Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Wednesday 11 April 2012

Gempa Bumi Aceh

Gempa di Aceh: Gempa susulan 8.8 skala Richter berlaku

11/04/2012 7:11pm
JAKARTA 11 April - Satu lagi gempa kuat 8.8 skala Richter dilaporkan berlaku di daerah Simeulue, Aceh kira-kira pukul 5.43 petang ini (6.45 waktu Malaysia).

Ia merupakan gempa susulan kejadian pertama yang berlaku pukul 3.38 petang di daerah yang sama.

Sebelum itu, gempa susulan dengan kekuatan 6.5 skala Richter turut berlaku pada pukul 4.28 petang.
Gempa tersebut turut mengeluarkan amaran tsunami. - AGENSI

Gempa di Aceh: Pulau Pinang turut bergegar

11/04/2012 7:01pm
PULAU PINANG 11 April – Penduduk yang berada dalam bangunan tinggi di negeri ini berlari keluar selepas merasai gegaran selama dua minit ekorab gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Ritcher yang mengegarkan Aceh, Indonesia petang ini.

Antara kawasan yang merasai gegaran kuat di negeri ini ialah Bukit Gedung, Relau, Tanjong Tokong, Batu Feringgi dan sekitar Persiaran Gurney.

Tinjauan di Persiaran Gurney mendapati orang ramai berpusu-pusu meninggalkan sebuah pusat membeli-belah berhadapan dengan laut sehingga menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas teruk sepanjang satu kilometer.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Azmi Tamat ketika dihubungi Utusan Malaysia menasihatkan orang ramai menjauhi kawasan berhampiran pantai selepas amaran tsunami dikeluarkan selain turut menempatkan anggotanya memantau keadaan. - UTUSAN

Gempa di Aceh: Tsunami 17 sentimeter di Lautan Hindi

11/04/2012 6:54pm
SINGAPURA 11 April – Tsunami setinggi 17 sentimeter dilaporkan di Lautan Hindi dan menuju wilayah Aceh, Indonesia selepas satu gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter melanda luar pantai Sumatera, hari ini.

Gempa bumi kuat itu mengakibatkan penduduk yang ketakutan bertempiaran lari menyelamatkan diri. - REUTERS

Gempa: Arahan berpindah di enam wilayah di Thailand

11/04/2012 6:45pm
BANGKOK 11 April - Arahan berpindah telah dikeluarkan untuk enam wilayah selatan Thailand berikutan gempa bumi di Sumatera hari ini.

Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi mengeluarkan arahan itu untuk wilayah Krabi, Phuket, Phangga, Satul, Ranong dan Trang.

Pada masa ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket telah ditutup untuk sementara. - BERNAMA

Gempa di Aceh: Gegaran dirasai di Semenanjung

11/04/2012 6:43pm
KUALA LUMPUR 11 April - Beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran ekoran gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter di Acheh, Sumatera Utara Indonesia hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan berkata gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.

Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang.

Beliau berkata, pihak bomba dari lima balai di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur bergegas ke beberapa kawasan yang merasai gegaran itu selepas menerima maklumat dari orang ramai.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kira-kira 4.47 petang mengenai gegaran yang dirasai di beberapa tempat seperti Ampang dan Jalan Tun Razak.

Di KANGAR, gegaran kecil turut dirasai di beberapa lokasi di Perlis, antaranya di Flat Seri Sena di Kampung Bakau yang menyebabkan penghuni flet 12 tingkat itu meninggalkan kediaman mereka dan berkumpul di tempat letak kereta bangunan itu.

Petugas di Bangunan KWSP yang turut menempatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan turut merasai gegaran kecil selama beberapa minit.

Gegaran turut dirasai penduduk di Kampung Behor Lateh dan kawasan Kuala Perlis. - BERNAMA

Gempa bumi turut berlaku di Maluku Barat

11/04/2012 6:39pm
AMBON 11 April - Gempa bumi dengan kekuatan 5.4 skala Richter menggegarkan daerah Maluku Tenggara, wilayah Maluku pukul 4.41 petang, hampir serentak dengan gempa bumi di Aceh.

Ketua Pusat Geofizik Ambon, Benny Sipolo berkata, kejadian gempa berlaku di 182km arah barat laut Saumlaki, bandar Maluku Tenggara.

Bagaimana pun, gegaran akibat gempa di kedalaman 134 km di bawah laut itu tidak dirasai oleh penduduk di Saumlaki dan sekitarnya.
- AGENSI

Gempa: Amaran tsunami dilanjutkan sejam lagi

11/04/2012 6:19pm
PEKAN BARU 11 April - Pusat Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (PMKG) di sini menyatakan amaran tsunami dilanjutkan sehingga satu jam lagi berikutan berlaku gempa susulan di Aceh.

Jurucakap PMKG Pekan Baru, Slamet Riyadi, sehingga kini masih berlaku gempa bumi susulan dengan kekuatan 6.4 skala Richter kira-kira pukul 4.28 petang (5.28 petang waktu Malaysia).

Gempa di Aceh: 27 negara keluar amaran tsunami

11/04/2012 6:22pm
JAKARTA 11 April - Sebanyak 27 buah negara di kawasan Lautan Hindi telah mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa bumi kuat yang berlaku di Aceh petang ini.

Antara negara tersebut ialah Indonesia, India, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, Maldives, Britain, Malaysia, Mauritius, Seychelles, Pakistan, Somalia, Oman, Madagascar, Iran, UAE, Yemen, Bangladesh, Tanzania, Mozambique, Kenya, Africa Selatan dan Singapura dan beberapa negara kepulauan di Lautan Hindi.

Tsunami: Bengkulu siap sedia, penduduk berpindah

11/04/2012 6:15pm
BENGKULU 11 April - Wilayah Bengkulu, salah satu wilayah yang diberi amaran kemungkinan dilanda tsunami akibat gempa bumi berkekuatan 8.5 skala Richter di Aceh sudah membuat persiapan untuk menghadapi bencana itu.

"Amaran (tsunami) di sini di peringkat kuning tetapi di Aceh berwarna merah," kata Ketua Pusat Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (PMKG) Bengkulu, Dadang Permana kepada Republika Online.

Gegaran yang dirasakan di Bengkulu cukup kuat menyebabkan para penduduk bertempiaran keluar dari pejabat dan kediaman masing-masing tetapi hingga kini tiada sebarang kematian dilaporkan.

Laporan menyebut, ribuan penduduk di kawasan pantai antara Lampung, Rawa Kammur dan lain-lain di Bengkulu mula berpindah ke kawasan yang selamat.

Gempa: Penduduk Aceh berlindung di kawasan tinggi

11/04/2012 6:20pm

PEKAN BARU 11 April - Gempa bumi dengan kekuatan 8.5 skala Richter yang menggegarkan daerah Simeule, Aceh petang ini menyebabkan penduduk di bertempiaran melarikan diri ke kawasan tinggi.

Republika Online yang memetik agensi berita Antara melaporkan, beberapa buah rumah mengalami kerosakan akibat gempa tersebut.

"Bangunan yang roboh belum kelihatan," kata seorang penduduk Aceh, Heru Dwi Suryatmojo ketika dihubungi Antara dari sini.

Bagaimanapun, para penduduk kelihatan cemas dan bertempiaran melarikan diri menjauhi kawasan pantai serta mencari tempat-tempat tinggi untuk berlindung.

"Ia sama seperti tsunami Disember 2004. Para penduduk bertempiaran sambil menjerit-jerit dengan cemas," kata Ketua Biro LKBN Antara wilayah Aceh.

Gempa di Aceh: Amaran tsunami di lima wilayah

11/04/2012 6:20pm

PEKAN BARU, Indonesia 11 April - Pusat Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (PMKG) di sini mengeluarkan amaran tsunami selepas gempa bumi dengan kekuatan 8.5 skala Richter berlaku di Aceh hari ini.

"Amaran tsunami akibat gempa yang berpusat di barat daya Simelue, Aceh pada kedalaman 10 km itu meliputi lima wilayah iaitu Aceh, Sumatra Utara, Sumatra Barat, Bengkulu dan Lampung," kata jurucakap PMKG Pekan Baru, Marzuki seperti dilapor Republika Online yang memetik agensi berita Antara.

Jurucakap itu berkata, kejadian tersebut berlaku pukul 3.38 petang (4.38 waktu Malaysia).

Gempa di Aceh: Tiga negara keluar amaran tsunami

11/04/2012 5:33pm
JAKARTA 11 April - Beberapa buah negara termasuk Indonesia, India dan Thailand mengeluarkan amaran tsunami selepas berlaku gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter di Lautan Hindi dekat barat Aceh.

Badan Pemantau Geologi Amerika Syarikat (AS), berkata, gempa bumi yang berpusat kira-kira 33 kilometer di dasar laut, berlaku kira-kira 495 kilometer dari Banda Aceh.

Seorang pegawai Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia, Said berkata, amaran tsunami sudah dikeluarkan. - AGENSI

 


No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR