Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Monday, 7 May 2018

SEHARI LAGI RAKYAT MALAYSIA AKAN MENGUNDI DALAM PRU 14, MASIH BELUM TERLEWAT UNTUK MEMILIH CALON TERBAIK

TUJUH CIRI PEMIMPIN AKHIR ZAMAN YANG PERLU DIHINDARI

Dalam Surah Sad(38:26), Allah SWT telah berfirman tentang pemimpin adil yang berbunyi:

“Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan.”

Terdapat banyak hadis Rasulullah SAW yang mengingatkan umat Islam tentang kemunculan pemimpin-pemimpin di akhir zaman yang menyesatkan manusia. Kita bertanggung jawab untuk meneliti dan menilai ciri-ciri pemimpin supaya kita tidak disesatkan oleh mereka:

Antara pemimpin-pemimpin yang ditakuti:

1. PEMIMPIN YANG MENOLAK KEBENARAN DAN MENYERU KEMUNGKARAN.

Dari Ubadah bin Shamit beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang berbunyi:

«سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يَأْمُرُونَكُمْ بِمَا لاَ تَعْرِفُونَ وَيَفْعَلُونَ مَا تُنْكِرُونَ فَلَيْسَ لاِؤلَئِكَ عَلَيْكُمْ طَاعَةٌ» 
“Kamu akan dipimpin oleh para pemimpin yang memerintah kamu dengan hukum yang tidak kamu ketahui (imani). Sebaliknya, mereka melakukan apa yang kamu ingkari. Sehingga terhadap mereka ini tidak ada kewajiban bagi kamu sekalian untuk mentaatinya.” (Hadis Riwayat Ibnu Abi Syaibah).

2. PEMIMPIN YANG SESAT

Dari Aus, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang berbunyi:

«إِنِّي لاَ أَخَافُ عَلىَ أُمَّتيِ إِلاَّ الأَئِمَّةَ المُضَلِّينَ» 

“Aku tidak takut (ujian yang akan menimpa) pada umatku, kecuali (ujian) para pemimpin yang sesat.” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban).

Sheikh Sufyan as-Tsauri bin Said (716 M–778 M) seorang ulama besar zaman dahulu menggambarkan mereka dengan mengatakan: “Tidaklah kamu menjumpai para pemimpin sesat, kecuali kamu mengingkari mereka dengan hati, agar amal kamu tidak sia-sia.”

3. PEMIMPIN YANG MEMERINTAH DENGAN MENGANCAM KEHIDUPAN DAN MATA PENCARIAN RAKYAT

Abu Hisyam as-Silmi berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang berbunyi:

«سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أَئِمَّةٌ يَمْلِكُوْنَ رِقَابَكُمْ وَيُحَدِّثُوْنَكُمْ فَيَكْذِبُونَ، وَيَعْمَلُوْنَ فَيُسِيؤُونَ، لا يَرْضَوْنَ مِنْكُمْ حَتَّى تُحَسِّنُوا قَبِيْحَهُمْ وَتُصَدِّقُوْا كَذِبَهُمْ، اعْطُوْهُمُ الحَقَّ مَا رَضُوا بِهِ» 

“Kamu akan dipimpin oleh para pemimpin yang mengancam kehidupan kamu. Mereka berbicara (berjanji) kepada kamu, kemudian mereka mengingkari (janjinya). Mereka melakukan pekerjaan tetapi pekerjaan mereka itu sangat buruk. Mereka tidak senang dengan kamu hingga kamu menilai baik (memuji) keburukan mereka, dan kamu membenarkan pembohongan mereka, serta kamu memberi kepada mereka hak yang mereka senangi.” (Hadis Riwayat Thabrani).

4. PEMIMPIN YANG BODOH.

Dari Jabir bin Abdillah beliau berkata bahawa Rasulullah SAW berkata kepada Ka’ab bin Ajzah:

أَعَاذَكَ اللهَ مِنْ إمَارَةِ السُّفَهَاءِ 

“Aku memohon perlindungan untukmu kepada Allah dari kepemimpinan dari kalangan orang-orang yang bodoh.” (Hadis Riwayat Ahmad).

Maksud pemimpin bodoh adalah pemimpin yang tidak mengikuti petunjuk dan sunnah Rasulullah SAW. Dengan kata lainnya pemimpin yang tidak menerapkan syariah Islam dalam pemerintahannya.

5. PEMIMPIN YANG PURA-PURA BERIMAN (ZINDIK).

Dari Ma’qil bin Yasar. Katanya Rasulullah SAW bersabda yang berbunyi:

«صِنْفَانِ مِنْ أُمَّتِي لَنْ تَنَالَهُمَا شَفَاعَتِي: إِمَامٌ ظَلُومٌ، وَكُلُّ غَالٍ مَارِقٍ» 

“Dua golongan umatku yang keduanya tidak akan mendapatkan syafaatku, iaitu pemimpin yang bertindak zalim, dan orang yang berlebihan dalam beragama hingga sesat dari agama.” (Hadis Riwayat Thabrani).

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ قُدَامَةَ الْجُمَحِيُّ عَنْ إِسْحَقَ بْنِ أَبِي الْفُرَاتِ عَنْ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ 

“Akan datang kepada masyarakat tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Pada tahun-tahun itu pembohong dipandang benar, yang benar dianggap bohong; pada tahun-tahun tersebut pengkhianat diberi amanat, sedangkan orang yang amanah dianggap pengkhianat. Pada saat itu yang berbicara adalah ruwaibidhah”. Lalu ada sahabat bertanya, “Apakah ruwaibidhah itu Rasulullah?. Rasulullah menjawab, “Orang bodoh yang berbicara/menguruskan urusan pemerintahan.”

[Dalam riwayat lain disebutkan, ruwaibidhah itu adalah “orang fasik yang berbicara/menguruskan urusan awam” dan “al-umara (pemerintah) fasik yang berbicara/menguruskan urusan pemerintahan]. (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Abu Ya’la dan al-Bazzar).

6. PEMIMPIN YANG MENGANGKAT PEMBANTU KALANGAN ORANG-ORANG JAHAT DAN MENGAKHIRKAN SOLAT (MENGABAIKAN SYARIAH).

Dari Abu Hurairah ra, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

« يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ أُمَرَاءُ ظَلَمَةٌ، وَوُزَرَاءُ فَسَقَةٌ، وَقُضَاةٌ خَوَنَةٌ، وَفُقَهَاءُ كَذَبَةٌ، فَمَنْ أَدْرَكَ مِنْكُمْ ذَلِكَ الزَّمَنَ فَلا يَكُونَنَّ لَهُمْ جَابِيًا وَلا عَرِيفًا وَلا شُرْطِيًّا» 

“Akan sampai di akhir zaman para penguasa sewenang-wenang, para pembantu (pejabat pemerintah) fasik, para hakim pengkhianat dan para ahli hukum Islam (fuqaha’) pendusta.” (Hadis Riwayat Thabrani).

7. PEMIMPIN DIKTATOR (KEJAM).

Rasulullah SAW bersabda:
«إِنَّ شَرَّ الوُلاَةِ الحُطَمَةُ» 

“Sesungguhnya seburuk-buruknya para penguasa adalah penguasa al-huthamah (diktator).” (Hadis Riwayat Al-Bazzar).

Pemimpin al-huthamah (diktator) adalah pemimpin yang menggunakan kekerasan (tangan besi) terhadap rakyatnya.

Dari Abu Layla al-Asy’ari katanya Rasulullah SAW bersabda:

«وسَيَلي أُمَرَاءُ إنْ اسْتُرْحِمُوا لَمْ يَرْحَمُوا، وإنْ سُئِلُوا الحَقَّ لَمْ يُعْطُوا، وإِنْ أُمِرُوا بالمَعْرُوفِ أَنْكَرُوا، وسَتَخَافُوْنَهُمْ وَيَتَفَرَّقَ مَلأُكُمْ حَتى لاَ يَحْمِلُوكُمْ عَلى شَيءٍ إِلاَّ احْتُمِلْتُمْ عَلَيْهِ طَوْعاً وَكَرْهاً، ادْنَى الحَقِّ أَنْ لاَ تٌّاخُذُوا لَهُمْ عَطَاءً ولا تَحْضُروا لَهُمْ في المًّلاَ»

“Dan berikutnya adalah para pemimpin jika mereka diminta untuk mengasihani (rakyat), mereka tidak mengasihaninya; jika mereka diminta untuk menunaikan hak (rakyat), mereka tidak memberikannya; dan jika mereka disuruh berlaku baik (adil), mereka menolak. Mereka akan membuat hidup kamu dalam ketakutan; dan memecah-belah tokoh-tokoh kamu. Sehingga mereka tidak membebani kamu dengan suatu beban, kecuali mereka membebani kamu dengan cara paksa, samada kamu suka atau tidak. Serendah-rendahnya hak kamu, adalah kamu tidak mengambil pemberian mereka, dan kamu tidak menghadiri pertemuan mereka.” (Hadis Riwayat Thabrani).

"Pemimpin (penguasa) adalah bayangan Allah di muka bumi. Kepadanyalah berlindung orang yang teraniaya dari hamba-hambaNya. Jika ia berlaku adil, nescaya baginya ganjaran (pahala) dan bagi rakyatnya hendaklah bersyukur. Sebaliknya, apabila ia curang (zalim), nescaya berdosalah baginya dan rakyat hendaklah bersabar. Apabila para pemimpin curang (zalim), langit tidak akan menurunkan keberkatannya. Apabila zina bermaharajalela, kefakiran dan kemiskinan pun akan berkembang.,” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dari Abdullah bin Umar)

Berwaspadalah dengan peringatan Allah SWT di bawah:

"(Ingatlah) suatu hari (yang di hari itu) Kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya; dan barang siapa yang diberikan kitab amalannya di tangan kanannya maka mereka ini akan membaca kitabnya itu, dan mereka tidak dianiaya sedikit pun". {Petikan dari Surah Al-Israq[Memperjalankan Waktu Malam](17:71)}

Justeru, beringatlah tatkala memilih pemimpin. Mereka bukan hanya memimpin kita di dunia ini tetapi juga di akhirat. Tepuk dada dan tanyalah iman kita. Mana satukah idaman kalbu. Peringatan dari Allah di atas terlalu jelas untuk kita fahami.

SELAMAT MENGUNDI PRU 14 PADA 9.5.2018.

Masih Adakah Nasab Ustaz Abu Bakar Al Bakir dan Burhanuddin al Helmi dalam Arus Perjuangan PAS?

Masih Adakah Nasab Ustaz Abu Bakar Al Bakir dan Burhanuddin al Helmi dalam Arus Perjuangan PAS?

(Tadak sampai beberapa hari lagi PRU 14 akan bermula, fikir-fikirkanlah)

Ulamak mewarisi perjuangan Nabi-nabi.Sejarah mengajar kita.Biar tidak pandai tetapi mahu belajar lama-kelamaan menjadi cerdik. Jika belagak pandai tetapi kurang cerdik lantas keluar jamaah akhirnya mudah dibeli dan dibuli. Akan hilanglah kemanisan di dalam perjuangan.

Perjuangan secara beristiqamah memerlukan ketabahan dan kesabaran. Dasar dan asas  perjuangan perlu kukuh. Kalah atau menang bukan alasannya. Ikuti sejarah awal penubuhan PAS.

Mengikut fakta sejarah, PAS telah ditubuhkan secara rasmi pada 23 Ogos 1951.Walau bagaimanapun, ada fakta lain yang menyebut bahawa PAS ditubuhkan pada 24 November 1951 (Warta Negara, 26 November 1951 dan Utusan Melayu 25 November 1951).

Walaupun terdapat dua tarikh yang bercanggah, namun ahli-ahli sejarah dan tokoh-tokoh lama dalam PAS bersetuju bahawa fakta kedua (24 November 1951) ialah tarikh sebenar PAS ditubuhkan.

Parti Islam Se-Malaysia kemudiannya telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31 Mei 1955 dengan nombor pendaftaran 733 (Pulau Pinang). PAS atau Persatuan Islam Se-Malaya (nama asalnya) ialah pertubuhan atau parti politik Melayu yang berteraskan Islam yang ditubuhkan sebelum merdeka selepas Hizbul Muslimin diharamkan oleh kerajaan British pada tahun 1948.

Sungguhpun aktiviti Hizbul Muslimin terhenti, namun keghairahan sokongan rakyat khususnya alim ulama terhadap perjuangan politiknya amatlah memberangsangkan. Semangat dan sokongan kental inilah yang akhirnya merintis jalan mudah ke arah penubuhan PAS pada tahun 1951.

Dalam hal ini, ramai ahli sejarah berpendapat penghargaan dan pengiktirafan perlulah dihulurkan kepada Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pemimpin MATA dan seterusnya Hizbul Muslimin yang telah "melebarkan jalan" untuk memudahkan penubuhan PAS.

Peranan Hizbul Muslimin dalam penubuhan PAS lebih tertonjol lagi apabila sebahagian besar bekas pucuk pimpinan pusatnya turut menyertai PAS dan memainkan peranan secara aktif. Antaranya termasuklah Ustaz Othman Hamzah, Ustaz Baharuddin Abd. Latiff, Tuan Haji Khaider Khatib dan Ustaz Yunus Haji Yatimi.

Besar kemungkinan juga Bahagian Agama UMNO yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Fuad Hassan turut diresapi dengan pengaruh Hizbul Muslimin ini. Tambahan lagi, ramai pemimpin agama dalam UMNO ketika itu kecewa akan pucuk pimpinan mereka yang bercadang untuk menaja perjudian (loteri).

Tidak dapat dinafikan bahawa rancangan awal penubuhan PAS sebenarnya ditimbulkan oleh sebahagian besar ahli-ahli agama dalam UMNO semasa berlangsungnya Muktamar Ulama Ke-3 di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth dengan ahli panelnya terdiri daripada Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan (Pengerusi), Ustaz Haji Ahmad Maliki (Setiausaha),Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah(Ahli),Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah(Ahli),Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein (Ahli),Tuan Haji Mansor J.P (Ahli) dan dua atau tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan.

Ahli-ahli panel inilah yang berusaha merangka perlembagaan serta menamakan pertubuhan yang dicita-citakan itu, iaitu Pertubuhan Ulama Se-Malaya. Panel ini telah berusaha mengadakan persidangan dengan persatuan-persatuan kebajikan Melayu atau Islam, Majlis Agama Islam Negeri, ulama perseorangan, para kadi dan juga mufti.

Walaupun perhimpunan ulama dan orang perseorangan yang dianjurkan oleh Bahagian Agama UMNO itu pada mulanya berjaya menubuhkan Pertubuhan Ulama, tetapi atas inisiatif Ustaz Othman Hamzah, bekas Ahli Jawatankuasa Hizbul Muslimin yang mewakili Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunung Semanggol telah berjaya melahirkan Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) bagi menggantikan Pertubuhan Ulama Se-Malaya yang dicadangkan pada mulanya.

Maka, PAS telah ditubuhkan secara rasmi hasil perhimpunan atau muktamar tersebut, yang antaranya turut disertai oleh Persatuan guru-guru agama dari Perlis,Persatuan ulama dari Kedah,Persatuan anak-anak Kalimantan Malaya (PERKAM)Perak,Kelab Darul Ehsan dari Selangor,Kelab Melayu Bagan dari Seberang Perai,Persatuan Al-Ehya As-Syariff Gunong Semanggol Perak,Perikatan Melayu Bersatu dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.Turut menyertainya lain-lain badan kebajikan, kelab atau jamaah terutamanya dari Seberang Perai dan Pulau Pinang,beberapa orang Tuan Guru, wartawan, imam dan kadi atas nama peribadi.

Sangat jelas bahawa dalam PRU ke 14 PAS meletakkan bilangan calonhya dalam kedudukan boleh memerintah. Alhamdulillah calon-calon yang ditampilkan sangat berpotensi dan mahir dalam bidang masing-masing. Perjuagan PAS adalah kesinambungan perjuagan para ulamak dan cerdik pandai Islam terdahulu. Justeru tiada sebab untuk berpaling. Bukan dari kalangan kami orang yang mudah mengalah dan tidak sesekali kami lari dari perjuangan.

Moga kalangan ahli PAS, penyokong dan pendokongnya terus beristiqamah hingga kemenangan. Jika ada yang tersasar atau terpaling masih belum terlambat untuk kembali. Jika sudah jauh menyimpang dan masih berdegil, biarkan mereka terjun bersama-sama "labu" mereka. Tidak terkecuali nasab siapa sama ada nasab Ustaz Abu Bakar Al Bakir, Dr.  Burhanuddin al Helmi mahupun nasab Tuan Guru - Tuan Guru yang lain.

Jangan sampai zuriat datang dan kencing di atas kubur sendiri gara-gara terlalu leka memperdebatkan isu semasa dan terbuai dengan arus demokrasi yang bukan totalnya acuan kita. Musuh sedang mengintai peluang dan tidak akan duduk diam. Tersilap percaturan kita akan kembali memulakan langkah dan mundur 60 tahun ke belakang. Bahkan, mungkin lebih teruk.

TIADA JALAN MUDAH UNTUK KEMENANGAN.

يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا

Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikan dalam neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya, andaikata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul".- Al Ahzab ayat 66.


"Istiqamah hingga kemenangan"

Wallahhuaqlam.

Tuesday, 1 May 2018

Pas Amalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS)

PAS, BPMS DAN PENJURU KETIGA

Ramai kalangan yang berteori termasuk kalangan yang bertaraf pemikir, pengamat politik, pengkaji dan ada yang bertaraf Professor Sains Politik, berpandangan bahawa perubahan politik Malaysia secara mudah boleh berlaku sekiranya pertandingan dua penjuru. Maka PAS dipersalahkan kerana tidak menerima hakikat yang diyakininya. Semuanya meletakkan PAS menjadi penjuru yang ketiga yang berada paling bawah dan bersalah. Inilah! Kalau berfikir secara kanak-kanak sekolah, maka nombor tiga pun dapat hadiah juga, tidaklah bertaraf hanya hadiah sagu hati. 

Melayu yang mudah lupa, Melayu yang nyanyuk, atau bertaraf Melayu baru mentah boleh menerima teori sebegini. Mereka tidak peka bahawa PAS bersama Islamnya boleh menjadi tangga kejayaan menegakkan Islam secara bersendirian, bukannya anak tangga untuk dipijak atau sekadar menjadi tempat bertenggek kepada yang hanya mahu ke atas semata-mata. 

PAS bukan parti serpihan kalangan yang tidak berpuas hati dengan parti asalnya atau yang melompat kerana gopoh berkonsepkan ‘political animal’. Semua jenis begini yang ditemui dalam perjalanan PAS sudah ditelan zaman, namun PAS tetap makin subur dan kuat tanpa boleh dihakiskan oleh sebab keputusan pilihan raya yang tidak berpihak kepadanya atau tekanan yang menghalang perjuangannya. 

PAS adalah mata rantai perjuangan Islam warisan Rasulullah S.A.W yang berdakwah dan berpolitik sehingga menegakkan negara yang berdaulat. Islam yang dibawa ke sini berjaya menegakkan negara berdaulat. Sehinggalah kedatangan penjajah yang mahu menghapuskannya, dan memadamkan cahaya Islam yang menjadi musuhnya. Maka seluruh umat Islam nusantara bangkit mempertahankan Islam dan menentang penjajah. 

Mereka menentang penjajah sejak bermulanya pencerobohan Portugis 1511 di Melaka, diikuti oleh Belanda, British dan Sepanyol. Penjajah mengganyang Islam, menjajah tanah air dan memperhambakan rakyat Asia, bukan sahaja penganut Islam, termasuk Hindu dan Buddha. 

Kumpulan Islam yang bernaung di bawah panji-panji jihad daripada semua suku Kaum Melayu, Jawa, Bugis, Banjar, Minang dan lain-lain bersatu bersama para ulama, raja-raja dan rakyat. Mereka dianggap oleh penulis barat sebagai lanun dan mereka yang terpengaruh dengannya juga termasuk Tun dan lain-lain. 

Kumpulan Islam telah menubuhkan kumpulan yang berorganisasi oleh para ulama berkelulusan Madrasah Makkah, Kaherah, Bait Al-Maqdis, Deoband India dan lain-lain. 

Pada tahun 1800, menubuhkan Jamaah Islam yang berpusat di Riau, tidak di Singapura, diikuti oleh penubuhan Sarekat Islam di Jawa yang menubuhkan cawangannya di seluruh Nusantara, sebelum adanya Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Kumpulan ini menghadapi agenda penjajahan di bawah payung Syarikat Hindia Belanda dan British. Apabila cabangnya di Semenanjung Tanah Melayu diharamkan satu demi satu termasuk Hizbul Muslimin, maka ditubuhkan Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS) yang diubah namanya kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada hari ini.

Para pengasas PAS memilih konsep Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) sejak awal lagi. Maka sinonimnya PAS bersama konsep demokrasi yang mengambil pendekatan damai (Muwajahah Silmiyyah). Berdakwah dan berpolitik bagi menegakkan kerajaan yang mendaulatkan Islam. 

PAS berjaya menyatukan ulama yang berpecah dinamakan kaum tua dan kaum muda, atau di Indonesia dinamanakan Nahdhatul Ulama (NU) dan Muhammadiah. Adapun yang jahil Islam menjadi sekular atau lebih hanyut dan melampau. Maka PAS diselamatkan daripada anasir seperti Taliban dan ISIS yang melampau sehinggalah kumpulan Takfir (kafir mengkafir dengan mudah) termasuk dalam mangsa kejahilan agama yang mesti diselamatkan. 

Kini, mengapa PAS tidak bersama BN dan PH, tetapi membentuk Gagasan Sejahtera (GAGASAN)? 

PAS berpengalaman pernah bersama Umno ketika menentang penjajah dan menubuhkan BN selepas peristiwa 13 Mei demi menyelamatkan negara. Di zaman awal sebelum adanya PAS ketika masih NGO, ramai para ulama PAS bersama Umno termasuk Al-Marhum Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hasan, Haji Yahya Junid (Kedah) dan ayah saya sendiri adalah bekas Naib Ketua Umno Bahagian Marang sebelum merdeka dan sebelum PAS ditubuhkan di Terengganu tahun 1956 kerana wadah yang ada pada masa itu.

Walaupun negeri pantai timur tercorot dan dicorotkan oleh penjajah, juga sehingga kini. PAS hanya dapat satu kerusi pembangkang dalam Pilihan Raya Pra Kemerdekaan 1955 di Perak, tiba-tiba memerintah Kelantan dan Terengganu dalam pilihan raya negeri tahun 1959. Dalam pilihan raya bagi kerusi parlimen pula dimenangi oleh Dr Burhanuddin, Hasan Adli, Dato’ Onn Jaafar (Parti Negara) dan Khadijah Sidek (Ketua Muslimat Johor yang mewakili Terengganu) serta Prof. Zulkifli Muhammad, Osman Abdullah dan Abdullah Zawawi mewakili Kelantan. Inilah BPMS. 

Saya menyaksikan bahawa BPMS diamalkan oleh PAS sejak ditubuhkan dengan peranan seorang India beragama Hindu yang diselamatkan oleh Dr. Abbas Alias (YDP PAS Kedua) daripada hukuman mati dipancung di zaman pemerintahan Jepun. Ini menunjukkan PAS peduli masyarakat majmuk sejak awal lagi.

Apabila tercetusnya fitnah kafir mengkafir kerana adanya pemimpin Melayu yang sangat jahil menghina hukum Islam seperti Hukum Hudud dan lain-lain kerana sangat jahil agamanya, sehingga laksana monyet yang mengoyak bunga yang cantik kerana tidak ada roh seni dalam dirinya. Maka PAS berjaya menenangkan api fitnah itu dengan memperkenalkan batas-batas iman dan kufur yang wajib diketahui oleh umat Islam, sehingga kini dapat dilenyapkan. 

Walaupun fitnah ini membebankan ulama PAS sehingga ada yang ditahan di bawah ISA yang sepatutnya digunakan terhadap pengganas Komunis sebagaimana tujuan sebenar ISA sewaktu digubal dan disokong oleh ahli Parlimen PAS di waktu darurat ketika itu. Bahkan ada juga kalangan PAS yang dibunuh dalam Peristiwa Memali dan lain-lain. Apa yang menarik ialah semua yang melampau dan cakapnya berdegar dan mudah mengkafirkan yang jahil meninggalkan PAS dan menyertai Umno.

Semua pengalaman tersebut menunjukkan PAS adalah parti yang kuat aqidah perjuangannya dan tidak rebah dengan sebab kalah pilihan raya. PAS sangat berjaya menyelamatkan aqidah umat Islam dan tidak boleh diubah hala tujunya semata-mata bertujuan menang pililihan raya tanpa beristiqamah bersama Islam. 

Kekuatan PAS diakui sehingga ditumpang oleh mereka yang dipecat daripada Umno atau terjun meninggalkannya, termasuk Tun Mahathir yang ditendang keluar pada tahun 1969 pernah menumpang pentas kami. 

PAS tidak boleh dilumpuhkan dengan kerjasama Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim yang bersama pada tahun 1982-1998, setelah PAS bangkit semula selepas ditendang keluar daripada BN kerana krisis Kelantan dan dikalahkan dalam pilihan raya sehingga hilang kerajaannya di Negeri Kelantan dan dipecat daripada BN oleh kalangan anti Islam. 

PAS gagal dikuasi oleh Anwar yang menumpangnya apabila dipecat daripada Umno dengan cara putar alam, sehingga kini terpaksa bersama Tun Mahathir pula dalam satu bahtera berjenama Pakatan Harapan (PH) yang memuatkan DAP, Islam Liberal, Kumpulan Anti Al-Quran dan Hadis, dan semua yang suka melompat pagar politik mencapai kejayaan yang mentah. Inilah Pakatan Harapan yang dikenali PAS. Maka yang mengetahui semua senario tersebut menunjukkan bahawa PAS jangan diajar politiknya laksana mengajar itik berenang di air.

Dahulunya PAS pernah mengajar Umno supaya membubarkan bahtera Perikatan dan kapal layarnya yang bocor sehingga hampir menenggelamkan negara dengan Peristiwa 13 Mei 1969. Kini PAS menunggu sejauhmana Umno dapat membetulkan dacing Barisan Nasional yang kelihatan senget. PAS tidak boleh bersama dacing yang senget itu demi menyelamatkan negara. Maka PRU 14, PAS meletakkan calon dengan jumlah yang boleh memerintah negara bersama Islam dengan wadah Gagasan Sejahtera (GAGASAN). Tunggulah apa keputusan Pilihan Raya Ke-14 yang sedang dilaksanakan.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 13 Syaaban 1439 / 29 April 2018

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Penulis

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR