Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Tuesday 18 December 2012

Amanat Haji Hadi,Amanat Ustaz Ibrahim Libya @ Ibrahim Mahmud dan Perkara-perkara Yang Membatalkan Islam (Murtad)

Amanat Haji Hadi

Amanat Haji Hadi Awang merujuk kepada suatu sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Ucapan beliau telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas PAS sekitar tahun itu.

Daripada bukti kertas putih mengenai Memali bertarikh 26 Februari 1986, Amanat Hadi telah dicetak dalam empat versi. Pertama dalam tulisan jawi, dicetak oleh bahagian Penerangan PAS Kelantan untuk sebaran pilihan raya kecil Selising, Kelantan pada tahun 1983. Versi latar belakang hitam dengan tulisan rumi, dicetak oleh PAS Pusat dan dua versi lagi (rumi dan jawi) dicetak oleh Sekretariat Pemuda PAS Pusat. Versi latar belakang hitam dapat dilihat dalam rakaman video polis mengenai peristiwa Memali pada 19 November 1985.

Sedutan ucapan

Sedutan ucapan ini adalah seperti berikut:
Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

Komentar

Menjelang Pilihan Raya Umum Malaysia 1982, Ustaz Abdul Hadi Awang dilihat sebagai pemimpin pelapis parti PAS yang akan menerajui pucuk pimpinan PAS satu hari nanti. Ucapan ini selaras dengan buku yang ditulis oleh Said Hawa, antaranya berjudul Jundullah Tsaqafatan wa Ahlaqan.

Pada tahun 1984, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan amanat tersebut sebagai bertentangan dengan Islam. Kebimbangan amanat tersebut memecah belah masyarakat Islam timbul lagi pada tahun 2001 dan satu perjumpaan dibuat di antara Hadi dan Majlis Fatwa.

Selepas Pilihan Raya Umum 2008, PAS (yang diterajui oleh Hadi) dan DAP yang majoritinya masyarakat Cina dan bukan Islam; serta Parti Keadilan Rakyat bersama-sama mendirikan kerajaan di Perak dan Selangor setelah pakatan mereka berjaya menafikan majoriti mudah Barisan Nasional.

Pautan luar


Nota kaki

  1. http://www.geocities.com/freedom_malaysia/amanathadi.html Amanat Haji Hadi
  2. Beliau menjadi presiden PAS semenjak 14 September 2003 setelah kematian allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor.
  3. Dalam buku beliau, Syeikh Said Hawa menggariskan tugas jundullah atau tentera Allah iaitu:
    1. Membentuk keperibadian manusia secara islami
    2. Mendirikan negara Islam di setiap daerah
    3. Menyatukan umat Islam
    4. Menghidupkan kembali kekhalifahan
    5. Mendirikan negara Islam Internasional
  4. Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, “I Am Ready for ‘Muzakarah’ with Fatwa Council – Hadi,” 25 April 2001.
  5. Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, “Hadi Must Retract Immediately ‘Amanat,’ Says Abdullah,” 24 April 2001.
  6. Utusan Malaysia, "Dilema bentuk kerajaan di Selangor, Perak", 10 Mac 2008 
Dipetik Daripada Wikipedia, Ensiklopedia Bebas

Amanat Ustaz Ibrahim Libya @ Ibrahim Mahmud (Syuhada Memali)
 
"Dari hidup bercerminkan bangkai lebih baik mati bergalang tanah sekiranya mati itu mati syahid.Kenapa kita sekarang menjadi makanan kepada orang kafir walaupun ratusan juta di akhir zaman ini. Ini semua kerana dalam diri umat Islam ada dua penyakit. Pertama cintakan dunia.Keduanya, benci atau takutkan mati.Dan kalau ada dalam diri ahli-ahli PAS dua perkara ini, gelaran pejuang Islam atau mujahidin hendaklah ditarik balik.

Kita minta saudara-saudara kita yang mengucap dua kalimah syahadah, sama ada petani, buruh kasar atau buruh halus,penjawat kerajaan atau swasta, polis pacak, JKKK, askar, FRU, kamu juga orang Islam.Dan jangan ketika kamu menjadi orang Islam, kamu sekat perjuangan kami dalam PAS ini, perjuangan untuk menegak kalimah Allah. Kamu sekat kami, kami tentang kamu. Kalau kami mati, kami mati syahid. Kalau kamu mati, kamu mati katak.

Saya rasa perjalanan pilihanraya di Malaysia ini umurnya sudah cukup pendek tetapi satu perkara yang kena diingat oleh saudara-saudara yang masih hidup; sesudah kami para mujahidin bertemu dengan Allah di dalam syurga Firdaus. Kamu yang masih hidup akan berdosa di hadapan Allah, zuriat akan datang akan kencing di kubur kamu, kalau kamu tidak perjuangkan dan menegak kalimah Allah. Kami para mujahidin sudah berkubur, darah merah kami masih mengalir, kami tinggal di dalam syurga tetapi kamu tetap berdosa dengan Allah s.w.t kalau kalau lari dari perjuangan.

Ingatlah saudara kepada ucapan Khalid Al Walid; kami datang dengan tentera yang cintakan mati seperti kamu datang dengan tentera yang cintakan hidup".

Sumber:Arkib Harakah

Perkara-perkara Yang Membatalkan Islam (Murtad)

Saudaraku seagama!Ketahuilah, bahawa ada beberapa hal yang dapat membatalkan keislaman seseorang,dan yang paling banyak terjadi ada sepuluh perkara.Perkara-perkara tersebut adalah:

1. Mempersekutukan Allah (Syirik) dalam ibadah.Firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah niscaya Allah akan mengharamkan syurga baginya dan tempat tinggalnya kelak adalah neraka,dan tiada seorangpun yanag akan dapat menolong orang-orang yang zalim.(Al-Maidah:72)

*Antara perbuatan syirik tersebut ialah meminta doa dan pertolongan kepada orang-orang yang telah mati,begitu juga bernazar dan menyembelih kurban demi mereka.

2. Menjadikan sesuatu sebagai perantara antara dirinya dengan Allah dengan meminta doa syafaat serta berserah diri (tawakkal)kepada perantara itu.Yang melakukan hal tersebut,menurut kesepakatan ulamak(ijmak) adalah dihukumkan kafir.

3. Tidak mengkafirkan orang musyrik, atau ragu-ragu akan kekafiran mereka,ataupun membenarkan fahaman (mazhab)mereka,dengan demikain itu mereka juga dihukumkan kafir.

4. Berkeyakinan bahawa selain tuntutan Nabi Muhammad Saw itu lebih sempurna,atau berkeyakinan bahawa selain ketentuan hukum baginda itu lebih baik,sebagaimana mereka yang mengutamakan aturan-aturan manusia yang melampaui batas lagi menyimpang dari hukum Allah dan meminggirkan hukum Rasulullah.Maka yang berkeyakinan seperti itu adalah kafir.Sebagai contoh:

a. Berkeyakinan bahawa aturan-aturan(perundangan) yang dicipta oleh manusia lebih utama daripada syariat Islam, atau berkeyakinan bahawa aturan Islam(perundangan) tidak tepat untuk diterapka pada abad kedua puluh ini, atau berkeyakinan bahawa Islam adalah sebab kemunduran kaum muslimin, atau berkeyakinan bahawa Islam itu terbatas dalam mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya sahaja, tidak mengatur urusan kehidupan lain.

b. Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah (hudud) dalam memotong tangan pencuri, atau merejam pelaku zina yang telah kahwin (muhsan) tidak lagi sesuai pada masa ini.

c. Berkeyakinan dan membolehkan mnggunakan hukum selain hukum Allah dalam urusan muamalat syariat(perdagangan,pinjam-meminjam dan sebagainya) atau dalam menentukan Hukum Pidana, atau lainnya sekalipun tidak disertai dengan keyakinan bahawa hukum-hukum itu lebih utama daripada Syariat Islam.Perkara yang demikian itu sebenarnya telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah menurut kesepakatan ulamak (ijmak).Setiap orang yang menghalalkan apa yang sudah jelas dan tegas diharamkan oleh Allah dalam agama seperti zina,arak,riba dan penggunaan perundangan selain syariat Allah, maka menjadi kafirlah ia menurut kesepakatan ulamak(ijmak).

5. Membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sebagai syariat baginda walaupun seseorang itu mengamalkannya (amalan tanpa redho hatinya), maka menjadi kafirlah ia seperti firman Allah yang bermaksud.

Demikian itu adalah dikeranakan mereka benci terhadap apa yang diturunkan oleh Allah, maka Allah menghapuskan (pahala) segala amal perbuatan mereka. (Muhammad:9)

6. Memperolok-olok atau mempersendakan sesuatu dari ajaran Islam ataupun terhadap pahala mahupun siksaan yang telah menjadi ketetapan agama maka dihukumkan kafir seseorang itu.Firman Allah yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada Allahkah dan ayat-ayatnya serta rasulnya kamu sekalian memperolok-olok?Tiada erti mereka  meminta maaf kerana mereka kafir setelah beriman. (At-taubah:65,66)

7. Sihir, antara ilmu guna-guna (sarf) iaitu merubah kecintaan seseorang suami terhadap isterinya menjadi kebencian, begitu juga ilmu pengasih iaitu menjadikan seseorang mencintai sesuatu yang tidak disenanginya dengan cara "Syaitani". Maka sesiapa yang mengerjakan sihir atau menyukai dan rela dengannya maka dia juga dihukumkan kafir. Firman Allah yang bermaksud:

Sedangkan kedua-dua malaikat itu tidak mengajarkan (sihir) kepada seseorangpun sebelum mengatakan, sesungguhnya kami hanya cobaan bagimu, sebab itu janganlah kamu kafir. (Al-baqarah:102)

8. Membantu dan menolong orang-orang musyrik untuk memusuhi Islam, firman Allah:

Dan sesiapa antara kamu mengambil mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka.Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (Al-maidah:51)

9. Berkeyakinan bahawa sebahagian manusia dibolehkan tidak mengikuti Syariat Muhammad Saw, maka yang berkeyakinan seperti itu adalah kafir.Firman Allah yang bermaksud:

Sesiapa yang memilih selain Islam sebagai agama(pegangan), maka tidak akan diterima dan pada hari akhirat mereka tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi.

10. Berpaling secara keseluruhan dari agama Allah, atau dari hal-hal yang menjadi syarat mutlak sebagai muslim, tanpa mempelajarinya dan tanpa melaksanakan ajarannya.Firman Allah yang bermaksud:

Tiada yang lebih zalim daripada orang-orang yang telah mendapat peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya.Sesungguhnya kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa. (As-sajadah :22)

 Firman Allah lagi yang bermaksud:

Dan orang-orang yang kafir berpaling dari apa yang diperingatkan kepada mereka. (Al-ahqaf :3)

Dalam hal-hal yang membatalkan keislaman ini, tidak ada bezanya dalam hukum, antara yang main-main (mempersendakan) atau bersungguh-sungguh dengan sengaja melanggar ataupun kerana takut kecuali dipaksa oleh seseorang yang zalim.Semoga Allah melindungi kita dari perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaannya dan kepedihan siksanya.

Dipetik dan diterjemahkan oleh Abu Syaukah Filmanzil (ABU DPM) daripada:Petunjuk Untuk Jamaah Haji dan Umrah serta Penziarah Masjid Rasul Saw.
 

Oleh: Direktor Jendral Urusan Penyelidikan Ilmu,Fatwa,Dakwah dan Kepimpinan Islam,
Riyadh, Saudi Arabia.
Cetakan:1984

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR