Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Monday, 2 January 2012

Gerakan mahasiswa Jangan Jadi Alat Pihak Berkepentingan- Zambry

Ipoh, 2 Jan — Kepimpinan setiap gerakan mahasiswa perlu jelas dengan apa yang mereka perjuangkan supaya tidak menjadi alat kepada kumpulan yang berkepentingan lebih besar, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Zambry yang pernah aktif dalam gerakan mahasiswa dan pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998 menyifatkan perhimpunan haram anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim itu, jelas mempunyai matlamat tertentu.

“Kita dengar apa yang berlaku dan sebab itu selalu ingatkan gerakan penuntut, sebagai kepimpinan dalam gerakan, janganlah sampai menjadi alat untuk memuaskan dan memenuhi kehendak satu-satu kumpulan dan parti,” katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan pemain bola sepak skuad Perak di kediaman rasminya di sini, hari ini.
 
Zambry diminta mengulas kekecohan dalam perhimpunan haram anjuran SMM di ambang sambutan tahun baru di UPSI membawa kepada dua anggota kumpulan itu cedera kerana didakwa akibat tindakan polis yang cuba menyuraikan mereka.

Semalam, Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan menafikan tuduhan anggotanya menggunakan kekerasan terhadap mereka yang menyertai perhimpunan haram itu yang tersebar di beberapa blog.

Kecederaan anggota kumpulan mahasiswa itu adalah disebabkan rempuhan yang mereka lakukan sendiri manakala perhimpunan itu haram kerana tidak mempunyai permit dan SMM pula sebuah persatuan yang tidak berdaftar, katanya.

Zambry berkata ada pihak yang mengambil kesempatan daripada kejadian itu dengan tujuan meraih simpati orang ramai untuk menyokong mereka.

Beliau berkata tindakan mengganggu ketenteraman awam termasuk perbuatan merempuh sebuah klinik semasa perhimpunan itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

“Apa pun perbuatan mengganggu keharmonian dan kedudukan awam satu perkara yang tidak boleh diterima. Biarlah polis membuat siasatan menyeluruh sama ada tindakan mereka itu dalam lingkungan yang dibenarkan atau tidak,” katanya.

Awal pagi semalam, kira-kira 70 penuntut beberapa universiti berhimpun secara haram di pekarangan UPSI bagi menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971.

Mereka juga mendesak supaya penuntut UPSI Adam Adli, yang menurunkan bendera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Ibu Pejabat UMNO pada 17 Dis lepas, tidak dikenakan tindakan tatatartib oleh pentadbiran universiti berkenaan.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR