Koordinator Kebangsaan Hindraf, W. Sambulingam menyatakan pendirian Hindraf sejak awal penubuhannya bahawa Umno/BN seharusnya berkubur demi membawa pentadbiran negara yang lebih telus.
Sambulingam turut berpendapat bahawa untuk menjatuhkan Umno/BN, ABU memerlukan kuasa -kuasa lain seperti yang berlaku sewaktu Pilihanraya Umum 2008 lepas.
"Kami mahu menjadi sebahagian daripada Pakatan Rakyat untuk menyingkirkan Umno dan kami yakin dengan penggabungan ini, kita akan berjaya tawan Putrajaya dalam pilihanraya kali ini.
"Kami juga percaya bahawa ini akan membawa perubahan dalam skala besar untuk Malaysia," ujar Sambulingam dalam satu sidang media di Jalan Klang Lama pagi tadi.
Sementara itu, orang kuat ABU, Haris Ibrahim menyatakan rasa gembira dengan penyertaan Hindraf dalam ABU dan percaya penyertaan badan-badan pertubuhan pro-rakyat akan menguatkan ABU.
"Kami merasa gembira Hindraf menyertai ABU dan ia berada dalam landasan yang sangat menggalakkan untuk menjayakan gerakan ABU. Walaupun terdapat perbezaan namun kami bersedia berbincang untuk menjayakan hasrat kami menghapuskan Umno yang merupakan kanser negara.
"Usaha ini juga akan berjaya sekiranya rayat Malaysia semuanya bersatu menolak Umno. Cabaran paling besar adalah untuk membawa kebenaran kepada orang ramai, yang kebiasaanya disuap maklumat fitnah dan pembohongan oleh media arus perdana," tegas Haris.
Sebelum ini ABU sudah mengedar lebih kurang 200,000 ribu salinan VCD DNBN Kuburkan BN yang berdurasi selama 1 jam dan 40 minit, sebuah dokumentari penipuan Umno selama lebih 50 tahun pemerintahan. -tvsnews
No comments:
Post a Comment