Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Wednesday 11 April 2012

Ku Li sokong tuntutan Bersih

MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
11 April 2012
Tengku Razaleigh Hamzah
KOTA BHARU - Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah secara terbuka menyokong tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bagi memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini.

Susulan laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai pilihan raya, yang diluluskan oleh Dewan Rakyat awal minggu lalu, Bersih 2.0 yang tidak berpuas hati dengan laporan panel itu, mengumumkan akan mengadakan perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka akhir bulan ini.

Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembentukan PSC Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya berikutan perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu.

“Kita mahu peranan media lebih adil dan bebas. Begitu juga dengan penggunaan jentera dan kakitangan kerajaan ketika pilihan raya tidak boleh disalahgunakan.

"Kita mahu pilihan raya benar-benar adil dan bebas,” kata beliau.

Ahli Parlimen Gua Musang ini berkata demikian ketika menjawab soalan penonton pada Bicara Perjuangan dan Pelancaran Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) di Kelantan Trade Centre semalam. Turut hadir pada majlis itu ialah bekas pemimpin Pemuda Umno Kelantan, Dr Zayadi Awang Noh.

Ketika ditanya sama ada Amanah menyokong dan akan menyertai himpunan Bersih 3.0, Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata, jawatankuasa itu belum bermesyuarat untuk menentukan perkara tersebut.

“Terpulang kepada ahli untuk membuat keputusan, jadi saya serah kepada ahli-ahli Amanah sama ada  hadir atau tidak pada perhimpunan tersebut,” katanya. 


Ku Li Dan "Bekas Ketua Pemuda" UMNO Kelantan Sokong "Himpunan Bersih 3.0" Pada 28 April Ini !

KOTA BHARU, 11 April - Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah (foto) dan bekas Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Dr Zayadi Awang Noh secara terbuka menyatakan sokongan terhadap perhimpunan Bersih 3.0 bagi memastikan pilihan raya lebih adil dan telus.  

“Kita mahu peranan media lebih adil dan bebas. Begitu juga dengan penggunaan jentera dan kakitangan kerajaan ketika pilihan raya tidak boleh disalahgunakan. 

Kita mahu pilihan raya benar-benar adil dan bebas. “Malah ia selaras dengan tuntutan Angkatan Amanah Merdeka. Jadi saya serah kepada ahli-ahli Amanah untuk hadir pada perhimpunan tersebut pada 28 April ini,” kata Tengku Razaleigh menjawab soalan penonton pada Bicara UT6 – PRU-13 Perjuangan dan Amanah di Kelantan Trade Centre malam tadi.

Program itu anjuran bersama www.uttv.biz turut diadakan pelancaran Amanah peringkat negeri Kelantan. Dr Zayadi dilantik sebagai pengerusi Amanah Kelantan.

Bekas veteran UMNO Ketereh, Sabri Shafei bertindak sebagai moderator. Turut hadir veteran UMNO, Datuk Mazlan Harun dan Tamrin Ghaffar. Dewan konvensyen penuh dengan gabungan antara penyokong UMNO, PAS dan PKR. Malah ramai yang datang dari Gua Musang.

Perhimpunan Bersih 3.0 akan diadakan pada 28 April ini ekoran banyak pihak tidak berpuas hati terhadap tuntutan Bersih 2.0 tak diterima kerajaan sepenuhnya biar pun Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen diwujudkan bagi tujuan tersebut.

Seorang penonton tiba-tiba meneriakkan Tengku hendak pergi ke.. Ku Li menjawab itu terpulang kepada ambo hendak pergi atau tidak pada perhimpunan tersebut.

Program Biacara UT6 sendat dengan pelbagai isu menarik yang berlaku sekarang.

Seorang anak muda mengajukan soalan agak panas dengan menanyakan bilakah Ku Li dan Dr Zayadi mahu meninggalkan UMNO memandangkan parti itu didedah mereka sarat pelbagai penyelewengan. Dr Zayadi yang pernah dilucut jawatan sebagai Exco UMNO Malaysia selepas penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyatakan sokongan padu terhadap usaha Bersih 3.0. “Siapa yang takut kepada Bersih bermakna dia itu kotor. Begitu juga kalau ada orang takut kepada Amanah dia itu khianat. Jadi tidak ada sebab untuk tidak sokong Bersih 3.0,” ujarnya.

[Kenyataan yang dibuat oleh Ku Li, sudah pasti akan menimbulkan kemarahan yang membuak-buak dikalangan pemimpin dan ahli-ahli UMNO sebenarnya. Namu, jelas dapat dilihat kini siapakah yang benar-benar jujur dalam perjuangan. Himpunan Bersih 3.0 terpaksa diadakan selepas rakyat melihat begitu banyak penyelewengan dan penipuan terus mahu dilakukan oleh kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi. Penipuan dari segi daftar pemilih dan begitu banyak nama-nama meragukan serta warga asing yang diberi hak untuk mengundi adalah satu strategi untuk SPR menipu biarpun dakwat kekal digunakan. Tindakan ini jelas mencabuli hak rakyat Malaysia dan khianat kepada tanggungjawab mereka itu sendiri. Justeru, tindakan Ku Li menyokong Bersih 3.0 amatlah baik untuk menjamin perubahan besar pada PRU-13 ini nanti. SPR harus disedarkan dari terus dijadikan talibarut UMNO BN. Ayuh lakukan peruabahan sekarang!].http://pahangdaily.blogspot.com

Ku Li nafi bertanding Bebas, masih setia dengan UMNO

KOTA BHARU 11 April - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menafikan laporan bahawa beliau akan bertanding sebagai calon Bebas jika tidak dicalonkan oleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti.

Beliau yang juga ahli Parlimen paling lama berkhidmat iaitu selama 43 tahun turut menggesa semua pihak menghormatinya yang terus bersama UMNO walaupun didesak banyak pihak agar keluar daripada parti itu.

“Jangan tanya kesetiaan saya pada parti. Saya telah lebih 50 tahun dalam UMNO. Laporan itu tidak betul dan tanyalah pada orang yang buat laporan itu. Kalau di Gua Musang peluang BN sangat cerah untuk menang,” katanya selepas mengadakan Majlis Penerangan dan Pelancaran Majlis Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) peringkat Kelantan di sini, malam tadi.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR