Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Tuesday 31 January 2012

Rayu?: Hasan Ali umum beberapa hari lagi

1 Februari 2012 
BANDAR BARU BANGI - Bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali akan membuat keputusan dalam masa beberapa hari lagi sama ada mahu membuat rayuan ataupun tidak keputusan Pas memecat beliau awal bulan lalu.

Beliau diberi 30 hari untuk mengemukakan rayuan. Pas memecatnya 8 Januari lalu.
 
Sambil bertanya pendapat kepada hadirin pada ceramahnya di Bandar Baru Bangi malam tadi, Hasan dilihat masih lagi tidak dapat membuat keputusan hingga hari ini.

"Saya akan putuskan dalam beberapa hari sama ada akan merayu atau tidak. Tetapi sebelum itu, saya nak tanya pendapat penduduk Bangi... adakah saya patut merayu atau tidak?" soalnya sambil dijawab "tidak".

Sekitar 500 orang hadir pada ceramah yang diadakan di Padang Balai Pahlawan.

Selain Hasan, turut hadir sama memberikan ceramah ialah bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hassan Basri.

Sementara itu, dalam ceramahnya, Hasan turut mempertikaikan tindakan Pas menghalang usahanya memerangi penjualan arak di Selangor pada tahun 2008.

Katanya, jika parti komponen lain seperti DAP atau PKR yang menghalang usahanya itu, beliau tidak kisah.
"Saya berasa hairan. Tuan-tuan tahukan macam mana saya memerangi arak? Jadi, siapa yang halang saya? 

Kalau DAP atau PKR yang nak halang saya, saya boleh faham. Tetapi bekas parti saya sendiri yang halang. Saya tak boleh terima," katanya.

Sambil mempersoalkan kembali tindakan Pas memecat beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini berkata, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan, yang dijadikan alasan untuk memecatnya.

"Kesalahan saya bukan meliwat orang. Kesilapan saya bukan gila kuasa. Tetapi kesalahan saya kerana melaksanakan enakmen jenayah Syariah.

"Itu salah saya. Terpulang pada saudara untuk menilai... saya tak tambah dan tak kurang apa yang saya katakan malam ini," katanya.

Justeru, sempena penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang dinamakan Jati untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu, beliau menyeru agar seluruh masyarakat menjadikan badan itu sebagai payung demi pembangunan negara.

  
P/s: Tak payah rayulah dato'...tubuh sahaja NGO "Jati" seperti yang dato' uar-uarkan,jika tidak mendapat sambutan, buka saja kedai jual beras jenama di atas....pasti ramai pembeli tanpa mengira fahaman politik.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR