong kita….cikgu tu pulak Kemeterian Pelajaran bohong dia….jadi , depa duk lawan bohong lah para hadirin sekalian….jadi sejarah kemerdekaan tak kena hadirin sekelian….sebab tu kita tengok pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi jahat….siapa pegawai British? Dato’ Onn , Tengku Abdul Rahman. Itu pegawai British…hak lawan British…hak tu pula jadi pengganas… Abu Bakar Bakir pengganas… Dr Burhanudin pengkhianat, kemudian Rashid Maidin komunis….semua hak lawan British jahat…hak sokong British hero….ini pelik bin ajaib….hak lawan British tulah pejuang kemerdekaan…

Takpalah kita ambik alih Malaysia esok…kita ubah balik sejarah nie….boleh ke dak? Bukan kita nak memihak pada siapa….bagi hak betul…kalau kemerdekaan di tangan Tengku Abdul Rahman….ya!....tapi perjuangan kemerdekaan bukan mereka….pejuang-pejuang kemerdekaan kebanyakannya merengkok dalam penjara, di antara mereka lari menyelamatkan diri ke Indonesia, termasuklah Ibrahim Yaakob…kerana nak ditangkap oleh pihak British…."

(Petikan ucapan Saya petik dari:http://inderasipejuang.blogspot.com/)

1 comment:

  1. Assalamu'alaikum wbt.
    minta izin untuk meninggalkan komen.

    tertarik hati apabila nama lt. adnan dibangkitkan.

    Kita tidak hidup pada waktu itu dan cuma boleh membuat kesimpulan berdasarkan fakta yang ada kini berkenaan lt. adnan.

    Kita tidak menafikan bahawa lt adnan terkorban selaku seorang pegawai tentera menentang tentera jepun.

    Pada masa itu, adakah beliau memegang tauliah pegawai ATM? Tidak mungkin sebab Malaysia belum lagi wujud.

    Jadi, tauliah pegawai atau dalam istilah ketenteraan, military commision yang manakah yang dipegang oleh lt adnan pada masa itu?

    Dan, siapa yang memberi tauliah/commission tersebut?

    ReplyDelete

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR