Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Friday, 27 January 2012

Perak,Kelantan Kerjasama Promosi Pelancongan

 Zambry Abd. Kadir menerima cenderamata daripada Takiyuddin Hassan 
sewaktu menerima kunjungan hormat konvoi promosi Tahun Melawat Kelantan 2012 
di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, kelmarin.
IPOH 26 Jan. - Kerajaan Perak dan Kelantan membuktikan perbezaan politik tidak wajar dijadikan batu penghalang untuk menjalin kerjasama demi manfaat pembangunan negeri masing-masing.

Hakikat itu terserlah ketika Exco Pelancongan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir bagi mempromosikan Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2012 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini semalam.

Ketibaan Takiyuddin bersama rombongan konvoi motosikal berkuasa tinggi Kelantan Ride TMK 2012 kira-kira pukul 2.15 petang disambut mesra oleh Zambry; Exco Pelancongan negeri, Datuk Hamidah Osman serta barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Rombongan itu kemudiannya diraikan dalam satu majlis makan tengah hari di tingkat bawah bangunan tersebut.

Zambry dalam ucapan ringkasnya pada majlis itu merakamkan penghargaan kepada Takiyuddin sambil menyifatkan lawatan itu cukup signifikan ketika Perak turut giat mempromosikan Tahun Melawat Perak (TMP) 2012.

"Lawatan ini saya anggap lambang persahabatan antara Kelantan dan Perak sebagai negeri yang bersempadan. Apabila diberitahu rombongan hendak datang, saya maklumkan bahawa kita sangat mengalu-alukan.

"Ya, politik adalah politik tetapi ia bukan halangan untuk kita bekerjasama, saya harap selepas ini akan ada lagi perbincangan khususnya untuk kita sama-sama promosikan program pelancongan Perak dan Kelantan," katanya.

Sementara itu, Takiyuddin yang juga Penolong Setiausaha Agung Pas berkata, pihaknya berterima kasih atas sambutan mesra kerajaan negeri dan berharap jalinan kerjasama antara Perak dan Kelantan dapat ditingkatkan.

"Saya ada hubungi Datuk Hamidah beritahu apa kata kita bekerjasama memandangkan 2012 tahun melawat Kelantan dan Perak. Tadi pun, saya ada bisik kepada Menteri Besar, nampaknya beliau pun dah beri lampu hijau.

"Kalau pelancong datang ke Kelantan, kita promosikan pelancongan Perak dan begitu jugalah apabila pelancong datang ke Perak. Kita sama-sama menjayakan apa yang dirancang," tambah beliau.

Dalam ucapannya, Takiyuddin juga menyampaikan salam daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyempurnakan majlis pelepasan konvoi itu pagi ini.
http://www.utusan.com.my/

Komentar ABU: Beginilah paparan atau berita yang sepatutnya menghiasi ruang media arus perdana setiap hari, bukan menjurus kepada laporan bias seolah-olah media arus perdana itu saluran parti politik.Harus bijak membeza antara tugas kerajaan dan tugas kepartian.Begitu juga dalam acara rasmi yang lain, pemimpin harus bijak membezakan majlis kerajaan dan majlis politik.Pemimpin yang dipilih oleh rakyat walaupun datang dari berlainan parti harus diberi tempat yang sewajarnya dalam majlis-majlis rasmi yang dianjurkan kerajaan walaupun dipremis atau bangunan kerajaan pusat.Sebagai contoh, Menteri Besar atau Ketua Menteri yang mentadbir negeri-negeri pakatan pembangkang harus dibenarkan berucap atau merasmikan program-program yang melibatkan masyarakat, contohnya Hari Anugerah Cemerlang yang diadakan di sekolah-sekolah sejajar dengan jawatan mereka sebagai pemimpin utama negeri.Terlalu bosan dengan ungkapan "UMNO dan Pembangkang"dalam setiap program kerajaan. Harus ada beza antara UMNO dan Kerajaan.UMNO,BN,PAKATAN adalah wadah untuk memilih pemimpin,apabila sudah ditabalkan sebagai pemimpin, pemimpin adalah hak semua rakyat tanpa membezakan fahaman politik mereka, justeru perasaan rakyat keseluruhan perlu dijaga.Jangan ada yang terhiris perasaan mereka.Jadi pemimpin perlu bijak.Jika mahu berbicara hal politik, sediakan ruangan yang sewajarnya seperti yang  pakatan pembangkang lakukan "ceramah politik".Barulah cerdik politik kita.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR