Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Thursday 9 August 2012

‘Fatwa’ haram: DAP buat laporan polis

9 August 2012
GEORGE TOWN, 9 OGOS: Laporan polis telah dibuat terhadap lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, berikutan berita muka depannya semalam yang memetik pendapat seorang guru pondok yang mendakwa haram hukumnya bagi orang Islam menyokong DAP.

 
Laporan polis tersebut dibuat oleh Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari, bagi meminta pihak polis bertindak ke atas Utusan kerana menyebarkan hasutan yang boleh menimbulkan ketegangan kaum.

 
Ia juga bertujuan mengelak daripada sebarang kekeliruan dan ancaman yang mungkin timbul akibat daripada tuduhan palsu dan tidak bertanggungjawab oleh Utusan Malaysia.

 
Satu lagi laporan polis terhadap Utusan Malaysia atas perkara yang sama dibuat di Ipoh oleh Ketua Pemuda, Wong Ka Woh.

 
Di dalam kenyataan medianya hari ini, Zairil berkata, “Walaupun kecewa dengan tindakan lidah rasmi UMNO, khususnya dalam bulan Ramadan yang mulia ini, saya pasti bahawa rakyat Malaysia tidak senang termakan dengan umpan hasutan yang cuba dimainkan oleh Utusan Malaysia.

 
Lagipun, suratkhabar milik UMNO ini sudah pun beberapa kali dibuktikan memfitnah oleh mahkamah,” ujar beliau.

 
Zairil mempersoalkan asas dakwaan Utusan bahawa kononnya DAP sebuah parti ‘kafir harbi’ sedangkan ia tidak pernah memusuhi mana-mana agama, malah DAP jelas mendukung agama Islam sebagai agama 

Persekutuan dan pada masa yang sama memelihara kebebasan rakyat untuk mengamalkan agama lain selari dengan peruntukan Perkara 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.

 
Umum mengetahui bahawa DAP merupakan sebuah parti pelbagai bangsa yang sah atau “halal” dari segi undang-undang. Perjuangan DAP pula berteraskan prinsip-prinsip keadilan, ketelusan, kebenaran, kesaksamaan dan demokrasi, sepertimana yang diperjuangkan parti-parti rakan dalam Pakatan Rakyat yakni PAS dan Keadilan,” ujar beliau.

 
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu wartawan dalam sidang medianya hari ini bahawa ucapan pemimpin UMNO dan MCA menentang hudud dan penubuhan negara Islam.

 
Kenapa DAP sahaja yang tidak boleh disokong sedangkan ucapan UMNO dan MCA juga berada dalam kategori serupa, malah lebih menghina agama?” soal beliau.

 
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang turut berada di dalam sidang media tersebut pula berkata bahawa laporan tersebut adalah amat tidak bertanggungjawab dan bertujuan menghasut.

 
Menurutnya rakyat Malaysia seharusnya disatupadukan, namun Utusan sedang bertindak sebaliknya dan memperlihatkan bagaimana sebahagian daripada pemimpin UMNO begitu terdesak dan takut tewas dalam pilihanraya akan datang sehingga sanggup melakukan taktik kotor dan bahaya.

 
Adakah mereka mahu mencetuskan konflik agama di Malaysia?” kata beliau, menjelaskan bahawa Malaysia bukan sebuah negara agama (theocracy) dan DAP menerima Perlembagaan yang menjelaskan bahawa Islam adalah agama rasmi negara. - Roketkini.com

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR