Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Monday, 2 January 2012

Apabila Pelajar Menggenggam Hak Politiknya

By Aliran, on 2 January 2012

Kemunculan seorang insan bernama Adam Adli merupakan satu peringatan kepada kita akan era silam pergerakan mahasiswa tanah air di mana kebebasan berfikir, keprihatinan dan kepekaan terhadap cabaran yang dihadapi rakyat dihargai masyarakat pada amnya, ujar Mustafa K Anuar.

Adam Adli (centre) with colleagues - Photograph: themalaysianinsider.com
Perbuatan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Adam Adli Abdul Halim, yang kononnya telah merendahkan bendera yang menampakkan wajah Perdana Menteri Najib Razak di depan ibupejabat United Malays National Organisation (Umno) di Putra World Trade Centre (PWTC) baru-baru ini telah dijangka mengundang kontroversi yang hangat dalam konteks masyarakat di mana kritikan terhadap tindak-tanduk kepimpinan negara lazim disamakan dengan tindakan memburuk-burukkan imej negara.

Dan keengganan pelajar berumur 22 tahun ini untuk memohon maaf atas perbuatannya itu sudah tentunya menarik bukan sahaja perhatian serius daripada sebilangan ahli Umno dan Barisan Nasional, malah menerima maki hamun serta pelbagai ugutan daripada pihak tertentu terhadap dirinya. Adam berani berhadapan dengan cabaran yang menggugat ini.

Sesungguhnya, riuh rendah terhadap insiden ini tidak harus mengalihkan perhatian kita daripada apa yang ingin disampaikan oleh pelajar muda ini, iaitu meletakkan masalah negara seperti rasuah, akauntabiliti, keadilan sosial serta isu Auku di mata umum.

Insiden di PWTC ini juga memberi petanda bahawa mahasiswa, atau sekurang-kurangnya sebilangan mahasiswa, di negara kita telahpun bangkit dengan kesedaran politik mereka, bersedia untuk berjuang demi kebebasan akademik dan pelajar, serta kebebasan untuk menyuarakan pandangan mengenai isu nasional dan antarabangsa sebagai insan yang cerdik dan berprihatin.

Kesedaran politik ini kelihatan melonjak lebih-lebih lagi setelah Mahkamah Persekutuan membuat hukuman baru-baru ini bahawa Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) (yang gubalkan pada tahun 1971) – yang menghalang pelajar daripada melibatkan diri dalam politik kepartian – telah bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kebebasan bersuara.

Tetapi insiden di PWTC ini dan juga peristiwa lain yang melibatkan mahasiswa negara, seperti protes terhadap perkhidmatan Wifi di kampus yang tidak memuaskan, bukanlah satu perkara yang terpencil dan tempatan. Sesungguhnya, perjuangan mahasiswa ini harus dilihat dalam konteks yang luas lagi, iaitu ianya menjadi sebahagian daripada gelombang rakyat yang membantah ketidakadilan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah dan jurus menginginkan hak asasi manusia mereka, serta perubahan dan reformasi sosial.

Dengan kata lain, perjuangan politik pelajar selalunya seiring dengan apa yang berlaku dalam masyarakat. Maka tidak hairanlah, misalnya, apa yang diwar-warkan sebagai Arab Spring itu mendapat tempat di hati mahasiswa di dunia Arab. Ini bukanlah bermakna gelombang reformasi ala dunia Arab itu akan atau sudah melanda negara kita. Namun, bahang kebangkitan politik itu boleh menyuntik perjuangan politik pelajar kita.

Itulah sebabnya idealisme yang membakar semangat pelajar negara ini berperanan membuat mereka sinis dan kritis terhadap usaha pemerintah Barisan Nasional (BN) untuk hanya meminda Auku yang selama ini kelihatan batu penghalang kepada penglibatan politik aktif pelajar dalam dan luar kampus. Bagi mereka, Auku yang kelihatan tidak demokratik itu perlu dimansuhkan sahaja.

Kelulusan Parlimen tergesa-gesa baru-baru ini terhadap Akta Perhimpunan Aman (Peaceful Assembly Act) yang sebenarnya mengekangkan lagi ruang berkumpul dan bersuara mungkin juga menjadi satu faktor atau isu tambahan yang membuat sebilangan pelajar berasa terpanggil untuk menyahut seruan kepimpinan pelajar untuk turut memperjuangkan hak-hak asasi pelajar dan orang ramai.

Bagi pihak yang menentang pergerakan politik pelajar yang aktif, mereka lazim mengingatkan orang ramai, khususnya ibubapa, bahawa mahasiswa akan membuang banyak masa dalam politik hingga mengabaikan pendidikan universiti mereka. Tapi kita harus ingat bahawa pengabaian pendidikan atau kelemahan pencapaian akademik juga berlaku bagi sebilangan pelajar ketika Auku masih digunapakai. Yang penting ialah keupayaan mahasiswa membuat perhitungan sendiri untuk membahagi-bahagikan masa dengan lebih waras dan kreatif.

Sesungguhnya, penglibatan aktif dalam pergerakan mahasiswa boleh mendirikan insan yang bukan saja diasah ciri-ciri kepimpinan, tetapi juga menggalakkan mereka lebih bersikap berkeyakinan dan prihatin terhadap kebajikan orang ramai, khususnya mereka yang miskin dan tidak berkuasa dari segi politik. Inilah antara ciri idealisme yang sepatutnya diburu oleh para mahasiswa yang muda usianya yang mempunyai kesedaran politik dan kecerdikan.

Masyarakat secara amnya boleh meraih kebaikan daripada mahasiswa yang sanggup menyahut panggilan suara hatinya (conscience) supaya mereka tidak bersikap Pak Turut dan akur kepada keadilan dan lunas-lunas demokrasi, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan realiti yang begitu mencabar.

Sejarah pergerakan pelajar memperagakan beberapa contoh yang mencerminkan keprihatinan dan keluasan pandangan atau worldview pelajar. Misalnya, pelajar dari Universiti Malaya (UM) peka terhadap kesengsaraan yang dialami oleh kalangan petani yang miskin di Teluk Gong di Selangor pada tahun 1967 hingga menyebabkan sebilangan pelajar dari universiti tersebut mengadakan protes terhadap pemerintah. Satu kes lagi ialah pelajar UM telah membuat protes beramai-ramai terhadap pemerintah yang mengakibatkan pemusnahan kawasan setinggan Tasek Utara di Johor pada September 1974.

Sesungguhnya mahasiswa tempatan di masa lalu tidak bersikap katak di bawah tempurung. Mereka juga peka dan prihatin terhadap apa yang berlaku di peringkat antarabangsa. Misalnya, mereka mengadakan demonstrasi membantah pencerobohan Soviet Union terhadap negara Czechoslovakia pada 1968.

Mahasiswa sedemikian rupa sukar untuk diputarbelitkan atau diperkudakan oleh mana-mana pihak, iaitu satu-satu ciri yang menjadi kayu ukur terhadap kebebasan intelek dan politik mereka.

Itulah sebabnya bagi kebanyakan pelajar dan sebilangan orang ramai yang menghargai kebebasan berfikir dan semangat berdikari, kemunculan Auku pada 1971 di kampus merupakan satu usaha muflis pihak pemerintah untuk membenteras pergerakan pelajar yang kritis lagi bebas itu. Pendek kata, kebebasan minda mahasiswa menjadi fobia pemerintah.

Layanan sedemikian rupa yang diperlakukan oleh pemerintah terhadap mahasiswa adalah menyedihkan kerana ini melibatkan generasi muda yang bakal menjadi pemimpin dan juga golongan intelektual yang berkaliber, dinamik dan berkeyakinan di masa akan datang.

Minda yang bebas dalam kalangan mahasiswa bukanlah semata-mata untuk tujuan “berpolitik” dalam ertikata atau kerangka yang sempit yang selalu digunakan oleh pihak berkuasa. Minda dalam persekitaran yang bebas membolehkan mahasiswa berusaha berfikir secara lebih kreatif, berimaginasi dan kritis. Pemikiran yang tajam amat perlu dalam usaha kita melahirkan insan yang berkeupayaan mencari penyelesaian kepada cabaran dan masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian kita.

Kemunculan seorang insan bernama Adam Adli merupakan satu peringatan kepada kita akan era silam pergerakan mahasiswa tanah air di mana kebebasan berfikir, keprihatinan dan kepekaan terhadap masalah dan cabaran yang dihadapi rakyat, negara dan komuniti antarabangsa dihargai masyarakat pada amnya.

Ketika artikel ini ditulis, Adam dan rakan seperjuangannya dilaporkan ditahan oleh polis ekoran daripada demo membantah Auku di UPSI menjelang Tahun Baru ini. Adam dan rakan-rakannya kelihatan sedar bahawa tubuh badan boleh ditahan, tapi idea dan idealisme yang berkembang sukar untuk dipenjarakan.

Dr Mustafa K Anuar ialah seorang pemerhati politik tanah air.
Sumber: merdekareview.com

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR