Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Wednesday 25 January 2012

ISU NFC:JAN Perjelas Laporan Projek Lembu,Kit Siang Gesa Pengerusi PAC Letak Jawatan

"Sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek itu terpulanglah kepada PDRM dan SPRM".
KUALA LUMPUR: Jabatan Audit Negara (JAN) menjelaskan bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar kacir, “in a mess” ataupun penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) di Gemas, Negeri Sembilan.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang, dalam kenyataan hari ini berkata, “Perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan.”

Katanya pada pendapat JAN, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek itu terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek itu yang menyebabkan kerajaan menangguhkan pelaksanaannya pada Mei 2009, iaitu sebelum pengauditan dijalankan, sehingga satu kajian daya maju dan model perniagaan dijalankan.

“Perkara ini ada dinyatakan dalam LKAN 2010. Ia membayangkan Kerajaan Malaysia sememangnya sedar akan kelemahan-kelemahan dalam pelaksanaan projek ini dan telah mengambil tindakan untuk menentukan hala tuju projek,” katanya.

Tanpa sebarang prejudis

Ambrin berkata pengauditan bagi projek PFN dibuat secara bebas dan profesional tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak dan sebarang kenyataan yang mempertikaikan kewibawaan dan integriti juruaudit JAN adalah dikesali.

Beliau berkata analisis audit mendapati objektif projek PFN masih belum dicapai sepenuhnya disebabkan pelbagai faktor yang dihuraikan dalam LKAN 2010.

“Antaranya, mengikut perjanjian pelaksanaan yang ditandatangani pada Mac 2010, sasaran pengeluaran PFN iaitu 38,600 ekor lembu untuk tahun 2010 belum dicapai kerana Program Pembangunan Usahawan (EDP) yang melibatkan 130 pengusaha ladang satelit belum dilaksanakan lagi,” katanya.

Ketua Audit Negara turut menjelaskan bahawa perkara yang menjadi fokus utama pengauditan prestasi yang dijalankan oleh JAN itu ialah pencapaian projek PFN sejak penubuhannya pada tahun 2006 dan bukannya National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) sebagai sebuah syarikat.

Menurutnya NFCorp adalah sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di mana Kementerian

Kewangan Diperbadankan memegang satu “golden share” bernilai RM1 manakala modal berbayar berjumlah RM1.11 juta telah disumbangkan oleh Agroscience Industries Sdn Bhd.

Pengeluaran makanan negara

Ambrin berkata projek itu diaudit memandangkan ia penting daripada segi pengeluaran makanan negara di mana kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang besar kepadanya.

Katanya ini termasuk peruntukan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berjumlah RM73.64 juta di bawah Rancangan

Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi menampung kos pembangunan dan pengoperasiannya.

“Daripada peruntukan ini, sejumlah RM48.71 juta telah dibelanjakan setakat akhir tahun 2010 oleh kementerian itu untuk menyediakan tapak seluas 2,000 hektar bagi projek ini. Kawasan ini kemudian dikurangkan menjadi 800 hektar sahaja,” kata beliau.

Beliau berkata geran pelancaran untuk penyediaan infrastruktur berjumlah RM13 juta diluluskan kepada NFCorp pada September 2007 dan setakat akhir tahun 2010 sejumlah RM6.52 juta telah dibayar kepada NFCorp untuk penyediaan infrastruktur seperti kandang dan jalan ladang.

Ambrin berkata pinjaman mudah berjumlah RM250 juta juga telah diluluskan kepada NFCorp menerusi satu perjanjian pinjaman yang ditandatangani pada Disember 2007 dan setakat Mac 2010, sejumlah RM134.7 juta telah dikeluarkan kepada NFCorp berdasarkan kepada tuntutan yang dibuat kepada Kementerian Kewangan.

- Bernama

Kit Siang gesa pengerusi PAC letak jawatan
 
 
 Datuk Seri Azmi Khalid
Penasihat DAP Lim Kit Siang mahu pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid meletak jawatan kerana didakwa melambatkan "penyiasatan penuh" terhadap dakwaan salah urus projek Fidlot Kebangsaan.

Ahli parlimen Ipoh Barat itu menggesa Azmi (kiri) supaya "jangan
menjadi halangan" kepada siasatan segera PAC terhadap tuduhan itu agar jawatankuasa berkenaan boleh membentangkan penemuannya di Parlimen apabila ia bersidang semula Mac ini.

Lim membuat gesaan itu ekoran Azmi, yang juga ahli parlimen Padang Besar, menghentikan siasatan PAC terhadap pengurusan projek lembu itu, sehingga polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyelesaikan siasatan mereka.

"Keputusan PAC menghenti atau menggantung siasatannya terhadap pendedahan Ketua Audit Negara berhubung skandal itu hanyalah kecenderungan peribadi Azmi dan bukan keputusan kolektif PAC, kerana PAC tidak mengadakan mesyuarat selepas bermulanya siasatan polis dan SPRM terhadap NFC," katanya.

"Azmi tidak seharusnya mengenakan kehendak peribadi ke atas PAC apabila kepentingan negara menuntut PAC melaksanakan kewajipannya menjalankan siasatan penyiasatan segera dan serta-merta terhadap skandal tersebut."

AG akui kelemahan NFC, serah polis siasat unsur penyelewengan
 KUALA LUMPUR 25 Jan: Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mengakui kelemahan Pusat Fidlot Nasional (PFN) dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat sekiranya terdapat unsur-unsur penyelewengan.

Dalam satu kenyataan  hari ini, Ambrin berkata, tujuan pengauditan dilaksanakan adalah untuk menilai sama ada projek PFN telah dirancang dan dilaksanakan dengan teratur, berhemat serta mencapai objektif yang ditetapkan.
 

“Analisis audit mendapati  objektif projek PFN masih belum dicapai sepenuhnya.

“Ini disebabkan berbagai faktor yang dihuraikan dalam LKAN 2010.

“Antaranya, mengikut perjanjian pelaksanaan yang ditandatangani pada bulan Mac 2010, sasaran pengeluaran PFN iaitu 38,600 ekor lembu untuk tahun 2010 belum dicapai kerana Entreprenuer Development Program (EDP) yang melibatkan 130 pengusaha ladang satelit belum dilaksanakan lagi,” ujar beliau.

Bagaimanapun katanya, LKAN 2010 tidak menyebut perkataan seperti kucar-kacir ‘in a mess’ atau penyelewengan dalam laporannya seperti yang dilaporkan sesetengah media.

“Pada pendapat Jabatan Audit Negara (JAN), sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek ini terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek ini.

“Jikalau tidak, mengapa pada bulan Mei 2009 (sebelum pengauditan dijalankan), kerajaan perlu menangguhkan pelaksanaan PFN sehingga satu kajian viability and business model (model perniagaan) dijalankan bagi projek ini?,” soal beliau.

RM134.7 juta disalur kepada NFCorp

Menurut Ambrin, perkara yang menjadi fokus utama pengauditan oleh Jabatan Audit Negara ialah PFN sejak penubuhannya pada 2006 dan bukan NFCorp sebagai sebuah syarikat.

NFCorp katanya, adalah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia di mana Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang satu  golden share bernilai RM1.

 
Manakala modal berbayar  berjumlah  RM1.11 juta telah disumbangkan oleh Agroscience Industries Sdn Bhd.

Menurut Ambrin, projek  tersebut diaudit memandangkan ia penting dari segi pengeluaran makanan negara di mana Kerajaan  Malaysia telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar.

Antaranya, Peruntukan di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (KPIAT) berjumlah RM73.64 juta  di bawah RMKe-9  bagi menampung  kos pembangunan dan pengoperasian.

“Daripada peruntukan ini, sejumlah RM48.71 juta telah dibelanjakan setakat akhir tahun 2010 oleh KPIAT untuk menyediakan tapak seluas 5,000 ekar bagi projek ini.

“Kawasan ini kemudiannya dikurangkan kepada 2,000 ekar sahaja,” kata beliau.

Selain itu, geran pelancaran untuk penyediaan infrastruktur  berjumlah RM13 juta diluluskan kepada NFCorp pada bulan September 2007.

Manakala setakat akhir tahun 2010 sejumlah RM6.52 juta telah dibayar kepada NFCorp supaya syarikat ini menyediakan infrastruktur seperti kandang dan jalan ladang.

Dalam kenyataannya, Ambrin turut mengakui pinjaman mudah (soft loan) juga telah diluluskan  kepada NFCorp. yang berjumlah RM250 juta menerusi satu perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani pada Disember 2007.

“Setakat Mac 2010, sejumlah RM134.7 juta telah dikeluarkan kepada NFCorp berdasarkan kepada  tuntutan yang dibuat kepada Kementerian Kewangan,” kata beliau.
 - Keadilandaily

Kit Siang Warns A-G Against Whitewashing NFC
January 25, 2012


The Ipoh Timor MP agreed with the A-G today that the latter’s 2010
report on the NFC had never labelled the RM250 million
federally-funded project “a mess”. — file pic
KUALA LUMPUR, Jan 25 — DAP’s Lim Kit Siang today issued an early warning to Auditor-General Tan Sri Ambrin Buang not to whitewash the National Feedlot Centre (NFC) controversy, saying it would destroy the institution’s credibility.

In a statement here, the veteran politician reminded Ambrin of his predecessors’ hard work in upholding the integrity of the A-G’s department, making it the “sole national institution” to keep its reputation intact.

“The proper place for the A-G to make clarifications on his 2010 Report particularly with reference to the NFC/NFCorp (National Feedlot Corporation) scandal, is the Parliamentary Public Accounts Committee (PAC), and not as a result of improper pressures applied by NFCorp or various organisations or individuals with a political agenda of their own,” Lim said in a statement here.

The Ipoh Timor MP, however, agreed with Ambrin today that the latter’s 2010 report on the NFC had never labelled the RM250 million federally-funded project “a mess” but pointed out that the description, used repeatedly in the media, was apt.

He slammed NFCorp chief Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail for accusing the A-G of confusing NFC with NFCorp in his report, saying the husband of minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil was clearly attempting to escape blame for the scandal.

The National Feedlot Centre in Gemas, Negri Sembilan. — file pic
“I have re-read the A-G’s 2010 Report on the project and there is nothing to justify (Mohamad) Salleh’s claim that the A-G had made the most elementary mistake of confusing the two entities — mistaking NFC for NFCorp or vice versa.
“(Mohamad) Salleh should not try to escape responsibility and accountability for the NFC/NFCorp ‘cattle condo’ (scandal) on such technical and ridiculous grounds,” the Ipoh Timor MP charged.

In his recent statement, Mohamad Salleh claimed that the A-G, in his report, had confused NFC, which is owned by the Agriculture and Agro-Based Industry Ministry, with NFCorp, which he said has been meeting its targets.

Ambrin also clarified today that the National Audit Department’s checks on the NFC for its 2010 report were never on the NFCorp although he admitted there were weaknesses in the NFC cattle-farming project itself.

He also said his report had never labelled the project as being in “a mess”.

Lim, who earlier flayed PAC chairman Datuk Seri Azmi Khalid for failing to initiate immediate investigations into the NFC, now urged the latter to convene a meeting within the next few days.

“Attempts to undermine the credibility and reputation of the A-G should be new and added reason why Azmi Khalid should convene a meeting of the PAC in the next few days to decide whether the PAC is to rise up to the challenge to conduct immediate and full investigations into the NFC scandal or face censure in the March meeting of Parliament for gross failure and irresponsibility,” he said.

 -themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR