Dalam kejadian jam 4.30 itu empat lagi pekerja dipercayai warga Indonesia masih terperangkap dalam runtuhan.
Pada ketika ini anggota Bomba sedang bertungkus- lumus untuk mengesan dan mengeluarkan masa yang masih terperangkap.
Kejadian berlaku di Jalan JED, 7/5 di sini, berhadapan dengan Kolej Kediaman Jati, Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Sinar Harian melaporkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ketika kejadian beliau sedang membaca akhbar dan mendengar bunyi dentuman kuat dari arah depan rumahnya.
“Mula-mula saya lihat tidak serius, hanya debu sahaja kelihatan. Tetapi setelah melihat bumbung rumah tersebut runtuh.
“Saya terus hubungi bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk maklumkan kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
No comments:
Post a Comment