Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Thursday 15 November 2012

Gara-gara Hubungan Sulit Dengan Warga Bangladesh,Jurujual Wanita Ditahan Kerana Sembunyi Kelahiran

KLANG 15 Nov. - Polis menahan seorang wanita yang disyaki menyembunyikan kelahiran dalam kejadian di sebuah rumah di Batu 5, Jalan Meru, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukor Sulong berkata kejadian itu disedari kakak suspek yang tinggal serumah dengan wanita berusia 24 tahun tersebut, selepas curiga dengan tingkah laku adiknya.

"Kakak suspek yang berusia 27 tahun kemudian masuk ke bilik adiknya dan menemui mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat di atas tilam tengah hari tadi. Dia kemudian membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi di sini.

Siasatan awal polis mendapati bayi berkenaan lahir mati, katanya.

Menurutnya wanita yang bekerja sebagai jurujual itu dipercayai melahirkan bayi tersebut pukul 4 petang semalam.

"Polis turut menemui tali pusat bayi itu di dalam sebuah beg plastik dan kita percaya suspek bertindak memotong sendiri tali pusat itu selepas melahirkannya," katanya.

Menurut Mohd Shukor, soal siasat ke atas suspek mendapati bapa bayi itu adalah warga Bangladesh yang telah pulang ke negara asalnya pada Mac lepas.

"Wanita itu dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah untuk menerima rawatan.

Dia akan didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran bayi," katanya.

Menurutnya jika sabit kesalahan, wanita itu boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya. - BERNAMA.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR