13 Mei 2012
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, tindakan Najib menangguhkan pilihanraya dengan menggunakan pelbagai taktik menunjukkan Umno belum lagi bersedia untuk berhadapan dengan rakyat selain hilang keyakinan dan kepercayaan di kalangan ahli Umno sendiri.
Azmin berkata, tindakan Najib itu disebabkan beliau perlu menyelesaikan pelbagai masalah dalaman Umno selain kontroversi yang dihadapi kerajaan.
"Kalau dia katakan sokongan rakyat kepada Umno semakin kuat dan kukuh, saya cabar dia umumkan tarikh pilihan raya esok.
"Pakatan Rakyat (PR) sudah bersedia dari tahun lalu lagi untuk PRU13," katanya kepada media selepas menyerahkan peralatan persiapan PRU13 PKR Negeri Pulau Pinang di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Azmin berkata, PKR telah selesai pengagihan kerusi dengan rakan PR untuk PRU13 di Pulau Pinang.
"Kita juga telah kenal pasti calon-calon yang akan bertanding di peringkat Parlimen dan Dun.
"Nama-nama calon wakil PKR Pulau Pinang akan diumumkan oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam masa terdekat," katanya.
No comments:
Post a Comment