Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Monday 14 April 2014

Bluefin-21, Blue Wave dan Blue Film Nama Yang Hampir Sama Namun Lain Guna, Salah Satunya Pasti Dianggap Tiada Guna!

Bluefin-21 Akan digunakan Lewat Hari Ini Untuk Cari MH370

PERTH - Kenderaan dalam air automatik (AUV) Bluefin-21 akan digunakan lewat hari ini bagi meneruskan usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.

Ketua penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Ketua Marsyal Udara (Bersara) Angus Houston berkata keputusan menggunakan kenderaan khas itu diambil berikutan tiada lagi isyarat dikesan alat pengesan pinger sejak Selasa lepas.

"Walaupun tiada lagi isyarat dikesan (seterusnya), apa yang ada sebelum ini adalah petunjuk paling meyakinkan yang kami ada. Kami perlu terus menjejaki petunjuk itu dengan sedapat mungkin," katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan operasi mencari pesawat berkenaan di sini hari ini.

"Analisis yang dibuat terhadap empat isyarat sebelum ini memungkinkan satu definisi dibuat tentang kawasan mencari di dasar laut yang lebih kecil dan mudah diuruskan," katanya merujuk kepada data akaustik yang dikesan kapal Australia Ocean Shield minggu lepas.

Houston berkata sehubungan itu, para pakar memutuskan bahawa Ocean Shield akan berhenti daripada membuat pencarian menggunakan alat pengesan pinger yang ditunda (TPL) lewat hari ini.

Houston, yang menyelaraskan pasukan mencari dari pelbagai negara di selatan Lautan Hindi itu, berkata TPL dan AUV tidak boleh beroperasi secara serentak. Oleh itu, keputusan peranti mana yang akan digunakan, perlu dibuat.

Menurut beliau AUV, yang mampu turun hingga sedalam 4,500m , akan digunakan dalam misi pertamanya bagi meliputi kawasan kira-kira 40km persegi di tempat isyarat berkenaan telah dikesan.

Sambil menjelaskan bahawa setiap misi Bluefin-21 akan memakan masa sekurang-kurangnya 24 jam, beliau berkata: "Selepas mengambil masa selama dua jam untuk sampai ke dasar laut, peranti itu akan bekerja selama 16 jam, dua jam untuk kembali ke permukaan air dan empat jam untuk memuat turun serta menganalisis data yang dikumpul."

Katanya penggunaan AUV berpotensi membawa usaha mencari selangkah lagi ke hadapan dalam usaha mengenal pasti visual.

"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, serpihan pesawat perlu dikenal pasti secara visual terlebih dahulu, sebelum kami dapat menyatakan dengan pasti bahawa inilah tempat MH370 bersemadi," katanya.

Houston, bagaimanapun mengingatkan bahawa penggunaan AUV tidak memberi jaminan bangkai pesawat MH370 akan ditemui di dasar laut.

Mengenai sama ada aset lain akan digunakan dalam usaha mencari dalam air, beliau berkata Bluefin-21 adalah satu-stunya aset yang ada ketika ini kerana ia lebih daripada memadai untuk menjalankan tugas itu.

Menurut beliau, Bluefin-21 mempunyai keupayaan untuk digunakan hanya setakat kedalaman 4,500m dan bagi kedalaman melebihi had itu, aset yang berkeupayaan lebih tinggi perlu digunakan.

Mengenai kawasan pencarian pula, Houston berkata misi seterusnya akan ditentukan oleh analisis yang dibuat terhadap data yang dikumpul misi sulung Bluefin-21 hari ini di kawasan mencari yang ditentukan berdasarkan analisis yang dibuat para pakar dunia.

Ditanya sama ada penggunaan Bluefin-21 bererti bateri kotak hitam pesawat berkenaan kini sudah habis kuasanya, beliau berkata langkah itu perlu diambil kerana tiada isyarat lain yang mungkin dapat dikesan daripada alat perakam data Penerbangan MH370, yang sebelum ini telah dikesan dalam tempoh enam hari lepas.

Dalam perkembangan berasingan, Houston berkata Ocean Shield telah mengesan tompokan minyak petang semalam, kira-kira 5,500m di kawasan ping dikesan TPL sebelum ini.

"Sampel sebanyak kira-kira dua liter telah diambil. Ia akan mengambil masa beberapa hari untuk tiba di pantai dan diuji secara konklusif. Punca minyak itu belum dikenal pasti," katanya sambil menegaskan bahawa siasatan mengenainya akan mengambil masa kerana ia tidak dapat dibuat di tengah laut.

Penerbangan MH370 bersama 239 orang berlepas pada 8 Mac dari LapanganTerbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesanpesawat itu, mula-mula di di Laut China Selatan dan kemudian diperluas ke Selat Melaka serta Laut Andaman dan kini di selatan Lautan Hindi.

Analisis yang dibuat terhadap data satelit menunjukkan pesawat itu terbangdi sepanjang laluan yang dikenali sebagai 'koridor selatan' dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama.

‘Blue Wave’ lawan ‘Red Bean’

Kuala Lumpur: Tentera siber dengan gelaran `Blue Wave Army’ (BWA) akan ditubuhkan bagi menjawab fitnah yang disebarkan Red Bean Army (RBA) yang dikaitkan dengan pakatan pembangkang.

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan, berkata penubuhan BWA bagaimanapun masih di peringkat cadangan, namun ia dilihat sebagai saluran efektif untuk memberi penjelasan yang sahih kepada masyarakat berkaitan apa saja isu.

“Kewujudan tentera siber parti juga dapat memberikan penjelasan yang sahih kepada masyarakat dalam isu yang sering diputarbelitkan pembangkang seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Paling utama, kita tidak akan ikut cara mereka (RBA).
    

Blue Film

A blue film, blue picture, or bf is a euphemistic term used in India, Sri Lanka, and Nepal for an adult film, generally made by amateurs or shot in a style recalling amateur pornography. The term blue picture comes from Great Britain, where blue is euphemistically used to refer to works targeting the prurient interest or those that are considered offensive, obscene, or in bad taste (blue laws, blue humour, and a comedian's blue book are in this same tradition).

The arrival of porn star Sunny Leone in the Bigg Boss 5 house in 2011 created a stir in India over the issue of tolerance towards such artists. While the blue film industry is worth a billion, public opinion about porn stars is widely negative. They are more often considered as sex workers than as actors.

Blue film may also refer to the 2009 Bollywood movie Blue, starring Akshay Kumar, Zayed Khan, Sanjay Dutt, Lara Dutta and Katrina Kaif. At the time of release,it was the most expensive Bollywood film ever produced.-Wikipedia.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR