Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Tuesday 1 May 2018

Pas Amalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS)

PAS, BPMS DAN PENJURU KETIGA

Ramai kalangan yang berteori termasuk kalangan yang bertaraf pemikir, pengamat politik, pengkaji dan ada yang bertaraf Professor Sains Politik, berpandangan bahawa perubahan politik Malaysia secara mudah boleh berlaku sekiranya pertandingan dua penjuru. Maka PAS dipersalahkan kerana tidak menerima hakikat yang diyakininya. Semuanya meletakkan PAS menjadi penjuru yang ketiga yang berada paling bawah dan bersalah. Inilah! Kalau berfikir secara kanak-kanak sekolah, maka nombor tiga pun dapat hadiah juga, tidaklah bertaraf hanya hadiah sagu hati. 

Melayu yang mudah lupa, Melayu yang nyanyuk, atau bertaraf Melayu baru mentah boleh menerima teori sebegini. Mereka tidak peka bahawa PAS bersama Islamnya boleh menjadi tangga kejayaan menegakkan Islam secara bersendirian, bukannya anak tangga untuk dipijak atau sekadar menjadi tempat bertenggek kepada yang hanya mahu ke atas semata-mata. 

PAS bukan parti serpihan kalangan yang tidak berpuas hati dengan parti asalnya atau yang melompat kerana gopoh berkonsepkan ‘political animal’. Semua jenis begini yang ditemui dalam perjalanan PAS sudah ditelan zaman, namun PAS tetap makin subur dan kuat tanpa boleh dihakiskan oleh sebab keputusan pilihan raya yang tidak berpihak kepadanya atau tekanan yang menghalang perjuangannya. 

PAS adalah mata rantai perjuangan Islam warisan Rasulullah S.A.W yang berdakwah dan berpolitik sehingga menegakkan negara yang berdaulat. Islam yang dibawa ke sini berjaya menegakkan negara berdaulat. Sehinggalah kedatangan penjajah yang mahu menghapuskannya, dan memadamkan cahaya Islam yang menjadi musuhnya. Maka seluruh umat Islam nusantara bangkit mempertahankan Islam dan menentang penjajah. 

Mereka menentang penjajah sejak bermulanya pencerobohan Portugis 1511 di Melaka, diikuti oleh Belanda, British dan Sepanyol. Penjajah mengganyang Islam, menjajah tanah air dan memperhambakan rakyat Asia, bukan sahaja penganut Islam, termasuk Hindu dan Buddha. 

Kumpulan Islam yang bernaung di bawah panji-panji jihad daripada semua suku Kaum Melayu, Jawa, Bugis, Banjar, Minang dan lain-lain bersatu bersama para ulama, raja-raja dan rakyat. Mereka dianggap oleh penulis barat sebagai lanun dan mereka yang terpengaruh dengannya juga termasuk Tun dan lain-lain. 

Kumpulan Islam telah menubuhkan kumpulan yang berorganisasi oleh para ulama berkelulusan Madrasah Makkah, Kaherah, Bait Al-Maqdis, Deoband India dan lain-lain. 

Pada tahun 1800, menubuhkan Jamaah Islam yang berpusat di Riau, tidak di Singapura, diikuti oleh penubuhan Sarekat Islam di Jawa yang menubuhkan cawangannya di seluruh Nusantara, sebelum adanya Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Kumpulan ini menghadapi agenda penjajahan di bawah payung Syarikat Hindia Belanda dan British. Apabila cabangnya di Semenanjung Tanah Melayu diharamkan satu demi satu termasuk Hizbul Muslimin, maka ditubuhkan Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS) yang diubah namanya kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada hari ini.

Para pengasas PAS memilih konsep Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) sejak awal lagi. Maka sinonimnya PAS bersama konsep demokrasi yang mengambil pendekatan damai (Muwajahah Silmiyyah). Berdakwah dan berpolitik bagi menegakkan kerajaan yang mendaulatkan Islam. 

PAS berjaya menyatukan ulama yang berpecah dinamakan kaum tua dan kaum muda, atau di Indonesia dinamanakan Nahdhatul Ulama (NU) dan Muhammadiah. Adapun yang jahil Islam menjadi sekular atau lebih hanyut dan melampau. Maka PAS diselamatkan daripada anasir seperti Taliban dan ISIS yang melampau sehinggalah kumpulan Takfir (kafir mengkafir dengan mudah) termasuk dalam mangsa kejahilan agama yang mesti diselamatkan. 

Kini, mengapa PAS tidak bersama BN dan PH, tetapi membentuk Gagasan Sejahtera (GAGASAN)? 

PAS berpengalaman pernah bersama Umno ketika menentang penjajah dan menubuhkan BN selepas peristiwa 13 Mei demi menyelamatkan negara. Di zaman awal sebelum adanya PAS ketika masih NGO, ramai para ulama PAS bersama Umno termasuk Al-Marhum Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hasan, Haji Yahya Junid (Kedah) dan ayah saya sendiri adalah bekas Naib Ketua Umno Bahagian Marang sebelum merdeka dan sebelum PAS ditubuhkan di Terengganu tahun 1956 kerana wadah yang ada pada masa itu.

Walaupun negeri pantai timur tercorot dan dicorotkan oleh penjajah, juga sehingga kini. PAS hanya dapat satu kerusi pembangkang dalam Pilihan Raya Pra Kemerdekaan 1955 di Perak, tiba-tiba memerintah Kelantan dan Terengganu dalam pilihan raya negeri tahun 1959. Dalam pilihan raya bagi kerusi parlimen pula dimenangi oleh Dr Burhanuddin, Hasan Adli, Dato’ Onn Jaafar (Parti Negara) dan Khadijah Sidek (Ketua Muslimat Johor yang mewakili Terengganu) serta Prof. Zulkifli Muhammad, Osman Abdullah dan Abdullah Zawawi mewakili Kelantan. Inilah BPMS. 

Saya menyaksikan bahawa BPMS diamalkan oleh PAS sejak ditubuhkan dengan peranan seorang India beragama Hindu yang diselamatkan oleh Dr. Abbas Alias (YDP PAS Kedua) daripada hukuman mati dipancung di zaman pemerintahan Jepun. Ini menunjukkan PAS peduli masyarakat majmuk sejak awal lagi.

Apabila tercetusnya fitnah kafir mengkafir kerana adanya pemimpin Melayu yang sangat jahil menghina hukum Islam seperti Hukum Hudud dan lain-lain kerana sangat jahil agamanya, sehingga laksana monyet yang mengoyak bunga yang cantik kerana tidak ada roh seni dalam dirinya. Maka PAS berjaya menenangkan api fitnah itu dengan memperkenalkan batas-batas iman dan kufur yang wajib diketahui oleh umat Islam, sehingga kini dapat dilenyapkan. 

Walaupun fitnah ini membebankan ulama PAS sehingga ada yang ditahan di bawah ISA yang sepatutnya digunakan terhadap pengganas Komunis sebagaimana tujuan sebenar ISA sewaktu digubal dan disokong oleh ahli Parlimen PAS di waktu darurat ketika itu. Bahkan ada juga kalangan PAS yang dibunuh dalam Peristiwa Memali dan lain-lain. Apa yang menarik ialah semua yang melampau dan cakapnya berdegar dan mudah mengkafirkan yang jahil meninggalkan PAS dan menyertai Umno.

Semua pengalaman tersebut menunjukkan PAS adalah parti yang kuat aqidah perjuangannya dan tidak rebah dengan sebab kalah pilihan raya. PAS sangat berjaya menyelamatkan aqidah umat Islam dan tidak boleh diubah hala tujunya semata-mata bertujuan menang pililihan raya tanpa beristiqamah bersama Islam. 

Kekuatan PAS diakui sehingga ditumpang oleh mereka yang dipecat daripada Umno atau terjun meninggalkannya, termasuk Tun Mahathir yang ditendang keluar pada tahun 1969 pernah menumpang pentas kami. 

PAS tidak boleh dilumpuhkan dengan kerjasama Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim yang bersama pada tahun 1982-1998, setelah PAS bangkit semula selepas ditendang keluar daripada BN kerana krisis Kelantan dan dikalahkan dalam pilihan raya sehingga hilang kerajaannya di Negeri Kelantan dan dipecat daripada BN oleh kalangan anti Islam. 

PAS gagal dikuasi oleh Anwar yang menumpangnya apabila dipecat daripada Umno dengan cara putar alam, sehingga kini terpaksa bersama Tun Mahathir pula dalam satu bahtera berjenama Pakatan Harapan (PH) yang memuatkan DAP, Islam Liberal, Kumpulan Anti Al-Quran dan Hadis, dan semua yang suka melompat pagar politik mencapai kejayaan yang mentah. Inilah Pakatan Harapan yang dikenali PAS. Maka yang mengetahui semua senario tersebut menunjukkan bahawa PAS jangan diajar politiknya laksana mengajar itik berenang di air.

Dahulunya PAS pernah mengajar Umno supaya membubarkan bahtera Perikatan dan kapal layarnya yang bocor sehingga hampir menenggelamkan negara dengan Peristiwa 13 Mei 1969. Kini PAS menunggu sejauhmana Umno dapat membetulkan dacing Barisan Nasional yang kelihatan senget. PAS tidak boleh bersama dacing yang senget itu demi menyelamatkan negara. Maka PRU 14, PAS meletakkan calon dengan jumlah yang boleh memerintah negara bersama Islam dengan wadah Gagasan Sejahtera (GAGASAN). Tunggulah apa keputusan Pilihan Raya Ke-14 yang sedang dilaksanakan.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 13 Syaaban 1439 / 29 April 2018

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR