SHAH ALAM - Bekas Pengerusi Eksekutif Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), Datuk Abdul Rahman Maidin muncul personaliti terbaru menyertai Pas.

Beliau yang juga bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia mengumumkan penyertaan itu bersama tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor di Batu Pahat, malam tadi.
Turut menyertai Pas ialah bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantations, Mohd Sais Joned.

Dua yang lain ialah bekas Pengarah Pelajaran Johor, Ramlan Sariman dan Timbalan Pengarah Institut Perguruan Batu Pahat, Nasir Abdullah.

Laporan Harakahdaily menyebut mereka menyerahkan borang meyertai Pas kepada Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.-SINAR HARIAN.

Bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation sertai PAS


Hj Mohd Said Jonit, 59 tahun, bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation Sdn Bhd. Lulusan Universiti Pertanian Malaysia. Orang Kluang Johor.

Berkhidmat dengan Felda selama 38 tahun dan mempunyai kepakaran dalam dunia perladangan. Mendapat kepercayaan sejak zaman Tan Sri Raja Alias hingga ke hari ini. Sangat rapat dengan beberapa Pengarah Besar Felda kerana pengalaman luas dalam pengendalian ladang khususnya Tanam Semula.

Dalam politik, pernah menjadi Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Tenggara dan Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Kluang di pertengahan tahun 1990 an.

Saya rapat dengan beliau sekitar dua tahun ini. Bertemu kali pertama di Felda Taib Andak. Beliau banyak memberikan syor mengenai isu2 Felda. Apabila peneroka mengadu mengenai kebun yang tidak diurus Felda dengan sempurna, saya akan refer kpd beliau selain Datuk Ahmad Maslan. Saya menghargai kegigihan beliau dalam isu berkaitan penyelenggaraan kebun peneroka.

Oleh kerana percampuran beliau dengan pegawai2 kanan Felda samada diperingkat HQ dan Wilayah, rata2 mengenali beliau. Namun, dia selalu mengeluh; banyak projek tanam semula yang tidak beres kerana kontraktornya Umno. Peneroka marah, hutang tanam semula mencecah antara RM50 ribu hingga lebih RM100,000. Dia dan team Taskforce Tanam Semula Felda selalu jadi sasaran.

Isunya bukan soal kontraktornya Umno; tapi kerjanya yang tidak siap. Payment dah ambil. Beliau dan rakan2 Task Force Felda pening untuk menyelesaikan kebun2 yang bermasalah, sampai ke hari ini. Ini jenis kontraktor yang tidak bertanggungjawab, khususnya bawah Techno Plant Sdn Bhd.

Alhamdulillah, beliau masuk PAS. Saya menjadi pencadang kpd beliau sertai PAS. Sdr Zaki, anak peneroka Felda Taib Andak jadi penyokong keahliannya. Banyak ujian beliau nak sertai PAS. Terhalang beberapa kali.

Hj Mohd Said beritahu saya, dia nak mati dalam perjuangan Islam. Dulu dia Umno, tapi Umno sekarang sudah tidak pentingkan rakyat lagi. Ada peluang, fikir nak kebas saja hak rakyat. Kesian peneroka, asyik ditipu pemimpin Umno; dari peringkat cawangan sampai pemimpin tertinggi.

Beliau bersedia menyumbang bersama PAS dan Pakatan Rakyat. Alumni Bekas Kakitangan Felda pimpinan Hj Salleh Abdullah akan sedia ruang untuk beliau beri idea dan bantu warga Felda.

Ceramah sulung Hj Mohd Said pada 16 Dis ini di Felda Taib Andak, Kulai. Beliau akan dedah dan luahkan apa yang terbuku selama ini mengenai nasib peneroka felda. ANAK dan Alumni Staff Felda akan mengatur road show beliau seluruh negara bersama bekas2 Pegawai Kanan Felda lain.

Saya tidak bercakap besar, gelombang baru di Felda akan masuk babak kedua yang lebih hebat. Beberapa tokoh kanan Felda akan menyusul. Ahmad Maslan dan Isa Samad bukan sahaja berdepan dengan ANAK dan PR, tapi penyertaan secara agresif satu demi satu tokoh2 Felda hingga Parlimen dibubarkan.

Listnya ada pada saya. ANAK ada regu yang siap sedia menggempur kubu2 Umno di 317 penempatan Felda seluruh negara!

Tahniah Hj Mohd Said Jonit!.