Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, Timbalan Ketua Pengarah Kastam pada jam 8.15 pagi ini ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya.

Menurut laporan media, mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, di Putrajaya.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dilapor berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi.

Beliau dilapor sebagai berkata, allahyarham bersama pemandu dalam perjalanan dari rumah di Dengkil ke pejabat beliau di Putrajaya.

"Mangsa dipercayai ditembak tiga das di leher dan kepala," Ku dipetik sebagai berkata.