Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Monday 6 May 2013

Pesanan Untuk Pejuang Gerakan Islam:Takwa pencetus keamanan, kesejahteraan ummah

Oleh Zamanuddin Jusoh

Kehidupan hancur jika berlaku pertikaian dalam masyarakat.Iman dan takwa dapat menciptakan daya kekuatan bagi manusia menghindarkan diri daripada setiap keburukan. Kedua-dua unsur itu dapat memberi kekuatan kepada manusia untuk maju ke hadapan dan berdaya saing dalam mendepani segala cabaran.

Seterusnya, memberi jaminan bagi manusia mendapatkan keselamatan dan keamanan. Fitnah dan ujian yang diterima akan menyebabkan keimanan seseorang menjadi goyang. Bertukar antara pagi dan petang dengan cara yang tidak konsisten.

“Sesiapa yang mengarahkan pandangannya kepada agama Allah, maka ia telah berpegang dengan simpulan tali yang teguh dan kuat” (Surah Luqman, ayat 22)
Sabda Baginda SAW: “Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman pada waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang yang masih beriman pada waktu petang kemudian pada esok harinya ia sudah menjadi kafir kerana menjual agamanya dari sedikit mata benda dunia.” (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)
Takwa kekuatan paling ampuh

Oleh kerana ujian keimanan ini amat getir, maka takwa adalah saranan kekuatan yang paling ampuh sehingga manusia dapat bangun semula meneruskan kehidupan mereka seperti sedia kala. Inilah sebabnya takwa menjadi perkara ditekankan dalam al-Quran.
Dalam konteks sosial, takwa adalah peranan penting membentuk kedamaian dan keharmonian masyarakat sebagai benteng daripada pelbagai keburukan sosial, seterusnya akan menyuntik perasaan gemar melakukan kebajikan kepada masyarakat umum.

Jauhi pertikaian merugikan

Jauhi pertikaian yang merugikan kerana ia akan menghancurkan masyarakat seperti sabda Baginda SAW: “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pimpinan) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa ar-Rasyidin al-Mahdiyin (khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara baru (bidaah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bidaah itu adalah sesat.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Dalam konteks agama, takwa dasar pokok agama Islam. Sejarah membuktikan generasi pertama umat Islam berpegang teguh dengan agama sehingga mereka mampu menyebarkan agama Allah SWT ke seluruh dunia serta fahaman mengenai Islam serta keselamatan sosial.
Ia dapat diterima dengan jiwa yang suci dan mendapat sambutan sehingga Islam terus berkembang ke negara Asia hingga Timur Jauh. Seterusnya Islam berkembang hingga ke benua Afrika hingga Eropah.Namun, apabila ketakwaan semakin berkurang, keamanan dan kedamaian diganti dengan sikap mementingkan diri, kecintaan dan kasih sayang berganti kekacauan dan kebencian, maka umat Islam menjadi kosong serta semakin jauh daripada ketakwaan ditanamkan dalam hati mereka.
Keamanan pada akhir zaman sesuatu yang sukar dan amat berharga sehingga Baginda SAW menjadikan ia sebagai wasiat penting untuk umatnya.
Seorang Mukmin yang kuat akan menjaga empat elemen insani rohaninya (hubungan hati dengan Allah) seperti solat wajib dan sunat, puasa, zikir, berdoa, istighfar dan membaca al-Quran.
Kedua, fizikalnya dengan menjaga makan dan minum (makanan halal dan berkhasiat), kebersihan diri, tidur yang cukup dan beriadah. 

Ketiga menjaga emosinya melalui jalinan kasih sayang kepada isteri, anak, ibu bapa, anak yatim, fakir miskin, orang alim serta pemimpin yang bertakwa.
Keempat ialah menjaga akalnya dengan menuntut ilmu syarak dan ilmu yang bermanfaat.
Ketakwaan teguh warisan iman.
Ketakwaan teguh saja akan mampu mengembalikan warisan iman yang sudah menghilang daripada kalbu umat Islam. Maka kewajipan setiap Muslim adalah untuk menyebar luaskan amanat keselamatan ke seluruh dunia.
Pengertian ini harus disematkan dalam hati setiap orang bahawa Islam agama mengembangkan kecintaan dan kasih-sayang.
Islam menegakkan ajaran kedamaian dan keselamatan di setiap lapisan masyarakat.
Namun, kita menyaksikan apa yang sedang terjadi di dunia sekarang ini, berlaku kegagalan disebabkan tidak adanya takwa dalam hati. Bangsa menjadi sombong dan takbur disebabkan mempunyai kekayaan, kekuatan ekonomi, politik dan ilmu pengetahuan lebih daripada bangsa lain.

Berasa paling aman atau menganggap diri mereka menjadi negara paling aman di dunia sehingga berasa lebih unggul daripada negara lain.Kita lihat semuanya menghadapi kegagalan disebabkan kekosongan pada unsur kerohanian.
Tanpa takwa, pertolongan Allah Taala akan lenyap dan berlakulah kehancuran dan kegawatan dalam sistem keselamatan dunia.Peranan agama dalam menentukan keselamatan tidak boleh dinafikan oleh sesiapa kerana agama mensyaratkan ketakwaan sebagai pencetus keamanan dan kesejahteraan.
Firman Allah SWT: “Sesiapa yang mengarahkan pandangannya kepada agama Allah, maka ia telah berpegang dengan simpulan tali yang teguh dan kuat.” (Surah Luqman, ayat 22)
Baginda SAW menyeru kepada agama Allah sebagai jaminan keselamatan dengan slogan, ‘Islamlah kamu nescaya keselamatan akan sentiasa terjamin’.
Dikirim dalam Amalan Pilihan 

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR