2012/05/14
Berikutan itu beliau bersedia mencadangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mempertimbangkan saranan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran parti itu menggunakan perkataan Islam dalam nama parti.
“Perjuangan parti itu semakin jauh menyeleweng daripada matlamat asal untuk menegakkan Islam yang direncanakan sejak lebih enam dekad lalu,” katanya yang juga ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.
Beliau berkata demikian kepada Berita Harian semalam ketika diminta mengulas saranan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah untuk membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam pada nama parti itu.
Ibrahim berkata, sudah sampai masanya majlis fatwa berbuat demikian memandangkan ia boleh mengelirukan umat Islam, terutama di kalangan penyokong fanatik parti itu.
Harussani juga menggesa ahli dan penyokong PAS, khususnya yang fanatik dan taksub segera kembali kepada ajaran Islam sebenar dan berfikiran waras.
“Gunakan akal yang dianugerahkan Allah untuk berfikir... sama-sama memahami isi kandungan al-Quran, jangan hanya tahu mengutuk. Banyak sangat PAS menyalahgunakan Islam untuk kepentingan politik demi mendapatkan kuasa, pengaruh, kedudukan dan kerusi,” katanya.
Beliau juga melahirkan kebimbangan dengan perpecahan umat Islam kerana sifat dengki, tamak, mengejar pangkat dan kedudukan di kalangan pemimpin parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam.
Mengulas keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan umat Islam menyertai perhimpunan BERSIH 3.0, Harussani berkata, ia tidak dibuat sebelah mata seperti yang didakwa pemimpin pembangkang, termasuk Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sebaliknya, keputusan itu dicapai selepas perhimpunan BERSIH 3.0 tidak lagi bersih kerana menceroboh kawasan larangan, selain mendatangkan kekacauan dan kecederaan kepada pihak berkuasa dan orang awam.
“Al-Quran dan hadis menjelaskan mengenai larangan memasuki kawasan larangan tanpa kebenaran. Dataran Merdeka diletakkan di bawah kendalian pihak berkuasa tempatan dan adalah haram menceroboh kawasan itu. Demonstrasi BERSIH 3.0 juga menyebabkan kerosakan harta benda dan mencederakan orang ramai. Malah, niat hendak menjatuhkan kerajaan juga menjadikan demonstrasi itu haram untuk disertai.
“Dalam Islam tidak boleh menjatuhkan kerajaan yang sah walaupun kerajaan diperintah oleh pemimpin Islam yang fasik selagi pemerintah menjaga kebajikan umat Islam,” katanya.
Harussani yang berada di Institut Jantung Negara (IJN) ketika keputusan mengharamkan Bersih 3.0 dibuat, yakin jika tidak dikawal, demonstrasi itu akan menjadi ‘bugah’ atau pemberontakan melampau yang menghancurkan negara, sekali gus membolehkan pemberontak dihukum bunuh.
Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika diminta mengulas kenyataan perjuangan PAS menyimpang, selain menyalahgunakan Islam, berkata parti itu sedia bermuzakarah dengan mana-mana pihak termasuk UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang sangsi dengan perjuangan mereka.
“PAS menjamin konsisten dengan Islam dan Majlis Syura Ulama yang memelihara perjalanan PAS mengikut perlembagaan parti,” katanya.
Di MELAKA TENGAH, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung pengharaman umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi haram bertentangan dengan ajaran Islam yang mengajak orang ramai kepada kebaikan.
Beliau mendakwa, pada zaman Rasulullah SAW, Saidina Umar Al-Khattab pernah berdemonstrasi bersama umat Islam lain dengan berjalan dari rumah seorang daripada sahabat baginda menuju Baitullah bagi menentang penindasan dilakukan kafir Quraisy terhadap mereka.
ABU: Selepas ini nak dengar mufti bagi fatwa "haramjadah" boleh digunakan dan ditujukan kepada penyokong-penyokong PAS dan pembangkang.
Amanat Ustaz Ibrahim Libya @ Ibrahim Mahmud
Dari hidup bercerminkan bangkai lebih baik mati bergalang tanah sekiranya mati itu mati syahid.Kenapa kita sekarang menjadi makanan kepada orang kafir walaupun ratusan juta di akhir zaman ini. Ini semua kerana dalam diri umat Islam ada dua penyakit. Pertama cintakan dunia.Keduanya, benci atau takutkan mati.Dan kalau ada dalam diri ahli-ahli PAS dua perkara ini, gelaran pejuang Islam atau mujahidin hendaklah ditarik balik.
Kita minta saudara-saudara kita yang mengucap dua kalimah syahadah, sama ada petani, buruh kasar atau buruh halus,penjawat kerajaan atau swasta, polis pacak, JKKK, askar, FRU, kamu juga orang Islam.Dan jangan ketika kamu menjadi orang Islam, kamu sekat perjuangan kami dalam PAS ini, perjuangan untuk menegak kalimah Allah. Kamu sekat kami, kami tentang kamu. Kalau kami mati, kami mati syahid. Kalau kamu mati, kamu mati katak.
Saya rasa perjalanan pilihanraya di Malaysia ini umurnya sudah cukup pendek tetapi satu perkara yang kena diingat oleh saudara-saudara yang masih hidup; sesudah kami para mujahidin bertemu dengan Allah di dalam syurga Firdaus. Kamu yang masih hidup akan berdosa di hadapan Allah, zuriat akan datang akan kencing di kubur kamu, kalau kamu tidak perjuangkan dan menegak kalimah Allah. Kami para mujahidin sudah berkubur, darah merah kami masih mengalir, kami tinggal di dalam syurga tetapi kamu tetap berdosa dengan Allah s.w.t kalau kalau lari dari perjuangan.
Ingatlah saudara kepada ucapan Khalid Al Walid; kami datang dengan tentera yang cintakan mati seperti kamu datang dengan tentera yang cintakan hidup.
No comments:
Post a Comment