Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Monday 4 March 2013

220 NGO Desak Kerajaan Siasat Dalang


KUALA LUMPUR 4 Mac - Kira-kira 220 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul secara aman di Taman Medan dekat sini bagi mendesak kerajaan menyiasat dalang utama yang menyebabkan berlakunya insiden berdarah di Lahad Datu, Sabah.

Pengerusi Penganjur Himpunan Ayahanda dan NGO Negeri Selangor, Datuk Mohamad Abdullah berkata, himpunan tersebut juga bertujuan meluahkan perasaan sedih, marah dan menyentuh jiwa terhadap pelbagai peristiwa yang telah melanda negara kebelakangan ini.

Menurut Mohamad, pihaknya kecewa dengan sikap segelintir pemimpin pembangkang yang sering mempolitikkan sesuatu perkara termasuk keselamatan negara sekali gus menggugat kestabilan ekonomi, politik dan sosial.

"Kami pelbagai NGO mendesak pihak berkenaan agar tidak memutar-belit fakta yang boleh mengelirukan rakyat semata-mata untuk memancing undi.

"Kami turut mendesak agar Ahli Parlimen Batu, Tian Chua memohon maaf secara terbuka kepada seluruh keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden berkenaan dan seluruh rakyat Malaysia atas keterlanjuran kata-kata biadabnya dan tidak boleh diterima," katanya ketika ditemui.

Turut serta dalam perhimpunan berkenaan kira-kira 300 wakil NGO seluruh Selangor.

Selain Majlis Permuafakatan Ayahanda, antara yang turut menyertai perhimpunan berkenaan adalah Pertubuhan Kebajikan Keris Emas Malaysia, Pertubuhan Api Sejagat dan Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah.

Tidak ketinggalan, Gabungan Khalifah Baiah Semalaysia, Gagasan Pembela dan Kebajikan Ummah, Persatuan Veteran Tentera Melayu serta Pertubuhan Kebangsaan Melayu Islam Perdana.

Tambah Mohamad pihaknya juga akan menghantar memorandum berhubung perkara yang telah diperbincangkan pada perhimpunan berkenaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tanda sokongan padu NGO terlibat terhadap kepimpinan kerajaan Barisan Nasional. - UTUSAN.

ABU: Rasa nak muntah pabila dengar nama NGO-NGO di atas.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR