Monday, 30 January 2012
Mengapa Umat Islam Perlu Berpolitik?
Mengapa Umat Islam Perlu Berpolitik?
Assalamualaikum wbt....
USTAZ,
Saya ini bukanlah mewakili mana- mana parti politik,dan saya ada soalan penting untuk ditanya kepada ustaz.Saya harap sangatlah ustaz dapat menjelaskan persoalan saya ini berdasarkan hujah dan dalil naqli (Al-quran) dan juga hadis soheh.
Adakah menubuhkan sesuatu parti politik itu haram? Setahu saya di Arab Saudi tiada parti politik kerana katanya boleh memecahbelahkan umat. Jadi apakah hukumnya penubuhan parti politik ini? Setahu saya semasa zaman Nabi dahulu tiada seorangpun nabi,para anbiya dan syuhada yg menubuhkan parti untuk mendaulatkan Islam.Malahan penubuhan parti politik inipun sebenarnya bukan datang dari Islam malahan ianya diasaskan oleh org kafir!
Lagipun, bukannya saya ini jahil sangat mengenai keadaan politik di negara ini. Saya tahu bahawa pihak pemerintah pun banyak menyeleweng dari Islam! Umat Islam hanya akan bersatu di bawah kalimah Laailahaillalah dan tiada pertikaian pun mengenainya! Tapi saya agak ragu dengan memperjuangkan Islam dengan menubuhkan parti!Mengapa tidak boleh kita perjuangkan Islam melalui cara dakwah seperti jamaah tabligh?
Saya dapati cara mereka berdakwah ialah dengan memantapkan iman dan amal.Saya berkata demikian kerana inilah kali pertama saya mengikuti tabligh selama 3 hari bertempat di Naza Plantations, Raub, Pahang. Sepanjang saya mengikuti jamaah tabligh tersebut,banyak perkara telah saya belajar. Tujuan tabligh inipun sebenarnya bukan semata-mata berdakwah kepada orang,tetapi untuk mentarbiahkan diri sendiri,agar Iman dan amal dapat dimantapkan. Saya dapat merasakan sendiri persaudaraan Islam,dan Allah telah merahmati dan memberkati kami dengan memberikan pengertian sebenar tentang hakikat kehidupan!!
Dan apa yg menakjubkan hati saya ialah ada antara jemaah tabligh ini, sebelum ini tidak pernah sembahyang dan tidak FAHAM apa itu agama, menangis kerana keinsafan dan mula faham akibat daripada usaha Ustaz yang memberikan syarahan, bayan dan majlis taalim mengenai Iman dan amal!!
Dan saya pun berfikir semula tentang usaha Parti Pas khususnya.Banyak yang berbicara mengenai kepentingan kembali kepada Al-quran dan assunnah. Memang betul, usaha itu perlu disokong,tetapi kebanyakan masyarakat kita hari ini tidak paham kenapa kena kembali pada Alquran dan sunnah. Sebabnya ustaz, saya percaya bahawa iman dan amal mereka sendiri AMAT RAPUH!! Salah satu perkara yang amat ditekankan semasa majlis tabligh itu ialah SEMBAHYANG BERJEMAAH. Kita boleh lihat betapa kosongnya masjid dan surau hari ini!!Jadi tidak hairanlah masyarakat kita terus berada dalam kelalaian!!
Saya percaya jika pihak PAS menekankan usaha iman dan amal ini dalam dakwah dan ceramah mereka,Insyaallah masyarakat akan mula paham!
Jadi saya amatlah berharap pada ustaz utk menerangkan kepada saya mengenai persoalan di atas. Saya yangg tidak ada ijazah agama ini tidak tahu apa-apa pun! Kalau boleh penjelasan itu jangan lah terlalu bias. Peganglah kepada kebenaran.
Jazakallahu khairan kathira.
Muhammad Syafiq
Jawapan Ustaz Ali Muda
Waa`laikumussalam warahmatuLlah.
Alhamdulillah, saudra telah diberi taufik oleh Allah s.w.t. untuk memahami Islam atau sebahagian daripada Islam.
Daripada seorang yang kurang faham peranan agama menjadi seorang yang merasakan kemanisan hidup beragama. Bersyukur juga kerana saudara telah terlibat dengan salah sebuah pergerakan yg cintakan Islam dan ingin melihat Islam didaulatkan di bumi Allah s.w.t. ini, walaupun dengan cara yang tersendiri.
Persoalan saudra ini berfokus kepada cara,method atau uslub untuk menegakkan Islam, setelah saudara bersetuju bahawa pemerintah umat Islam hari ini tidak boleh diharapkan untuk mendaulatkan Islam secara syumul.
Persoalannya apakah boleh Islam diperjuangkan menerusi penubuhan parti politik, yang menurut saudara, tidak pernah dilakukan oleh para nabi dan Nabi Muhammad s.a.w. Arab Saudi juga, menurut saudara, mengharamkan penubuhan parti politik kerana boleh memecahbelahkan umat.
InsyaAllah, saya akan menjawab persoalan saudara ini dengan cara akademik/ilmiah berdasarkan hujah tanpa bias kepada mana-mana pihak, walaupun saudara sendiri telah menunjukkan kecenderungan saudara kepada satu pihak. Harapan saya, jika jawapan saya ini tidak menjurus kepada kecenderungan saudara, janganlah saudara anggap saya bias.
Terlebih dahulu sukalah saya tegaskan bahawa saya juga tidak menganggotai mana-mana parti politik kerana saya ingin bebas membuat penilaian berdasarkan ilmu yang saya belajar. Jika ilmu saya mengatakan 'itu', maka tiada siapa berhak menidakkan kebenarannya melainkan dengan hujah ilmu juga, bukan dengan sentimen, fanatik, prasangka dan sebagainya. Mungkin orang lain berpendapat berlainan berdasarkan ilmu juga, maka saya terima hal itu atas prinsip 'al-khilaf al-masyru`' (khilaf yg dibenarkan syarak), jika ia berada dalam lingkungan perkara cabang atau ranting (furu`), bukan pokok (Usul). ILMU yang saya maksudkan ialah kefahaman yg mendalam terhadap sesuatu persoalan, dengan perantaraan alat-alat yang disepakati untuk menuju kepada kefahaman itu.
Persoalan yang berkaitan hukum atau pandangan Islam dalam sesuatu perkara, maka sudah pasti alat-alat yang wajib untuk menuju kepada kefahaman yang sebenar ialah kefahaman asas terhadap sumber Islam iaitu nas-nas al-Quran dan hadis (sahih) serta perbahasan ulama yang muktabar tentangnya. Oleh kerana nas-nas al-Quran, hadis dan perbahasan ulama muktabar itu kebanyakannya di dalam Bahasa Arab, maka kefahaman mendalam dalam bahasa itu adalah satu keperluan yang wajib. Tidak cukup setakat itu, kefahaman yang mendalam terhadap ilmu disiplin berhujah dengan al-Quran dan hadis (iaitu ilmu Usul al-Fiqh dan Qawa`id al-Fiqh) adalah juga sesuatu yang mesti dan wajib.
Berbalik kepada persoalan saudara, apakah masyru` (dibenarkan syarak) penubuhan parti politik untuk menegakkan Islam?
Saudara beranggapan ia tidak masyru` berdasarkan hujah-hujah: (1) Di Arab Saudi tiada parti politik kerana menurut mereka parti politik boleh memecahbelahkan umat, (2) Tiada seorang nabi dan para pejuang syuhada zaman dulu yg berjuang menegakkan Islam melalui parti politik, (3) Parti politik berasal daripada sistem kafir, (4) Parti politik boleh digantikan dengan cara berdakwah kepada iman dan amal, seperti yang dilakukan oleh Jamaah Tabligh.
Demikian hujah-hujah saudara tetapi saya ada hujah-hujah lain yang menunjukkan penubuhan parti politik Islam sebagai suatu yang masyru` bahkan dituntut pada zaman sekarang. Hujah-hujah saya seperti berikut:
1) Tiada nas sama ada di dalam al-Quran, hadis atau kata-kata ulama terdahulu yang muktabar bahawa penubuhan parti politik itu dilarang syarak. Dalam syariah (Usul al-Fiqh), ada satu kaedah yang berbunyi "Aslul Asy-yaa' al-Ibahah" (Asal sesuatu perkara itu adalah harus). Semua perkara di dunia ini asalnya harus, melainkan setelah datangnya nas-nas yang melarangnya, barulah hukumnya bertukar menjadi haram atau makruh, ataupun apabila datangnya nas-nas yang menyuruhnya, maka ia pun bertukar menjadi wajib atau sunat. Antara haram dan makruh, atau antara wajib dan sunat, adalah berdasarkan sejauh mana larangan dan suruhan itu, dengan sokongan nas-nas lain, yang difahami oleh ulama yang berkecimpung dalam bidang ilmu prinsip pengeluaran hukum Islam (iaitu ilmu Usul al-Fiqh), dengan sokongan ilmu yang luas tentang hadis Nabi s.a.w., yang merupakan praktis kepada seluruh hukum Islam yang wujud sebelum kewafatan baginda Rasullullah SAW.
Oleh kerana tiada nas yang melarang, maka penubuhan parti politik adalah harus. Itulah asal dan dasarnya.
2) Apabila kita bercakap mengenai parti politik Islam (iaitu parti yg berjuang untuk mendaulatkan Islam), maka kita telah terkeluar daripada asal dan dasar hukum tadi (harus). Hukum itu telah bertukar menjadi sekurang-kurangnya sunat, kalaupun tidak wajib. Ini berdasarkan nas al-Quran yg bermaksud: "Dan bertolong menolonglah kamu dalam perkara kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan…" (Al-Maidah: 2). Jika parti Islam bertujuan utk bergabung tenaga menegakkan Islam, bagaimana ia dikatakan haram, sedangkan ia bertepatan dengan kehendak ayat tersebut? Apatah lagi tiada satu nas pun yang melarangnya.
3) Walau bagaimanapun, jika kita merujuk kepada nas yg lain, kita dapati penubuhan parti politik dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia adalah dituntut oleh syarak. Ada nas yang bermaksud "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang pada jalan-Nya dalam satu saf (barisan/front/ organisasi) seumpama sebuah bangunan yang berdiri teguh…" (Al-Saf: 4). Alangkah bodohnya umat yang ingin melihat Islam tertegak di muka bumi, tanpa membuat persediaan yang lebih baik daripada kaum yang ingin merobohkan Islam atau yang berpura-pura cinta Islam (seperti yang saudara sendiri faham), ataupun sekurang-kurangnya membuat persediaan yang setanding dengan musuh itu. Adakah Allah s.w.t. akan menolong dengan mukjizat semata-mata tanpa wujudnya usaha yang tersusun dan sistematik daripada para pejuang? Sedangkan Nabi s.a.w. sendiri tidak diberikan mukjizat melainkan setelah banginda bekerja keras siang malam dengan tulang empat kerat.
Kalaulah musuh ada barisan/front/ organisasi yang memonopoli sistem demokrasi, apakah pejuang Islam perlu pejam mata dan pekakkan telinga saja atas alasan demokrasi, parti politik dan pilihanraya adalah sistem ciptaan orang kafir!!?? Apakah patut pejuang Islam membiarkan saja kerusi eksekutif yang berkuasa mencipta undang-undang ke atas umat di dewan rakyat, parlimen, dewan undangan negeri dan lain-lain diduduki oleh puak yang benci kepada Islam secara zahir batin atau secara batin sahaja (terlihat kebenciannya secara luar kawalan/ tidak sengaja)? Realiti dan hakikatnya, sama ada rakyat suka atau tidak, orang yang menduduki kerusi-kerusi eksekutif itulah yang mencipta, menggubal, meminda atau membatal undang-undang sebaik sahaja mereka berkuasa setelah menang dalam pilihanraya 'demokrasi'. Apabila mereka memiliki kuasa itu, mereka akan mempersetankan sahaja kehendak rakyat terbanyak. Mereka kata mereka telah diberi mandat selama 5 tahun, kalau tidak setuju, tunggu 5 tahun!! (Walaupun mandat itu diperolehi secara penipuan seperti undi pos yang menjadi taboo kepada pembangkang) . Apabila mereka berkata kita tidak boleh melaksanakan hukum jenayah seperti yang terkandung di dalam al-Quran (hudud), rakyat (termasuk orang yang cintakan al-Quran dan Islam seperti saudara) terpaksa terima. Apabila mereka berkata harga barang itu dan ini dinaikkan, semua rakyat terpaksa membayar walaupun perit. Bukanlah susah untuk mencipta beberapa rasional di sebalik kenaikan harga barang itu dengan sokongan sedikit 'statistik' atau 'angka' yang entah betul atau tidak. Rakyat terpaksa terima. Apabila mereka hendak melanggar perjanjian yang mereka sendiri buat, rakyat pun terpaksa akur, sebab mereka masih berkuasa sebagai kerajaan yang memiliki kuasa dengan cara undi dan penubuhan parti politik.
Jika itu realiti dan hakikat posisi kuasa pada hari ini, kenapa pejuang Islam perlu mengasingkan diri dan lari daripada merebut peluang untuk melaksanakan Islam melalui kuasa penubuhan parti dan pilihan raya? Apakah Nabi s.a.w. mampu melaksanakan Islam tanpa kuasa yang diusahakan? Bukankah perpindahan dari Mekah ke Madinah (Hijrah) itu sebagai satu strategi untuk mempraktikkan Islam melalui kuasa politik/pemerintahan di sebuah negara yang bebas dan berdaulat (walaupun bukan secara parti politik seperti hari ini)? Secara logiknya, adakah baginda akan berjaya menegakkan Islam tanpa berhijrah mendapat sebuah negara yang berkuasa politik? Adakah Islam akan boleh dilaksanakan sepenuhnya tanpa sebuah negara dan sistem yang bebas dan tersendiri? Bukankah baginda sudah boleh berdakwah, beriman dan beramal di Mekah? Kalau sudah boleh, kenapa perlu mengajak para Sahabat r.a. berhijrah? Sedangkan beramal di Mekah itu mendapat pahala yang paling besar pula.
Jawapan kepada soalan-soalan di atas ialah "kuasa eksekutif itu adalah asasi untuk mempraktikkan Islam secara syumul di bumi Allah s.w.t. ini". Zaman Nabi s.a.w. ia (kuasa eksekutif) itu didapati melalui hijrah dan jihad di medan, manakala zaman ini (dalam konteks Mlaysia dan kebanyakan negara), ia diperolehi melalui pilihanraya.Kaedah usul fikh ada menyatakan “tidak akan sempurna wajib melainkan dengannya(cara-cara untuk sampai kepada wajib) itu juga adalah wajib.Sebagai contoh: Sembahyang atau solat itu wajib,berwuduk merupakan syarat sah sembahyang, mengambil air untuk berwuduk satu keperluan.Jika air sukar diperolehi maka kita perlu menggali perigi untuk mendapatkan air.Hukum menggali telaga pada waktu itu bertukar menjadi wajib lantaran menyempurnakan kewajipan solat walaupun pada asalnya menggali telaga itu harus.
Kita perlu faham, Islam itu bukan sekadar iman dan amal seperti solat, zakat, haji, zikir atau baca al-quran sahaja. Kalau itulah sahaja amalan Islam, Nabi s.a.w. tidak perlu berhijrah, sebab semua itu boleh dilakukan di Mekah, dengan pahala yang paling besar lagi. Itu semua amalan individu, kalau tidak ada negara dan kuasa pun kita boleh amalkan ibadat-ibadat itu. Tetapi Islam lebih luas daripada itu. Ada banyak lagi suruhan Allah s.w.t. yang tidak boleh dilaksanakan jika Islam tidak mempunyai negara atau kuasa berdaulatkan al-Quran dan sunnah, seperti suruhan melaksanakan hudud (sistem kawalan jenayah secara Islam), suruhan melaksanakan ekonomi Islam secara total tanpa campuran riba, suruhan jihad memerangi musuh yg mengkhianati umat Islam, suruhan mengharamkan segala yang diharamkan Allah s.w.t. (seperti arak, judi dan lain-lain) dan menghalalkan segala yg dihalalkan-Nya (tazkirah bulan Ramadhan, ceramah agama, perhimpunan aman dan segala perkara yang bukan bertujuan jahat) dan yang paling besar sekali ialah suruhan menyebarkan rahmat kepade sekalian alam. Hampir semua pemimpin umat Islam hari ini tidak melaksanakan agenda terbesar Islam ini kerana mereka bernegara dan kuasa sekular. Orang bukan Islam, khususnya kuasa-kuasa barat semakin memandang lekeh kepada Islam di zaman pemimpin-pemimpin Islam sekular berkuasa kini. OIC? Contoh nya,diketawakan saja!! Malaysia negara contoh?Nampaknya lebih kepada syok sendiri!! Atau suka kerana kita mengamalkan budaya dan amalan kuffar seperti mereka juga.
4) Kalau demikianlah hal dan realitinya hari ini, maka mana mungkin hanya dengan berdakwah keluar 3 hari, 10 hari, 40 hari, sebulan, 4 bulan bahkan setahun sambil beramal ibadat individu (solat, zakat, haji, zikir, baca al-Quran dan seumpamanya) ; negara Islam akan tertegak seperti Nabi s.a.w. pernah sunnahkan di al-Madinah al-Munawwarah. Saya tidak nafikan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Jamaah Tabligh itu juga baik. Tetapi baik semata-mata tanpa strategi jangka pendek dan panjang, lebih dekat kepada sia-sia. Apakah amal sebegitu telah menepati kehendak Allah s.w.t. berbanding berjuang dalam satu saf/barisan/ front/organisasi seperti sebuah bangunan yang terpacak teguh tanpa goyah oleh sebarang gegaran? Sedangkan musuh (yang jelas atau yang seperti musang berbulu ayam) sedang enak menjahanamkan Islam yang syumul bawaan Nabi s.a.w., kita masih asyik berbalah tentang apakah boleh berparti politik.Kita boleh lihat di negara-negara yang begitu kuat pegangan amalan Jamaah Tablighnya seperti India dan Pakistan,apakah mereka mempunyai sistem bernegara yang kukuh dan dapat melaksanakan sistem-sistem yang berkaitan dengan kesyumulan Islam secara total?Tidak lebih kepada amalan individu dan kelompok-kelompok kecil sahaja.
Dalam konteks bernegara pada hari ini, berparti politik untuk menegakkan Islam adalah lebih dekat kepada wajib, berdasarkan satu prinsip al-Qawa`id Al-Fiqhiyyah yang berbunyi "Maa laa yatimmu al-waajib illaa bihii fahuwa waajib" (Sesuatu perkara, yang tidak akan sempurna perkara yang telah wajib melainkan dengannya, maka perkara itu menjadi wajib juga hukumnya). Mendaulatkan Islam secara syumul (menyeluruh) sama ada dalam bidang akidah, akhlak, ibadat, muamalat, munakahat, jinayat, jihad, dan sebagainya itu adalah satu kewajipan yang telah pasti berdasarkan nas-nas yang telah sedia ada dalam al-Quran dan hadis sahih. Tetapi banyak bidang itu tidak dapat dilaksanakan tanpa wujudnya negara, kuasa dan sistem Islam yang memimpin. Maka mewujudkan negara, kuasa dan sistem Islam itu wajib juga hukumnya.
Dalam konteks hari ini juga, negara, kuasa dan sistem itu tidak akan dapat dicapai melainkan dengan cara-cara seperti: pilihanraya demokrasi (di kebanyakan negara umat Islam walaupun lebih kepada demokrasi palsu), revolusi (spt Iran 1979), reformasi (spt Indonesia, Filipina). Dua cara terakhir itu boleh mengakibatkan mudharat yang besar dan pertumpah darah, maka hendaklah dielakkan selagi ada jalan yang lebih selamat, iaitu melalui pilihanraya demokrasi seperti yang diamalkan di negara kita.
Oleh kerana pilihanraya demokrasi itu hanya boleh disertai oleh parti politik berdaftar, maka menjadi kewajipanlah kepada pejuang Islam untuk mendaftarkan paling kurang sebuah parti politik yg khusus untuk menegakkan Islam. Jika tidak, tidak boleh masuk pilihanraya,jika tidak boleh masuk pilihanraya, tidak mungkin akan dapat duduk di kerusi eksekutif itu danjika tidak duduk di kursi tersebut, tidak mungkin berkuasa dalam realiti bernegara pada hari ini!! Ada sesiapa lagi yang hendak menidakkan realiti semasa secara membuta tuli?
5) Kalau pemerintahan sudah “OK” (adil, bersih, bertanggungjawab macam al-Khulafa' al-Rasyidin) , memang tidak perlu kepada parti-parti politik, sebab memang boleh menyebabkan perpecahan. Tetapi apakah pemerintah hari ini boleh membuktikan keadilan, kebersihan dan kebertanggungjawaban seperti para khalifah yang dipuji oleh al-Quran dan mendapat didikan secara langsung daripada Nabi s.a.w. itu? Tidak ada!!Termasuklah kerajaan Arab Saudi sendiri. Kalau sudah seperti khalifah, tidak mungkin Arab Saudi membenarkan tanahnya digunakan oleh “Syaitan Terbesar” (USA) sebagai pangkalan untuk menyerang saudara Islamnya di Iraq. Ketidakwujudan parti politik langsung seperti di Saudi lebih membawa kemudaratan kepada umat kerana pemerintah boleh berbuat apa saja tanpa siapa berani menegur.
6) Tidak semua perkara yang dicipta oleh orang bukan Islam “kafir” itu haram diguna pakai oleh umat Islam (seperti sistem pilihanraya dan parti politik). Yang menjadi haram sesuatu perkara itu bukan sebab ianya dicipta oleh orang bukan Islam, tetapi sebab sudah ada nas atau dalil qati’ yang mengharamkannya.
7) Tidak semua perkara yang Nabi sa.w. tidak buat, maka kita pun tidak boleh buat. Nabi s.a.w. tidak buat jalan raya berturap, bangunan tinggi-tinggi, pejabat agama, masjid surau yang banyak, tabung haji, dan sebagainya. Tapi apakah kita pun diharamkan membuat perkara-perkara baik itu atas alasan baginda tidak buat? Apakah salah jika kita bersikap kreatif dalam perjuangan Islam ini, demi melawan kekuatan sistem musuh?
8) Parti politik Islam pun bukan hanya berpolitik semata-mata, mereka juga mendukung agenda dakwah, iman dan amal melalui usrah, tamrin, daurah tadribiah, jaulah, rehlah, mukhayyam, qiamullail, majlis ilmu, ziarah, dan riadhah(nama sahaja berlainan namun konsepnya tidak jauh seperti yang diamalkan oleh jamaah Tabligh namun kurang diuar-uarkan secara khusus,lebih kepada ceramah penerangan politik). Bahkan dakwah, iman dan amal yang lebih meluas daripada orang-orang yang tidak berparti politik. Jika ada sidikit kelemahan itu, berpunca daripada sikap sesetengah individu atau kelompok yang tidak serius dalam perjuangan dan agenda dakwah.Sememang manusia tidak ada yang sempurna. Tugas kita memperbaiki mana-mana individu dan kelompok yangg tidak sempurna itu, termasuklah memberi tarbiah dan kefahaman kepada mereka yang telah sedia menduduki kerusi –kerusi eksekutif itu setelah kita sedar dan tahu bahawa dasar yang kita perjuangkan betul dan tepat dengan kehendak Islam. Jangan kerana beberapa kelemahan itu, kita juga turut memusuhi atau lebih sedih lagi kita menyokong parti –parti yang berlawanan dengan prinsip-prinsip Islam pula.
Jika Jamaah Tabligh amat menitikberatkan solat secara berjemaah di masjid (dan inilah yang sepatutnya), ajaklah ahli-ahli parti Islam dan individu Islam lain berjemaah sama. Jangan kerana beberapa kerat individu yang tidak berjemaah (atau yang tidak solat), maka jamaah Tabligh terus menghukum ahli parti Islam dan pertubuhan lain sebagai tidak beramal. Dengarlah kuliah-kuliah ilmu para pemimpin parti Islam, bukankah mereka mentarbiah kepada iman dan amal juga? Biasalah apabila sudah ramai penyokong dan pengikut sesebuah pertubuhan itu akan adalah yang nakal dan menyongsang arus. Simbul parti Islam (bulan purnama putih dikelilingi warna hijau) bermaksud di dalam parti Islam itu di kelilingi oleh pengikut dan penyokong yang berbagai ragam,pemimpin-pemimpin dan para dai’ akan mencuba sedaya upaya mentarbiah untuk menjadikan mereka berada dilandasan yang betul(putih).Kelemahan itu perlu ditegur dan dinasihat,agar mengikut kehendak jamaah dan syariat. Ahli jamaah Tablighpun tidak semuanya sempurna.Justeru jika mereka mengatakan mereka berusaha meningkatkan amalan dalam jamaah, begitu juga ahli-ahli parti Islam. Oleh itu, bekerjasamalah. Jangan hentam menghentam dan mengatakan pihak mana yang betul dan lebih amalan Islamnya dan janganlah pula memilih parti yang terang-terang dasarnya menjurus kepada sekular. Daftarlah diri sebagai pengundi yang sah dan berilah undi untuk parti yang memperjuangkan Islam dan bercita-cita menegakkan negara dengan sistem dan pentadbiran Islam secara menyeluruh.
Sekian jawapan saya seikhlasnya, wassalam `ala man ittiba`a al-huda.
(sebahagian teks telah diedit dengan sedikit tambahan bertujuan menambah kefahaman.Maksud asal tidak lari daripada teks asal – ABU)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
JOM TAMBAH ILMU
-
Merebut kelebihan menjadi umat berilmu - Oleh Mohd Shahrizal Nasir Setiap individu Muslim perlu menitikberatkan soal ilmu. Menuntut ilmu antara amalan yang amat dituntut Islam. Ilmu membentuk kepe...1 day ago
-
-
Pemimpin Adalah Cermin Rakyat! - Pemimpin Adalah Cermin Rakyat! Manshur bin Abi Al-Aswad berkata, “Aku bertanya kepada Al-A’masy (salah seorang tokoh tabi’in) tentang firman Allah Ta’ala: ...6 years ago
-
-
-
Musuh utama anak-anak muda zaman sekarang. - SHAH ALAM: Purata anak muda bekerjaya di negara ini memiliki tujuh kad kredit, angka yang menggambarkan tahap berbelanja generasi muda yang membimbangkan. ...11 years ago
-
Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain
-
-
-
-
-
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY2 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Anak Nik Aziz Sertai Amanah8 years ago
-
-
-
-
Johor Darul Judi Bahagian II10 years ago
-
Perebutan takhta.. Rakyat dapat apa??10 years ago
-
-
-
-
Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 64)12 years ago
-
-
-
Blog list 2 (241)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ayam1 year ago
-
-
MOHON SUMBANGAN IKHLAS DARI ANDA2 years ago
-
-
UMNO TAK BERHATI PERUT2 years ago
-
Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016.2 years ago
-
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
-
Berkongsi rezeki3 years ago
-
-
-
-
KEJAMNYA UMAT MANUSIA AKHIR ZAMAN3 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Betul ke Islam yang kau anut?4 years ago
-
MAKAN GAJI, ELAUN 'HARAM" ?4 years ago
-
SUDAH-SUDAHLAH TUN NAK SALAHKAN ORANG4 years ago
-
-
MN sokong Muhyideen Yasin4 years ago
-
DON of Malaysia4 years ago
-
-
Membongkar sejarah pendatang5 years ago
-
Sebenarnya begini Nashruddin Tontowi...5 years ago
-
Jihad5 years ago
-
-
-
Selamat Tahun Baru 20195 years ago
-
-
Setiap hari adalah ‘bonus’, kata Siti Hasmah6 years ago
-
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN6 years ago
-
-
Flybar Aztech6 years ago
-
-
-
Alternatif Lain6 years ago
-
-
-
-
-
NAMA LAIN BULAN RAMADHAN7 years ago
-
Mermerlukan sumbangan7 years ago
-
Tukar Tiub7 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
Umrah 20178 years ago
-
Berehat sementara ...8 years ago
-
Panas!! Perbincangan Sulit Bocor Lagi.8 years ago
-
Malam ini di UTP .. The Apai Show8 years ago
-
Alfa Romeo 4C 20148 years ago
-
-
MAKA BENARLAH PENDIRIAN SALEHUDIN AYUB8 years ago
-
Zakat Fitrah dan kemiskinan kota8 years ago
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
-
-
-
KELEBIHAN KAYU BAKAU8 years ago
-
-
-
-
-
MANA 2.6 BILION?????8 years ago
-
-
-
Debat 1MDB : Rafizi Ganti Tony Pua9 years ago
-
Resep Mengobati Impotensi9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
RM2.6 billion untuk lawan DAP9 years ago
-
-
-
PERDA Oh PERDA.. SPRM, Bila nak siasat?9 years ago
-
Doa Banyak-Banyak9 years ago
-
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
Inexpensive Bedroom Makeover Ideas9 years ago
-
PRK Chempaka: Kemenangan legasi Tok Guru9 years ago
-
Mahathir Buat Kejutan Lagi..9 years ago
-
Bakal Mursyidul Am Pas jawap fitnah9 years ago
-
SEDIH......9 years ago
-
ccv9 years ago
-
Situasi Terkini : TNB hadapi banjir9 years ago
-
-
AHLI PAS BERKASTA10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Gila gila peminat Piala Dunia 201410 years ago
-
-
Teluk Intan - Undi Dyana Sofya10 years ago
-
13 Mei Terengganu: Pas ada tiga pilihan10 years ago
-
Justice for Mejar Zaidi.10 years ago
-
PERGINYA SEORANG INSAN BERNAMA BONDA10 years ago
-
-
Analisa PRK DUN N.25 Kajang10 years ago
-
-
-
Confidential Document10 years ago
-
PRK Kajang dan Konsensus Nasional10 years ago
-
A MESSAGE FOR ALL10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...10 years ago
-
Jom ambil peluang .. Niaga secara online11 years ago
-
ORANG HUTAN11 years ago
-
-
Polemik Kalimah ALLAH11 years ago
-
Indonesia Tuduh PDRM Pengecut Dan Biadap11 years ago
-
PAS Batu Gajah buat perubahan11 years ago
-
-
-
"Sudah Masa Saya Berundur" - Ku Li11 years ago
-
Info Solat11 years ago
-
-
-
-
Hakikat BN, PAS dan Syiah11 years ago
-
-
-
-
-
Munafik Besar, Kecil & Perbezaannya11 years ago
-
Panas Enjin11 years ago
-
MALANG LAGI RAKYAT GANU DAPAT MB BENGAP11 years ago
-
PRU13: BAKAL MENJADI KENYATAAN!11 years ago
-
Undi nampak perkara kecil TETAPI.....11 years ago
-
-
8 March11 years ago
-
-
-
MELAYU DAN JUDI11 years ago
-
Pulanglah untuk membuang undi11 years ago
-
Najib dgn KUDA STYLE11 years ago
-
AMANA MAHATHIR LE PULAK BETUL KE !11 years ago
-
MENTERI LEMBUT YANG BODOH11 years ago
-
Tudung saji tradisi cantik11 years ago
-
-
-
-
-
-
RUKUN HAJI12 years ago
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
SELAMAT DATANG KE INTANHIJAU212 years ago
-
-
-
RAMADAN MENJANA TAQWA12 years ago
-
-
-
Bangunan Umno Bukit Gantang disita12 years ago
-
Zunar: M’sian satirists play it safe12 years ago
-
Rafizi lawan KJ, Najib yang tertekan12 years ago
-
UMNO DI KEDUDKAN SALAH SEJARAH12 years ago
-
TGHA : Janji Allah pasti tiba12 years ago
-
-
-
NEGARA PENJENAYAH ???12 years ago
-
-
-
-
-
-
Novel Terakhir...12 years ago
-
-
-
-
-
Najib bisu ditempelak Nik Aziz13 years ago
-
Derita Budya Darat13 years ago
-
Menteri KDN Derhaka Pada Agong13 years ago
-
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 years ago
-
Pas gesa bebaskan Manoharan16 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SUMBER DAN BERITA TERKINI
-
Philippine VP’s assassination threat against president a national security matter - The Philippines' security council will verify an alleged assassination threat against President Ferdinand Marcos Jr.1 hour ago
-
Wife Of Sultan Makes Her Demand For Cash - The wife of the Sultan of Terengganu has issued her demand for the cash awarded to her by the Malaysian courts of RM435,000 against this site and a printer...2 weeks ago
-
Tepache , The Next Big Trend After Kombucha - Tepache, The Next Big Trend After Kombucha Kombucha, the fermented tea beverage, has taken Malaysia by storm in recent years. With its numerous health...6 months ago
-
DAP aktifkan jentera pilihan raya serta merta - Kenyataan media Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pada 10 Oktober 2022 Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi, …2 years ago
-
-
魏家祥:華人收入下降 敦馬未掌握最新數據 - - (吉隆坡27日訊)馬華總會長拿督斯里魏家祥指出,馬華對於前首相敦馬哈迪發表“華人富有”及“幾乎佔據所有城市”言論,感到不滿。 他認為,馬哈迪並沒有掌握大馬各族財富分配的最新數據,根據新的報告顯示,華人的收入水平已經下降。 “我不知道馬哈迪是假裝不懂,還是他純粹是玩弄種族牌。” ...4 years ago
-
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri - 2019 merupakan tahun yang penuh cabaran bagi kerajaan Pakatan Harapan melalui fasa baru pentadbiran. Untuk tahun 2020 marilah kita menumpukan kepada usaha-...4 years ago
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM - OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM, 13 NOV: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari mengucapkan selamat berjaya kepada calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia ...6 years ago
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata - LANGKAWI - Polis merampas sepucuk pistol jenis Browning dan lima butir peluru daripada seorang warganegara Thailand yang disyaki pengedar dadah dalam serbu...7 years ago
-
Terima kasih rakyat Malaysia - Sebelum The Malaysian Insider melabuhkan tirainya tengah malam ini, kami ingin mengucapkan jutaan "Terima Kasih" kepada semua pembaca yang setia melayari p...8 years ago
-
Marquez sambar petak pertama - SEPANG 25 Okt. - Penunggang Repsol Honda Team Marc Marquez akan memulakan perlumbaan di petak pertama esok setelah mencatat masa terpantas dalam ujian kela...10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Info dan Sumber
Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini
-
▼
2012
(834)
-
▼
January
(77)
- Rayu?: Hasan Ali umum beberapa hari lagi
- Ibrahim Libya: Who was he really?
- Al Fatihah dan Salam Takziah Kepada Keluarga Allah...
- Kenali Pas dan Mengapa Saya Sertai PAS?
- Mengapa Umat Islam Perlu Berpolitik?
- Tuduhan Pemimpin-pemimpin UMNO Jelas Palsu
- PAS Bagan Serai Rasmi Pembukaan Markas Baru
- Mengapa Saya Sertai UMNO Barisan Nasional?
- Mengapa Saya Sertai DAP?
- Mengapa Saya Sertai PAS?
- Peluang Untuk Kepimpinan Utama PAS Muncul di RTM d...
- Mengapa Saya Sertai UMNO Barisan Nasional?
- Azizan Sedia dipecat Jika Bersalah Dalam Isu KUIN
- Sombong Bukan Akhlak Ahli Pas
- Perak,Kelantan Kerjasama Promosi Pelancongan
- Lebih 200 Ahli Pas Teloi Timur Mohon Sertai UMNO
- Aziz Bari: Saya Terpaksa Terjun Dunia Politik
- ISU NFC:JAN Perjelas Laporan Projek Lembu,Kit Sian...
- KUIN dan AUKU
- RAKYAT DERITA MENANGGUNG PERBELANJAAN NEGARA, PARA...
- Kes Saman Fitnah: Penulis Blog Perlu Lantik Peguam
- Tragedi Tahun Baru Cina
- Peringatan Kepada Seluruh Anak Kelantan Penyokong ...
- PAS bukan sebuah AGAMA tetapi hanya sebuah PARTI P...
- Anwar Sentiasa Berada di Belakang Najib - Chua
- Usrah Satu Keperluan Kepada Jamaah
- 50,000 Hadir Rumah Terbuka Malaysia Sempena Tahun ...
- Dua Graduan UiTM Sertai DAP
- Perutusan Tahun Baru Cina Presiden PAS
- Selamat Menyambut Tahun Baru Cina
- Dalam Diam DAP Melakukan Transformasi
- AKIBAT TERSALAH MELETAK CINTA
- PEJUANGKAH KITA?JANGAN JADI PARASIT!
- Melayu Hak UMNO, Islam Hak PAS?
- Pengendali Tol Lebuh Raya Untung Maha Firaun
- Saman Dari Shahrizat, Kami Cukup Bersedia dan "Ter...
- Guan Eng Alu-alukan Penyertaan Hata ke Dalam DAP
- Penyertaan Rasmi HINDRAF ke Dalam ABU
- Bekas Wartawan Utusan Sertai Pakatan
- Kadir Syeikh Fadil Dimarah Gara-gara Dedahkan Sist...
- Unit Tempur Cyber Kerajaan UMNO Ditegur
- Lagi Blogger Sertai Pakatan
- Adengan Yang Perlu Kita Fikir-fikirkan
- Janji Seorang PM - Pastikan BN Kembali Memerintah,...
- Tangguhkan Dulu Meraikan Kemenangan - Ahmad Lutfi ...
- Tuan Guru Presiden Mahu Jadi Nelayan Semula
- Selamat Hari Jadi TGNA
- Sejarah Kepimpinan Ulamak - Penerangan PAS Pusat
- Lagi Pemimpin Pas Diberi Amaran
- Ustaz Abu Bakar Hamzah, Ustaz Ahmad Jihbaz Mukhlis...
- Keputusan liwat II: Anwar TAK bersalah!
- Pesanan Dato' Sri Anwar
- Semoga Anwar Dilayan Dengan Adil
- Saya terkejut tindakan drastik Pas
- Akhirnya Sakmongkol, Aspan sertai DAP,YB Dato' Dr....
- DAP Tetap Bersama Anwar
- Tindakan Merugikan Parti, Hassan Ali Dipecat
- Tiada Permohonan Projek Perumahan Di Felda Gedangsa
- PPR Kg. Hassan bukti Kerajaan BN kotakan janji
- 9 Januari,Rakyat Boleh Berhimpun ?
- Kemelut FELDA Belum Berakhir
- Jom Sertai Pas - Pemuzik Rock
- Sepetang Bersama MB Selangor
- Perhimpunan 9 Januari akan berlangsung dengan aman...
- Pakatan Sedia Hadapi Segala Kemungkinan
- Isu Demonstrasi Mahasiswa UPSI - Kenyataan Media T...
- Gerakan mahasiswa Jangan Jadi Alat Pihak Berkepent...
- Apabila Pelajar Menggenggam Hak Politiknya
- Lagi Ahli Parti Keluar Parti
- Dato' Salleh Majid Kembali Ke Rahmatullah
- Bekas Orang Kanan PM Sertai DAP?
- SIDANG MEDIA MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT
- Protes Mahasiswa Di UPSI, ABIM Turut Membuat Kecaman
- Jadilah Mahasiswa Berwibawa
- Pembunuhan Demokrasi Secara Terang-terangan - Beka...
- Lagi Kecaman Terhadap Tindakan Polis Menggunakan K...
- Jangan Jadikan Mahasiswa Robot
-
▼
January
(77)
Kandungan Blog
- 1. Alu-aluan (prakata) (1)
- 60 Tahun Pas (6)
- Abu Bakar al-Bakir (1)
- Ada akal fikir-fikirkan... (2)
- Adengan Yang Ingin Rakyat Lihat (1)
- ADUN letak Jawatan (1)
- Adun Meninggal (1)
- Aidil Fitri 1433H (1)
- Airbus A320 (1)
- AJK DAP 2013 (1)
- AJK PAS 2013-2015 (1)
- AJK UMNO 2015/2016 (1)
- Amalan pilihan (1)
- amanat hj hadi (1)
- Amanat PRU 13 (1)
- Amanat Ustaz Ibrahim Libya (1)
- Analisa PRU 13 (1)
- Analisis Pembentukan Kerajaan PRU 14 (1)
- Antara Dua Pemimpin Dunia (1)
- Aqidah dan Perjuangan (40)
- Arkib PRU ke 12 (1)
- Artikal Blogger Pilihan (65)
- artikal dari majalah (1)
- Artikal Dari Media (25)
- Artikal Media (1)
- artikal penerangan (12)
- Artikal Pilihan (5)
- Artis dan Politik (7)
- Awal Ramadhan (1)
- Bahan Arkib (3)
- Banjir (1)
- Bencana Alam (3)
- Bengong (2)
- Berita Arkib (1)
- Berita Mahkamah (5)
- berita maksiat (1)
- Bingkisan Tazkirah (3)
- Blue Wave (2)
- Bot Tempur TLDM Hilang (1)
- BPMS Kenyataan Media Presiden PAS (1)
- Bughah (2)
- Bughah dan Bagaimana Menanganinya.Artikal (1)
- Buku Jingga (1)
- Calon PRU ke 13 Negeri Selangor (1)
- Calon PRU ke 13 Negeri Terengganu (1)
- Calon PRU ke 13 Negeri Kedah (1)
- Calon PRU ke 13 Negeri Perlis (1)
- Calon PRU ke 13 Negeri Pulau Pinang (1)
- Calon PRU 13 (1)
- Calon PRU ke 13 Negeri Kelantan (1)
- Calon PRU ke 13 Negeri Perak (1)
- Catatan peristiwa (5)
- Catatan Untuk Pejuang (12)
- Cerita Teladan (2)
- ciri pemimpin yang patut dijauhi (1)
- Coretan ABU (1)
- Datuk Md Hashim Yahaya (1)
- DDOS Burn Quran (1)
- Doa Kami (1)
- Doa untuk Palestin (8)
- Ekonomi (1)
- Fakta Pilihan Raya (1)
- Fitrah 2012 (1)
- forum (2)
- Gaji Kaki tangan awam (1)
- Gerhana Bulan (1)
- GHB Sekular (1)
- GST (2)
- H60k (1)
- Hadith Nabi (3)
- Haram Sokong dan berdosa undi DAP (1)
- Hari Keluarga Unit Amal Perak 2012 (1)
- HEMPAP 2011 (1)
- Hiburan (2)
- Hijrah 1433 (1)
- Himpunan GST (3)
- Himpunan Hijau (9)
- Himpunan Maruah Melayu (1)
- Himpunan merah (2)
- Himpunan Munajat Selamat Mesir (1)
- Himpunan Oren (4)
- Hj Subky Latif (1)
- HKR 112 (1) (1)
- HKR 112 (2) (1)
- HKR 112 (3) (1)
- HKR 112 (4) (1)
- Hudud (10)
- Hutan Simpan Felda Besout (1)
- Ibrahim Libya (1)
- info (17)
- Info Agama (4)
- INFO CERAMAH DAN PROGRAM (10)
- Info Peristiwa (5)
- info program (11)
- Info Program VS Info Program (1)
- Info SPR (1)
- Islam Dan Undang-undang (3)
- Islam Dihina (2)
- Israk Dan Mikraj (1)
- Isu 13 Mei (1)
- Isu Nama Allah (4)
- Isu pendidikan (5)
- Isu Semasa (2)
- Jenayah (64)
- Jenayah Sex (3)
- Jenayah Syariah (3)
- jerebu (1)
- Jiwa Hamba (2)
- Karpal Singh (2)
- KEBURUKAN MEROKOK (1)
- Kecelaruan politik (3)
- Keluar Parti (28)
- Keluar Parti Vs Keluar Parti (1)
- kemalangan (17)
- Kematian Mandela (1)
- KEMELUT FELDA (1)
- Kemelut PAS Kedah (2)
- Kemelut PAS PR (3)
- Kemelut Pimpinan PR (3)
- Kemelut PKR (3)
- Kemelut Politik Selangor (43)
- Kemelut Politik Terengganu (1)
- Kenali PAS (1)
- Kenyataan Media (10)
- Keputusan PRU 14 (1)
- Keracunan (2)
- Keratan Akhbar (7)
- Kertas Ujian UPSR Bocor (8)
- kes penderaan (1)
- Kesihatan (6)
- Khidmat (2)
- khutbah Aidil Adha 1432 (1)
- Khutbah Aidil Fitri 1433 H (1)
- Khutbah Aidil Fitri 1434 (1)
- Khutbah Aidil Fitri 1434 Preseden PAS (1)
- Khutbah Aidil Fitri 1435 (1)
- Khutbah Aidul Adha 1435 (1)
- Khutbah Gerhana Bulan (1)
- Khutbah Jumaat (56)
- khutbah Jumaat Akhir Ramadhan (1)
- Khutbah Jumaat Sempena Hari Guru (1)
- khutbah PRU 13 (1)
- Khutbah Sempana Keputraan Sultan (1)
- Khutbah Terakhir Nabi (1)
- kibarkan bendera (1)
- kisah rumah tangga (1)
- Konggres Rakyat Syah Alam (1)
- Konspirasi (1)
- Konspirasi Politik (1)
- Krisis Dalaman Politik (6)
- krisis politik (3)
- Ku Li (1)
- laporan media (956)
- Laporan PRU 13 (7)
- Lawak Media UMNO (1)
- lnfo (1)
- Logo JATI (1)
- Logo Merdeka Ke 55 (1)
- Macam-macam (1)
- mahkamah (1)
- Makan Malam Pas Tanjung Malim (1)
- Makanan Halal (2)
- Malang Tidak Berbau (1)
- Malaysia Aman Sejahtera (2)
- Mat Sabu (1)
- Matan Arba'in:Hadith ke 12 (1)
- Matan Arba'in:Hadith ke 15 (1)
- Matan Arba'in:Hadith ke 24 (1)
- Maulidurrasul (1)
- Mazlan Aliman (1)
- Media report (2)
- Memali (1)
- Mengapa Saya Sertai PAS dan Pakatan Rakyat (16)
- Mengapa Saya Sertai UMNO Barisan Nasional? (2)
- mengapa kami sertai pakatan rakyat (3)
- Mengapa saya menyokong PAS (1)
- Mengapa Saya Sertai DAP? (5)
- Mengapa Umat Islam Perlu Berpolitik (1)
- Merdeka (2)
- Militan (1)
- minda Abu (1)
- Minda Perjuangan (10)
- Minyak naik (1)
- Misteri Kehilangan Pesawat MH370 (62)
- Muhyidin Yasin (1)
- Muktamar PAS 2013 (1)
- Muktamar PAS 2014 (4)
- nahas (4)
- Nahas Pesawat AH5017 (2)
- Nahas Pesawat MH17 (12)
- NFC (1)
- Niat Jahat (1)
- Nostalgia (1)
- Paparan Yang Rakyat Suka (1)
- Parasit (1)
- Parti Pas (3)
- Pasca PRU 13 (3)
- Pelbagai sumber (1)
- Pembunuhan Politik (4)
- Pembunuhan timbalan pendakwa raya (1)
- Penampar politik (8)
- Pengorbanan Dalam Kenangan Jalan Raya Timur Barat (1970-1982)’. (1)
- Perang Hamas Israil (1)
- Perkara Yang Membatalkan Iman (1)
- Persaraan MB Tan Sri Khalid Ibrahim (1)
- Persidangan Parlimen (1)
- Pertikai Fatwa (1)
- Perutusan Aidil Adha (2)
- perutusan Aidilfitri 1434H (1)
- Perutusan Hari Malaysia (1)
- Perutusan Hijrah (1)
- perutusan kemerdekaan (1)
- Pesanan untuk pejuang (18)
- Pesawat Terbakar (1)
- Petisyen (1)
- Piala Thomas 2014 (3)
- polemik HUDUD (3)
- politik (7)
- Politik Dunia (8)
- Pondok (1)
- PRA PRU 13 (11)
- Presiden PAS (1)
- PRK Bukit Gelugur (5)
- PRK DUN Pengkalan Kubor (6)
- PRK Kajang (7)
- PRK Kuala Besut (1)
- PRK Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar (2)
- PRK N 20 Sungai Limau (6)
- PRK N25 Kajang (4)
- PRK Pengkalan Kubor (5)
- PRK Permatang Pauh 2015 (2)
- PRK Teluk Intan (12)
- Program dan Aktiviti (1)
- PRU 13 (2)
- PRU ke 13 (1)
- Puasa Ramadhan (1)
- Qunut Nazilah (2)
- Raja Bomoh (1)
- Rakaman Peristiwa Bersih 3.0 (8)
- Ramal VS Ramal (1)
- Rasis (1)
- Rencah Aidil Fitri 1433 H (1)
- Renungan Buat Bangsaku (1)
- Rintihan Marhaen (1)
- RM 100 one off (1)
- Roboh Surau VS Roboh Surau (1)
- Rombakan Kabinet (1)
- Salam Aidil Adha (1)
- Santai (4)
- Satira (7)
- Sedutan Artikal Blogger Pilihan (2)
- Sedutan dari FB (1)
- Sejarah PAS (1)
- Sejarah Yang Bakal Hilang (1)
- Selamat Hari Guru (2)
- Selamat Hari Raya (1)
- Selamat Menyambut Ulang Tahun ke 82 dan Jublee Intan Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol (1)
- Sempadan politik (1)
- Sidang Media (2)
- Sirah (1)
- Siri Cerita Teladan (1)
- Siri Himpunan Kebangkitan Rakyat (8)
- Skandal Sex (1)
- Solat Ghaib (1)
- Suara Pimpinan (2)
- sukan (11)
- Sultan Azlan Mangkat (5)
- Syariah (4)
- Syarifah Aini Meninggal (2)
- Syiah (4)
- Tafakkuri Saatin (36)
- Tahun Baru 2012 (1)
- Tarbiah (8)
- Tazkirah (14)
- Tazkirah Ramadhan (4)
- Teori Hilangnya MH370 (3)
- TPM dipecat (1)
- Tragedi Masjidil Haram (4)
- TRANSKRIP PENUH WAWANCARA PM NAJIB RAZAK DENGAN TV3 TENTANG TUN DR MAHATHIR (1)
- TURUN (1)
- ucapan (9)
- UCAPAN TAHNIAH (5)
- UCAPAN TAKZIAH (32)
- UMNO (2)
- UMNO Celaka (1)
- Umno Dulu Kini dan Selamanya (1)
- UMNO VS PAS (1)
- Unik (1)
- Uslubud Dakwah (1)
- Ust. Azizan Abd Razak (3)
- Usta Abu Bakar Chik dalam kenangan (1)
- Video Kontroversi (1)
- Wacana Politik (15)
- Warkah Buat Tun Dr. Mahathir (1)
- Xpresi Ulama Muda Haraki 2013 (1)
No comments:
Post a Comment