Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Thursday 2 October 2014

Menangani Pengurangan Subsidi Minyak dan Kesan Terhadap Harga Barangan, Catatan Seorang Warga Marhaen

Harga minyak naik?Hanya pengurangan subsidi oleh kerajaan.Berikut sebahagian cara yang boleh dipraktikkan bagi mengurangkan beban atau kesan kenaikan harga barangan.

1. Jangan berlagak seperti orang kaya jika tidak mampu.

2. Tukar dan guna kereta cc kecil untuk jimatkan minyak.

3. Banyakkan makan di rumah dan kurangkan aktiviti makan di restoran dan kedai kopi kerana restoran tomyam dan kedai kopi kebanyakannya bukan rakyat Malaysia yang punyapun.

4. Belajarah bertani dan tanam sayur sendiri.

5. Ternak ayam dan ikan sendiri bagi yang mempunyai kawasan dan lokasi yang sesuai.

6. Potong Astro.

7. Kurangkan layan gajet, tukarkan dengan aktiviti baca kitab atau berzikir.

8. Kurangkan kunjungan ke pusat beli-belah.

9. Berpuasa sunat jadikan amalan.

10. Gunakan basikal atau berjalan untuk ke destinasi dekat.

11 . Beli pakaian dan keperluan yang mampu beli, berkualiti, bukan beli jenama.

12. Berpada-padalah membeli keperluan harian.

13. Peringatan mesra untuk perokok, berhentilah.

14. Jauhi aktiviti kurang bermoral seperti ke rumah urut, kelab malam,kelab dangdut dan seumpamanya.Geng "songkok hijau"pun ramai jugak yang ke situ, Geng songkok "Tak Hijau" rakan dan seteru dah lama dah, jadi budaya turun-temurun.

15. Hadkan aktiviti melancong dan ke pusat-pusat peranginan.

16. Jika hanya mampu membeli rumah teres mengapa dibeli bunglow?

17. Gunakan sumber semula jadi seperti air hujan dan air sungai untuk mandi atau siram pokok.

18. Gantikan pokok-pokok hiasan yang tak berfaedah di halaman atau dalam pasu dengan sayuran dan tanaman bermanfaat.

19. "Tanam padi di atas bumbung".

20. Gantikan aktiviti riadah seperti joging dan bermain bola dengan aktiviti sampingan yang mendatangkan lebih daripada 1 manfaat contohnya berkebun dan bercucuk tanam.

21. Hindari sikap meminta-minta seperti kenaikan gaji,bonus dan tambahan BR1M kerana kenaikan gaji dan bonus yang diuar-uarkan akan meningkatkan harga barangan.

22. Jika hanya mampu beli beras cap rambutan jangan ajar tekak dengan rasa beras wangi.


23. Berhenti membeli akhbar dan bahan bacaan yang pelbagai kerana berita dan artikal yang dimuatkan hanya datang dari satu sumber yang sama (internet).

24. Usahakan menyediakan juadah sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada KFC, Mc D, Pizza, Gardenia dan seumpamanya.

25. Belajar untuk bekerja bukan kerja belajar.

26. Biar diri dianggap bodoh (jangan terlalu bodoh) asalkan tahu dan mahu bekerja daripada cerdik dan bijak tetapi memilih,tidak mahu dan tidak tahu kerja.Pesan Pak Hamka “Orang yang loba kepada harta kerap kali lupa akan kehormatan dirinya, lupa akan keutamaan, bahkan tidak peduli. Muka mereka menjadi tebal, hati mereka kesat bagai batu.Tidak ada…tidak ada kesenangan sebab hati tidak merasa puas.Sebelum engkau membuat sebarang pekerjaan, walaupun apa namanya… biarpun meregas rumput dan menjualnya tiga sen serajut atau membuka toko yang bertingkat, maka sebelum masuk kepada pekerjaan itu hendaklah tanamkan lebih dahulu kekayaan dalam hatimu, iaitu merasa syukur atas nikmat Allah apa yang ada. Dan engkau mengerjakan pekerjaan itu bukan kerana wang tetapi kerana engkau manusia, wajib bekerja".

27. Usaha memasarkan komoditi seperti minyak sawit dan getah ke negara-negara yang berlawanan fahaman dengan majoriti rakyat Malaysia contohnya Israel jika harga yang ditawarkan tinggi. Mengapa perlu menidakkan keuntungan.Bukankankah dengan keuntungan itu dapat kita bantu ekonomi rakyat dan boleh juga disumbangkan kepada rakan kita rakyat palestin bagi melawan musuh mereka Israel?Lainlah jika minyak sawit dijadikan bom untuk membunuh rakyat palestin secara terus.Bukankah polisi ini telah lama berlangsung dalam kalangan masyarakat Melayu?Buktinya berapa banyak tanah rizab Melayu hilang. Mengapa bertukar tangan?Siapa punya angkara dan kerana apa?Tanah yang luas tersebut siapa pemiliknya sekarang?Bukankah disebabkan wang dan demi mengisi sesetengah tembolok, rizab-rizab tersebut berpindah kepada orang yang tidak sebangsa dan sealiran dengan kita?Adakah orang-orang tersebut akan membela kita?Ada baiknya hasil atau komoditi yang berpindah tangan daripada aset warisan "kekal" yang terlepas. Apa sudah jadi dengan nasib monyet, rusa,harimau,mergasatwa dan babi di hutan? Ke mana hilang hutan sebagai tempat berlindung dan selamatkah haiwan-haiwan tersebut?

28. Politik digunakan untuk dapatkan kuasa, apabila sudah berkuasa uruslah negara dan rakyat dengan sebaik mungkin, yang kalah hormat pada yang menang.Berpolitik sepanjang masa akan merencatkan usaha membangunkan minda masyarakat dan menjadikan rakyat kurang bijak dan tidak matang (asyik mahu bertekak menegakkan pendapat,berbual lama di kedai kopi, mengadap Pc dan menghamburkan cacian,sindir menyindir yang mewujudkan iklim masyarakat Malaysia yang majmuk seakan-akan kurang stabil".

29. Banyakkan bersyukur, beribadah seperti berdoa untuk keamanan dan kesejahteraan diri,keluarga,masyarakat dan negara.

31. Kurangkan menyalahkan pihak lain seperti berpiket dan melalak. Protes dan bertindak dalam diam adalah lebih baik......undi hanya 5 tahun sekali, masih jauh, dan yang paling penting,siapa boleh beri jaminan harga minyak dan barangan tidak akan naik jika parti lain memerintah??????Cer Citerrrr! 2 x.

Hentikanlah politik kebencian jika asasnya hanyalah kerana kenaikan harga minyak,barangan dan corak kepimpinan individu. Isu yang lebih terjamin dan kukuh hanyalah "Agama" kerana agama merentasi segala dan sempurna. Jika elemen agama yang jitu tidak dianggap sebagai paksi akan wujudlah kapitalis dan segala bentuk penyelewengan yang tidak berkesudahan walau apa nama partipun yang memerintah.

Minyak naik 20 sen aje, apa ada kisah.....kah,kah,kah....! Daripada melayan blogger meroyan adalah terlebih mulia menghayati ucapan dan majlis yang disertai ulamak.... kah kah kah!.Kata Kit Siang, Kesederhanaan Bermula di rumah Sendiri....

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR