Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Thursday 18 April 2013

SELAMAT HARI KEPUTERAAN DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK

Khutbah Jumaat - 8 Jamadil Akhir 1434H / 19 April 2013

Khutbah Pertama
الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ وَأُو۟لِى ٱلْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنَـٰزَعْتُمْ فِى شَىْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ ۚ ذَ‌ٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا   - النساء : ٥٩

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisihan dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Kitab Allah (Al-Quran) dan RasulNya (Sunnah,) jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.

أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ الاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ رَسَوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ .
اَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلاَّ وَاَنْتـُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah sekelian,
Marilah kita bersyukur dengan nikmat Islam dan Iman yang telah kita kecapi selama ini dengan berusaha menambahkan ilmu dan amal serta ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Marilah kita melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Marilah kita memperbanyakkan zikir kepada Allah S.W.T dan memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Rasulullah saw serta berusaha mengamalkan segala sunnahnya, mudah-mudahan ianya akan memberikan manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Pada 19 April 2013 ini, sebagaimana tahun-tahun yang lalu, kita meraikan Sambutan Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, sebagai Raja dan Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini. Sultan, Raja atau Khalifah adalah penyambung kepada tugas kenabian dalam menjaga agama dan mentadbir negara. Di saat kewafatan baginda Rasulullah saw, sebahagian besar sahabat meninggalkan pengurusan jenazah baginda untuk diuruskan oleh ahli-ahli bait semata-mata untuk membincangkan perlantikan khalifah bagi menggantikan tugas Rasulullah sebagai Ketua Negara. Ini menunjukkan betapa pentingnya khalifah dalam sesebuah negara dan rakyat tidak seharusnya hidup tanpa pemerintah walaupun sedetik dalam hidupnya. Atas dasar amanah yang besar inilah menyebabkan martabat raja dan pemerintah diangkat oleh Allah melebihi kedudukan rakyat biasa. Golongan yang paling utama akan mendapat naungan Allah di Akhirat kelak adalah Sultan, raja atau pemerintah yang memerintah dengan adil. Rasulullah saw bersabda sebagaimana yang dirakamkan dalam Sohih Imam Bukhari :

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سَلاَّمٍ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ خُبَيْبِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ حَفْصِ بْنِ عَاصِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ إِمَامٌ عَادِلٌ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ اللَّهِ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ فِي خَلاَءٍ فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسْجِدِ وَرَجُلاَنِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ إِلَى نَفْسِهَا قَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا صَنَعَتْ يَمِينُه-  رواه البخاري

Daripada Muhammad Bin Sallam menceritakan bahawa Abdullah Bin Ubaidillah Ibnu Umar mengambil dari Khubaib bin Abdul Rahman yang meriwayatkan dari Hafsin Bin A’sim daripada Abu Hurairah yang meriwayatkan dari Nabi saw bersabda; 7 golongan yang akan mendapat naungan Allah di hari yang tiada naungan lain selain dari naungan Allah iaitu Pemerintah yang adil, lelaki yang membesar dalam pengabdian diri terhadap Allah, lelaki yang mengingati Allah dalam keadaan berseorangan lalu bercucuran air matanya, lelaki yang hatinya terikat kepada masjid, 2 lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, lelaki yang diajak melakukan maksiat oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan lalu dia mengatakan, sesungguhnya aku takut kepada Allah dan lelaki yang bersedeqah dengan cara menyembunyikan perbuatannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya.Muslimin yang dirahmati Allah,

Institusi Kesultanan Melayu telah memainkan peranan penting dalam mengembang dan mempertahankan Islam dan perpaduan rakyat di negara ini. Sejarah telah membuktikan kasih sayang dan ketaatan Bangsa Melayu terhadap raja-raja mereka, dimana apabila Raja-raja Melayu memeluk agama Islam, maka berduyun-duyunlah rakyat semuanya memeluk agama Islam.
Raja-raja Melayu jugalah yang telah memperkenankan pelaksanaan undang-undang Islam seperti Risalah Iskandar, Hukum Kanun Melaka, Undang-undang 99 Perak, Kanun Islam Terengganu, Majallah Al-Ahkam Al-Adliyah Negeri Johor dan sebagainya. Jikalau tidak kerana ketaatan nenek moyang kita terhadap raja-raja mereka, apakah kita hari ini akan berada di rumah Allah yang mulia ini. Jika tidak kerana raja-raja Melayu, sebahagian dari kita mungkin sedang berada di mana-mana kuil menyembah dewa-dewa bersama penganut-penganut agama Hindu.

Muslimin Mukminin yang dirahmati,

Walaubagaimanapun, tidak sama di sisi Allah martabat di antara seorang raja dengan seorang raja kerana nilaiannya adalah sejauhmana mereka membawa rakyatnya mendekati Allah dan Rasulnya. Ada raja dan pemerintah yang mendapat pertolongan dari Allah untuk melaksanakan kebaikan dan ketaatan kepada Allah kerana mereka sentiasa berusaha membawa rakyatnya kepada kehidupan beragama. Ada juga pemerintah yang dilaknat oleh Allah ketika di dunia dan disingkirkan dari rahmat Allah ketika di akhirat lantaran mereka mengajak rakyat jelata mengamalkan budaya penghuni neraka. Firman Allah dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 73 dan Surah Al-Qasas ayat 41-42:


وَجَعَلْنَـٰهُمْ أَئِمَّةًۭ يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَآ إِلَيْهِمْ فِعْلَ ٱلْخَيْرَ‌ٰتِ وَإِقَامَ ٱلصَّلَوٰةِ وَإِيتَآءَ ٱلزَّكَوٰةِ ۖ وَكَانُوا۟ لَنَا عَـٰبِدِينَ ﴿٧٣﴾   

Dan Kami jadikan mereka pemerintah, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan dan mendirikan sembahyang, serta mengeluarkan zakat dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami

وَجَعَلْنَـٰهُمْ أَئِمَّةًۭ يَدْعُونَ إِلَى ٱلنَّارِ ۖ وَيَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ لَا يُنصَرُونَ ﴿٤١﴾ وَأَتْبَعْنَـٰهُمْ فِى هَـٰذِهِ ٱلدُّنْيَا لَعْنَةًۭ ۖ وَيَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ هُم مِّنَ ٱلْمَقْبُوحِينَ ﴿٤٢﴾ 

Dan Kami jadikan mereka pemerintah, yang mengajak rakyatnya ke Neraka dan pada hari kiamat pula mereka tidak mendapat sebarang pertolongan.

Dan Kami timpakan kepada mereka dengan laknat di dunia ini dan pada hari kiamat pula adalah mereka dari orang-orang yang tersingkir (dari rahmat Kami) dengan keadaan sehina-hinanya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Rasulullah saw menetapkan garis kasar sempadan ketaatan rakyat kepada pemerintah. Lihatlah bagaimana taatnya para sahabat kepada ketua mereka walaupun menempuh risiko kehilangan nyawa dan lihatlah bagaimana kesannya jika ketaatan ini dicurahkan tanpa bersandarkan ketentuan Allah sehingga boleh menyebabkan mereka kekal di dalam neraka. Dalam sebuah hadis nabi saw bersabda :

حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ حَدَّثَنَا الأَعْمَشُ عَنْ سَعْدِ بْنِ عُبَيْدَةَ عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ السُّلَمِيِّ عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ بَعَثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَرِيَّةً وَاسْتَعْمَلَ عَلَيْهِمْ رَجُلاً مِنْ الأَنْصَارِ قَالَ فَلَمَّا خَرَجُوا قَالَ وَجَدَ عَلَيْهِمْ فِي شَيْءٍ فَقَالَ قَالَ لَهُمْ أَلَيْسَ قَدْ أَمَرَكُمْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ تُطِيعُونِي قَالَ قَالُوا بَلَى قَالَ فَقَالَ اجْمَعُوا حَطَبًا ثُمَّ دَعَا بِنَارٍ فَأَضْرَمَهَا فِيهِ ثُمَّ قَالَ عَزَمْتُ عَلَيْكُمْ لَتَدْخُلُنَّهَا قَالَ فَهَمَّ الْقَوْمُ أَنْ يَدْخُلُوهَا قَالَ فَقَالَ لَهُمْ شَابٌّ مِنْهُمْ إِنَّمَا فَرَرْتُمْ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ النَّارِ فَلاَ تَعْجَلُوا حَتَّى تَلْقَوْا النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِنْ أَمَرَكُمْ أَنْ تَدْخُلُوهَا فَادْخُلُوا قَالَ فَرَجَعُوا إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْبَرُوهُ فَقَالَ لَهُمْ لَوْ دَخَلْتُمُوهَا مَا خَرَجْتُمْ مِنْهَا أَبَدًا إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ – مسند احمد
Diceritakan oleh Abu Muawiyah bahawa A’masy menceritakan dari Sa'ad bin Ubaidah yang diceritakan oleh Abu Abdul Rahman As-Sulami yang mendapat cerita dari Ali radhiallahu anhu, dengan dia berkata bahawa Rasulullah saw telah mengutuskan satu ketumbukan tentera yang diketuai oleh seorang lelaki Ansar. Kata Ali; ketika mereka keluar, maka timbul suatu yang tidak memuaskan hati ketua tersebut, lalu dia berkata kepada sahabat yang lain; Bukankah Rasulullah saw telah memerintahkan kamu semua agar mentaatiku. Kata Ali; maka jawab sahabat lain, ya, bahkan. Maka katanya, kumpulkanlah kayu api dan nyalakan api dengannya dan kemudian masuklah kamu semua ke dalamnya. Kata Ali; maka ragu-ragulah para sahabat untuk melakukan arahan tersebut. Lantas berkata seorang sahabat; kita melarikan diri kepada Rasulullah saw agar tidak disentuh api neraka. Maka janganlah kamu semua gopoh untuk memasukinya sebelum kita bertemu dengan Rasulullah saw. Jika Rasulullah saw memerintahkan kita memasukinya maka kita semua akan memasukinya. Kata Ali, tatkala mereka kembali dan menceritakan kisah tersebut kepada Rasulullah, maka sabda baginda; jika sekiranya kamu memasukinya maka kamu tidak akan keluar darinya selama-lamanya. Sesungguhnya ketaatan hanyalah dalam urusan kebaikan semata-mata.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ  بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ , وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ  اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ , وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ , أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا  وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.

Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :

وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةًۭ يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا۟ ۖ وَكَانُوا۟ بِـَٔايَـٰتِنَا يُوقِنُونَ ﴿٢٤﴾  - السجدة : ٢٤

Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.


اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ,
 اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Tidak seharusnya mana-mana pihak mencemarkan nama baik institusi Raja. Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pernah bertitah :

Peranan raja-raja dalam urusan negara bukan sekadar pelengkap kepada adat negara beraja kerana mereka bukannya daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan. Selaras dengan semangat Raja Berperlembagaan yang biasa diamalkan, peranan Raja adalah memerintah dan bukan mentadbir. Raja hendaklah berada di atas segala urusan politik dan urusan pentadbiran harian yang melibatkan banyak kerenah dan pelbagai kontroversi. Dengan berada di takhta yang lebih tinggi, Raja hanya terlibat pada waktu dan ketika yang diperlukan.

Sidang Jumaat sekelian,

Bangsa Melayu hanya akan kuat dan mampu mempertahankan Islam jika ada kerjasama yang erat antara Raja dan rakyat jelata. Semangat permuafakatan yang sekian lama termeterai di antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun – satu kontrak sosial antara Raja dengan rakyat serta rakyat dengan Raja. Dalam keadaan yang begitu mencabar seperti hari ini, kita mesti meyakini kemampuan Raja-Raja untuk mempertahankan Agama dan Bangsa. Asas keyakinan ini boleh kita sandarkan kepada titah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang pernah bertitah * :

Dalam mengharungi perjalanan dan memungut pengalaman memenuhi tanggungjawab institusi itu, Beta senantiasa mengambil pedoman akan amanat yang diturunkan turun temurun bahawa:

• Bapa kepada Raja adalah Syariat ajaran Rasul;

• Ibu kepada Raja adalah adat dan undang-undang;

• Saudara kepada Raja adalah segala Menteri Besar dan Kecil;

• Anak kepada Raja adalah segala rakyat jelata;

• Bahawa Raja itu bagaikan tiada bapa, ibu dan anak;

• Tidak diutamakan oleh Raja kepentingan lain melainkan rakyat jelata;

• Malah ungka siamang di hutan jua adalah di bawah jagaan Raja;

• Menjalankan pemerintahan dengan adil;

• Memelihara agama – Menjamin keamanan;

• Menunaikan kewajipan dengan penuh iltizam;

• Jika Raja gagal menjunjung kebenaran ini;

• Maka hancur musnahlah negara; dan

* Semoga Raja Kita Selamat Bertakhta.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ،
وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ
اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ .
 
 اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ.
 اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ
اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ. 

Ya Allah kurniakanlah sepenuhnya taufiq dan hidayahmu terhadap raja kami Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.

 رَبَّنَا آتنِاَ فِيْ الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِيْ اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرْوْهٌ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ.  
Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR