KHUTBAH JUMAAT - 19 OKTOBER 2012 / 3 ZULHIJJAH 1433H
Khutbah Pertama
اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ
وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ
أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ . اللّهُمَّ صَلِّ
وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Wahai hamba-hamba Allah! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan
sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan
Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian,
agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah
dengan melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala yang
ditegah-Nya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 1 dan 2 surah al-Hajj:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ ۚ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ يَوْمَ
تَرَوْنَهَا تَذْهَلُ كُلُّ مُرْضِعَةٍ عَمَّا أَرْضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ
ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَىٰ وَمَا هُمْ بِسُكَارَىٰ
وَلَٰكِنَّ عَذَابَ اللَّهِ شَدِيدٌ
Maksudnya : Wahai umat manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu.
Sesungguhnya goncangan hari qiamat itu adalah suatu yang dahsyat. Hari
itu kamu dapati goncangan itu menyebabkan lalai semua perempuan yang
menyusui anak daripada anak yang disusuinya, gugurlah perempuan yang
hamil dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk sedangkan mereka
sebenanrnya bukan mabuk akan tetapi azab Allah itu sangat keras.
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Daripada ayat al-Quran yang dibaca sebentar tadi, Allah memulakan surah
al-Hajj dengan gambaran yang amat dahsyat tentang hari Qiamat. Apakah
hubungan surah ini dengan hari kiamat? Ketahuilah, bahawa ibadah haji
dan hari kiamat mempunyai banyak persamaan, antaranya ialah ketika kita
berhimpun di padang Arafah. Dalam keadaan yang amat sesak dan kelam
kabut, begitulah juga keadaan kita di padang Mahsyar. Detik-detik
terakhir kita berhimpun di padang Mahsyar untuk menunggu pengadilan
daripada Allah untuk ke syurga atau ke neraka.
Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian
Ibadah Haji menyaksikan perhimpunan agung manusia dari seluruh pelusuk
dunia. Perhimpunan yang mempunyai satu arah dan tujuan. Perhimpunan yang
menyaksikan perbezaan darjat yang selama ini dibanggakan manusia, warna
kulit yang suka dibeza-beza, dan kedudukan serta pangkat yang sentiasa
dibanding-banding dan dipuja semuanya menjadi sama, serupa dan tiada
berbeza.
Kebersamaan inilah yang lahir atas kepatuhan dan ketundukan kepada Allah
Yang Maha Esa yang menjadikan manusia terhimpun menjadi satu. Satu
aqidah, satu iman, satu qiblat dan satu tujuan, akhirnya akan melahirkan
satu umat yang berpegang teguh dengan satu kitab al-Quran, beramal
kukuh dengan sunnah Nabi Junjungan dengan erti kata lain beramal dengan
seluruh ajaran Islam, sehingga mampu menjadi pegangan yang berkekalan
untuk dipersembahkan di hadapan al-Rahman pada perhimpunan Mahsyar yang
agung kelak.
Hadirin sidang Jumaat sekalian
Umat Islam merupakan umat yang teramai dan terbesar di muka bumi ini.
Hampir 1/5 penduduk dunia adalah terdiri daripada umat Islam. Sejarah
membuktikan bahawa umat kita mampu memimpin dan mentadbir dunia sehingga
penduduk dunia dapat merasai kemuliaan agama ini dan hidup dengan
rahmat agama ini.
Namun pada hari ini, nasib umat Islam amat menyedihkan. umat Islam
dilihat sebagai umat yang jauh ketinggalan di belakang, tahap
kekuatannya menurun, kerap tertindas, berpecah-belah tidak bersatu, dan
saling bertelagah di antara satu sama lain. Adakah kerana kita terlalu
berbangga dengan pencapaian tamadun dan budaya umat Islam tanpa
melakukan apa-apa tindakan untuk mengembalikan kemuliaan umat ini?
Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian
Terlalu banyak faktor penyumbang kepada kemunduran dan kelemahan umat
Islam hari ini sehingga mudah dipermain-mainkan oleh pihak musuh. Maka
pada hari ini, saya akan menyatakan sebahagian daripada faktor-faktor
kelemahan umat Islam, antaranya ialah :
1 - Jauh Dari Ilmu dan Ajaran Islam Yang Sebenar
Umat Islam sekarang ini sangat jahil dengan ilmu dan ajaran Islam yang
sebenar. Sehingga menyebabkan mereka hilang keyakinan dengan Islam itu
sendiri, sebagai cara hidup yang sempurna, merangkumi akidah dan
syariat, ibadah dan akhlak. Islam adalah agama yang mengatur hidup umat
manusia secara peribadi, berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.
2 - Mendustakan Dan Meninggalkan Syari’at Islam.
Hari ini kita banyak menyaksikan, umat Islam berlumba-lumba
meninggalkan syari’at Islam yang sebenar. Mereka meremeh-remehkan
tuntutan agama mereka. Mereka meninggalkan sebahagian dari agama kerana
beranggapan terdapat sebahagian syari’at di dalam Islam ini yang sudah
tidak lagi sesuai untuk diamalkan, malah hanya bakal mengundang
kejumudan dalam menjalani kehidupan di era sains dan teknologi. Mereka
menganggap apa yang mereka tinggalkan sebagai suatu perkara yang
remeh-temeh, tidak mendatangkan manfaat kepada diri dan masyarakat
mereka.
3 - Umat Islam Suka Dan Berbangga Meniru Peradaban Orang Lain
Ini jelas dapat dilihat melalui sistem kehidupan seharian umat Islam, di
mana cara berpakaian, perlaksanaan ekonomi, sistem bernegara, cara
berfikir dan lebih teruk lagi apabila mereka mengambil idola-idola
mereka dari kaum yang disesatkan oleh Allah. Sehinggakan kita berbangga
dengan peradaban dan budaya yang dicipta oleh mereka.
Amat menyedihkan dalam segenap segi hidup umat Islam, mereka mengambil
dan mengikut golongan yang dibenci dan disesatkan oleh Allah.Bukankah
kita, setiap hari tidak kurang daripada 17 kali kita meminta dan memohon
kepada Allah untuk menunjukkan kita jalan yang lurus dan bukannya
ditunjukkan jalan-jalan golongan yang dibenci dan disesatkan oleh Allah,
iaitu kaum Nasrani dan kaum Yahudi.
Sedarkan kita, atau masih lagi kita leka dan lalai dengan doa dan
permintaan kita ini kepada Allah? Sebagaimana yang kita baca dalam surah
al-Fatihah di dalam solat kita sehari semalam? Allah juga, pernah
menegaskan di dalam firman-Nya di dalam surah Ali Imran ayat 85 yang
berbunyi :
وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ ٱلْإِسْلَـٰمِ دِينًۭا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِى ٱلأَخِرَةِ مِنَ ٱلْخَـٰسِرِينَ ﴿٨٥﴾
Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan
diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang
yang rugi. – Ali Imran ayat 85.
Sanggupkah kita mengikut gaya hidup dan budaya kaum-kaum yang telah
disesatkan oleh Allah yang akan mengundang penyesalan dan kerugian
kepada kita di akhirat kelak?
4 - Taksub Kepada Pendapat Sendiri
Taksub bermaksud cenderong kepada pendapat sendiri dan tidak menerima
pendapat orang lain. Sebahagian daripada kalangan umat Islam, memiliki
sikap taksub kepada diri sendiri. Apabila kebenaran berada pada pihak
lain, dia akan menolak kebenaran tersebut. Mereka hanya inginkan
kebenaran itu datang daripada mereka sahaja dan tidak mahu menerima
kebenaran itu datang dari pihak lain.
وَمَا اخْتَلَفَ فِيهِ إِلَّا الَّذِينَ أُوتُوهُ مِن بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۖ فَهَدَى اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا لِمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِهِ ۗ وَاللَّهُ يَهْدِي مَن يَشَاءُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ ﴿٢١٣﴾
Tidaklah berselisih tentang kitab itu melainkan orang yang telah
didatangkan kepada mereka kitab, iaitu setelah datang kepada mereka
keterangan-keterangan yang nyata, kerana dengki di antara mereka
sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada
kebenaran berkenaan perkara yang mereka perselisihkan itu dengan
kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang
dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus. (Surah al-Baqarah, 2: 213)
5- Umat Islam Terlalu Mengejar Urusan Dunia Dan Takutkan Kematian
عَنْ
ثَوْبَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُوشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ
كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ
قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ
وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزَعَنَّ اللَّهُ مِنْ
صُدُورِ عَدُوِّكُمْ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي
قُلُوبِكُمْ الْوَهْنَ فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا
الْوَهْنُ قَالَ حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ (رواه أبو داود)
Hampir-hampir orang-orang kafir ini mengerumuni kamu sebagaimana
orang yang lapar mengerumuni hidangannya.” Lalu mereka bertanya: “Adakah
jumlah kita pada waktu itu sedikit?” Rasulullah menjawab: “Tidak,
bahkan jumlahmu ramai sekali. Akan tetapi, kamu seperti buih di atas
air. Sungguh Allah akan mencabut perasaan takut di hati musuhmu terhadap
kamu, dan sungguh Allah akan menghembuskan rasa wahn (lemah) di
hatimu.” Lalu mereka bertanya: “Wahai Rasulullah! Apa itu wahn?” Baginda
menjawab: “Cinta kepada dunia dan takut mati.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 11/371, disahihkan oleh al-Albani dalam al-Misykah, no. 5369)
Perkara ini banyak berlaku pada zaman ini. Segelintir daripada kita,
berusaha bersungguh-sungguh menimbun dan mengumpul kekayaan di dunia dan
membina kemewahan hidup dengan harta, rumah besar, kenderaan besar,
pakaian berjenama, dan seumpamanya.
Namun sayangnya, mereka meninggalkan kewajiban yang sebenar, di mana
mereka tidak menitik-beratkan tuntutan agama untuk diri mereka. Mereka
meremehkan solat, tidak mengeluarkan zakat, meninggalkan kewajiban
menuntut ilmu agama yang ternyata sangat penting, tetapi mereka sibuk
mengejar pangkat dan kemewahan hidup dunia.
بَارَكَ
اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ
بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى
وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ
قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ
الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ
فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
Khutbah Kedua
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
أَفَغَيْرَ
دِينِ ٱللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُۥٓ أَسْلَمَ مَن فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ
وَٱلْأَرْضِ طَوْعًۭا وَكَرْهًۭا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ ﴿٨٣﴾ (آل عمران :٨٣)
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .
فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Apakah kita masih tidak mahu menerima ketetapan Allah sedangkan langit
dan bumi serta segala isi di dalamnya telah tunduk dan patuh kepada
ketetapan Allah samada secara rela ataupun terpaksa. Hanya jin dan
manusia yang masih lagi degil dan mencari cara hidup lain selain dari
yang telah ditetapkan oleh Allah.
اَللَّهُمَّ
اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ
والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ
قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم . اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ .
اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ،
اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا
مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ،
إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سُلْطَانُ أَزْلَنَ مُحِبُّ الدِّيْن شَاهٌ اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سُلْطَانُ يُوْسُفَ
عِزُّ الدِّيْن شَاهٌ غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ ، وَاشْكُرُوهُ
عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ ،
وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .
Sumber:
http://dewanulamakpasperak.blogspot.com/
Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang
www.4shared.com