'Beri ruang saya jawab live di TV1, TV3'
MARANG: PAS sedia menjawab segala polemik yang
ditimbulkan dalam isu ‘Amanat Haji Hadi’ dengan syarat diberi peluang
satu jam secara langsung melalui RTM oleh Kementerian Penerangan
Komunikasi dan Kebudayaan.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan diberi
peluang kepada beliau satu jam secara ‘live’ dalam RTM dan TV3 bagi
menjelaskan isu amanat tersebut.
Malah, beliau turut menyatakan kesediaan merungkai permasalah isu
‘Amanat’ yang diucapkannya dalam satu ceramah di Banggol Peradong, Manir
pada tahun 1981.
“Saya minta beri peluang satu jam di saluran RTM, TV1 atau TV3 untuk saya jelaskan secara ‘live’, bukan rakaman.
“Jika saya bercakap di sini nanti akan diputarbelitkan dan satu
kenyataan bertulis akan saya berikan. Sama ada saya tarik balik atau
tidak ‘amanat’ itu, beri peluang saya bercakap satu jam secara langsung
dahulu,” tegasnya selepas Majlis Pelancaran Petugas Muslimat PAS Marang
PRU13 di Dewan Tok Guru, Rusila Marang, hari ini. (Gambar atas)
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media yang mahukan
penjelasan beliau bahawa ‘Amanat’ pada tahun 1981 itu yang didakwa
menjadi punca pecah belah dalam masyarakat umat Islam di negara ini.
Menurutnya, ruang masa siaran secara langsung selama satu jam itu
sudah memadai bagi menjelaskan kekeliruan kepada rakyat berhubung isu
tersebut.
“Saya minta Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim beri saya satu jam masa secara
‘live’ pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh kerajaan.
“Satu jam sudah memadai, saya bersedia tapi jangan pukul 3.00 pagi
sudah, biar waktu siaran (biasa) di TV1, TV2 atau TV3,” ujarnya kepada
wartawan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan isu ‘amanat’
tersebut sering kali dimainkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN)
setiap kali menjelang pilihan raya.
Menurut Ustaz Abdul Hadi, sebuah kitab ‘Mustika Hadis’ keluaran
Jabatan Perdana Menteri lebih 'teruk' dari ucapannya yang dinamakan
‘amanat’ tersebut.
Hadir sama pada sidang media itu Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali.
Video
http://www.youtube.com/
TV1, TV3 Wajar Sahut Hasrat Presiden PAS
KUALA LUMPUR:
Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyokong penuh pendirian Presiden PAS,
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berbentuk permintaan dan
harapan agar diberikan ruang untuk muncul sejam di TV1 dan TV3.
Ini bagi menjelaskan segala isu yang berbangkit daripada apa yang
disebut-sebut oleh ramai pihak khususnya dimainkan oleh media proksi BN
sebagai “Amanat Haji Hadi”.
Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi berkata, DMPP melihat
bahawa pendirian Presiden PAS ini adalah sangat berani, wajar dan
bertanggungjawab.
“Pendirian dan sikap ini juga secara tidak langsung membuktikan
kepada kita semua bahawa Presiden PAS adalah di pihak yang benar, selari
dengan pepatah Melayu ‘berani kerana benar’,” ujarnya dalam satu
kenyataan.
Justeru, laporan Utusan Malaysia baru-baru ini bahawa Presiden PAS
terus membisu daripada memberi respons terhadap isu itu juga barang kali
sudah sampai ‘buku bertemu ruas’ dan sepatutnya pihak media proksi BN
dan Umno seperti TV1, TV3 dan Utusan menerima perkembangan ini ibarat
‘orang mengantuk disorongkan bantal’.
“Kami yakin dan percaya bahawa ini adalah sesuatu yang sangat
ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pihak khususnya rakyat Malaysia tanpa
mengira kaum, agama dan parti politik untuk mendengar sendiri penjelasan
daripada YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,” ujarnya.
Justeru itu, katanya DMPP mendesak Kerajaan Malaysia khususnya
Kementerian Penerangan yang bertanggungjawab ke atas TV1 dan seterusnya
pihak Media Prima yang bertanggungjawab ke atas TV3 segera menyahut
‘permintaan’ Presiden PAS yang dikira cukup gentleman itu.
Katanya, keupayaan dan kesungguhan kedua-dua pihak terbabit iaitu TV1
dan TV3 bagi memenuhi permintaan Presiden PAS ini juga akan menjadi
tanda aras bahawa kedua-dua pihak berkenaan siap untuk memberi laluan
kepada pimpinan utama daripada parti politik selain daripada pihak BN.
“Kita semua tahu TV1 dan TV3 sangat ghairah memainkan isu ini, maka
ini adalah peluangnya mereka menunjukkan keberanian mereka pula. Jangan
hanya berani ‘lontar batu sembunyi tangan’.
“Bertanggungjawablah dengan apa yang telah kalian laporkan secara fitnah, adu domba dan sangat berniat jahat,” katanya.
ABU: Sangat setuju dan setuju sangat-sangat!Biar semua orang dapat dengar dan menilai dengan teliti.
يَاأَيُّهَا
الَّذِينَ ءَامَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ
تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ
نَادِمِينَ
Wahai
orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa
sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak
diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga
menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.
(Surah al-Hujurat [49]: 6)
HANYA RAKAMAN - Rais
KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyiarkan penjelasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan isu Amanat Haji Hadi.
Bagaimanapun kata beliau, ia boleh dibuat secara rakaman dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada ia sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya.
"Kita minta Datuk Seri Hadi beritahu lokasi penjelasan itu hendak dibuat rakaman.
"RTM boleh buat liputan dan sekiranya kandungan berita itu sesuai, kita akan tayangkan di TV," kata beliau kepada pemberita ketika menyaksikan persiapan dan raptai Majlis Rumah Terbuka Krismas 2012 dan sambutan Tahun Baharu 2013 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.
Pagi tadi di Marang, Hadi berkata, beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan.
Pemimpin tertinggi Pas itu berkata, jika diberi peluang itu, beliau akan menjelaskan segalanya berkaitan amanat beliau mengkafirkan Umno supaya masyarakat dapat menilainya.
Pada masa sama, Hadi berkata, beliau juga bersedia memberi penjelasan secara bertulis mengenai pendiriannya itu berkaitan amanat yang dicetuskan sejak lebih 30 tahun lepas.
Mengulas lanjut hasrat Hadi itu, Rais berpandangan kenyataan yang dibuat pemimpin Pas itu pada 1981 perlu mendapat penilaian daripada pihak lain memandangkan isu akidah itu telah menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.
"Pandangan mufti lain pun harus dipertimbangkan di samping penilaian pihak Jakim dan pihak berkuasa lain dalam soal akidah," jelasnya.
Meskipun Rais dilihat secara terbuka menerima hasrat Hadi itu, namun penyiarannya mungkin dihadkan bagi menjaga kepentingan kerajaan.
"Saya kira itu tidak jadi masalah tetapi hanya panjang pendeknya terpaksa dilihat dari sudut praktikaliti penyiaran di RTM," katanya. - SH.
Sebahagian Ahli Perkasa Yang Berdemo Di Terengganu Minta Tuan Guru Haji Hadi ‘bertaubat’
ABU: Macam **********!!!!!!
No comments:
Post a Comment