Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Sunday 15 July 2012

Awasi Golongan (Blogger) Yang Suka Menyebarkan Fitnah

Contoh posting @ artikal blogger penyebar fitnah.

Hadi Awang PAS Menghisap Darah Mahasiswa Mesir Sehingga Ada Yang Koma


Friday, July 13, 2012

Demi Politik Apa Sahaja Sanggup Mereka Lakukan
Walaupun Memperalatkan Pelajar

Kadang kala rasa malu diri ini bila melihat ada kepimpinan dalam tanah air ini sering mempergunakan kepentingan Agama dan kedudukan mereka dalam meraih simpati rakyat. Malah lebih Gomo bimbang nanah sebegini menjadi busuk sehingga membuatkan negara kita ketandusan pemimpin yang berkaliber untuk mentadbir negara.

Gomo terima maklumat dari sahabat Wan Motor melalui blog beliau yang berada di Mesir bahawa Presiden PAS Hadi Awang dan rombongan PAS telah hadir kesana berjumpa dengan para pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir. Berjumpa tidak mengapa tetapi ada pekara yang tidak enak berlaku sepanjang perjumpaan tersebut.

Kerajaan membelanjakan berbilion ringgit untuk anak anak muda melanjutkan pelajaran malah di Mesir sahaja ribuan pelajar mendapat pembiayaan sama ada Biasiswa, PTPTN ataupun melalui Biasiswa dari kerajaan Negeri.

Usaha kerajaan yang ingin melihat anak Malaysia berjaya dalam bidang yang mereka ceburi sedikit sebanyak diGAGALkan oleh pemimpin pembangkang dan kedatangan Haji Hadi Awang ke Mesir adalah dengan niat untuk menghancurkan harapan anak muda dalam menuntut ilmu.

PAS memperalatkan mahasiswa di Mesir

Gomo hairan mengapa Haji Hadi Awang dan rombongan PAS ke Mesir begitu gila sehingga menghasut para pelajar kita disana agar membenci kerajaan dan menentang kerajaan? Gomo bertambah pening mengapa pimpinan PAS begitu dayus sehingga sanggup menjadikan mahasiswa di Mesir sebagai alat mereka dalam meraih kuasa politik?

Apa jasa PAS dalam membantu para pelajar kita? Apa bukti yang PAS boleh banggakan selama ini dalam membantu para pelajar Malaysia yang berada di Mesir ataupun negara negara lain? Apa Jasa PAS?

Tidak cukup dengan manghasut para pelajar Malaysia di Mesir, Hadi Awang bertindak lebih jelek apabila mengutip derma pula daripada pelajar Malaysia di Mesir. Kutipan yang Gomo difahamkan adalah sekitar 25.000 Egyption bersamaan RM13.1578.95 sen. Satu jumlah yang cukup banyak diraih Hadi Awang dalam memerah keringat para pelajar di Mesir untuk PAS.

Ini lah yang merupakan satu pekara yang tidak seharusnya berlaku pada para pelajar kita. Seringkali mereka ini dikerah untuk menyumbang wang bagi tujuan politik pemimpin tertentu walhalkan mereka sediri sebenarnya cukup perih untuk menyimpan wang ataupun menampung kos sara hidup mereka di negeri orang.

Untuk tujuan apa Hadi Awang mengutip derma daripada para pelajar di Mesir? Bukankan sebagai seorang pemimpin sewajibnya Haji Hadi patut memberikan bantuan kepada para pelajar dan bukannya meminta sumbangan dari mereka untuk kepentingan politik?


Mahasiswa yang dijadikan alat tunggangan PAS terlantar dan diambil alih pihak Kerajaan untuk memberikan kebajikan sepenuhnya buat mahasiswa itu.

Dalam pada masa kunjungan Hadi Awang di Mesir itu berlaku pula pekara tidak diingini apabila seorang unit amal PAS dikalangan pelajar daripada Syubro selepas program mengalami kecelakaan dan sedang KOMA di sebuah hospital swasta di Mesir. Tampa bantuan dari pihak Hadi Awang terlantar lah pelajar itu di Hospital dan pihak Kerajaan pula yang mengambil tugas dalam membela pelajar tersebut.

Dimana kewarasan Hadi Awang? Mahasiswa digunakan bagaikan unta untuk kepentingan politik dan apabila sakit ataupun nazak Mahasiswa itu dibiarkan mati ketandusan dipadang Pasir tampa apa apa bantuan sama ada untuk Mahasiswa itu ataupun keluarga pelajar itu. Ada akal kah mereka ini?

Gomo semakin hari semakin risau dengan fenomena ini yang mana PAS hilang arah tuju mereka untuk membela umat apatah lagi untuk menjaga Islam itu sendiri. Benarlah kata orang jika sudah berada di Mesir maka berhati hatilah dengan kumpulan PAS yang berselindung disebalik NGO kerana kumpulan ini akan memerah keringat anda untuk tujuan politik pemimpin PAS yang berada di Malaysia.

Semoga ibu bapa di Malaysia mengambil berat mengenai pekara ini kerana harapan anda semua terletak pada anak anak anda yang menuntut ilmu diseluruh pelusok negara. Jangan biarkan mereka ini menjadi alat politik pimpinan tertentu kerana masa depan mereka akan kabur dengan aktiviti penghisap darah pimpinan politik sepertimana yang dilakukan Haji Hadi Awang di Mesir.


Najib Razak Membela dan Prihatin dengan Mahasiswa

Buat piminan PAS usahlah menjadikan Mahasiswa ini sebagai alat politik anda. Jika ingin menarik mereka ini menyokong anda lakukan lah dengan cara yang terhormat dan kasihi mereka seadilnya dengan memberikan harapan untuk mereka cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi. Usah jadikan Mahasiswa sebagai ROBOT POLITIK untuk meraih kuasa.

Psssttt.... PAS cukup suka menjadikan mahasiswa boneka meraka....... Awasi anak anak anda.

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

Cerita sebenar


MAQAZ & BKPJM Gesa Pegawai Terlibat Mohon Maaf Secara Terbuka Terhadap Keluarga Allahyarham
Friday, 13 July 2012 16:58

Bismillah wal hamdulillah..
Segala pujian dipanjatkan kepada Allah SWT tuhan yang mentadbir sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW selaku utusan Allah SWT yang membawa risalah Islam dengan penuh keperitan dan kesusahan, juga buat keluarga dan sahabat baginda seterusnya muslimin dan muslimat yang dinaungi dengan rahmat Allah SWT.

Islam menganggap fitnah sebagai satu daripada sifat mazmumah (tercela) dan dilarang Allah seperti dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Fitnah itu lebih bahaya daripada pembunuhan”. (al-Baqarah: 191)

Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Ia juga menyebabkan pahala penyebar fitnah dihilangkan sehingga penyebar fitnah tersebut menjadi muflis di akhirat kelak.

Mahasiswa Shoubra & Johor baru sahaja ditimpa kesedihan akibat berita kematian mengejut Arwah Abdul Khafiz Mohamed Norok. Dalam kepedihan menerima berita ini, ditimpa pula kesedihan dek fitnah yang menimpa arwah. Ibarat luka yang masih berdarah, dicurah pula minyak yang panas.

Kami di peringkat Shoubra & Johor melahirkan rasa marah dan kecewa dengan tindakan beberapa blogger dan seorang Pegawai Rumah Negeri yang telah menfitnah arwah tanpa bukti dan analisis yang kukuh tentang berita dan kronologi kematian arwah.

Antara fitnah yang dilemparkan kepada arwah ialah :

- Menghadiri Program bersama SUARA

- Menjadi anggota Unit Amal semasa Program

Rujuk
http://perjalanankudibumianbiya.blogspot.com/2012/07/pmram-sedekahkan-rm-5o-k-kepada-pmram.html
http://www.papagomo.com/2012/07/hadi-awang-pas-menghisap-darah.html

Di sini pihak kami lampirkan Kronologi Tragedi Allahyarham Abdul Khafiz Bin Mohamed Norok

KRONOLOGI TRAGEDI ALLAHYARHAM ABDUL KHAFIZ BIN MOHAMED NOROK

Mangsa menghadiri majlis Re-union AQRAB Shoubra 2012 yang diadakan di rumah Saudara Shahrul Ramadhan, ‘Abud pada tarikh 10 Julai 2012.

Lebih kurang 25 orang mahasiswa terlibat dalam majlis tersebut. (AQRAB merupakan singkatan nama pelajar lepasan Diploma Darul Quran JAKIM tahun 2006-2009).

10 Julai 2012

08.00-10.00 malam : Kehadiran sahabat-sahabat AQRAB Shoubra ke majlis

10.00 malam : Majlis bermula

11.00 malam : Jamuan berakhir. Hampir keseluruhan tetamu yang hadir telah beransur pulang ke rumah masing-masing.

11 Julai 2012

12.30 malam : Allahyarham Abdul Khafiz dan Saudara Muhaimin Yahya keluar dari rumah tersebut dan menuju ke perhentian pengangkutan awam dan bercadang untuk pulang. Setelah beberapa ketika, mereka mendapati terdapat sebuah tremco (micro bus) untuk dinaiki. Terdapat beberapa penumpang yang di dalam tremco tersebut antaranya dua orang wanita dewasa beserta seorang bayi dan tiga lelaki (termasuk pemandu) warga arab. Ketika tiba di Muzallat, dua orang wanita beserta bayi tadi turun dan meninggalkan mereka di dalam tremco tersebut.

01.10 pagi : Saudara Muhaimin menghubungi Saudara Hafizi Ramli dan Saudara Safuan Zainudin mengatakan bahawa mereka dalam cubaan dirompak.

01.25 pagi : Saudara Hafizi Ramli memaklumkan kejadian tersebut kepada Saudara Mohammad Naim bin Abd Rahim, Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa (MAQAZ) Shoubra berkenaan perkara tersebut.

01.30 pagi : Pengerusi DPM menghubungi Saudara Mokhzani (penghuni di ‘Abud) untuk meninjau keadaan sekitar ‘Abud sekiranya mereka masih berlegar di kawasan tersebut.

Kejadian di dalam tremco

Pemandu tremco menukar laluan asal ke laluan yang lain. Pada masa yang sama, seorang lelaki arab yang berada di sebelah pemandu mengacu pisau ke arah Saudara Muhaimin. Manakala seorang lagi yang berada di tempat duduk belakang berpindah kedudukan ke bahagian tempat duduk sebelah Allahyarham. Setelah berlaku detik-detik cemas dalam tremco, lelaki yang berada disebelah Allahyarham berpindah ke tempat asal di bahagian belakang

Dalam keadaan yang panik dan ingin menyelamatkan diri, Allahyarham terus membuka pintu dan terjun dalam keadaan tremco yang masih bergerak laju. Apabila melihat situasi tersebut, tremco tersebut lantas memperlahankan kelajuan kenderaan itu. Melihat keadaan itu, Saudara Muhaimin mengambil peluang  untuk turut menyelamatkan diri dengan terjun dari tremco

Kemudian, Saudara Muhaimin bergegas mendapatkan sahabatnya yang pada ketika itu dalam keadaan yang tidak sedarkan diri dengan kepala yang berlumuran darah. Saudara Muhaimin cuba meminta  bantuan dan berkeebetulan pada ketika itu, sebuah kereta peronda polis melalui jalan itu dan berhenti mendapatkan mereka. Kemudian, ambulans dihubungi dengan bantuan polis tersebut.

01.45 pagi : Saudara Muhaimin, Allahyarham dan beberapa sahabat yang lain berada di Hospital Maahad Nasir, Khalafawi.

02.00 pagi : Pengerusi dan Ketua Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan (UKKS) DPM Shoubra tiba di hospital.

Situasi dalam Hospital Maahad Nasir (02.00 - 04.15 pagi

Setelah dilakukan X-ray badan dan kepala, doktor menjahit luka Allahyarham di kepala. Doktor mengesahkan bahawa keadaan Allahyarham parah dan kritikal dan terpaksa dipindahkan ke hospital yang lain kerana kekurangan peralatan. Dicadangkan agar Allahyarham dipindahkan ke Hospital Qasr el-Aini, Sayyeda Zainab. Tetapi malangnya, setelah dihubungi, mereka mengatakan bahawa wad kecemasan penuh pada ketika itu. Kemudian, doktor mencadangkan agar Allahyarham dipindahkan ke Hospital Amal, Masakin ‘Ain Syams.

04.15 pagi : Allahyarham ditemani beberapa orang rakan menuju ke Hospital Amal, Masakin Ain Syam dengan menaiki ambulans.

04.45 pagi : Tiba di hospital dan terus ke wad kecemasan. Bayaran pendahuluan sebanyak LE 3,000.00.

07.30 pagi : YDP Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) dan Setiausaha Agung  

BKPJM tiba di hospital dan dibenarkan melihat Allahyarham yang ketika itu sedang koma.

09.00 pagi : Naib Presiden III (Lajnah Kebajikan & Kemanusiaan) PMRAM, Saudara Ahmad Huzaifah Fauzi tiba di hospital.

10.00 pagi : Pegawai EME, En. Aswandi Bin Laman, Pengurus Rumah Johor Mesir, Tn Hj. Mohd Maulan Bin Asmoni tiba dan menziarahi mangsa.

04.00 - 05.00 petang : Doktor melakukan pemeriksaan dalam waktu lawatan.

05.00 petang : Pelawat dibenarkan masuk ke wad dan didapati Allahyarham diberikan alat bantuan pernafasan.

Selepas maghrib : Para pelawat tidak dibenarkan berada di dalam hospital dan ruang menunggu dengan arahan pihak hospital.

12 Julai 2012

02.00 pagi : Pihak hospital mengesahkan bahawa Allahyarham telah kembali ke rahmatullah.

06.00 pagi : Pihak hospital menghubungi Saudara Muaz Ab Halim tetapi panggilan tidak dijawab

08.00 pagi : Sekali lagi Saudara Muaz Abdul Halim dan Saudara Azim Azni dihubungi untuk memaklumkan berkenaan perkara tersebut.

11.00 pagi : Para pelawat memenuhi ruang hospital.

11.00 - 03.30 petang : Menguruskan urusan jenazah (tasrih, mandi, kafan dll)

03.30 petang : Bergerak menuju ke Dataran Hayyu ‘Asyir untuk Solat Jenazah

04.15 petang : Tiba di Dataran Hayyu ‘Asyir dan Solat Jenazah. Solat Jenazah diimamkan oleh Syeikh Muhammad Abdun Nabi (Pensyarah Maahad Qiraat Al-Azhar).

04.30 petang : Bergerak ke tanah perkuburan Malaysia di Kaherah dan menyelesaikan proses pengkebumian jenazah.

Sumber

1) PMRAM Cawangan Shoubra (No. Tel Pengerusi : +201143045562)

2) Abdul Muhaimin B. Yahya

Justeru, kami sekali lagi di peringkat Shoubra & Johor melahirkan rasa marah dan kecewa dengan tindakan beberapa blogger dan seorang Pegawai Rumah Negeri yang telah menfitnah arwah tanpa bukti dan analisis yang kukuh tentang berita kematian arwah. Pihak kami juga menggesa pihak terbabit memohon maaf secara terbuka kepada keluarga Allahyarham diatas fitnah yang disebarkan.

Ingatlah bahawa setiap tindakan yang kita lakukan akan dipersoalkan di akhirat kelak. Dosa dengan Allah kita boleh minta ampun tetapi dosa fitnah  terhadap manusia lain  belum tentu terangkat melainkan dia sendiri yang memaafkan


Mohammad Naim bin Abd Rahim,
Pengerusi,
Dewan Perwakilan Mahasiswa (MAQAZ) Shoubra,
Sesi 2011/2012

Muhammad Yazid Bin Hanzir,
Yang DiPertua,
Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM),
Sesi 2011/2012.

ABU: Alfatihah

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR