Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Friday 5 July 2013

Memartabatkan Islam :RUU pentadbiran Islam wilayah ditarik balik - TPM

KUALA LUMPUR 5 Julai - Jemaah Menteri hari ini bersetuju untuk menarik balik Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Rang Undang-Rang tersebut dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 26 Jun lalu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Muhyiddin berkata isu status agama anak dalam kes ibu atau bapa memeluk agama Islam telah dibincangkan secara mendalam oleh Kabinet dengan mengambil kira pandangan dan kebimbangan pelbagai pihak termasuk parti komponen Barisan Nasional (BN).

"Kabinet bersetuju penarikan balik Rang Undang-Undang itu adalah perlu demi memastikan isu penentuan agama anak dalam kes seumpama itu diselesaikan dengan cara yang adil kepada semua," katanya dalam kenyataan selepas mesyuarat Kabinet hari ini.

Muhyiddin berkata keputusan untuk menarik balik Rang Undang-Undang itu juga dibuat bagi memberi masa kepada kerajaan dan semua pihak untuk meneliti semula undang-undang tersebut secara holistik.

"Rang undang-undang ini hanya akan dibentangkan semula setelah mendapat persetujuan semua pihak," katanya.

Semua pindaan yang berbangkit daripada penggubalan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 juga akan ditarik balik, katanya.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan kerajaan percaya Islam adalah agama yang adil kepada umat manusia, maka isu pertikaian status agama anak perlu diselesaikan secara adil berdasarkan prinsip keadilan dalam Islam.

Fasal (4) Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh “his parent or guardian" (ibu bapa atau penjaga).
Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan dalam kes Subashini a/p Rajasingam melawan Saravanan a/l Thangathoray (1/8)2008(3/8) 2 MLJ 147 telah mentafsirkan perkataan ‘parent’ sebagai mufrad.

Fasal 107(b) dalam Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 telah digubal berdasarkan peruntukan Fasal (4) Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan dan kes Subashini. - BERNAMA



No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR