Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Wednesday 6 March 2013

Bekas Panglima Tentera Darat Umum Sertai KEADILAN!



Seorang lagi bekas panglima tentera darat, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral (B) Md Hashim Hussein secara rasmi menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN). 

Majlis tersebut berlangsung secara sederhana di ibu pejabat parti di Merchant Square, Petaling Jaya, Selangor.


Turut berada bersama Md Hashim (dua dari kiri) ialah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, Naib-Naib Presiden iaitu Chua Jui Meng dan Tian Chua serta ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul. 

Md Hashim merupakan seorang bekas panglima angkatan tentera yang popular kerana beliau pernah berlakon dalam beberapa filem berunsurkan ketenteraan seperti Darah Satria yang pelakon utamanya adalah Aman Shah dan Lydiawati sekitar tahun 1983.
 

Beliau menjawat jawatan tersebut bermula dari 1 Januari 1999 sehingga bersara pada 31 Disember 2002.
 

Sementara itu dalam sidang media yang sama, Anwar berpendapat pencerobohan Lahad Datu oleh kumpulan bersenjata, sepatutnya boleh ditangani dengan segera.
 

Berdasarkan penerangan bekas-bekas jeneral kanan tentera yang menyertai KEADILAN, beliau percaya ketumbukan tentera Malaysia mempunyai kekuatan untuk menangani pencerobohan itu dalam masa singkat.
 

“Perkara ini boleh ditangani dengan segera kerana saya percaya dengan kapasiti pasukan keselamatan kita.“Dan kami beruntung kerana kita mendapat penerangan dari bekas jeneral kanan askar yang menerangkan keadaannya dan kemungkinan ia boleh ditangani dengan pantas,” katanya.
 

Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian pada sidang media selepas satu forum anjuran pejabat beliau di Kuala Lumpur petang semalam.
 

Memetik laporan Malaysia Kini, Anwar turut menegaskan bahawa kerajaan perlu mengambil sikap “bersedia dan tegas” dalam dasar keselamatan mereka.
 

“Apabila berurusan dengan kumpulan militan, kerajaan perlulah bersedia dan tegas.“Itu sewajarnya telah jelas dalam polisi keselamatan kita,” katanya sambil menambah, rakyat Malaysia bukan menentang orang Sulu tetapi menentang penceroboh bersenjata.
 

Beliau turut menyeru agar isu pencerobohan yang merupakan isu keselamatan negara tidak dikaitkan dengan isu pilihan raya.
 

“Saya lebih gemar mengasingkan isu berkaitan keselamatan nasional ini daripada isu pilihanraya,” katanya.-MK.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR