Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.
Segala kebesaran milik ALLAH SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus berada di di sepanjang 1 sehingga 9 Zulhijjah dan seterusnya menyambut Hari Raya AidilAdha 1433H pada tahun ini.
Sesungguhnya kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT ini wajar dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dengan memperbanyakkan aktiviti ibadah dan seterusnya meningkatkan ketaqwaan selari dengan tujuan Ibadah korban yang di syariatkan ALLAH SWT.
Menyoroti kisah Nabi Ibrahim dan Ismail Alaihissalam , bagaimana dua insan terpilih ini sanggup mengorbankan kepentingan masing-masing di jalan ALLAH SWT .
Sabda Nabi Ibrahim Alaihisalam : “Semua yang menjadi korban itu belum apa-apa lagi bagiku. Demi Allah, kalau aku dikurniakan anak lelaki sudah tentu dia juga akan kusembelih di jalan Allah dan aku korbankan dia untuk Allah.”
Selain itu ALLAH SWT dalam surah At-Taubah ayat 91-92 juga menyatakan :
“Tidak ada dosa(kerana tidak pergi berperang) atas orang yang lemah, orang yang sakit dan orang yang tidak memperoleh apa yang akan mereka infakkan,apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan Rasulnya. Tidak ada alasan apa pun untuk menyalahkan orang-orang yang berbuat baik. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. Dan Tidak pula(ada dosa) atas orang-orang yang datang kepadamu(Muhammad), agar engkau memberi kenderaan untuk membawa mereka, lalu engkau berkata, “ Aku tidak memperoleh kenderaan untuk membawamu”, lalu mereka berlalu pergi, sedang mata mereka bercucuran air mata kerana sedih, disebabkan mereka tidak memperoleh apa yang akan mereka infakkan(untuk ikut berperang).”
Menurut Imam Hasan Al-Basri : Berikir sejenak itu lebih baik daripada bangun solat malam . Di sini saya ingin mengajak seluruh rakyat untuk duduk sejenak dan renungkan bersama . Medan jihad kita hari ini dan mereka yang terdahulu sangat jauh berbeza .Jika kita menelusuri sirah para sahabat , medan jihad mereka adalah Badar , Uhud , khandak , hunain dan yang seumpanya . Tapi kita , inilah medan jihad kita yang sebenar , perjuangan dan Ilmu . Dua bidang yang berbeza tetapi kepentingan kedua-duanya , tidak boleh kita abaikan walau salah satu darinya. Kalau dulu, darah para sahabat menitis kerana berjihad di medan perang . Tapi kita hari ini, tiada setitis darah mahupun peluh yang kite tumpahkan untuk mencari kebenaran. Lalu di mana kah kita manfaatkan nikmat lapang , sihat , muda yang ALLAH SWT kurniakan buat kita hambanya ?
Bersempena dengan Ketibaan hari Kebesaran Ummat Islam ini , saya menyeru diri saya dan seluruh rakyat, untuk kita nilai kembali sejauh manakah kesepaduan kita sebagai ummat Islam, sejauh manakah kelebihan modal insan yang ALLAH SWT kurniakan buat kita telah kita gunakan untuk manfaat masyarakat sekeliling dan sejauh manakah kita sudah memanfaatkan medan perjuangan yang terbentang di hadapan kita untuk manfaat agama kita ?
Dengan ini , saya mewakili saff kepimpinan PAS Perak ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan rakyat Perak khususnya. Semoga perayaan Aidiladha ini akan menjadi pencetus kesedaran kita untuk berubah menjadi lebih baik ,maju dan bersatu , kerana setiap Umat Islam itu adalah hamba Allah SWT yang terbaik dari kalangan hamba-hambaNya yang lain.
Ustaz Abu Bakar Hussian
( Pesuruhjaya PAS Perak )
No comments:
Post a Comment