Menangislah kerana takut Allah
Detik Islam,
Mengapa kadang-kadang kita menangis, dan siapa yang menetapkan fitrah (naluri) ini kepada kita yakni fitrah menangis? Seorang bayi sejak lahir ke dunia ini kita melihatnya menangis dan seseorang yang rapat dengan kita juga menangis. Maka menangis adalah fitrah Allah ciptakan pada diri manusia, dan kebanyakan orang-orang jahil meyakini bahawa menangis tidak ada manfaatnya. Akan tetapi terdapat beberapa kajian untuk membuktikan kebalikan dari keyakinan orang-orang jahil tersebut.
Dalam
al-Quran menyebutkan bahawa menangis adalah sifat yang baik namun
dengan syarat bahawa menangis itu kerana rasa takut kepada Allah
Subhanahu wa Ta'ala.
Beberapa pakar psikologi melontarkan satu idea "Perubatan Dengan Menangis"
Seperti
dilaporkan dari laman Al-Sofwa, satu penyelidikan dilakukan oleh para
penyelidik AS dan Belanda menemui kebaikan di sebalik menangis bahawa
kebanyakan orang merasakan bertambah baiknya perasaan mereka setelah
menangis dan pada saat yang sama, hanya satu orang dari 10 yang
keadaanya adalah buruk selepas itu (selepas menangis ).
Ahli
psikologi dari University of South Florida, AS dan Universiti Tilburg,
Belanda mendapati bahawa orang yang menangis dan mengeluarkan air
matanya merasakan bertambah baiknya perasaan mereka.
Sebaliknya,
tercatat bahawa sekitar satu pertiga daripada 3,000 orang yang mengikuti
kajian tersebut, perasaan mereka tidak baik selepas menangis. Hasil
kajian ini diterbitkan dalam American Journal of Psychology - mengaitkan
antara manfaat menangis dengan tempat dan waktu menangis tersebut.
Kajian ini melihat bahawa menangis memberikan kesan menenangkan, seperti
pernafasan yang menjadi lambat dan hal ini dapat mengurangkan kadar
denyutan jantung. Para penyelidik menganggarkan bahawa hal inilah
menyebabkan mengapa manusia mengingat perkara yang positif selepas
menangis dan menghidari perasaan tegang.
Para penyelidik
melakukan penyelidikan mengenai tangisan di makmal dan mereka mendapati
bahawa kebanyakan hasilnya adalah perasaan yang buruk. Mereka merumuskan
bahawa sebabnya adalah keadaan tegang, imaginasi dan pemantauan.
Hal-hal demikian akan menimbulkan perasaan-perasaan negatif yang
menghalang kebaikan yang positif berkaitan dengan menangis.
Kajian
ilmiah ini menguatkan apa yang ada dalam kajian sebelum ini, tentang
manfaat menangis yang dirasakan oleh para penyelidik di bidang
psikologi. Namun para penyelidik tersebut tidak mengetahui cara menangis
yang betul dan berkesan!
Menangis kadang-kadang boleh menjadi
ubat untuk banyak penyakit, tetapi dengan syarat bahawa tangisan
tersebut disebabkan rasa takut kepada Allah. Dan itulah yang dikhabarkan
al-Quran, dengan firman-Nya ketika menceritakan tentang orang-orang
beriman yang khusyuk 'yang hati mereka merasakan pengaruh dari firman
Allah, apa reaksi mereka? Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman tentang
mereka:
"Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk." (Surah al-Israa' : ayat 109)
Lihatlah
bagaimana penjelasan Ilahi ini mengaitkan antara menangis dengan
khusyuk. Maka kedua-duanya adalah cara yang terbaik untuk mengubati
penyakit mental.
Menangis disebabkan rasa takut kepada Allah
menambah kekhusyukan dan ketakutan kepada Allah pada diri seorang yang
beriman, dan membuatnya lupa kepada kesedihan, dan
kebimbangan-kebimbangan lain.Mengapa hal ini terjadi? Orang yang
dipengaruhi oleh firman Allah dan membayangkan kegerian hari kiamat
serta mengingat kebesaran Pencipta, nescaya akan dapat menghindari
masalah dan kesedihan yang dihadapinya sehingga dia lupa akan
masalahnya.
Ini adalah langkah pertama dalam proses
menyelesaikan masalah apapun yang dihadapi iaitu dengan melihat masalah
ini sebagai sesuatu yang remeh dan boleh diselesaikan sehingga dengan
demikian dia akan mudah menyelesaikan masalah tersebut. Perkara ini
telah ditegaskan oleh pakar psikologi dan program neuro-linguistic
tentang penyelesaian masalah dan kesukarannya.
Oleh itu, Allah
menyebutkan berkaitan "menangis" pada beberapa ayat di dalam al-Quran.
Dia menjadikannya sebagai tempat untuk mendekatkan diri kepada Allah dan
sebagai indikasi kejujuran seorang mukmin takutnya kepada Sang
Pencipta, Yang Maha Berkuasa. Allah berfirman:
“Maka patutkah
kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini
(sehingga kamu mengingkarinya)? Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya)
dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan
balasan buruk yang akan menimpa kamu)? Sedang kamu adalah orang-orang
yang sombong angkuh, lagi yang melalaikan kewajipan? Oleh hal yang
demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah menurunkan
Al-Quran itu) dan beribadatlah kamu kepada-Nya (dengan sepenuh-penuh
tauhid).”(Surah An-Najm: ayat 59-62)
Maka dalam nas al-Quran
ini, Allah memerintahkan kita untuk menangis kerana takut kepada-Nya
dan agar kita menjauhi perkara sia-sia serta menjauhi banyak ketawa. Hal
itu tidak menghalang kita daripada tersenyum yang juga tergolong
sebagai ubat (untuk mengubati kesedihan dan masalah).
Sesungguhnya
menangis,, khusyuk, dan doa adalah resipi yang bagus untuk mengubati
ketegangan jiwa. Kita memohon kepada Allah agar menjadikan kita termasuk
antara golongan yang Allah berfirman tentang mereka:
"...
Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam
(mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada
Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyuk
kepada Kami. " (Surah al-Anbiyaa : ayat 90)
Oleh itu, perlunya kita pada zaman ini berdoa, khusyuk, dan tangisan yang disebabkan kerana rasa takut kepada Allah.
Semoga
Allah melepaskan kesedihan kita dan memberikan kesabaran kepada kita
kerana tidak ada pemberian daripada Allah yang lebih luas berbanding
kesabaran sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam.
Sumber Artikal: http://detikislam.blogspot.com. Sumber Gambar: Pelbagai.
No comments:
Post a Comment