Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Thursday 18 July 2013

Misteri Kehilangan Wang Tabung Mesjid Terbongkar


KANGAR 18 Julai - Seorang penjual air soya disyaki melakukan kegiatan memecahkan tabung beberapa buah masjid untuk mendapatkan wang dan dijadikan modal perniagaannya di sebuah bazar Ramadan di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Supritendan Ismail Che Isa, berkata lelaki berumur 23 tahun itu ditahan pada 15 Julai lalu dan siasatan awal mendapati dia menggunakan wang itu bagi memulakan perniagaan air soya.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya hari ini, beliau berkata, lelaki yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu ditahan reman sejak 15 Julai lalu sehingga 21 Julai ini untuk siasatan lanjut.

Ismail berkata, berdasarkan maklumat kegiatan pecah tabung masjid yang berlaku di sekitar daerah Kangar, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar melancarkan Ops Masjid sejak 1 Julai dan berjaya mengesan dan menahan suspek di kediamannya di sini kira-kira pukul 3 pagi.

"Hasil tangkapan itu, polis percaya dapat menyelesaikan enam kes pecah tabung masjid sekitar Kangar yang membabitkan kehilangan wang berjumlah RM1,500," katanya.

Katanya, hasil tangkapan itu, polis turut merampas pelbagai peralatan yang digunakan bagi memecah tabung masjid termasuk sebuah alat pemotong, pisau lipat, spanar, lampu suluh dan pen penguji.

Turut dirampas ialah wang berjumlah RM39, beg duit kulit, beg pinggang dan sehelai baju sejuk yang dipercayai digunakan bagi membalut peralatan yang digunakan bagi kerja mencuri itu.

Siasatan awal mendapati suspek yang berlagak alim akan bersolat secara berjemaah di masjid terutama pada sebelah siang dan menjalankan kegiatan memecah tabung masjid ketika kesemua jemaah sudah pulang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Beliau berkata suspek juga dipercayai melakukan kegiatan yang sama di sekitar daerah Padang Besar dan Arau. - BERNAMA


© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR