Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Sunday 8 January 2012

Ustaz Abu Bakar Hamzah, Ustaz Ahmad Jihbaz Mukhlis Mukhtar dan YB. Dato' Dr.Hassan Ali

Isu pemecatan ahli atau pemimpin sesebuah parti adalah perkara biasa dan merupakan langkah terakhir yang diambil apabila tiada lagi jalan penyelesaian yang dapat dicapai setelah nasihat atau rundingan dilakukan terhadap ahli atau anggota yang melanggar peraturan parti.

Hal ini tidak terkecuali kepada parti pas.Terkini ADUN Gombak Setia yang mewakili parti Pas,juga merupakan exco kanan kerajaan negeri Selangor menerima nasib yang sama.

Tindak tanduk YB Dato' Dr. Hassan yang dikatakan sering mengeluarkan kenyataan dan pendapat sendiri dan mirip kepada UMNO bukan sahaja memeningkan kepala pucuk pimpinan parti sejak sekian lama  malah menjadikan ahli jamaah sering berbalah sesama sendiri dan memendam rasa.

Situasi sebegini dilihat tidak begitu enak dan boleh menjejaskan perpaduan di kalangan ahli dan  mungkin memusnahkan peluang parti untuk meraih kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

Apapun yang terjadi sudahpun terjadi.Pada saya,jasa YB Dato' Dr. Hassan Ali kepada pas tetap ada dan tidak boleh dinafikan begitu sahaja.

Yang mampu saya harapkan agar Dato' Dr. Hassan terus istiqamah jika beliau betul-betul sayang atau mahu terus memperjuangkan Islam.Sekiranya beliau ingin menyertai UMNO atau apa sahaja pertubuhan yang sudi menghulurkan tangan, saya kira YB dato' dapat berbuat demikian dengan senang hati, tanpa ragu-ragu lagi.

Saya tertarik dengan sikap yang ditunjukkan oleh Ustaz Abu Bakar Hamzah (allahyarham) bekas setiausaha agung PAS. Walaupun beliau dipecat dari PAS tetapi beliau tetap istiqamah menyokong PAS. Apabila tempoh pemecatan beliau tamat, beliau segera memohon keahlian kembali.

Begitu juga dengan beberapa orang sahabat saya yang dipecat kerana disyakki terlibat dengan kegiatan syiah sekitar tahun 90-an dahulu. Tindakan PAS memecat ahlinya yang disyaki terlibat dengan kegiatan Syiah membuktikan PAS tidak mahu dikaitkan dengan ajaran syiah.

Seramai lapan orang ahli pemuda PAS Perak telah diambil tindakan tata tertib iaitu Ustaz Ahmad Jihbaz Mukhlis bin Mokhtar Ghazali, Sdr. Munawir Mahmud, Sdr. Mohd Zain b. Abdul Rani, Saudara Ariff Muhammad, Saudara Shamsuddin Razali, Saudara Zulkifli Said dan Saudara Razali Kassim.

Sehingga catatan ini ditulis, sebahagian dari mereka yang dipecat itu masih terus istiqamah.Tidak sekali-kali meninggalkan perjuangan parti yang mereka sertai itu walaupun hanya berstatus penyokong.

Dalam perbualan ringkas dengan Ustaz Ahmad Jihbaz Mukhlis setahun yang lalu, beliau mengatakan "Biarlah  terus menjadi sebahagian ahli kelab penyokong Pas sahaja".

Saya difahamkan, Ustaz Ahmad Jihbaz Mukhlis telah memohon dan membuat rayuan agar keanggotaannya diterima semula, namun sehingga kini masih tiada jawapan yang positif dari pucuk pimpinan.

Begitulah semangat kental yang ditunjukkan oleh bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak itu.Biarpun gelaran sebagai ahli pas telah ditarik balik, namun sokongan dan perjuangan tidak terhenti.

Masih saya ingat bagaimana dengan uslub dakwah yang lembut, beliau dapat menarik ramai kalangan pemuda termasuk saya menyertai jamaah pas pada ketika itu.Bagi beliau, kegiatan "usrah" perlu dilaksanakan agar hubungan kekeluargaan dapat dirasai dalam jamaah.

Akhir kata, semoga Dato Hasan dapat bemuhasabah dan membuat penilaian yang semasak-masaknya sebelum mengambil keputusan seterusnya.

Saya tidak bermaksud agar dato' mengikut jejak langkah Allahyarham Ustaz Abu Bakar Hamzah dan Ustaz Ahmad Jihbaz Mukhlis yang terus setia dengan PAS walaupun dipecat, setidak-tidaknya dato' tidak bersekongkol dan menyerah dengan  mudah kepada orang-orang dan ideologi yang pernah menjadi lawan dato' satu ketika dulu .

Wallahualam

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR