KUALA LUMPUR 29 Okt. - Anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta menganggap semua dokumen berkaitan parti sebagai dokumen rahsia dan harus mengendalikannya dengan sebaik mungkin.
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata langkah itu penting untuk memastikan dokumen berkenaan selamat dan tidak berada pada pihak yang tidak sepatutnya.
Mengulas mengenai isu kebocoran dokumen BN seperti yang didakwa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng baru-baru ini, Tengku Adnan berkata ia hanya melibatkan maklumat kesiapsiagaan parti menjelang pilihan raya umum ke-13 dan pihaknya sedang menyiasat perkara itu.
"Penerima dokumen ini lupa kita ada sistem kod di ibu pejabat. Saya cuba nak dapatkan copy yang ada pada Guan Eng itu supaya kita tahu siapa yang telah berikan padanya. Tindakan selepas itu kita serahkan kepada Pengerusi (BN)," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menerima buku 100 Wira Negara daripada Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) untuk diedarkan kepada perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2012 di sini, hari ini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment