Khutbah Pertama
اَلْحَمْدُ ِ ٱللَّهِ الْقاَئِلِ :
قُلْ
ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَمَآ أُنزِلَ عَلَيْنَا وَمَآ أُنزِلَ عَلَىٰٓ
إِبْرَٰهِيمَ وَإِسْمَـٰعِيلَ وَإِسْحَـٰقَ وَيَعْقُوبَ وَٱلْأَسْبَاطِ
وَمَآ أُوتِىَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَٱلنَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمْ لَا
نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍۢ مِّنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُۥ مُسْلِمُونَ ﴿٨٤﴾ وَمَن
يَبْتَغِ غَيْرَ ٱلْإِسْلَـٰمِ دِينًۭا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِى
ٱلْءَاخِرَةِ مِنَ ٱلْخَـٰسِرِينَ ﴿٨٥﴾ - آل عمران
اَشْهَدُ اَنْ لاَ الهَ اِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ
صَلِّ وَسَلِّمْ وَبـَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنـَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الِهِ
وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ اِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ.
اَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللَّهُ اِتَّقُوْ اللَّهَ فَاِنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Bertaqwalah kita kepada Allah dan janganlah kita mati kecuali dalam keadaan kita beriman. Ayat yang dibacakan tadi bermaksud :
Katakanlah (wahai Muhammad): Kami beriman kepada Allah dan kepada
apa yang telah diturunkan kepada kami dan kepada apa yang telah
diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim dan lsmail dan Ishak dan Yaakub dan
keturunannya dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa
dan Isa dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak
membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah
kami berserah diri (Islam). Dan sesiapa yang mencari agama selain agama
Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat
kelak dari orang-orang yang rugi. – Ali Imran ayat 84 -85.
Allah menerangkan dalam ayat di atas bahawa menjadi kewajipan kepada
semua Umat Islam yang mengaku menjadi Umat Nabi Muhammad SAW agar
beriman kepada Allah dan Al-Quran yang diturunkan kepada baginda serta
beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan kepada para nabi sebelumnya
termasuk Ibrahim, lsmail, Ishak dan Yaakub, Musa, dan Isa serta para
nabi yang telah diutuskan oleh Allah. Ini kerana Allah pernah tidak
membeza-bezakan di antara mereka kerana kesemua mereka membawakan agama
dan ajaran daripada Allah.
Maka celakalah nasib kita di Hari Akhirat kelak jika kita memilih selain
Islam sebagai cara hidup yang lengkap. Apakah kita pada hari ini
benar-benar telah memilih cara hidup Islam dan meninggalkan cara hidup
selain daripada Islam atau kita sendiri tidak mengetahui yang mana
satukah cara hidup yang telah ditentukan oleh Islam.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Dalam ayat seterusnya Allah berfirman :
كَيْفَ
يَهْدِى ٱللَّهُ قَوْمًۭا كَفَرُوا۟ بَعْدَ إِيمَـٰنِهِمْ وَشَهِدُوٓا۟
أَنَّ ٱلرَّسُولَ حَقٌّۭ وَجَآءَهُمُ ٱلْبَيِّنَـٰتُ ۚ وَٱللَّهُ لَا
يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ ﴿٨٦﴾ أُو۟لَـٰٓئِكَ جَزَآؤُهُمْ أَنَّ
عَلَيْهِمْ لَعْنَةَ ٱللَّهِ وَٱلْمَلَـٰٓئِكَةِ وَٱلنَّاسِ أَجْمَعِينَ
﴿٨٧﴾ خَـٰلِدِينَ فِيهَا لَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ
يُنظَرُونَ ﴿٨٨﴾ إِلَّا ٱلَّذِينَ تَابُوا۟ مِنۢ بَعْدِ ذَٰلِكَ
وَأَصْلَحُوا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌ ﴿٨٩﴾ - آل عمران
-
Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayat kepada sesuatu kaum
yang kufur ingkar sesudah mereka beriman dan juga sesudah mereka
menyaksikan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) itu adalah benar dan telah
datang pula kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata dan
(ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayatNya kepada kaum
yang zalim. Mereka itu balasannya ialah bahawa mereka ditimpa laknat
Allah dan malaikatNya serta sekalian orang-orang yang beriman. Mereka
kekal di dalamnya, tidak diringankan azab seksa daripada mereka dan
mereka pula tidak diberi penangguhan. Kecuali orang-orang yang bertaubat
sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki keburukan mereka, maka
sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani – Ali Imran ayat 86 - 89.
Sidang Jumaat sekelian,
Allah menegaskan bahawa Dia tidak akan memberi petunjuk hidayat kepada
seseorang yang menolak SyariatNya setelah diperlihatkan berbagai bukti
kebenaran Allah dan dipertontonkan dengan kebenaran dan ketinggian
akhlak Rasulullah kerana mereka sebenarnya telah menzalimi diri mereka
sendiri. Akibat tindakan yang mereka pilih sendiri maka mereka akan
dilaknat oleh Allah dan malaikatNya serta sekalian orang-orang yang
beriman. Mereka akan kekal di dalam neraka dan tidak akan diringankan
azabnya dan tidak akan dipedulikan sama sekali.
Namun atas belas ehsan Allah yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani
mereka masih berpeluang untuk bertaubat serta memperbaiki akhlak dan
keimanan mereka serta berusaha menjadi orang-orang yang bertaqwa.
Ulamak berbeza pandangan mengenai sebab turunnya ayat ini. Antara yang
paling masyhur adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Abu Jaafar
At-Tobari bahawa ayat ini turun kepada Al-Harith Bin Suwaid Al-Ansari
(اَلْحاَرِثُ بْنُ سُوَيْدِ الأَنْصاَرِي) yang asalnya merupakan seorang
Islam dan kemudiannya murtad. Beliau kemudian menyesal dan ingin
bertaubat lalu turunlah ayat ini. Lalu beliaupun kembali kepada Islam.
Sidang Jumaat sekelian,
Manusia paling malang di dunia dan di Akhirat adalah golongan ketiga
yang bakal mendapat siksaan Allah yang amat perit dan mereka akan kekal
di dalam neraka. Firman Allah :
إِنَّ
ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بَعْدَ إِيمَـٰنِهِمْ ثُمَّ ٱزْدَادُوا۟ كُفْرًۭا
لَّن تُقْبَلَ تَوْبَتُهُمْ وَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلضَّآلُّونَ ﴿٩٠﴾ إِنَّ
ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَمَاتُوا۟ وَهُمْ كُفَّارٌۭ فَلَن يُقْبَلَ مِنْ
أَحَدِهِم مِّلْءُ ٱلْأَرْضِ ذَهَبًۭا وَلَوِ ٱفْتَدَىٰ بِهِۦٓ ۗ
أُو۟لَـٰٓئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌۭ وَمَا لَهُم مِّن نَّـٰصِرِينَ ﴿٩١﴾
Sesungguhnya orang-orang yang kafir sesudah mereka beriman,
kemudian mereka bertambah kufur lagi, tidak sekali-kali akan diterima
taubat mereka dan mereka itulah orang-orang yang sesat. Sesungguhnya
orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak
sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka emas sepenuh
bumi, walaupun dia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu.
Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan
mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun – Ali Imran ayat 90 – 91.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Berbeza dengan orang-orang yang murtad kemudiannya menjadi bertambah
kufur sehinggalah saat kematian mereka. Golongan yang sesat seperti ini
tidak akan diterima taubat mereka dan mereka itulah orang-orang yang
sesat. Mereka akan menerima azab yang tidak terperi sakitnya yang tidak
mampu dihentikan siksaan itu dengan pertolongan sesiapa ataupun jika
mereka mampu sekalipun menebusnya dengan emas dan permata sebesar bumi
dan segala yang ada di dalamnya.
Syeikh Dr. Wahbah Bin Mustaffa Az-Zuhaili (وهبة بن مصطفى الزحيلي) dalam
tafsirnya Al-Wasithnya (تفسير الوسيط) menceritakan mengenai 3 golongan
kuffar yang disebut dalam Al-Quran iaitu berasaskan keadaan mereka yang
berterusan dalam kekufuran lalu mati ataupun bertaubat selepas murtad
ketika hidupnya ataupun hanya bertaubat di saat akhir hidupnya.
a. Mereka yang murtad lalu bertaubat maka diterima taubat mereka itu selagi nyawanya belum sampai ke ghargharah. (الغرغرة)
b. Mereka yang murtad lalu bertaubat kemudiannya kembali murtad maka tidak akan diterima taubatnya.
c. Mereka yang murtad dan mati dalam keadaan kufur.
Maka tidak akan diterima taubat mereka yang murtad ini tidak akan mampu ditebus walau dengan apa cara sekalipun.
بَارَكَ اللَّهُ
لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا
فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى
وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ
قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللَّهَ
الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ
وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ
وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
Khutbah Kedua
اَلْحَمْدُ ِ للَّهِ الْقاَئِلِ :
أَفَغَيْرَ
دِينِ ٱللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُۥٓ أَسْلَمَ مَن فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ
وَٱلْأَرْضِ طَوْعًۭا وَكَرْهًۭا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ ﴿٨٣﴾ (آل عمران :٨٣)
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .
فَيَا عِبَادَ اللَّهِ، اِتَّقُوْا اللَّهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللَّهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Apakah kita masih tidak mahu menerima ketetapan Allah sedangkan langit
dan bumi serta segala isi di dalamnya telah tunduk dan patuh kepada
ketetapan Allah samada secara rela ataupun terpaksa. Hanya jin dan
manusia yang masih lagi degil dan mencari cara hidup lain selain dari
yang telah ditetapkan oleh Allah.
Murtad tidak hanya semata-mata dengan mengisytiharkan keluar dari Islam.
Murtad boleh terjadi dengan menolak hukum dan Syariat Allah. Murtad
juga berlaku jika kita menerima sebahagian Syariat Allah dan menolak
sebahagian yang lain. Murtad juga boleh berlaku dengan menghina Allah,
Rasul dan Syariat Allah. Murtad juga boleh berlaku apabila kita
mensyirikkan Allah dengan sesuatu. Maka janganlah kita berterusan
melakukan sesuatu yang boleh mengeluarkan kita daripada sempadan agama
suci ini sehingga kita mati dalam keadaan kita tidak diiktiraf sebagai
seorang Islam yang beriman. Maka apakah yang akan menyelamatkan kita
daripada kekal selama-lamanya berada dalam azab kerana jika kita
mempunyai segala bentuk kekayaanpun di muka bumi ini maka tidak akan ada
nilainya di sisi Allah untuk kita tukar ganti.
اَللَّهُمَّ
اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ
والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ
قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللَّهِ صَلَّ اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ
اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ
وَفِّقْ سُلْطَانَ أَزْلَنَ مُحِبُّ الدِّيْنِ شَاهٌ اِبْنِ
اَلْمَرْحُوْمِ سُلْطَانَ يُوْسُف عِزُّ الدِّيْنِ شَاهٌ غَفَرُ اللَّهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللَّهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ ، وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ، وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .
Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang
www.4shared.com
No comments:
Post a Comment