Muhammad Faeez Azahar, | 04 Okt 2012 |
Perhimpunan tersebut diadakan bagi menuntut agar Pilihanraya bersih dan adil kerana usaha tuntutan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 3.0) masih gagal dilaksana sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Naib Ketua Pemudanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, Pemuda PAS bersama komponen Pemuda PR yakin mampu menggerakkan anak muda untuk turun bersama-sama bagi menyuarakan hak yang dinafikan oleh kerajaan.
“Walaupun usaha BN cuba 'menutup mulut' anak muda dengan perbentangan Bajet 2013 yang lalu, ianya bukan sebagai kayu ukur bahawa anak muda mudah 'dibeli' dengan kebendaan semata-mata,” katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak menjelaskan, Pemuda PAS juga berkeyakinan bahawa 50 peratus bagi sasaran jumlah himpunan tersebut akan diisi oleh anak muda yang bersama tuntutan BERSIH 3.0.
“Kami, Pemuda PAS yang sudah mula memanaskan gerakan himpunan-himpunan yang bermula dengan 'Himpunan Hijau ke Putrajaya' di Alor Setar, Kedah atas nama 'Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya' dan terus bergerak di seluruh negara serta program seumpamanya.
“Kami yakin momentum anak muda yang bersama Pemuda PAS sudah bersedia untuk turun di dalam himpunan besar tersebut,” jelasnya.
Raja Ahmad menjelaskan, pihaknya juga optimis komponen Pemuda parti komponen turut bersedia bagi menyahut arahan pimpinan bagi merealisasikan tuntutan BERSIH 3.0.- HD.
No comments:
Post a Comment