Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Thursday, 19 January 2012

PEJUANGKAH KITA?JANGAN JADI PARASIT!


Konsep kebebasan bersuara,keterbukaan atau demokrasi  yang  diamalkan di dalam sesebuah negara,parti atau organisasi jika tidak diberi perhatian serius kadang kala boleh mengundang padah.Apatah lagi  jika sikap keterbukaan  atau kecenderungan yang  melampau untuk mengkritik dasar atau pemimpin atasan tanpa melihat kepada undang-undang tubuh, dasar perjuangan atau kesepakatan yang diterima oleh majoriti ahli parti atau jawatankuasa pucuk pimpinan  telah digunakan dengan sewenang-wenangnya.Hal yang demikian  boleh menimbulkan fitnah,prasangka dan mengundang perpecahan di kalangan ahli parti atau jamaah. Apakah atas nama demokrasi ,seseorang boleh  menegur sesiapa sahaja dengan lantang tanpa ada batasan termasuk kepada pimpinan sendiri.

PAS sebagai sebuah parti  yang memperjuangkan Islam sebagai dasar seharusnya menanamkan kepada setiap ahli  agar sentiasa ingat bahawa perjuangan yang dibawa oleh PAS adalah ingin mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian dan memartabatkan Islam di negara tercinta ini.Justeru itu mereka  perlu ditarbiahkan dan tahu bahawa parti bukan sahaja memperjuangkan agenda politik semata-mata tetapi  asas kehidupan yang menyeluruh.Mereka juga harus diingatkan bahawa parti Pas juga sedang menjalinkan kerjasama yang baik dengan  semua  pihak yang memperjuangkan keadilan dan kesejahteraan sejagat tanpa mengira kaum,agama,latar belakang dan keturunan melaui konsep tahalluf siasi yang dibenarkan oleh syarak.

Setiap ahli,tidak kira pucuk pimpinan atau ahli biasa, berjawatan atau tidak, mempunyai satu tujuan dan matlamat  iaitu memartabat dan mendaulatkan Islam.Kemenangan di dalam pilihanraya serta boleh membentuk dan mentadbir kerajaan menjadi harapan dan cita-cita kepada setiap ahli parti. Lantaran itu,setiap ahli terutama petugas dan  jentera parti perlu bekerja bersungguh-sungguh tanpa mengenal penat, tidak mengharapkan imbuhan atau upah melainkan mengharapkan ganjaran hanya daripada Allah SWT dan berpegang teguh dengan prinsip-perinsip syariat dan nilai murni.

Persoalannya, tidak semua yang menjadi jentera parti  mempunyai kefahaman yang jelas dan jitu tentang asas perjuangan. Ada sesetengah ahli  atau petugas parti bekerja atas dasar semangat, ada juga atas dasar bencikan UMNO,sebab pegangan dan perinsip keluarga (keturunan),terikut-ikut dengan rakan-rakan, dan ada juga kerana semata-mata sukakan PAS dan ingin bersama-sama PAS. Oleh itu tidak hairanlah jika penyokong PAS hatta ahli PAS sendiri  termasuk yang mempunyai jawatan hingga ke peringkat tinggi mempunyai perangai dan pandangan yang dianggap “bercelaru”. Mereka ini boleh menjadi penghalang kepada keutuhan sesebuah organisasi atau parti walaupun pada dasarnya mereka tetap berada di landasan perjuangan.

Keadaan menjadi lebih buruk menerusi dunia tanpa sempadan.Penggunaan media baru seperti facebook, twiter, blog dan medan lain yang seumpamanya menjadikan keadaan sukar dikawal.Ramai di kalangan ahli PAS atau blogger menulis dan melatah tanpa mereka sedari. Penulisaan dan komen-komen pedas yang mereka tujukan kepada pimpinan parti tidak kiralah samaada parti sendiri atau parti lawan seolah-olah membuka  pekung di dada.Bahasa-bahasa kesat, caci maki ,lucah dan sinis yang keterlaluan memberi ruang kepada musuh untuk mencari kelemahan PAS. Apakah dengan cara serangan yang agresif itu kita dapat mengubah sokongan masyarakat kepada pihak lawan dan memberikan undi kepada PAS dan pakatan pembangkang?.

Sebahagian pejuang, penggiat  atau blogger PAS seperti  menjadi lupa. Teguran atau kritikan yang melampau kepada pucuk pimpinan sendiri ataupun lawan membuka ruang kepada musuh untuk mengetahui kelemahan PAS dan menghentam PAS kembali.Walaupun ada yang berpandangan setiap kelemahan itu adalah perkara biasa di dalam sesebuah organisasi namun jika boleh biarlah kelemahan itu kelemahan yang minima dan tidak memberi impak yang besar kepada parti.Tidak dikira lagi akan perangai dan tingkahlaku  para pejuang  atau petugas parti yang pada konsepnya dilihat bernaung atau mengaku menyebelahi PAS namun semangat dan gerakan mereka hampir tiada beza dengan serangan atau peri laku orang-orang dari parti yang tidak menjadikan agama sebagai asas perjuangan mereka.Lihat sahajalah berapa ramai petugas yang mengabaikan solat dan tuntutan agama hanya gara-gara bertugas untuk parti.Begitu juga yang banyak mengunjungi pusat perjudian atau premis pertaruhan dan membeli nombor ekor.Di ruang media dan gerak saraf begitu hebat berhujah sedangkan amalan  harian tunggang- langgang .Tidak ketinggalan juga blogger-blogger yang kononnya bernaung di bawah harakah Islam dan cintakan Islam ini tetapi gemar pula menyingkap kisah-kisah artis yang sensasi dan entri-entri yang  berunsur lucah atau separa lucah.Lengkap dengan paparan gambar pula.Dakwah apakah ini?Untuk menarik trafik blog atau memang mereka dari golongan yang mencintai berita dan cerita-cerita berunsur porno.

Saya kira amalan kaum bukan Islam atau DHPP (Dewan Himpunan Penyokong Pas)yang menjadi sebahagian sayap parti lebih menyerlah.Ini dibuktikan melalui tutur kata dan hujahan mereka.Kefahaman mereka tentang asas perjuangan PAS lebih mendalam.Mereka lebih maklum akan hukum-hakam  dan tuntutan beragama bagi orang-orang Islam.Sebagai contoh, pemimpin-pemimpin mereka tidak kekok berhujah mengenai hudud dan terjemahan ayat-ayat al quran dengan tafsiran yang sangat mendalam.Terbaru komentar yang dilontarkan oleh Pengerusi DHPP mengenai isu pelucutan keahlian kepada YB Dato’ Dr. Hasan Ali.Hujahan yang lembut tetapi mengesankan.Sekiranya orang-orang ini diberi hidayah oleh Allah untuk menganut Islam sebagai pegangan, saya kira mereka lebih mampu dan layak mendokong harakah Islamiah (PAS) berbanding orang kita yang bijak berhujah namun cepat melenting , sudah mula menunjukkan sifat-sifat "hubbut dunnia "dan mengenepikan amalan rohani atau sunnah ketika berjuang.Mungkin sebahagian pejuang-pejuang ini terlupa bahawa yang menggerakkan hati-hati rakyat untuk menyokong gerakan PAS  dan pakatan pembangkang ini adalah Allah SWT dan jika mereka sedar sudah pastinya "uslub dakwah" secara berhikmah dan tuntutan beragama tidak diabaikan.Pandangan saya, jika kita mengesampingkan tuntutan-tuntutan ini,kemenangan yang hakiki akan terus berada jauh di hadapan.

Kepada ahli yang gemar menjadi pengkritik terhadap parti  dan pimpinan pula seolah-olah tidak ada cara lain untuk menegur, berawaslah,sebenarnya anda masih  boleh menegur melalui saluran yang disediakan  seperti  ijtimak, muktamar atau mesyuarat agong.Saya kira salah satu  Platfom terbaik ysng boleh diambil adalah dengan mengadakan sesi dailog atau perbincangan tertutup.Mungkin ada yang mengatakan mereka tidak berpeluang melahirkan ketidakpuasan hati di dalam ijtimak atau sidang perwakilan kerana  tidak diberi peluang atau ruang yang terhad. Bagi saya mereka juga harus berfikir,adakah adil ,segelintir orang yang tidak berpuas hati itu bercakap bagi pihak dirinya atau kumpulannya yang kecil sedangkan PAS mempunyai organisasi bermula dari cawangan, kawasan, negeri,  pusat dan ahlinya menjangkau ratusan ribu orang.Fahamilah,kita bukan mencari kepuasan diri dan kepentingan kumpulan-kumpulan kecil tetapi kita mencari kebaikan bersama.Sayangilah parti yang kita dokongi kerana ia bukan untuk sesiapa tetapi untuk sebuah perjuangan yang suci, mencari redha Allah.

Oleh itu, fikirlah beribu kali sebelum bertindak.Setiap dua tahun sekali kita mengadakan pemilihan,turunkan pimpinan yang dirasakan tidak wajar berada di tempat itu dengan cara yang sihat dan berhemah,bukan dengan cara menghentam secara terbuka.Kegiatan atau amalan ‘Usrah’ juga perlu dihidupkan dan dilaksanakan secara konsisten di peringkat akar umbi hinggalah ke peringkat atasan agar kefahaman tentang Islam dan perjuangan parti  menjadi utuh .Dengan ‘Usrah’ juga menjadikan ahli parti dan jamaah dapat hidup dan menjalani kehidupan dengan penuh toleransi,harmoni dan semangat kekeluargaan.

Ingatlah, masyarakat luar (pengundi) dan sebahagian ahli parti sedang memerhati dan membuat penilaian tentang siapa kita.Jangan sampai dikatakan , paku dulang paku serpih, mengata orang kita yang lebih.Jangan Jadi Parasit...

Wallahhuaqlam…

ABU SYAUKAH FILMANZIL-20.01.2012

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR