Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Sunday 13 April 2014

Gani Patail Di UK Bincang Hak Ke Atas Kotak Hitam MH370 - Hishammuddin.(Sekiranya dijumpai) Laaaaa..Ingat Dah Jumpa!

KUALA LUMPUR:  Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengadakan perbincangan dengan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mengenai siapakah yang sepatutnya mempunyai hak ke atas kotak hitam milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 sekiranya  dijumpai.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Ahad berkata, Peguam Negara pada masa ini berada di United Kingdom bagi membincangkan bersama ICAO dan pakar-pakar lain berhubung perkara itu.

"Kami bekerjasama rapat dalam isu ini. Peguam Negara di UK bagi membincangkan mengenainya. ICAO dan pakar-pakar yang terlibat berkaitan undang-undang antarabangsa dan undang-undang dalam negeri mengenai siapa yang benar-benar harus mempunyai hak ke atas kotak hitam ini, sebaik sahaja ia dapat dijumpai," katanya pada sidang media selepas melakukan tinjauan mesra di pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Pesawat Boeing 777- 200ER didaftarkan di Malaysia dan dimiliki oleh MAS. Dan di bawah ICAO, negara asal yang memiliki pesawat itu, iaitu Malaysia, adalah bertanggungjawab untuk melancarkan siasatan dan menjaga bangkai pesawat.

Bagaimanapun, Malaysia telah meminta Australia untuk mengetuai pencarian pesawat itu di selatan Lautan Hindi.

Hishammuddin, bagaimanapun menegaskan bahawa tumpuan adalah sentiasa mencari pesawat terlebih dahulu, yang telah hilang selama 37 hari sejak ia hilang dari skrin radar pada 8 Mac lalu.

Beliau turut berkata, tiada sebarang panggilan telefon yang dibuat oleh pembantu juruterbang MH370, Fariq Abdul Hamid apabila pesawat itu terbang rendah pada hari ia hilang seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan.

Bagaimanapun, beliau berkata, isu itu akan dilihat oleh polis dan agensi-agensi antarabangsa berkaitan dan akan didedahkan apabila tiba masanya.

"Saya tidak mahu membuat spekulasi mengenai perkara itu, kerana ia tidak menghormati keluarga juruterbang dan pembantu juruterbang, dan saya tidak mahu mengganggu siasatan yang dilakukan sekarang, bukan sahaja oleh polis Malaysia tetapi agensi-agensi perisikan lain," katanya.

Hishammuddin turut menyatakan bahawa berdasarkan penyiasatan pada masa ini, tidak ada keadaan yang mencurigakan dalam penumpang dan polis masih menyiasat empat kemungkinan berhubung kehilangan MH370.

"Polis masih menyiasat kemungkinan rampasan, isu keganasan, masalah psikologi dan peribadi," katanya.

Kotak hitam pesawat, yang terdiri daripada perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit, boleh merungkai persoalan mengenai apa yang berlaku kepada pesawat ,H370 yang hilang dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR