Tuesday, 31 January 2012
Rayu?: Hasan Ali umum beberapa hari lagi
1 Februari 2012
BANDAR BARU BANGI - Bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali akan membuat keputusan dalam masa beberapa hari lagi sama ada mahu membuat rayuan ataupun tidak keputusan Pas memecat beliau awal bulan lalu.
Beliau diberi 30 hari untuk mengemukakan rayuan. Pas memecatnya 8 Januari lalu.
Sambil bertanya pendapat kepada hadirin pada ceramahnya di Bandar Baru Bangi malam tadi, Hasan dilihat masih lagi tidak dapat membuat keputusan hingga hari ini.
"Saya akan putuskan dalam beberapa hari sama ada akan merayu atau tidak. Tetapi sebelum itu, saya nak tanya pendapat penduduk Bangi... adakah saya patut merayu atau tidak?" soalnya sambil dijawab "tidak".
Sekitar 500 orang hadir pada ceramah yang diadakan di Padang Balai Pahlawan.
Selain Hasan, turut hadir sama memberikan ceramah ialah bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hassan Basri.
Sementara itu, dalam ceramahnya, Hasan turut mempertikaikan tindakan Pas menghalang usahanya memerangi penjualan arak di Selangor pada tahun 2008.
Katanya, jika parti komponen lain seperti DAP atau PKR yang menghalang usahanya itu, beliau tidak kisah.
"Saya berasa hairan. Tuan-tuan tahukan macam mana saya memerangi arak? Jadi, siapa yang halang saya?
Kalau DAP atau PKR yang nak halang saya, saya boleh faham. Tetapi bekas parti saya sendiri yang halang. Saya tak boleh terima," katanya.
Sambil mempersoalkan kembali tindakan Pas memecat beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini berkata, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan, yang dijadikan alasan untuk memecatnya.
"Kesalahan saya bukan meliwat orang. Kesilapan saya bukan gila kuasa. Tetapi kesalahan saya kerana melaksanakan enakmen jenayah Syariah.
"Itu salah saya. Terpulang pada saudara untuk menilai... saya tak tambah dan tak kurang apa yang saya katakan malam ini," katanya.
Justeru, sempena penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang dinamakan Jati untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu, beliau menyeru agar seluruh masyarakat menjadikan badan itu sebagai payung demi pembangunan negara.
P/s: Tak payah rayulah dato'...tubuh sahaja NGO "Jati" seperti yang dato' uar-uarkan,jika tidak mendapat sambutan, buka saja kedai jual beras jenama di atas....pasti ramai pembeli tanpa mengira fahaman politik.
Ibrahim Libya: Who was he really?
FEB 1 — Excerpt from Memali incident chapter:
Mak Su’s brother, Pak Andah, popped by for tea. There were always people coming in and out of the house for a chat or a meal.
Mak Su was a generous host; it was tea after hot tea, and goreng pisang, ondeh-ondeh, fried rice — there was always something to serve guests. People in her house meant blessings and she loved a good chat.
Pak Andah frowned as he thought of who I should meet. “Well. There’s Ustaz Marzuki and Ustaz Hilmi… they are satu gang… you must also talk to Cikgu Non, but I tell you, all these people you’ll have to talk to, they come from different camps!
A picture of Ibrahim Libya (left) with some friends. — Photo courtesy of Ibrahim Libya’s family
Ibrahim Libya’s wife… I don’t know. Frankly, I think she “ikut rentak, dia tengok siapa yang datang”, so her story may alter somewhat. If you see her with one of the ustaz it’s one version, if it’s another person you’re with, it’s another version!”
“Then I’ll see her with Mak Su,” I said.
“Now that’s going to be interesting: What version will she come up with?”
Ustaz Marzuki was the first person I was to meet. He was the current headmaster of the madrasah Ibrahim Libya nee Mahmood had founded: Madrasa Islahiah Diniah Kampung Memali.
The school was painted a cheerful yellow and green, and classes were being held when we arrived.
Ustaz Marzuki was nursing a bad cough and cold when we met him in the office. In between gasps for air, he coughed. The coughs grew more and more violent.
“The medicine (cough) the doctor gave doesn’t work (cough),” he apologised.
It was when he racked up his phlegm that I opened my bag and reached for my stash of medicine. I gave him my Rhinocort, Polaramine pills and menthol crystals. Damned if I allowed the old man to cough and keel over dead on me during an interview.
“Do these work?”
“Yes.”
He grabbed the Rhinocort and sprayed the medication into his nose. After a few seconds, be looked at me, eyes wide. “It really does work!”
Marzuki wasn’t there when everything happened. He was younger than Ibrahim, but they knew each other.
When “… the tragedy happened, I was on my way back to Memali, because I was on a school break, I was teaching in another district and wanted to come home for a while… we are related somewhat, but I don’t know the details.”
Ibrahim Libya wasn’t a tall man but he was “…tegap…”. He liked young people and children, but he was firm. What was haram, was haram, and he saw the world in black and white. There was no grey with him. He originated from Kampung Carok Putih, but settled down in Memali.
He was also a very frustrated man. See, Marzuki told me, Ibrahim had studied abroad in Muslim countries that saw and witnessed true Islamic renaissance. When he came back and served the government, he was disillusioned by what he saw.
Ibrahim worked for Pusat Islam, and the prime minister of Malaysia then was Dr Mahathir Mohammed (now a Tun). His dream was to spread the message of Islam, and working in Pusat Islam did not give him the freedom to preach and do what he wanted.
Malaysia was supposedly a Muslim country, but the way people conducted their lives was not. What was the use of professing to be a Muslim then? He tried to change things in KL, but he gave up after a while. He quit his job and came back to Memali. People didn’t want to be true Muslims. Even his colleagues who once welcomed him turned against him, because they felt that he was too radical.
“I was in my 30s, and teaching. I came back every weekend and when there were long holidays. I was still a bachelor… sapa la nak sangat kat kita…” he laughed quietly.
His friend Ibrahim and his family had come home to Memali in 1978. “Honestly, he wasn’t a politician or political. But he was passionate about Islam, and the deterioration of Muslim life in Malaysia. And he also observed the kids around the village, and their hopelessness and unemployment. Orang Memali bukan kaya. Life before and now is the same. Nothing has changed.” Ibrahim really started preaching about 1982.
Like many ustazs in kampungs and cities in Malaysia, Ibrahim started his new career as the village preacher. He talked about fardh ain (the basics of Islam and the practises of Islamic faith). He dazzled the village folk with tales of Islamic history.
“This was all a misunderstanding, I think. There was another ustaz in Baling who was sort of popular, but arwah (deceased) Ibrahim Libya’s popularity eclipsed his. And that ustaz just happened to be an Umno man.
This whole thing was politicised! You know, rivalry. At least this is my observation. One’s an Umno member, the other represented PAS. Arwah wasn’t a violent man. I think it was jealousy. He could talk, and he had such a huge following among the young. And he was a joker. He’d joke with everyone, men, women. So, I think the other guy must have complained to the Umno head of Baling then, and all this happened.”
There was a lot of mud slinging involved, claims that Ibrahim Libya was a fanatic. People from far and wide heard about Ibrahim, and sometimes about 1,000 people attended his ceramah.
Marzuki was away in another district teaching when the incident happened. “Why don’t we continue later? The children have finished class, so let’s take a look around the school for now.”
Like all children everywhere, the madrasah students were not shy about posing for the camera. Laughter, conversation bubbled in the courtyard. Teachers could be heard, reminding their students of homework. They were no different from other schoolchildren.
“Ibrahim founded the school,” Marzuki said.
By then, Ibrahim’s fame had reached the authorities. Slowly, the villagers saw an additional one or two policemen coming to the village. Nothing happened, but the people of Memali sensed something was amiss. The police were silent observers at first, and about a month before November 19, 1985, there was a big ceramah which attracted many people. There were more policemen surrounding the kampong. There were roadblocks.
“One time a van full of villagers carrying their cangkul, axes, was stopped by the police. Didn’t help that the villagers were fed-up of the police! The police asked the villagers to explain themselves. Orang kampong explained that they were going to the fields to farm, to the kebun. They were let go by the police. However the hatred towards the police grew. There was also a lot of anti-Umno sentiment. Imagine, orang korek tanah nak buat bendang, and they said kita buat kubur nak bunuh orang. The stories!” They picked on the villagers.
There were no real, true skirmishes between the two factions. However, there were people who were responsible for the made-up stories.
“And then... that happened.”
* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.
http://www.themalaysianinsider.com/ Al Fatihah dan Salam Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Safri
KUALA LUMPUR, 31 Jan: Harakah kehilangan seorang warganya apabila wartawan Mohamad Safri Samsudin, 42 tahun, meninggal dunia jam 5.37 petang tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Safri (gambar) yang mula koma pagi tadi disahkan mengidap barah Ahad lepas oleh HKL.
Beliau meninggalkan lima anak berumur antara lapan hingga 16 tahun dan isteri, Puan Sharifah Nurhayati Al Yahya adalah seorang aktivis KEADILAN.
Safri meninggal di hadapan keluarga terdekatnya di samping rakan-rakan dari Harakah. Antara pemimpin PAS terakhir yang melawatnya adalah Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS jam 11.30 pagi tadi.
Semalam Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS juga sempat menziarahi beliau.
Safri mula terasa letih-letih badan sejak dua bulan lalu. Akibatnya badan beliau kelihatan susut dengan cepat.
Beliau mendapatkan rawatan awal di Hospital Selayang namun doktor di sana mengesyaki beliau sakit batu karang dan memberikan jadual lawatan seterusnya pada 1 April depan.
Namun, minggu lalu Safri terasa letih sangat dan berat badannya susut begitu mendadak.
Beliau kemudiannya membuat pemeriksaan di HKL dan dimasukkan ke wad di sana.
Dua hari lepas, 29 Januari, HKL mengesahkan beliau mengidap kanser yang bermula dari hati dan merebak dengan cepat ke seluruh badan.
Safri dan Harakah
Safri mula bekerja sebagai perekabentuk dengan Harakah sejak tahun 1990an lagi namun berhenti selepas itu.
Pada tahun 2008, Safri menyertai kumpulan Harakah semula dengan bertugas sebagai perekabentuk di akhbar Siasah.
Pada awal tahun 2011, apabila Siasah tidak lagi bersama Harakah, beliau bertukar profesyen menjadi wartawan Harakah.
Ini kerana kebolehan dan minat beliau yang mendalam sebagai wartawan.
Sejak itu beliau banyak membuat tugasan di Parlimen dan juga sidang Dun di samping tugas-tugas kewartawanan yang lain.
“Safri seorang wartawan yang berdedikasi dan fleksibel. Kami terasa benar kehilangannya. Saya bagi pihak semua Jamaah Pengarah Harakah dan kakitangan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau,” kata Datuk Kamarudin Jaffar, Pengarah Urusan Harakah.
Beliau juga memaklumkan, pihak Harakah menyumbangkan RM2,000 untuk membantu keluarga beliau.
Jenazah Safri dijangka akan dibawa ke rumahnya di Kampung Batu 6, Gombak (belakang Anjung Rahmat) petang ini juga, seperti dilaporkan HarakahDaily.
Jika prosesnya cepat, jenazah beliau dijangka akan diuruskan malam ini juga.
Salam takziah untuk keluarga.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau. Al Fatihah.
http://www.keadilandaily.com/
Kenali Pas dan Mengapa Saya Sertai PAS?
SIRI PENERANGAN:JAMAAH DAN PARTI PAS
KENAPA PAS DITUBUHKAN?
Parti Islam Semalaysia atau PAS ditubuhkan secara rasmi pada 21 Zulkaedah 1370 bersamaan dengan 24 November 1951. Penubuhan PAS menempuh satu proses yang panjang sesuai dengan fitrah perjuangan Islam itu sendiri yang terpaksa melalui pelbagai liku-liku dan rintangan. PAS lahir bukan untuk mendapatkan habuan dunia atau kerana kehendak mana-mana individu. la juga bukan lahir kerana kekalahan dalam perebutan beberapa individu dalam perebutan jawatan politik dalam parti. PAS lahir di atas sahutan untuk menyempurnakan arahan Allah SWT tentang perlunya sebuah jemaah yang mempunyai cita-cita untuk menegakkan Islam di atas muka bumi sesuai dengan firmanNya yang bermaksud; "Hendaklah ada di kalangan kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji)"(Ali-Imran, 3:104)
SIAPAKAH DI BELAKANG PENUBUHAN PAS?
PAS bukanlah merupakan parti Islam yang pertama ditubuhkan. Tetapi di kalangan para pengkaji dan sarjana, mereka sependapat bahawa PAS merupakan parti Islam yang paling tua dan berpengaruh di negara ini. Sejarah penubuhannya diwarnai dengan pelbagai peristiwa yang menarik. Kontroversi berhubung isu kemerdekaan dan kedudukan orang Melayu telah mendorong persidangan ulama yang ketiga diadakan pada 24 November 1951. Persidangan yang diadakan di bangunan Kelab Melayu Bagan di Butterworth, Privince Wellesley (kini dikenali sebagai Seberang Prai) merupakan lanjutan kepada persidangan ulama kedua yang diadakan di Kuala Lumpur.
DARI MANA PAS MENDAPAT NAMANYA?
Persidangan itu telah dihadiri oleh lebih 200 perwakilan dan pemerhati termasuk 20 orang wanita dari seluruhTanah Melayu dan Singapura.Dalam ucapan dasarnya yang dibacakan oleh Haji Ahmad Maliki, Haji Ahmad Fuad menyatakan betapa sebuah kesatuan ulama atau Parti Islam Tanah Melayu harus ditubuhkan untuk menggabung dan menyatukan ulama serta umat Islam bagi membangunkan agama, ummah dan tanah air. Beberapa nama telah dicadangkan untuk menubuhkan kesatuan Islam ini. Daripada tujuh cadangan yang dikemukakan, akhirnya nama Partai Islam Se-Malaya (PAS) atau Pan-Malayan Islamic Party (PMIP) telah dipersetujui secara majoriti oleh perwakilan yang hadir dalam persidangan itu.
SIAPA PRESIDEN PAS YANG PERTAMA?
Haji Ahmad Fuad telah dipilih sebagai Yang Dipertua PAS yang pertama. Beliau merupakan seorang tokoh ulama yang berasal dari Terengganu dan pernah belajar di sekolah agama rakyat Ma'ahad Ehya al-Syarif di Gunung Semanggol. Semasa di sana, Haji Ahmad Fuad Hassan banyak menyumbangkan tulisannya dalam akhbar-akhbar Melayu mengenai kemunduran orang Melayu dan kecetekan pengetahuan agama di kalangan umat Islam. Beliau pernah mencadangkan betapa pentingnya sebuah'kesatuan ulama' atau sebuah 'Parti Islam Tanah Melayu' ditubuhkan bagi menyatukan ulama dan umat Islam untuk membangunkan agama, ummah dan tanah air.
BAGAIMANA PAS BERKEMBANG SEBAGAI ORGANISASI POLITIK?
Sebagai sebuah organisasi politik PAS telah menggariskan empat objektif perjuangan yang utama. Pertama, untuk mewujudkan satu ikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga kolektif bagi menyelenggarakan semua tuntutan agama Islam dan politik demokrasi. Kedua, menumpukan usaha dan tenaga untuk menyatukan perlembagaan pentadbiran agama seluruh Tanah Melayu. Ketiga, memelihara dan mempertahankan hak, kepentingan, maruah agama dan umat Islam. Keempat, bekerjasama dengan organisasi-organisasi politik lain yang prinsip dan matlamatnya tidak bertentangan dengan ajaran Islam untuk mencapai demokrasi, keadilan sosial dan kemanusiaan.
BILA CAWANGAN PERTAMA PAS DITUBUHKAN?
Cawangan PAS yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang pada 9 Mac 1952 diikuti dengan penubuhan cawangan di Perak pada 10 April 1952 sebelum melebarkan sayapnya ke Perlis pada 2 Mei 1952, Selangor pada 13 Julai 1952 dan Kelantan dua bulan kemudiannya. Sehingga Disember 1952, PAS telah berjaya menubuhkan 16 buah cawangannya di Tanah Melayu dan Singapura. Setahun selepas penubuhannya, PAS mengadakan muktamarnya yang pertama di Madrasah Dairatul Maarif, Kepala Batas, Province Wellesley pada 3 dan 4 Januari 1953. Dalam muktamar itu, Haji Ahmad Fuad dilantik semula sebagai Yang Dipertua PAS.
KENAPA AHMAD FUAD LETAK JAWATAN?
Bagaimanapun menjelang bulan September 1953, Haji Ahmad Fuad meletakkan jawatannya dan menyertai Parti Negara yang ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar. Pada 28 Februari 1954, Dr. Haji Abbas Alias telah dilantik untuk memangku jawatan Yang Dipertua PAS yang dikosongkan oleh Haji Ahmad Fuad. Tugasnya sebagai doktor perubatan dalam perkhidmatan kerajaan tidak membenarkannya bergiat secara aktif dalam PAS dan politik.Namun begitu, di bawah kepimpinannya PAS telah mengalami beberapa perkembangan yang pesat khususnya di Pantai Timur. Program lawatan ke seluruh negeri Kelantan oleh Othman Abdullah selaku Ketua Pemuda PAS dan Mohd.Asri telah mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga tertubuhnya cawangan parti di Pasir Mas, Kota Bahru dan Pasir Puteh.
APAKAH SUMBANGAN DR. HAJI ABBAS?
Di bawah kepimpinan Dr. Haji Abbas ibu pejabat PAS telah dipindahkan ke Kuala Lumpur. Meskipun Dr. Haji Abbas tidak dapat berkhidmat sepenuh masa dengan parti tetapi di mana sahaja beliau bertugas, di situlah benih-benih PAS tumbuh. Pada Muktamar PAS ketiga yang diadakan di Madrasah al-Tahzib ad-Diniyyah,Titi Serong, Parit Buntar, Perak pada 12 hingga 14 Ogos 1954, Dr. Haji Abbas telah dilantik sebagai Yang Dipertua PAS.
BILAKAH PAS MULA MENYERTAI PILIHANRAYA?
Selang setahun kemudian, kerajaan Bristish telah mengadakan Pilihan Raya Persekutuan yang pertama pada 27 Julai 1955. Pendaftaran PAS sebagai sebuah parti politik diluluskan sehari sebelum penamaan calon diadakan. Pada pilihan raya itu, PAS telah meletakkan calon di 11 kawasan daripada 52 kawasan yang dipertandingan. PAS telah menang satu kerusi Parlimen di Kerian, Perak melalui calonnya, Tuan Haji Ahmad Tuan Hussain dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Perak di Parit Buntar menerusi Ahmad Kamal.
APAKAH CITA-CITA PAS?
PAS ditubuhkan untuk melaksanakan tuntutan menegakkan amar makruf dan nahyu munkar. Cita-cita ini tidak boleh dilaksanakan kecuali mempunyai kuasa politik atau pemerintahan. Dengan mempunyai kuasa politik dan melalui kerajaan sahaja yang boleh melaksanakan perintah dan larangan serta menguatkuasakan undang-undang Allah. Hal ini dilakukan oleh Rasulullah s.a.w yang melaksanakan tuntutan amar makruf dan nahyu munkar dengan sempurna ketika memegang kuasa di Madinah. Langkah ini wajib diikuti dengan ijmak para sahabat dan ulama yang muktabar. Sebagai sebuah harakah Islamiah, tidak memadai bagi PAS bergantung kepada ceramah dan kuliah semata-mata untuk melaksanakan tuntutan tersebut. la memerlukan kuasa bagi memastikan tuntutan Islam dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.
BENARKAH PAS MENCAMPUR-ADUKKAN POLITIK DAN AGAMA?
Adalah menjadi satu kewajiban kepada umat Islam berusaha untuk menegakkan masyarakat Islam yang tunduk kepada undang-undang Allah. Bertitik tolak daripada itu, PAS berusaha meneruskan perjuangan nabi untuk menyebarkan risalah dakwah dengan mengajak dan menyedarkan umat manusia tentang kedudukannya sebagai makhluk Allah serta tanggungjawabnya kepada khaliq. Seruan Pas itu adalah merentasi sempadan keturunan, agama dan batasan geografi sesuai dengan ajaran Islam yang bersifat sejagat. Islam adalah ‘Ad deen’ dan agama yang bersifat sejagat(universal). Jadi, Islam harus diperjuangkan secara menyeluruh dan tidak seharus berlakunya pemisahan di antara agama dan politik.
APAKAH DASAR PERJUANGAN PAS?
Dasar perjuangan PAS ialah Islam. Islam yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam yang lengkap merangkumi semua perkara sama ada yang berkaitan dengan ibadah, politik, ekonomi, pendidikan, sosial, akhlak dan sebagainya. PAS memperjuangkan deen wa daulah iaitu agama dan negara. PAS menerima konsep Islam secara keseluruhan sebagai satu cara hidup yang syumul bukannya secara tempelan dengan beriman separuh dan menolak yang sebahagian lagi. PAS menerima Islam secara keseluruhannya dan tidak dalam perkara yang berkaitan dengan solat, puasa, zakat dan haji semata-mata tetapi merangkumi penolakan terhadap judi, zina, rasuah dan sebarang bentuk kemungkaran yang lain.
APAKAH SUMBER RUJUKAN PAS?
Islam yang diperjuangkan oleh PAS adalah bersumberkan kepada al-Quran dan hadis. Risalah Islam yang dibawakan oleh PAS bukan merupakan rekaan para pemimpinnya tetapi adalah berlandaskan kepada apa yang telah diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Agama Islam tidak boleh disamakan dengan doktrin dan ideologi ciptaan manusia. la bersumberkan kepada wahyu Ilahi. Jadi, PAS berjuang dan bertindak berdasarkan kepada apa yang dibenarkan dan terkandung di dalam Islam.
APAKAH MATLAMAT YANG HENDAK DICAPAI OLEH PAS?
Sejak ditubuhkan PAS telah berusaha untuk memartabatkan Islam. PAS sebagai sebuah parti politik dan dakwah yang mempunyai matlamat jangka panjang untuk melihat kemurnian Islam dapat direalisasikan, keadilan Islam dapat dihayati dan kecantikan Islam dapat dipraktikkan di dalam kehidupan umat manusia. Cita-cita dan perjuangan PAS ialah untuk menzahirkan Islam agar ia tidak berada di dalam lipatan sejarah dan kitab feqah atau hanya menjadi perbincangan yang bersifat akademik sahaja.
APAKAH PERKARA INI TERKANDUNG DALAM PERLEMBAGAAN PAS?
Dalam Perlembagaan PAS telah dinyatakan secara jelas mengenai perkara ini. PAS mempunyai tujuan untuk memperjuangkan wujudnya dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah. Selain itu, PAS juga ditubuhkan dengan tujuan untuk mempertahankan kesucian Islam, kemerdekaan dan kedaulatan negara.Tujuan ini telah menjadi asas kepada perjuangan PAS daripada dahulu sehingga kini, biarpun kepimpinannya telah bertukar ganti manakala cabaran dan situasi juga sering kali berubah.
SELUAS MANAKAH DIMENSI PERJUANGAN PAS?
PAS merupakan sebuah parti politik yang mempunyai dimensi perjuangan yang Iuas. Perjuangannya tidak terbatas di dalam politik dan hal-ehwal yang berkaitan dengan sistem kenegaraan tetapi juga di dalam bidang dakwah, kemasyarakatan, kebajikan serta segala aspek kehidupan manusia. Penglibatan dan sumbangan di dalam bidang-bidang yang disebutkan itu merupakan suatu realiti yang tidak dinafikan oleh sesiapa pun.Sejarah tidak pernah membohongi kita tetapi kita yang sering membohongi sejarah.
BENARKAH PERJUANGAN PAS TERBATAS KEPADA ORANG ISLAM SAHAJA?
Asas perjuangan PAS ialah Islam. Oleh itu, Pas membuka pintu perjuangannya kepada semua orang Islam tanpa membataskannya kepada sesuatu kelompok kaum sebagaimana yang disyaratkan oleh sesetengah parti politik.Walaupun PAS adalah didokong oleh orang¬orang Islam tetapi dimensi perjuangannya merangkumi juga mereka yang bukan beragama IsIam.PAS meletakkan Islam pada kedudukan yang paling tinggi sekali dengan mengenepikan perjuangan yang bersifatkan perkauman. PAS mendokong prinsip-prinsip keadilan Islam dengan memastikan hak semua kaum sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam mendapat pembelaan yang sewajarnya.
BOLEHKAH PAS BEKERJASAMA DENGAN PARTI POLITIK DAN NGO?
PAS merupakan sebuah parti politik yang bersikap terbuka dan berpandangan jauh. PAS bukan merupakan sebuah parti yang mengamalkan dasar perjuangan yang sempit apatah lagi bersifat perkauman. PAS boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja selagi mana ia tidak bercanggah dengan nilai sejagat dan perjuangan Islam. Sejak ditubuhkan, PAS telah mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak sama ada yang berupa parti politik, gerakan Islam atau pun pertubuhan bukan kerajaan. PAS pernah menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun 1974 sebelum mengambil keputusan untuk keluar daripada komponen itu pada tahun setelah diusir oleh Barisan Nasional pada 1978.
APAKAH BENTUK PAKATAN LAIN YANG PERNAH DISERTAI PAS?
Kepimpinan PAS pernah mengadakan kerjasama dengan beberapa buah organisasi politik membentuk Harakah Keadilan Rakyat (HAK) dan mengadakan persefahaman dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM), Parti Demokratik Sosialis, Parti Nasionalis Malaysia (NASMA) dan Majlis Perundingan Masyarakat Cina (CCC) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 1986. Kerjasama itu kemudiannya diteruskan di bawah kepimpinan Allaryarham Datuk Haji Fadzil selepas mengambil-alih jawatan Presiden PAS daripada Tuan Haji Yusuf Rawa. Kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46, Hamim dan Berjasa di dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) telah dibentuk pada tahun 1989 untuk menghadapi Pilihan Raya Umum 1990.
APAKAH HASIL DARIPADA KERJASAMA ITU?
Pakatan APU telah menyapu bersih semua kerusi yang dipertandingkan sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan. lni membolehkan PAS kembali berkuasa serta mendominasi politik Kelantan pada Pilihan Raya Umum 1990. Pada Pilihan Raya Umum 1999, PAS telah bekerjasama dengan Parti Keadilan Nasional (Keadilan), DAP dan PRM dalam Barisan Alternatif (BA). Kerjasama dan pakatan itu telah menamatkan penantian PAS selama 40 tahun untuk memerintah Terengganu. Malahan kerjasama itu juga telah menyaksikan pertambahan bilangan kerusi dan undi popularyang diperolehi oleh PAS di seluruh negara.
APAKAH YANG DIKATAKAN KEPIMPINAN ULAMA?
Kepimpinan ulama sebenarnya sudah bermula sejak awal PAS ditubuhkan. Cuma, istilah kepimpinan ulama hanya digunakan secara meluas pada tahun 1980an apabila berlakunya perubahan tampuk kepimpinan parti kepada golongan pemimpin yang berpendidikan agama. Kalau dahulu ulama sering dilabelkan sebagai tuan guru atau golongan ustaz yang mengajar di pondok, madrasah dan surau. Namun PAS telah mengangkat kedudukan ulama dan membuktikan betapa ulama juga mampu untuk mentadbir dan memerintah negera. Di bawah kepimpinan golongan ulama yang kini diterajui oleh Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, PAS telah muncul sebagai parti kedua terbesar di negara ini selepas UMNO dengan keahlian yang hampir mencecah satu juta orang. Malahan PAS juga menjadi satu-satunya parti di negara ini yang menjadikan Islam sebagai asas perlembagaan, dasar dan matlamat perjuangannya.
KENAPA HARUS SOKONG PAS?
Sementelahan itu, PAS tidak sekadar melibatkan diri dalam hal-hal yang berkaitan dengan politik dan dakwah tetapi turut menawarkan khidmatnya kepada masyarakat dalam pelbagai bentuk aktiviti sosial dan kebajikan. PAS sentiasa berusaha menjalinkan hubungan yang baik dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga masyarakat bukan Islam bagi memenuhi tuntuhan dakwah serta kegiatan politiknya. Dengan melibatkan diri dalam PAS,seseorang bukan sahaja dapat melibatkan diri dan memberikan sumbangan perjuangan Islam tetapi turut serta dalam pelbagai kegiatan dan program kemasyarakatan yang diadakan. Bagi yang meminati bidang dakwah, mereka boleh menjadikan PAS sebagai wadah perjuangannya. Ini kerana PAS menyediakan gelanggang pergerakan dakwah yang lebih luas, tanpa melakukan pemisahan pada agama dan politik serta persoalan yang melibatkan dunia dan akhirat. Kedua-dua aspek itu diperjuangkan secara bersepadu sejajar dengan kedudukan Islam sebagai ad deen yang lengkap lagi syumul.
APAKAH ASAS PAS MELIBATKAN DIRI DALAM POLITIK PILIHANRAYA?
Penglibatan PAS dalam proses pilihanraya adalah bagi memenuhi tuntutan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.Selain itu, penyertaan PAS di dalam pilihanraya ialah bertujuan untuk menawarkan alternatif dan memberikan kefahaman kepada rakyat negara ini terhadap dasar-dasar perjuangan Islam yang dibawanya. Kehadiran PAS tidak sekadar untuk merancakkan suasana pilihanraya tetapi dengan harapan untuk mencapai kemenangan bagi membuka laluan kepada perlaksanaan pemerintahan Islam. Dengan kata lain, PAS tidak pernah menjadikan kuasa dan jawatan sebagai matlamat perjuangannya tetapi hanya sebagai wasilah serta alat untuk membolehkan cita-cita Islam yang diperjuangkannya dapat dilaksanakan dalam masyarakat kita. PAS yakin bahawa sistem Islam dapat diterima oleh semua pihak sekira dasar-dasar yang dibawanya difahami dan dihayati dengan fikiran terbuka tanpa melibatkan kepentingan serta permainan emosi yang melampau.
APA ERTINYA MENYERTAI PAS?
PAS merupakan antara parti yang paling lama bertapak di Malaysia. Sepanjang penubuhannya selama lebih separuh abad, PAS telah berdepan pelbagai krisis dan cabaran di dalam perjuangan. Permasalahan dan liku-liku yang berduri yang dihadapinya adalah satu proses biasa dan merupakan suatu tribulasi di dalam perjuangan Islam. Di sebalik setiap krisis dan perpecahan mengandungi hikmah yang tersembunyi. Krisis yang melanda PAS tidak pernah melemahkan parti dan perjuangannya. Sebaliknya ia menjadikan kedudukan PAS bertambah kuat dan mantap dengan pertambahan bilangan keahlian yang sekarang sudah melebihi 800 ribu orang. Kebanyakan yang menyertai PAS adalah kerana mereka mencintai dan meminati perjuangan Islam serta yakin dengan dasar-dasar yang dibawakan oleh parti. Mereka menyertai PAS sebagai pernyataan sokongan dan mahu bersama-sama memberikan sumbangan mengiku kadar kemampuan untuk memenangkan Islam.
KENAPA ADA AHLI PAS KELUAR PARTI?
Dalam mana-mana perjuangan, sering kali wujud beberapa kelompok dan kalangan yang menyertai parti dengan sebab dan niat yang tertentu. Apabila hasrat mereka tidak tercapai, mereka bertindak keluar daripada parti dan menyertai parti lain atau menubuhkan partinya sendiri. Terdapat juga di kalangan mereka yang sudah lama menyertai PAS tetapi meninggalkan parti apabila timbul perasaan tidak puas hati. Mereka tidak sahaja meninggalkan parti tetapi turut bertindak memburuk-burukkan parti yang pernah didokonginya selama berpuluh-puluh tahun. Tindakan golongan berkenaan menunjukkan mereka tidak ada keikhlasan di dalam perjuangan Islam yang menuntut pengorbanan, kesabaran dan kebijaksanaan di dalam menghadapi apa sahaja cabaran yang mendatang. Meninggalkan parti kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan yang sedia ada bukan sahaja tidak akan menyelesaikan masalah tetapi akan menimbulkan masalah dan halangan yang lain yang akan menggagalkan perjuangan Islam. Perjuangan perlu diteruskan selama parti tidak terkeluar daripada landasan Islam.
BAGAIMANA PAS MENTARBIAH AHLINYA?
Terdapat juga di kalangan yang menyertai PAS dengan semangat perjuangan Islam yang berkobar-kobar. Mereka begitu fanatik dengan perjuangan dan ada kalanya keterlaluan di dalam tindak-tanduk. Namun selang beberapa ketika, semangat mereka menjadi luntur dan kendur begitu sahaja. Semasa mula-mula menyertai PAS mereka begitu aktif tetapi kemudiannya menjadi pasif. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk menjayakan sesuatu perjuangan. Perjuangan harus dilandasi oleh ilmu pengetahuan dan pemahaman terhadap sejarah serta dasar perjuangan parti. Sebab itu, PAS sentiasa menekankan tentang kepentingan tarbiah dan majlis ilmu sama ada yang berbentuk usrah, ceramah, kuliah, forum, diskusi, dialog, seminar, konvensyen dan sebagainya.
BENARKAH PROGRAM PAS HANYA BERCERAMAH SAHAJA?
Ceramah hanya merupakan salah satu program penerangan politik yang diadakan oleh PAS. la menjadi alat dan wasilah untuk menyampaikan dasar dan sikap perjuangan parti kepada ahli-ahlinya dan masyarakat umum.PAS juga mengadakan berbagai-bagai majlis ilmu seperti usrah(menjadi kemestian untuk mewujudkan semangat kekeluargaan antara ahli), tamrin, daurah tadribiah, jaulah, rehlah, mukhayyam, qiamullail, majlis ilmu, ziarah, dan riadhah bertujuan untuk memberikan kesedaran, kefahaman, keinsafan dan pengetahuan berhubung dengan pelbagai perkara dan isu yang berlaku dalam kehidupan manusia. Majlis ilmu yang diadakan oleh PAS sentiasa menyeru manusia kembali ke jalan Allah di samping mendedahkan berbagai-bagai kepincangan, penyelewengan, kemungkaran, kemaksiatan dan kejahatan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu supaya mereka tidak terlibat di dalam perkara-perkara yang disebutkan itu. Sebagai alternatifnya, PAS telah mengemukakan jalan penyelesaian mengikut acuan Islam bagi mengatasi segala masalah yang diutarakan itu. Keikhlasan PAS di dalam membangunkan Islam telah terbukti nyata. PAS harus disokong dan didukung bersama-sama oleh semua ahlinya dan di sokong oleh penyokong –penyokong yang cintakan Islam dan nilai baik dalam kehidupan.
KENAPA PAS MENGANJURKAN DERMA JIHAD DALAM CERAMAHNYA?
Dalam setiap ceramah yang diadakan, PAS mengalu-alukan sumbangan dan derma daripada orang ramai. Sebagai sebuah organisasi politik, PAS memerlukan sumber kewangan bagi menggerakkan aktivitinya dan membiayai perjuangan Islamnya. Sumbangan itu penting bagi menggerakkan markas-markas PAS yang terdapat di seluruh negara. Perlu diingatkan bahawa PAS mempunyai markas di peringkat negeri, kawasan dan juga cawangan. Markas itu selain berperanan sebagai pejabat pentadbiran parti, ia juga berfungsi untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang dianjurkan termasuk usrah, ceramah dan sebagainya. Sumbangan itu juga digunakan untuk menampung kos operasi markas dan membayar gaji kepada kaki tangan yang menguruskan pejabat.
KE MANA LAGI WANG KUTIPAN ITU DISALURKAN?
Kutipan daripada derma jihad itu turut digunakan untuk membantu umat Islam di Palestin, Bosnia, Rohingya dan terbaru kerajaan Hamas yang sedang ditekan oleh pihak barat serta para sekutunya. Sebahagian daripada kutipan tabung dan derma diqunakan untuk tujuan kebajikan bagi membantu umat Islam yang hidup dalam kemiskinan dan ditimpa oleh musibah seperti mana yang berlaku kepada penduduk Acheh dan Kashmir baru-baru ini. Bantuan yang disalurkan oleh PAS adalah tidak mengenal batasan sempadan dan keturunan tetapi dilakukan atas dasar tuntutan ajaran Islam dan nilai kemanusiaan.
APAKAH PAS TERLIBAT DALAM KERJA-KERJA AMAL DAN KEBAJIKAN?
Walaupun PAS dikenali sebagai sebuah parti politik tetapi pada hakikatnya PAS juga merupakan sebuah gerakan dakwah yang turut melibatkan diri di dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Penglibatan PAS dalam kerja-kerja amal dan kebajikan dapat dilihat dalam pelbagai program yang dilaksanakan seperti sukaneka, khidmat perubatan, kaunseling, ziarah, gotong-royong, membantu mangsa kebakaran dan banjir, membela golongan setinggan, memperjuangkan nasib para tahanan ISA dan keluarganya, menjadi juru bicara kepada golongan tertindas dan banyak lagi. PAS turut bersikap prihatin di dalam hal-hal yang berkaitan keruntuhan akhlak dan masalah sosial yang melanda golongan remaja. Berbagai-bagai seminar telah diadakan bertujuan untuk membincangkan dan mengemukakan penyelesaian terhadap masalah kemerosotan akhlak yang dihadapi golongan yang terbabit.Wakil rakyat PAS juga acap kali membangkitkan isu-isu yang berkaitan di dalam Parlimen dan dewan undangan negeri (DUN). Semua itu dilakukan atas dasar tanggungjawab sosial sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia yang mendukung nilai-nilai luhur dalam kehidupan lain.
APAKAH KEGIATAN PAS DALAM BIDANG PENDIDIKAN?
PAS tidak pernah mengabaikan aspek pendidikan di dalam perjuangannya. Pendidikan bukan sahaja penting dalam melahirkan masyarakat yang berilmu tetapi pemangkin kepada kemajuan dan pembangunan negara. Hubungan di antara sekolah agama rakyat (SAR) dan PAS amat sinonim sekali. Selain terlibat secara langsung dalam penubuhan SAR, PAS juga menubuhkan pelbagai institusi pendidikan di peringkat pra sekolah sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT). PAS mempunyai 7, 000 pusat pendidikan pra sekolah yang dikenali sebagai Pusat Asuhan Tunas Islam atau singkatannya, PASTI di seluruh negara. Di Kedah khasnya, PAS mendukung penubuhan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SERIDU),Sekolah Menengah Islam Darul Ulum (SEMIDU) dan Kolej Islam Darul Ulum (KIDU). Di Kelantan pula di mana parti PAS memerintah, sekolah agama telah dimartabatkan dan diletakkan di bawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan (YIK). Sekolah-sekolah agama seumpama ini juga terdapat di negeri -negeri lain.
BAGAIMANA PULA DENGAN SUMBANGAN PAS DIPERINGKAT ANTARABANGSA?
Penglibatan PAS di dalam memperjuangkan isu-isu di peringkat global telah mendapat perhatian dan pengiktirafan daripada pelbagai pihak. PAS secara konsisten telah memperjuangkan isu yang menyentuh nasib dan kepentingan umat Islam khususnya di Palestin. Hubungan PAS dengan pelbagai pertubuhan Islam dan gerakan dakwah di negara-negara telah terjalin dengan baik. Sebagai buktinya, PAS sering kali dijemput hadir dan mengambil bahagian di dalam perhimpunan, persidangan dan pertemuan yang diadakan oleh kerajaan dan pertubuhan Islam di TimurTengah, Afrika, Amerika Syarikat, Australia (AS) dan Eropah. PAS sendiri pernah menganjurkan Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah pada 9 September 1988 di Masjid Rusila, Marang, Terengganu. ljtimak itu telah berjaya menghimpunkan puluhan pemimpin gerakan Islam dari pelbagai negara. PAS juga pernah menghantar dua wakilnya untuk misi damai ke negara yang berkrisis di negara Arab. Undangan itu dibuat oleh Majlis Gerakan Islam Sedunia dan pemilihan PAS dilakukan atas kedudukannya sebagai jemaah yang mewakili umat Islam di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.
APAKAH LANDASAN TERBAIK UNTUK MENYERTAI PAS?
Penyertaan dalam PAS harus dibuat dengan kesedaran dan komitmen untuk mendaulatkan Islam di bumi Malaysia. Jika tidak, penyertaan mereka di dalam PAS mungkin tidak dapat bertahan kerana dalam perjuangan Islam terdapat banyak ujian dan dugaan yang perlu dihadapinya sama ada dalam bentuk tekanan ekonomi, politik atau penahanan tanpa bicara. Mereka yang menyertai PAS kerana pemimpin tertentu, mengikut arus gelombang dan tiupan angin perubahan pasti akan kecewa apabila perjuangan yang disertai tidak membuahkan hasil seperti mana yang diharapkannya. Begitu juga dengan mereka yang menyertai PAS kerana jawatan, kedudukan atau kerana mahu menonjolkan diri akhirnya akan bertindak meninggalkan parti setelah segala usahanya tidak mendatangkan kejayaan. Mereka yang menyertai PAS kerana ajakan kawan dan mengikut orang lain juga lambat-laun akan mengambil tindakan yang serupa.
APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS MENYERTAI PAS?
PAS adalah parti siasah dan gerakan dakwah yang mempunyai perlembagaan. Mereka yang menyertai PAS harus mengikut peraturan dan garis panduan yang ditetapkan. Di dalam parti, ahli-ahli mempunyai saluran untuk menyuarakan pandangan dan memberikan pendapat malahan melahirkan kritikan. Semua itu harus dibuat secara syura dan musyawarah yang menjadi pegangan parti PAS. Justeru itu, semua ahli PAS harus memiliki fikrah perjuangan yang sama dan berkongsi matlamat perjuangan Islam yang satu. Mencampur-baurkan perjuangan Islam dengan kepentingan peribadi dan duniawi akhirnya akan menyebabkan seseorang terlontar jauh daripada landasan yang digariskan oleh al-Quran dan as-sunnah.
APAKAH TUNTUTAN DAN KOMITMEN SEBAGAI AHLI PAS?
Penyertaan dalam PAS menuntut seseorang memberikan seluruh komitmen, tenaga dan jiwa raganya untuk menjayakan perjuangan Islam. Orang yang berjuang harus mempunyai nawaitu(niat) yang betul, keikhlasan dan kesungguhan untuk berkhidmat untuk agama dan ummah. Semua itu harus dilakukan dengan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah. Setiap sumbangann yang diberikan kepada perjuangan Islam mempunyai nilaian dan pahala. Kalau ia dilakukan dengan niat yang betul maka ia akan menjadi satu ibadah. Kalau ia dilakukan dengan nawaitu yang songsang, yang bakal menantinya ialah padah dan musibah.Setiap muslim wajib menyertai perjuangan Islam dan dalam konteks negara kita, parti yang mempunyai perlembagaan Islam ialah PAS. Jadi, tidak ada sebab kenapa orang Islam menolak daripada menyertai PAS. Mereka harus bersama-sama dengan PAS dan mengajak saudara selslam mereka untuk turut serta untuk sama-sama melaksanakan Islam secara syumul dalam seluruh ruang kehidupan tanpa sebarang pengecualian.
KESIMPULAN
Setiap umat Islam harus mempunyai cita-cita walaupun sedikit untuk menegakkan Islam. Mereka juga mempunyai kewajipan untuk menyampaikan Islam meskipun dengan sepatah perkataan. Kalau mereka tidak mampu sampaikan melalui tangan atau perbuatan, mereka boleh melakukannya melalui perkataan atau lisan. Jikalau masih tidak mampu maka mereka sekurang-kurangnya perlu mendoakan di dalam hati. Berdasarkan kepada cita-cita tersebut, PAS ditubuhkan sebagai wadah dan wasilah untuk umat Islam menzahirkan cita-cita tersebut dalam bentuk yang nyata. Oleh itu, tidak ada alasan kenapa umat Islam tidak boleh merealisasikan cita¬cita tersebut dalam sebuah negara yang berbagai kaum dan agama ini apatah lagi bagi bilangan orang Islam yang majoriti. Umat Islam mempunyai ruang yang seluas-luasnya untuk melibatkan diri dalam parti PAS. Mereka boleh membantu Islam dengan membantu PAS. PAS adalah parti Islam, matlamatnya Islam, pendokongnya orang Islam dan asas perjuangannya jelas IsIam. Mari sama-sama sokong PAS dan jom ramai-ramai sertai PAS.
Dimuat turun dan diolah semula daripada:http://huluselangor.pas.org.my/
Monday, 30 January 2012
Mengapa Umat Islam Perlu Berpolitik?
Mengapa Umat Islam Perlu Berpolitik?
Assalamualaikum wbt....
USTAZ,
Saya ini bukanlah mewakili mana- mana parti politik,dan saya ada soalan penting untuk ditanya kepada ustaz.Saya harap sangatlah ustaz dapat menjelaskan persoalan saya ini berdasarkan hujah dan dalil naqli (Al-quran) dan juga hadis soheh.
Adakah menubuhkan sesuatu parti politik itu haram? Setahu saya di Arab Saudi tiada parti politik kerana katanya boleh memecahbelahkan umat. Jadi apakah hukumnya penubuhan parti politik ini? Setahu saya semasa zaman Nabi dahulu tiada seorangpun nabi,para anbiya dan syuhada yg menubuhkan parti untuk mendaulatkan Islam.Malahan penubuhan parti politik inipun sebenarnya bukan datang dari Islam malahan ianya diasaskan oleh org kafir!
Lagipun, bukannya saya ini jahil sangat mengenai keadaan politik di negara ini. Saya tahu bahawa pihak pemerintah pun banyak menyeleweng dari Islam! Umat Islam hanya akan bersatu di bawah kalimah Laailahaillalah dan tiada pertikaian pun mengenainya! Tapi saya agak ragu dengan memperjuangkan Islam dengan menubuhkan parti!Mengapa tidak boleh kita perjuangkan Islam melalui cara dakwah seperti jamaah tabligh?
Saya dapati cara mereka berdakwah ialah dengan memantapkan iman dan amal.Saya berkata demikian kerana inilah kali pertama saya mengikuti tabligh selama 3 hari bertempat di Naza Plantations, Raub, Pahang. Sepanjang saya mengikuti jamaah tabligh tersebut,banyak perkara telah saya belajar. Tujuan tabligh inipun sebenarnya bukan semata-mata berdakwah kepada orang,tetapi untuk mentarbiahkan diri sendiri,agar Iman dan amal dapat dimantapkan. Saya dapat merasakan sendiri persaudaraan Islam,dan Allah telah merahmati dan memberkati kami dengan memberikan pengertian sebenar tentang hakikat kehidupan!!
Dan apa yg menakjubkan hati saya ialah ada antara jemaah tabligh ini, sebelum ini tidak pernah sembahyang dan tidak FAHAM apa itu agama, menangis kerana keinsafan dan mula faham akibat daripada usaha Ustaz yang memberikan syarahan, bayan dan majlis taalim mengenai Iman dan amal!!
Dan saya pun berfikir semula tentang usaha Parti Pas khususnya.Banyak yang berbicara mengenai kepentingan kembali kepada Al-quran dan assunnah. Memang betul, usaha itu perlu disokong,tetapi kebanyakan masyarakat kita hari ini tidak paham kenapa kena kembali pada Alquran dan sunnah. Sebabnya ustaz, saya percaya bahawa iman dan amal mereka sendiri AMAT RAPUH!! Salah satu perkara yang amat ditekankan semasa majlis tabligh itu ialah SEMBAHYANG BERJEMAAH. Kita boleh lihat betapa kosongnya masjid dan surau hari ini!!Jadi tidak hairanlah masyarakat kita terus berada dalam kelalaian!!
Saya percaya jika pihak PAS menekankan usaha iman dan amal ini dalam dakwah dan ceramah mereka,Insyaallah masyarakat akan mula paham!
Jadi saya amatlah berharap pada ustaz utk menerangkan kepada saya mengenai persoalan di atas. Saya yangg tidak ada ijazah agama ini tidak tahu apa-apa pun! Kalau boleh penjelasan itu jangan lah terlalu bias. Peganglah kepada kebenaran.
Jazakallahu khairan kathira.
Muhammad Syafiq
Jawapan Ustaz Ali Muda
Waa`laikumussalam warahmatuLlah.
Alhamdulillah, saudra telah diberi taufik oleh Allah s.w.t. untuk memahami Islam atau sebahagian daripada Islam.
Daripada seorang yang kurang faham peranan agama menjadi seorang yang merasakan kemanisan hidup beragama. Bersyukur juga kerana saudara telah terlibat dengan salah sebuah pergerakan yg cintakan Islam dan ingin melihat Islam didaulatkan di bumi Allah s.w.t. ini, walaupun dengan cara yang tersendiri.
Persoalan saudra ini berfokus kepada cara,method atau uslub untuk menegakkan Islam, setelah saudara bersetuju bahawa pemerintah umat Islam hari ini tidak boleh diharapkan untuk mendaulatkan Islam secara syumul.
Persoalannya apakah boleh Islam diperjuangkan menerusi penubuhan parti politik, yang menurut saudara, tidak pernah dilakukan oleh para nabi dan Nabi Muhammad s.a.w. Arab Saudi juga, menurut saudara, mengharamkan penubuhan parti politik kerana boleh memecahbelahkan umat.
InsyaAllah, saya akan menjawab persoalan saudara ini dengan cara akademik/ilmiah berdasarkan hujah tanpa bias kepada mana-mana pihak, walaupun saudara sendiri telah menunjukkan kecenderungan saudara kepada satu pihak. Harapan saya, jika jawapan saya ini tidak menjurus kepada kecenderungan saudara, janganlah saudara anggap saya bias.
Terlebih dahulu sukalah saya tegaskan bahawa saya juga tidak menganggotai mana-mana parti politik kerana saya ingin bebas membuat penilaian berdasarkan ilmu yang saya belajar. Jika ilmu saya mengatakan 'itu', maka tiada siapa berhak menidakkan kebenarannya melainkan dengan hujah ilmu juga, bukan dengan sentimen, fanatik, prasangka dan sebagainya. Mungkin orang lain berpendapat berlainan berdasarkan ilmu juga, maka saya terima hal itu atas prinsip 'al-khilaf al-masyru`' (khilaf yg dibenarkan syarak), jika ia berada dalam lingkungan perkara cabang atau ranting (furu`), bukan pokok (Usul). ILMU yang saya maksudkan ialah kefahaman yg mendalam terhadap sesuatu persoalan, dengan perantaraan alat-alat yang disepakati untuk menuju kepada kefahaman itu.
Persoalan yang berkaitan hukum atau pandangan Islam dalam sesuatu perkara, maka sudah pasti alat-alat yang wajib untuk menuju kepada kefahaman yang sebenar ialah kefahaman asas terhadap sumber Islam iaitu nas-nas al-Quran dan hadis (sahih) serta perbahasan ulama yang muktabar tentangnya. Oleh kerana nas-nas al-Quran, hadis dan perbahasan ulama muktabar itu kebanyakannya di dalam Bahasa Arab, maka kefahaman mendalam dalam bahasa itu adalah satu keperluan yang wajib. Tidak cukup setakat itu, kefahaman yang mendalam terhadap ilmu disiplin berhujah dengan al-Quran dan hadis (iaitu ilmu Usul al-Fiqh dan Qawa`id al-Fiqh) adalah juga sesuatu yang mesti dan wajib.
Berbalik kepada persoalan saudara, apakah masyru` (dibenarkan syarak) penubuhan parti politik untuk menegakkan Islam?
Saudara beranggapan ia tidak masyru` berdasarkan hujah-hujah: (1) Di Arab Saudi tiada parti politik kerana menurut mereka parti politik boleh memecahbelahkan umat, (2) Tiada seorang nabi dan para pejuang syuhada zaman dulu yg berjuang menegakkan Islam melalui parti politik, (3) Parti politik berasal daripada sistem kafir, (4) Parti politik boleh digantikan dengan cara berdakwah kepada iman dan amal, seperti yang dilakukan oleh Jamaah Tabligh.
Demikian hujah-hujah saudara tetapi saya ada hujah-hujah lain yang menunjukkan penubuhan parti politik Islam sebagai suatu yang masyru` bahkan dituntut pada zaman sekarang. Hujah-hujah saya seperti berikut:
1) Tiada nas sama ada di dalam al-Quran, hadis atau kata-kata ulama terdahulu yang muktabar bahawa penubuhan parti politik itu dilarang syarak. Dalam syariah (Usul al-Fiqh), ada satu kaedah yang berbunyi "Aslul Asy-yaa' al-Ibahah" (Asal sesuatu perkara itu adalah harus). Semua perkara di dunia ini asalnya harus, melainkan setelah datangnya nas-nas yang melarangnya, barulah hukumnya bertukar menjadi haram atau makruh, ataupun apabila datangnya nas-nas yang menyuruhnya, maka ia pun bertukar menjadi wajib atau sunat. Antara haram dan makruh, atau antara wajib dan sunat, adalah berdasarkan sejauh mana larangan dan suruhan itu, dengan sokongan nas-nas lain, yang difahami oleh ulama yang berkecimpung dalam bidang ilmu prinsip pengeluaran hukum Islam (iaitu ilmu Usul al-Fiqh), dengan sokongan ilmu yang luas tentang hadis Nabi s.a.w., yang merupakan praktis kepada seluruh hukum Islam yang wujud sebelum kewafatan baginda Rasullullah SAW.
Oleh kerana tiada nas yang melarang, maka penubuhan parti politik adalah harus. Itulah asal dan dasarnya.
2) Apabila kita bercakap mengenai parti politik Islam (iaitu parti yg berjuang untuk mendaulatkan Islam), maka kita telah terkeluar daripada asal dan dasar hukum tadi (harus). Hukum itu telah bertukar menjadi sekurang-kurangnya sunat, kalaupun tidak wajib. Ini berdasarkan nas al-Quran yg bermaksud: "Dan bertolong menolonglah kamu dalam perkara kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan…" (Al-Maidah: 2). Jika parti Islam bertujuan utk bergabung tenaga menegakkan Islam, bagaimana ia dikatakan haram, sedangkan ia bertepatan dengan kehendak ayat tersebut? Apatah lagi tiada satu nas pun yang melarangnya.
3) Walau bagaimanapun, jika kita merujuk kepada nas yg lain, kita dapati penubuhan parti politik dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia adalah dituntut oleh syarak. Ada nas yang bermaksud "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang pada jalan-Nya dalam satu saf (barisan/front/ organisasi) seumpama sebuah bangunan yang berdiri teguh…" (Al-Saf: 4). Alangkah bodohnya umat yang ingin melihat Islam tertegak di muka bumi, tanpa membuat persediaan yang lebih baik daripada kaum yang ingin merobohkan Islam atau yang berpura-pura cinta Islam (seperti yang saudara sendiri faham), ataupun sekurang-kurangnya membuat persediaan yang setanding dengan musuh itu. Adakah Allah s.w.t. akan menolong dengan mukjizat semata-mata tanpa wujudnya usaha yang tersusun dan sistematik daripada para pejuang? Sedangkan Nabi s.a.w. sendiri tidak diberikan mukjizat melainkan setelah banginda bekerja keras siang malam dengan tulang empat kerat.
Kalaulah musuh ada barisan/front/ organisasi yang memonopoli sistem demokrasi, apakah pejuang Islam perlu pejam mata dan pekakkan telinga saja atas alasan demokrasi, parti politik dan pilihanraya adalah sistem ciptaan orang kafir!!?? Apakah patut pejuang Islam membiarkan saja kerusi eksekutif yang berkuasa mencipta undang-undang ke atas umat di dewan rakyat, parlimen, dewan undangan negeri dan lain-lain diduduki oleh puak yang benci kepada Islam secara zahir batin atau secara batin sahaja (terlihat kebenciannya secara luar kawalan/ tidak sengaja)? Realiti dan hakikatnya, sama ada rakyat suka atau tidak, orang yang menduduki kerusi-kerusi eksekutif itulah yang mencipta, menggubal, meminda atau membatal undang-undang sebaik sahaja mereka berkuasa setelah menang dalam pilihanraya 'demokrasi'. Apabila mereka memiliki kuasa itu, mereka akan mempersetankan sahaja kehendak rakyat terbanyak. Mereka kata mereka telah diberi mandat selama 5 tahun, kalau tidak setuju, tunggu 5 tahun!! (Walaupun mandat itu diperolehi secara penipuan seperti undi pos yang menjadi taboo kepada pembangkang) . Apabila mereka berkata kita tidak boleh melaksanakan hukum jenayah seperti yang terkandung di dalam al-Quran (hudud), rakyat (termasuk orang yang cintakan al-Quran dan Islam seperti saudara) terpaksa terima. Apabila mereka berkata harga barang itu dan ini dinaikkan, semua rakyat terpaksa membayar walaupun perit. Bukanlah susah untuk mencipta beberapa rasional di sebalik kenaikan harga barang itu dengan sokongan sedikit 'statistik' atau 'angka' yang entah betul atau tidak. Rakyat terpaksa terima. Apabila mereka hendak melanggar perjanjian yang mereka sendiri buat, rakyat pun terpaksa akur, sebab mereka masih berkuasa sebagai kerajaan yang memiliki kuasa dengan cara undi dan penubuhan parti politik.
Jika itu realiti dan hakikat posisi kuasa pada hari ini, kenapa pejuang Islam perlu mengasingkan diri dan lari daripada merebut peluang untuk melaksanakan Islam melalui kuasa penubuhan parti dan pilihan raya? Apakah Nabi s.a.w. mampu melaksanakan Islam tanpa kuasa yang diusahakan? Bukankah perpindahan dari Mekah ke Madinah (Hijrah) itu sebagai satu strategi untuk mempraktikkan Islam melalui kuasa politik/pemerintahan di sebuah negara yang bebas dan berdaulat (walaupun bukan secara parti politik seperti hari ini)? Secara logiknya, adakah baginda akan berjaya menegakkan Islam tanpa berhijrah mendapat sebuah negara yang berkuasa politik? Adakah Islam akan boleh dilaksanakan sepenuhnya tanpa sebuah negara dan sistem yang bebas dan tersendiri? Bukankah baginda sudah boleh berdakwah, beriman dan beramal di Mekah? Kalau sudah boleh, kenapa perlu mengajak para Sahabat r.a. berhijrah? Sedangkan beramal di Mekah itu mendapat pahala yang paling besar pula.
Jawapan kepada soalan-soalan di atas ialah "kuasa eksekutif itu adalah asasi untuk mempraktikkan Islam secara syumul di bumi Allah s.w.t. ini". Zaman Nabi s.a.w. ia (kuasa eksekutif) itu didapati melalui hijrah dan jihad di medan, manakala zaman ini (dalam konteks Mlaysia dan kebanyakan negara), ia diperolehi melalui pilihanraya.Kaedah usul fikh ada menyatakan “tidak akan sempurna wajib melainkan dengannya(cara-cara untuk sampai kepada wajib) itu juga adalah wajib.Sebagai contoh: Sembahyang atau solat itu wajib,berwuduk merupakan syarat sah sembahyang, mengambil air untuk berwuduk satu keperluan.Jika air sukar diperolehi maka kita perlu menggali perigi untuk mendapatkan air.Hukum menggali telaga pada waktu itu bertukar menjadi wajib lantaran menyempurnakan kewajipan solat walaupun pada asalnya menggali telaga itu harus.
Kita perlu faham, Islam itu bukan sekadar iman dan amal seperti solat, zakat, haji, zikir atau baca al-quran sahaja. Kalau itulah sahaja amalan Islam, Nabi s.a.w. tidak perlu berhijrah, sebab semua itu boleh dilakukan di Mekah, dengan pahala yang paling besar lagi. Itu semua amalan individu, kalau tidak ada negara dan kuasa pun kita boleh amalkan ibadat-ibadat itu. Tetapi Islam lebih luas daripada itu. Ada banyak lagi suruhan Allah s.w.t. yang tidak boleh dilaksanakan jika Islam tidak mempunyai negara atau kuasa berdaulatkan al-Quran dan sunnah, seperti suruhan melaksanakan hudud (sistem kawalan jenayah secara Islam), suruhan melaksanakan ekonomi Islam secara total tanpa campuran riba, suruhan jihad memerangi musuh yg mengkhianati umat Islam, suruhan mengharamkan segala yang diharamkan Allah s.w.t. (seperti arak, judi dan lain-lain) dan menghalalkan segala yg dihalalkan-Nya (tazkirah bulan Ramadhan, ceramah agama, perhimpunan aman dan segala perkara yang bukan bertujuan jahat) dan yang paling besar sekali ialah suruhan menyebarkan rahmat kepade sekalian alam. Hampir semua pemimpin umat Islam hari ini tidak melaksanakan agenda terbesar Islam ini kerana mereka bernegara dan kuasa sekular. Orang bukan Islam, khususnya kuasa-kuasa barat semakin memandang lekeh kepada Islam di zaman pemimpin-pemimpin Islam sekular berkuasa kini. OIC? Contoh nya,diketawakan saja!! Malaysia negara contoh?Nampaknya lebih kepada syok sendiri!! Atau suka kerana kita mengamalkan budaya dan amalan kuffar seperti mereka juga.
4) Kalau demikianlah hal dan realitinya hari ini, maka mana mungkin hanya dengan berdakwah keluar 3 hari, 10 hari, 40 hari, sebulan, 4 bulan bahkan setahun sambil beramal ibadat individu (solat, zakat, haji, zikir, baca al-Quran dan seumpamanya) ; negara Islam akan tertegak seperti Nabi s.a.w. pernah sunnahkan di al-Madinah al-Munawwarah. Saya tidak nafikan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Jamaah Tabligh itu juga baik. Tetapi baik semata-mata tanpa strategi jangka pendek dan panjang, lebih dekat kepada sia-sia. Apakah amal sebegitu telah menepati kehendak Allah s.w.t. berbanding berjuang dalam satu saf/barisan/ front/organisasi seperti sebuah bangunan yang terpacak teguh tanpa goyah oleh sebarang gegaran? Sedangkan musuh (yang jelas atau yang seperti musang berbulu ayam) sedang enak menjahanamkan Islam yang syumul bawaan Nabi s.a.w., kita masih asyik berbalah tentang apakah boleh berparti politik.Kita boleh lihat di negara-negara yang begitu kuat pegangan amalan Jamaah Tablighnya seperti India dan Pakistan,apakah mereka mempunyai sistem bernegara yang kukuh dan dapat melaksanakan sistem-sistem yang berkaitan dengan kesyumulan Islam secara total?Tidak lebih kepada amalan individu dan kelompok-kelompok kecil sahaja.
Dalam konteks bernegara pada hari ini, berparti politik untuk menegakkan Islam adalah lebih dekat kepada wajib, berdasarkan satu prinsip al-Qawa`id Al-Fiqhiyyah yang berbunyi "Maa laa yatimmu al-waajib illaa bihii fahuwa waajib" (Sesuatu perkara, yang tidak akan sempurna perkara yang telah wajib melainkan dengannya, maka perkara itu menjadi wajib juga hukumnya). Mendaulatkan Islam secara syumul (menyeluruh) sama ada dalam bidang akidah, akhlak, ibadat, muamalat, munakahat, jinayat, jihad, dan sebagainya itu adalah satu kewajipan yang telah pasti berdasarkan nas-nas yang telah sedia ada dalam al-Quran dan hadis sahih. Tetapi banyak bidang itu tidak dapat dilaksanakan tanpa wujudnya negara, kuasa dan sistem Islam yang memimpin. Maka mewujudkan negara, kuasa dan sistem Islam itu wajib juga hukumnya.
Dalam konteks hari ini juga, negara, kuasa dan sistem itu tidak akan dapat dicapai melainkan dengan cara-cara seperti: pilihanraya demokrasi (di kebanyakan negara umat Islam walaupun lebih kepada demokrasi palsu), revolusi (spt Iran 1979), reformasi (spt Indonesia, Filipina). Dua cara terakhir itu boleh mengakibatkan mudharat yang besar dan pertumpah darah, maka hendaklah dielakkan selagi ada jalan yang lebih selamat, iaitu melalui pilihanraya demokrasi seperti yang diamalkan di negara kita.
Oleh kerana pilihanraya demokrasi itu hanya boleh disertai oleh parti politik berdaftar, maka menjadi kewajipanlah kepada pejuang Islam untuk mendaftarkan paling kurang sebuah parti politik yg khusus untuk menegakkan Islam. Jika tidak, tidak boleh masuk pilihanraya,jika tidak boleh masuk pilihanraya, tidak mungkin akan dapat duduk di kerusi eksekutif itu danjika tidak duduk di kursi tersebut, tidak mungkin berkuasa dalam realiti bernegara pada hari ini!! Ada sesiapa lagi yang hendak menidakkan realiti semasa secara membuta tuli?
5) Kalau pemerintahan sudah “OK” (adil, bersih, bertanggungjawab macam al-Khulafa' al-Rasyidin) , memang tidak perlu kepada parti-parti politik, sebab memang boleh menyebabkan perpecahan. Tetapi apakah pemerintah hari ini boleh membuktikan keadilan, kebersihan dan kebertanggungjawaban seperti para khalifah yang dipuji oleh al-Quran dan mendapat didikan secara langsung daripada Nabi s.a.w. itu? Tidak ada!!Termasuklah kerajaan Arab Saudi sendiri. Kalau sudah seperti khalifah, tidak mungkin Arab Saudi membenarkan tanahnya digunakan oleh “Syaitan Terbesar” (USA) sebagai pangkalan untuk menyerang saudara Islamnya di Iraq. Ketidakwujudan parti politik langsung seperti di Saudi lebih membawa kemudaratan kepada umat kerana pemerintah boleh berbuat apa saja tanpa siapa berani menegur.
6) Tidak semua perkara yang dicipta oleh orang bukan Islam “kafir” itu haram diguna pakai oleh umat Islam (seperti sistem pilihanraya dan parti politik). Yang menjadi haram sesuatu perkara itu bukan sebab ianya dicipta oleh orang bukan Islam, tetapi sebab sudah ada nas atau dalil qati’ yang mengharamkannya.
7) Tidak semua perkara yang Nabi sa.w. tidak buat, maka kita pun tidak boleh buat. Nabi s.a.w. tidak buat jalan raya berturap, bangunan tinggi-tinggi, pejabat agama, masjid surau yang banyak, tabung haji, dan sebagainya. Tapi apakah kita pun diharamkan membuat perkara-perkara baik itu atas alasan baginda tidak buat? Apakah salah jika kita bersikap kreatif dalam perjuangan Islam ini, demi melawan kekuatan sistem musuh?
8) Parti politik Islam pun bukan hanya berpolitik semata-mata, mereka juga mendukung agenda dakwah, iman dan amal melalui usrah, tamrin, daurah tadribiah, jaulah, rehlah, mukhayyam, qiamullail, majlis ilmu, ziarah, dan riadhah(nama sahaja berlainan namun konsepnya tidak jauh seperti yang diamalkan oleh jamaah Tabligh namun kurang diuar-uarkan secara khusus,lebih kepada ceramah penerangan politik). Bahkan dakwah, iman dan amal yang lebih meluas daripada orang-orang yang tidak berparti politik. Jika ada sidikit kelemahan itu, berpunca daripada sikap sesetengah individu atau kelompok yang tidak serius dalam perjuangan dan agenda dakwah.Sememang manusia tidak ada yang sempurna. Tugas kita memperbaiki mana-mana individu dan kelompok yangg tidak sempurna itu, termasuklah memberi tarbiah dan kefahaman kepada mereka yang telah sedia menduduki kerusi –kerusi eksekutif itu setelah kita sedar dan tahu bahawa dasar yang kita perjuangkan betul dan tepat dengan kehendak Islam. Jangan kerana beberapa kelemahan itu, kita juga turut memusuhi atau lebih sedih lagi kita menyokong parti –parti yang berlawanan dengan prinsip-prinsip Islam pula.
Jika Jamaah Tabligh amat menitikberatkan solat secara berjemaah di masjid (dan inilah yang sepatutnya), ajaklah ahli-ahli parti Islam dan individu Islam lain berjemaah sama. Jangan kerana beberapa kerat individu yang tidak berjemaah (atau yang tidak solat), maka jamaah Tabligh terus menghukum ahli parti Islam dan pertubuhan lain sebagai tidak beramal. Dengarlah kuliah-kuliah ilmu para pemimpin parti Islam, bukankah mereka mentarbiah kepada iman dan amal juga? Biasalah apabila sudah ramai penyokong dan pengikut sesebuah pertubuhan itu akan adalah yang nakal dan menyongsang arus. Simbul parti Islam (bulan purnama putih dikelilingi warna hijau) bermaksud di dalam parti Islam itu di kelilingi oleh pengikut dan penyokong yang berbagai ragam,pemimpin-pemimpin dan para dai’ akan mencuba sedaya upaya mentarbiah untuk menjadikan mereka berada dilandasan yang betul(putih).Kelemahan itu perlu ditegur dan dinasihat,agar mengikut kehendak jamaah dan syariat. Ahli jamaah Tablighpun tidak semuanya sempurna.Justeru jika mereka mengatakan mereka berusaha meningkatkan amalan dalam jamaah, begitu juga ahli-ahli parti Islam. Oleh itu, bekerjasamalah. Jangan hentam menghentam dan mengatakan pihak mana yang betul dan lebih amalan Islamnya dan janganlah pula memilih parti yang terang-terang dasarnya menjurus kepada sekular. Daftarlah diri sebagai pengundi yang sah dan berilah undi untuk parti yang memperjuangkan Islam dan bercita-cita menegakkan negara dengan sistem dan pentadbiran Islam secara menyeluruh.
Sekian jawapan saya seikhlasnya, wassalam `ala man ittiba`a al-huda.
(sebahagian teks telah diedit dengan sedikit tambahan bertujuan menambah kefahaman.Maksud asal tidak lari daripada teks asal – ABU)
Subscribe to:
Posts (Atom)
JOM TAMBAH ILMU
-
-
-
Adakah Memasak Tanggungjawab Isteri? - Adakah Memasak Tanggungjawab Isteri? Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah (Wafat: 1421H) berkata: الرجل راع لكن رعيته محصورة؛ هو راع في ...7 years ago
-
-
-
Musuh utama anak-anak muda zaman sekarang. - SHAH ALAM: Purata anak muda bekerjaya di negara ini memiliki tujuh kad kredit, angka yang menggambarkan tahap berbelanja generasi muda yang membimbangkan. ...11 years ago
-
Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain
-
-
-
-
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY2 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Video:The Dawn of A New Malaysia6 years ago
-
-
-
Kenapa DS Najib Razak Perlu Dijatuhkan?8 years ago
-
Anak Nik Aziz Sertai Amanah8 years ago
-
-
-
Tajam dan pedih ucapan akhir Anwar....!9 years ago
-
-
Johor Darul Judi Bahagian II10 years ago
-
Perebutan takhta.. Rakyat dapat apa??10 years ago
-
-
-
-
Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 64)12 years ago
-
-
-
Blog list 2 (241)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016.2 years ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUNTUHNYA REGIM PH PADA 29-02-20204 years ago
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 years ago
-
LIVE AJL 344 years ago
-
ADUN Ditangkap Dadah4 years ago
-
-
Budak2 Melayu Sekarang....4 years ago
-
-
Gelagat Pas Lebih Umno Daripada Umno5 years ago
-
-
-
-
-
Selamat Tahun Baru 20195 years ago
-
-
Hanipa tak setuju SPRM diberi kuasa mendakwa6 years ago
-
-
-
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN6 years ago
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
KEMPEN ANTI DADAH6 years ago
-
Flybar Aztech6 years ago
-
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN6 years ago
-
-
-
hello blog.7 years ago
-
Cara Bangun Untuk Bertahajjud.7 years ago
-
Testing7 years ago
-
Mermerlukan sumbangan7 years ago
-
ALHUSSEYN7 years ago
-
-
Kembara Ilmu November 20168 years ago
-
Berehat sementara ...8 years ago
-
Pecah Berita Lagi!!!8 years ago
-
Amerika Dalang Rencana Pembunuhan Erdogan8 years ago
-
Alfa Romeo 4C 20148 years ago
-
-
Zakat Fitrah dan kemiskinan kota8 years ago
-
Night Hunter...8 years ago
-
-
-
Ai Chan Famili8 years ago
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar8 years ago
-
farm fresh ad jamestown ny8 years ago
-
KELEBIHAN KAYU BAKAU8 years ago
-
-
-
-
Kata Kata Galau Untuk Status BBM9 years ago
-
-
-
Debat 1MDB : Rafizi Ganti Tony Pua9 years ago
-
Resep Mengobati Impotensi9 years ago
-
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)9 years ago
-
KUASA DI TANGAN RAKYAT9 years ago
-
-
RM2.6 billion untuk lawan DAP9 years ago
-
-
-
-
-
PERDA Oh PERDA.. SPRM, Bila nak siasat?9 years ago
-
Niqab Atau Tidak Berniqab9 years ago
-
ISLAM BUKAN BONEKA9 years ago
-
Cukuplah…Kembali Ke Matlamat Asal9 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
Inexpensive Bedroom Makeover Ideas9 years ago
-
PRK Chempaka: Kemenangan legasi Tok Guru9 years ago
-
Kantoi!! Tembelang BN Habis Terbarai Lagi..9 years ago
-
SEDIH......9 years ago
-
-
ccv9 years ago
-
Situasi Terkini : TNB hadapi banjir9 years ago
-
-
AHLI PAS BERKASTA10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Gila gila peminat Piala Dunia 201410 years ago
-
-
-
Teluk Intan - Undi Dyana Sofya10 years ago
-
13 Mei Terengganu: Pas ada tiga pilihan10 years ago
-
Justice for Mejar Zaidi.10 years ago
-
PERGINYA SEORANG INSAN BERNAMA BONDA10 years ago
-
-
Analisa PRK DUN N.25 Kajang10 years ago
-
-
-
-
Confidential Document10 years ago
-
PRK Kajang dan Konsensus Nasional10 years ago
-
A MESSAGE FOR ALL10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...11 years ago
-
Jom ambil peluang .. Niaga secara online11 years ago
-
ORANG HUTAN11 years ago
-
-
Polemik Kalimah ALLAH11 years ago
-
Indonesia Tuduh PDRM Pengecut Dan Biadap11 years ago
-
PAS Batu Gajah buat perubahan11 years ago
-
-
-
"Sudah Masa Saya Berundur" - Ku Li11 years ago
-
Info Solat11 years ago
-
-
-
Hakikat BN, PAS dan Syiah11 years ago
-
-
-
-
-
Munafik Besar, Kecil & Perbezaannya11 years ago
-
Panas Enjin11 years ago
-
MALANG LAGI RAKYAT GANU DAPAT MB BENGAP11 years ago
-
Bagaimana mereka mereka ini11 years ago
-
PRU13: BAKAL MENJADI KENYATAAN!11 years ago
-
BERILAH KAMI KEMENANGAN YA ALLAH...11 years ago
-
Undi nampak perkara kecil TETAPI.....11 years ago
-
-
8 March11 years ago
-
-
-
MELAYU DAN JUDI11 years ago
-
-
Najib dgn KUDA STYLE11 years ago
-
AMANA MAHATHIR LE PULAK BETUL KE !11 years ago
-
MENTERI LEMBUT YANG BODOH11 years ago
-
Tudung saji tradisi cantik12 years ago
-
-
-
-
-
-
RUKUN HAJI12 years ago
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
SELAMAT DATANG KE INTANHIJAU212 years ago
-
DEVIL INSIDE FUKUS12 years ago
-
-
RAMADAN MENJANA TAQWA12 years ago
-
-
-
Bangunan Umno Bukit Gantang disita12 years ago
-
Zunar: M’sian satirists play it safe12 years ago
-
Rafizi lawan KJ, Najib yang tertekan12 years ago
-
UMNO DI KEDUDKAN SALAH SEJARAH12 years ago
-
TGHA : Janji Allah pasti tiba12 years ago
-
-
5 Strategi Kemenangan Kita12 years ago
-
-
NEGARA PENJENAYAH ???12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Novel Terakhir...12 years ago
-
-
-
-
-
-
Najib bisu ditempelak Nik Aziz13 years ago
-
Derita Budya Darat13 years ago
-
Menteri KDN Derhaka Pada Agong13 years ago
-
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 years ago
-
Pas gesa bebaskan Manoharan16 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SUMBER DAN BERITA TERKINI
-
Kes dadah selebriti: Polis nafi keterangan saksi dipinda - Timbalan Ketua Polis Selangor S Sasikaladevi berkata pihaknya menjalankan siasatan secara telus mengikut peruntukan ditetapkan.24 minutes ago
-
Bruno Manser Fund Win Significant First Stage Over Jamilah Taib Defamation Suit - Landmark decision in favour of BMF in Taib family defamation case. "This decision is of enormous significance and a huge blow for the plaintiffs who sued u...2 days ago
-
Tepache , The Next Big Trend After Kombucha - Tepache, The Next Big Trend After Kombucha Kombucha, the fermented tea beverage, has taken Malaysia by storm in recent years. With its numerous health...6 months ago
-
DAP aktifkan jentera pilihan raya serta merta - Kenyataan media Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pada 10 Oktober 2022 Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi, …2 years ago
-
-
魏家祥:華人收入下降 敦馬未掌握最新數據 - - (吉隆坡27日訊)馬華總會長拿督斯里魏家祥指出,馬華對於前首相敦馬哈迪發表“華人富有”及“幾乎佔據所有城市”言論,感到不滿。 他認為,馬哈迪並沒有掌握大馬各族財富分配的最新數據,根據新的報告顯示,華人的收入水平已經下降。 “我不知道馬哈迪是假裝不懂,還是他純粹是玩弄種族牌。” ...4 years ago
-
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri - 2019 merupakan tahun yang penuh cabaran bagi kerajaan Pakatan Harapan melalui fasa baru pentadbiran. Untuk tahun 2020 marilah kita menumpukan kepada usaha-...4 years ago
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM - OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM, 13 NOV: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari mengucapkan selamat berjaya kepada calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia ...6 years ago
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata - LANGKAWI - Polis merampas sepucuk pistol jenis Browning dan lima butir peluru daripada seorang warganegara Thailand yang disyaki pengedar dadah dalam serbu...7 years ago
-
Terima kasih rakyat Malaysia - Sebelum The Malaysian Insider melabuhkan tirainya tengah malam ini, kami ingin mengucapkan jutaan "Terima Kasih" kepada semua pembaca yang setia melayari p...8 years ago
-
Marquez sambar petak pertama - SEPANG 25 Okt. - Penunggang Repsol Honda Team Marc Marquez akan memulakan perlumbaan di petak pertama esok setelah mencatat masa terpantas dalam ujian kela...10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Info dan Sumber
Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini
-
▼
2012
(834)
-
▼
January
(77)
- Rayu?: Hasan Ali umum beberapa hari lagi
- Ibrahim Libya: Who was he really?
- Al Fatihah dan Salam Takziah Kepada Keluarga Allah...
- Kenali Pas dan Mengapa Saya Sertai PAS?
- Mengapa Umat Islam Perlu Berpolitik?
- Tuduhan Pemimpin-pemimpin UMNO Jelas Palsu
- PAS Bagan Serai Rasmi Pembukaan Markas Baru
- Mengapa Saya Sertai UMNO Barisan Nasional?
- Mengapa Saya Sertai DAP?
- Mengapa Saya Sertai PAS?
- Peluang Untuk Kepimpinan Utama PAS Muncul di RTM d...
- Mengapa Saya Sertai UMNO Barisan Nasional?
- Azizan Sedia dipecat Jika Bersalah Dalam Isu KUIN
- Sombong Bukan Akhlak Ahli Pas
- Perak,Kelantan Kerjasama Promosi Pelancongan
- Lebih 200 Ahli Pas Teloi Timur Mohon Sertai UMNO
- Aziz Bari: Saya Terpaksa Terjun Dunia Politik
- ISU NFC:JAN Perjelas Laporan Projek Lembu,Kit Sian...
- KUIN dan AUKU
- RAKYAT DERITA MENANGGUNG PERBELANJAAN NEGARA, PARA...
- Kes Saman Fitnah: Penulis Blog Perlu Lantik Peguam
- Tragedi Tahun Baru Cina
- Peringatan Kepada Seluruh Anak Kelantan Penyokong ...
- PAS bukan sebuah AGAMA tetapi hanya sebuah PARTI P...
- Anwar Sentiasa Berada di Belakang Najib - Chua
- Usrah Satu Keperluan Kepada Jamaah
- 50,000 Hadir Rumah Terbuka Malaysia Sempena Tahun ...
- Dua Graduan UiTM Sertai DAP
- Perutusan Tahun Baru Cina Presiden PAS
- Selamat Menyambut Tahun Baru Cina
- Dalam Diam DAP Melakukan Transformasi
- AKIBAT TERSALAH MELETAK CINTA
- PEJUANGKAH KITA?JANGAN JADI PARASIT!
- Melayu Hak UMNO, Islam Hak PAS?
- Pengendali Tol Lebuh Raya Untung Maha Firaun
- Saman Dari Shahrizat, Kami Cukup Bersedia dan "Ter...
- Guan Eng Alu-alukan Penyertaan Hata ke Dalam DAP
- Penyertaan Rasmi HINDRAF ke Dalam ABU
- Bekas Wartawan Utusan Sertai Pakatan
- Kadir Syeikh Fadil Dimarah Gara-gara Dedahkan Sist...
- Unit Tempur Cyber Kerajaan UMNO Ditegur
- Lagi Blogger Sertai Pakatan
- Adengan Yang Perlu Kita Fikir-fikirkan
- Janji Seorang PM - Pastikan BN Kembali Memerintah,...
- Tangguhkan Dulu Meraikan Kemenangan - Ahmad Lutfi ...
- Tuan Guru Presiden Mahu Jadi Nelayan Semula
- Selamat Hari Jadi TGNA
- Sejarah Kepimpinan Ulamak - Penerangan PAS Pusat
- Lagi Pemimpin Pas Diberi Amaran
- Ustaz Abu Bakar Hamzah, Ustaz Ahmad Jihbaz Mukhlis...
- Keputusan liwat II: Anwar TAK bersalah!
- Pesanan Dato' Sri Anwar
- Semoga Anwar Dilayan Dengan Adil
- Saya terkejut tindakan drastik Pas
- Akhirnya Sakmongkol, Aspan sertai DAP,YB Dato' Dr....
- DAP Tetap Bersama Anwar
- Tindakan Merugikan Parti, Hassan Ali Dipecat
- Tiada Permohonan Projek Perumahan Di Felda Gedangsa
- PPR Kg. Hassan bukti Kerajaan BN kotakan janji
- 9 Januari,Rakyat Boleh Berhimpun ?
- Kemelut FELDA Belum Berakhir
- Jom Sertai Pas - Pemuzik Rock
- Sepetang Bersama MB Selangor
- Perhimpunan 9 Januari akan berlangsung dengan aman...
- Pakatan Sedia Hadapi Segala Kemungkinan
- Isu Demonstrasi Mahasiswa UPSI - Kenyataan Media T...
- Gerakan mahasiswa Jangan Jadi Alat Pihak Berkepent...
- Apabila Pelajar Menggenggam Hak Politiknya
- Lagi Ahli Parti Keluar Parti
- Dato' Salleh Majid Kembali Ke Rahmatullah
- Bekas Orang Kanan PM Sertai DAP?
- SIDANG MEDIA MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT
- Protes Mahasiswa Di UPSI, ABIM Turut Membuat Kecaman
- Jadilah Mahasiswa Berwibawa
- Pembunuhan Demokrasi Secara Terang-terangan - Beka...
- Lagi Kecaman Terhadap Tindakan Polis Menggunakan K...
- Jangan Jadikan Mahasiswa Robot
-
▼
January
(77)
Kandungan Blog
- 1. Alu-aluan (prakata) (1)
- 60 Tahun Pas (6)
- Abu Bakar al-Bakir (1)
- Ada akal fikir-fikirkan... (2)
- Adengan Yang Ingin Rakyat Lihat (1)
- ADUN letak Jawatan (1)
- Adun Meninggal (1)
- Aidil Fitri 1433H (1)
- Airbus A320 (1)
- AJK DAP 2013 (1)
- AJK PAS 2013-2015 (1)
- AJK UMNO 2015/2016 (1)
- Amalan pilihan (1)
- amanat hj hadi (1)
- Amanat PRU 13 (1)
- Amanat Ustaz Ibrahim Libya (1)
- Analisa PRU 13 (1)
- Analisis Pembentukan Kerajaan PRU 14 (1)
- Antara Dua Pemimpin Dunia (1)
- Aqidah dan Perjuangan (40)
- Arkib PRU ke 12 (1)
- Artikal Blogger Pilihan (65)
- artikal dari majalah (1)
- Artikal Dari Media (25)
- Artikal Media (1)
- artikal penerangan (12)
- Artikal Pilihan (5)
- Artis dan Politik (7)
- Awal Ramadhan (1)
- Bahan Arkib (3)
- Banjir (1)
- Bencana Alam (3)
- Bengong (2)
- Berita Arkib (1)
- Berita Mahkamah (5)
- berita maksiat (1)
- Bingkisan Tazkirah (3)
- Blue Wave (2)
- Bot Tempur TLDM Hilang (1)
- BPMS Kenyataan Media Presiden PAS (1)
- Bughah (2)
- Bughah dan Bagaimana Menanganinya.Artikal (1)
- Buku Jingga (1)
- Calon PRU ke 13 Negeri Selangor (1)
- Calon PRU ke 13 Negeri Terengganu (1)
- Calon PRU ke 13 Negeri Kedah (1)
- Calon PRU ke 13 Negeri Perlis (1)
- Calon PRU ke 13 Negeri Pulau Pinang (1)
- Calon PRU 13 (1)
- Calon PRU ke 13 Negeri Kelantan (1)
- Calon PRU ke 13 Negeri Perak (1)
- Catatan peristiwa (5)
- Catatan Untuk Pejuang (12)
- Cerita Teladan (2)
- ciri pemimpin yang patut dijauhi (1)
- Coretan ABU (1)
- Datuk Md Hashim Yahaya (1)
- DDOS Burn Quran (1)
- Doa Kami (1)
- Doa untuk Palestin (8)
- Ekonomi (1)
- Fakta Pilihan Raya (1)
- Fitrah 2012 (1)
- forum (2)
- Gaji Kaki tangan awam (1)
- Gerhana Bulan (1)
- GHB Sekular (1)
- GST (2)
- H60k (1)
- Hadith Nabi (3)
- Haram Sokong dan berdosa undi DAP (1)
- Hari Keluarga Unit Amal Perak 2012 (1)
- HEMPAP 2011 (1)
- Hiburan (2)
- Hijrah 1433 (1)
- Himpunan GST (3)
- Himpunan Hijau (9)
- Himpunan Maruah Melayu (1)
- Himpunan merah (2)
- Himpunan Munajat Selamat Mesir (1)
- Himpunan Oren (4)
- Hj Subky Latif (1)
- HKR 112 (1) (1)
- HKR 112 (2) (1)
- HKR 112 (3) (1)
- HKR 112 (4) (1)
- Hudud (10)
- Hutan Simpan Felda Besout (1)
- Ibrahim Libya (1)
- info (17)
- Info Agama (4)
- INFO CERAMAH DAN PROGRAM (10)
- Info Peristiwa (5)
- info program (11)
- Info Program VS Info Program (1)
- Info SPR (1)
- Islam Dan Undang-undang (3)
- Islam Dihina (2)
- Israk Dan Mikraj (1)
- Isu 13 Mei (1)
- Isu Nama Allah (4)
- Isu pendidikan (5)
- Isu Semasa (2)
- Jenayah (64)
- Jenayah Sex (3)
- Jenayah Syariah (3)
- jerebu (1)
- Jiwa Hamba (2)
- Karpal Singh (2)
- KEBURUKAN MEROKOK (1)
- Kecelaruan politik (3)
- Keluar Parti (28)
- Keluar Parti Vs Keluar Parti (1)
- kemalangan (17)
- Kematian Mandela (1)
- KEMELUT FELDA (1)
- Kemelut PAS Kedah (2)
- Kemelut PAS PR (3)
- Kemelut Pimpinan PR (3)
- Kemelut PKR (3)
- Kemelut Politik Selangor (43)
- Kemelut Politik Terengganu (1)
- Kenali PAS (1)
- Kenyataan Media (10)
- Keputusan PRU 14 (1)
- Keracunan (2)
- Keratan Akhbar (7)
- Kertas Ujian UPSR Bocor (8)
- kes penderaan (1)
- Kesihatan (6)
- Khidmat (2)
- khutbah Aidil Adha 1432 (1)
- Khutbah Aidil Fitri 1433 H (1)
- Khutbah Aidil Fitri 1434 (1)
- Khutbah Aidil Fitri 1434 Preseden PAS (1)
- Khutbah Aidil Fitri 1435 (1)
- Khutbah Aidul Adha 1435 (1)
- Khutbah Gerhana Bulan (1)
- Khutbah Jumaat (56)
- khutbah Jumaat Akhir Ramadhan (1)
- Khutbah Jumaat Sempena Hari Guru (1)
- khutbah PRU 13 (1)
- Khutbah Sempana Keputraan Sultan (1)
- Khutbah Terakhir Nabi (1)
- kibarkan bendera (1)
- kisah rumah tangga (1)
- Konggres Rakyat Syah Alam (1)
- Konspirasi (1)
- Konspirasi Politik (1)
- Krisis Dalaman Politik (6)
- krisis politik (3)
- Ku Li (1)
- laporan media (956)
- Laporan PRU 13 (7)
- Lawak Media UMNO (1)
- lnfo (1)
- Logo JATI (1)
- Logo Merdeka Ke 55 (1)
- Macam-macam (1)
- mahkamah (1)
- Makan Malam Pas Tanjung Malim (1)
- Makanan Halal (2)
- Malang Tidak Berbau (1)
- Malaysia Aman Sejahtera (2)
- Mat Sabu (1)
- Matan Arba'in:Hadith ke 12 (1)
- Matan Arba'in:Hadith ke 15 (1)
- Matan Arba'in:Hadith ke 24 (1)
- Maulidurrasul (1)
- Mazlan Aliman (1)
- Media report (2)
- Memali (1)
- Mengapa Saya Sertai PAS dan Pakatan Rakyat (16)
- Mengapa Saya Sertai UMNO Barisan Nasional? (2)
- mengapa kami sertai pakatan rakyat (3)
- Mengapa saya menyokong PAS (1)
- Mengapa Saya Sertai DAP? (5)
- Mengapa Umat Islam Perlu Berpolitik (1)
- Merdeka (2)
- Militan (1)
- minda Abu (1)
- Minda Perjuangan (10)
- Minyak naik (1)
- Misteri Kehilangan Pesawat MH370 (62)
- Muhyidin Yasin (1)
- Muktamar PAS 2013 (1)
- Muktamar PAS 2014 (4)
- nahas (4)
- Nahas Pesawat AH5017 (2)
- Nahas Pesawat MH17 (12)
- NFC (1)
- Niat Jahat (1)
- Nostalgia (1)
- Paparan Yang Rakyat Suka (1)
- Parasit (1)
- Parti Pas (3)
- Pasca PRU 13 (3)
- Pelbagai sumber (1)
- Pembunuhan Politik (4)
- Pembunuhan timbalan pendakwa raya (1)
- Penampar politik (8)
- Pengorbanan Dalam Kenangan Jalan Raya Timur Barat (1970-1982)’. (1)
- Perang Hamas Israil (1)
- Perkara Yang Membatalkan Iman (1)
- Persaraan MB Tan Sri Khalid Ibrahim (1)
- Persidangan Parlimen (1)
- Pertikai Fatwa (1)
- Perutusan Aidil Adha (2)
- perutusan Aidilfitri 1434H (1)
- Perutusan Hari Malaysia (1)
- Perutusan Hijrah (1)
- perutusan kemerdekaan (1)
- Pesanan untuk pejuang (18)
- Pesawat Terbakar (1)
- Petisyen (1)
- Piala Thomas 2014 (3)
- polemik HUDUD (3)
- politik (7)
- Politik Dunia (8)
- Pondok (1)
- PRA PRU 13 (11)
- Presiden PAS (1)
- PRK Bukit Gelugur (5)
- PRK DUN Pengkalan Kubor (6)
- PRK Kajang (7)
- PRK Kuala Besut (1)
- PRK Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar (2)
- PRK N 20 Sungai Limau (6)
- PRK N25 Kajang (4)
- PRK Pengkalan Kubor (5)
- PRK Permatang Pauh 2015 (2)
- PRK Teluk Intan (12)
- Program dan Aktiviti (1)
- PRU 13 (2)
- PRU ke 13 (1)
- Puasa Ramadhan (1)
- Qunut Nazilah (2)
- Raja Bomoh (1)
- Rakaman Peristiwa Bersih 3.0 (8)
- Ramal VS Ramal (1)
- Rasis (1)
- Rencah Aidil Fitri 1433 H (1)
- Renungan Buat Bangsaku (1)
- Rintihan Marhaen (1)
- RM 100 one off (1)
- Roboh Surau VS Roboh Surau (1)
- Rombakan Kabinet (1)
- Salam Aidil Adha (1)
- Santai (4)
- Satira (7)
- Sedutan Artikal Blogger Pilihan (2)
- Sedutan dari FB (1)
- Sejarah PAS (1)
- Sejarah Yang Bakal Hilang (1)
- Selamat Hari Guru (2)
- Selamat Hari Raya (1)
- Selamat Menyambut Ulang Tahun ke 82 dan Jublee Intan Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol (1)
- Sempadan politik (1)
- Sidang Media (2)
- Sirah (1)
- Siri Cerita Teladan (1)
- Siri Himpunan Kebangkitan Rakyat (8)
- Skandal Sex (1)
- Solat Ghaib (1)
- Suara Pimpinan (2)
- sukan (11)
- Sultan Azlan Mangkat (5)
- Syariah (4)
- Syarifah Aini Meninggal (2)
- Syiah (4)
- Tafakkuri Saatin (36)
- Tahun Baru 2012 (1)
- Tarbiah (8)
- Tazkirah (14)
- Tazkirah Ramadhan (4)
- Teori Hilangnya MH370 (3)
- TPM dipecat (1)
- Tragedi Masjidil Haram (4)
- TRANSKRIP PENUH WAWANCARA PM NAJIB RAZAK DENGAN TV3 TENTANG TUN DR MAHATHIR (1)
- TURUN (1)
- ucapan (9)
- UCAPAN TAHNIAH (5)
- UCAPAN TAKZIAH (32)
- UMNO (2)
- UMNO Celaka (1)
- Umno Dulu Kini dan Selamanya (1)
- UMNO VS PAS (1)
- Unik (1)
- Uslubud Dakwah (1)
- Ust. Azizan Abd Razak (3)
- Usta Abu Bakar Chik dalam kenangan (1)
- Video Kontroversi (1)
- Wacana Politik (15)
- Warkah Buat Tun Dr. Mahathir (1)
- Xpresi Ulama Muda Haraki 2013 (1)