Khutbah Jumaat 28 Disember 2012 / 14 Safar 1434H
Khutbah Pertama
اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ
وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ .
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Bertakwalah kita kepada Allah SWT dengan sebenar-benar ketakwaan dengan
mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.
Ingatlah!, bahawa segala amal perbuatan kita akan disoal oleh Allah SWT
di akhirat kelak.
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Zakat adalah salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan. Rasulullah s.a.w. bersabda yang berbunyi:
بُنِيَ
الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ
الزَّكَاةِ وَصَوْمِ رَمَضَانَ وَالْحَجِّ الْبَيْتِ مَنْ اسْتَطَاعَ
إِلَيْهِ سَبِيلًا
"Islam didirikan di atas lima perkara, iaitu bersaksi bahawa tiada
Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah, mendirikan
solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan ramadhan dan mengerjakan
haji ke Baitullah Al-Haram bagi sesiapa yang berkemampuan." (Muttafaqun ’Alaih).
Allah SWT amat mencintai orang-orang yang ikhlas membelanjakan hartanya
di jalan Allah. Allah SWT memuji perbuatan mereka sebagaimana
Firman-Nya:
فَأَمَّا مَنْ أَعْطَىٰ وَاتَّقَىٰ ﴿٥﴾ وَصَدَّقَ بِالْحُسْنَىٰ ﴿٦﴾ فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْيُسْرَىٰ ﴿٧﴾
Maksudnya ;
“Ada pun orang yang (suka) memberi (sedekah atau
zakat) dan bertakwa serta percaya kepada perkara yang baik (dan pahala
di syurga) maka Kami akan mudahkan baginya jalan yang mudah (yang akan
membawa kejayaan dunia dan akhirat)” (surah al-Lail ayat 5-7).
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Zakat bukan hanya sekadar ibadah semata-mata. Ia adalah amalan yang
dapat mengikat hubungan antara seorang hamba dengan pencipta-Nya dan
membentuk hubungan antara seorang individu dengan anggota masyarakat
yang lain serta dapat membangun sesuatu ummah. Zakat adalah rahmat yang
dikurniakan oleh Allah kepada manusia. Rahmat ini bukan hanya dapat
dirasai oleh penerima zakat, bahkan turut dikongsi bersama oleh pembayar
zakat dan umat Islam seluruhnya. Zakat juga merupakan menifestasi
kemajuan islam.
Sejarah telah membuktikan bahawa, negara Islam pernah merasai nikmat
kamakmuran dan kesejahteraan hasil daripada sistem zakat seperti yang
telah berlaku di zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan zaman
kegemilangan Islam. Sesungguhnya, zakat mempunyai beberapa matlamat yang
ditentukan oIeh Allah SWT:
1. Matlamat Agama
Allah SWT berfirman dalam surah At-Taubah: 103:
خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا
Maksudnya: "Ambillah daripada harta mereka zakat, supaya dengannya
engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari
akhlak yang buruk)."
Al-Quran menerangkan bahawa zakat mempunyai dua tujuan utama iaitu:
(At-Tathhir) pembersihan dan (At- Tazkiah) penyucian. Sesungguhnya, hati
manusia sangat mencintai harta dan kekayaan. Allah SWT berfirman dalam
surah Al-Fajr ayat 20:
وَتُحِبُّونَ الْمَالَ حُبًّا جَمًّا ﴿٢٠﴾
Maksudnya: "Dan kamu pula amat mencintai harta benda dengan kecintaan yang bersangatan".
Justeru, amalan zakat dapat menyucikan hati dan jiwa manusia daripada
menghambakan diri kepada harta. Inilah bukti keimanan dan kecintaan
seorang hamba kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi cintanya kepada harta.
Selain itu, zakat juga bertujuan untuk menyucikan akhlak manusia.
Sesungguhnya, sifat bakhil dan kedekut adalah penyakit paling buruk yang
melanda orang-orang yang berharta.
Sebuah hadith dari Jabir bin Abdullah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang berbunyi:
اتَّقُوا
الظُّلْمَ فَإِنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَاتَّقُوا
الشُّحَّ فَإِنَّ الشُّحَّ أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ حَمَلَهُمْ
عَلَى أَنْ سَفَكُوا دِمَاءَهُمْ وَاسْتَحَلُّوا مَحَارِمَهُمْ
"Jauhilah kezaliman kerana kezaliman akan membawa kepada kegelapan
di hari kiamat. Jauhilah sifat bakhil kerana sesungguhnya sifat bakhil
memusnahkan orang-orang sebelum kamu. Sifat bakhil menyebabkan mereka
menumpahkan darah dan melanggar batasan." (Riwayat Muslim)
OIeh itu, ubat paling mujarab untuk merawat penyakit bakhil dan kedekut
ini adalah dengan menginfaqkan harta di jalan Allah SWT. Dengan
berzakat, kita dapat menghapuskan sifat bakhil dan kedekut apabila
dengan ikhlas dan rela hati memberikan harta yang kita miliki kepada
orang fakir dan miskin untuk meraih redha Allah SWT.
Selain itu juga, zakat dapat membersihkan dan memelihara harta.
Sesungguhnya, kita tidak mampu memelihara harta kita dari kejahatan
orang lain melainkan dengan pertolongan Allah SWT. Justeru, Islam
mengajar kita agar memelihara harta dengan berzakat.
2 . Matlamat Sosial
Prof. Dr . Yusuf Al-Qardhawi menjelaskan, setiap manusia sangat berhajat
kepada keperluan asasi hidup seperti makanan, pakaian, tempat tinggal,
kesihatan, pendidikan dan sebagainya. Ianya diperlukan agar manusia
mampu hidup menjadi khalifah dan hamba Allah dengan sempurna .
OIeh kerana tidak semua manusia mampu memenuhi keperluan ini, maka Allah
SWT mensyariatkan zakat agar umat Islam dapat saling bantu-membantu
dalam memenuhi keperluan hidup mereka. Dengan berzakat, orang kaya dapat
memberikan sebahagian daripada hartanya kepada fakir miskin. Dengan
zakat juga, orang miskin dapat merasai nikmat kebahagiaan hidup serta
merasai wujudnya tangan-tangan si kaya yang pemurah, yang dapat
membantunya untuk merasai kesejahteraan hidup. Rasulullah s.a.w.
Bersabda yang berbunyi:
لَا
تَحَاسَدُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَقَاطَعُوا وَلَا تَحَسَّسُوا وَلَا
يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ
إِخْوَانًا
"Janganlah kamu berhasad dengki antara satu dengan yang lain.
Janganlah kamu saling menipu, janganlah kamu saling membenci atau
bermusuhan, janganlah kamu jauh menjauhi (memutuskan silaturrahim), dan
janganlah kamu menjual sesuatu yang telah dijual kepada orang lain,
jadilah kamu sekalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. . ." (Riwayat Muslim)
3. Matlamat Ekonomi
Pakar-pakar Ekonomi mengatakan, ekonomi negara akan berkembang apabila
kuasa beli penduduknya meningkat. Apabila kuasa beli meningkat, maka
permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan akan bertambah di dalam
pasaran. Maka semakin meningkat keperluan ekonomi dan cabaran yang akan
dihadapi oleh kita semua.
Oleh itu, Majlis Agama Islam Perak telah berjaya mengagihkan hasil
daripada zakat yang telah ditunaikan oIeh pembayar zakat pada tahun 2011
yang lalu, sebanyak 86.11 juta ringgit kutipan zakat kepada golongan
asnaf yang sangat memerlukan. Di antara bantuan zakat yang telah
disalurkan oIeh pihak Majlis Agama Islam sepanjang tahun 2011 ialah
seperti bantuan bina dan baik pulih rumah fakir miskin sebanyak 6.9
juta ringgit, pembayaran untuk bantuan modal sebanyak 0.6 juta ringgit,
pembayaran bantuan perubatan sebanyak 1.1 juta ringgit, dan bantuan
bulanan kepada asnaf fakir miskin yang berjumlah 13.9 juta ringgit bagi
tempoh sepanjang 2011.
Keadaan ini sudah pasti dapat meningkatkan kuasa beli umat Islam. Nikmat
ini sudah tentu akan kembali semula kepada pembayar zakat dari kalangan
peniaga, usahawan, pembekal barangan, perkhidmatan, kontraktor dan
sebagainya kerana wang zakat digunakan untuk mendapatkan barangan dan
perkhidmatan yang diperlukan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah kita menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah SWT dengan
menunaikan zakat harta kita yang wajib dizakatkan seperti zakat
pendapatan, zakat emas dan perak, zakat wang simpanan, saham, KWSP,
zakat tanaman dan binatang ternakan. Majlis Agama Islam Perak telah
menyediakan pelbagai perkhidmatan pembayaran zakat untuk kemudahan umat
Islam seperti pembayaran zakat kaunter di seluruh daerah Di Negeri
Perak, pembayaran zakat melalui potongan gaji, perbankan internet, ejen
bank dan pos, amil yang dilantik dan sebagainya.
Ingatlah, ke suatu ketika dahulu kita lahir ke dunia ini sebatang-kara
tanpa harta, pakaian, pangkat dan kedudukan. Lalu, dengan rahmat dan
kasih sayang- Nya, Allah SWT kurniakan kepada kita segala nikmat dan
kebahagiaan. Rumah banglo, kereta mewah, saham, wang simpanan, pangkat
dan pekerjaan yang menjadi kebanggaan kita pada hari ini.
Apakah dengan segala nikmat tersebut, kita merasa berat untuk membalas
kurniaan Alllah itu dengan hanya mengeluarkan zakat sebanyak 2 .5%
sahaja?
بَارَكَ
اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ
بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى
وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ
قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ
الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ
فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
Khutbah Kedua
اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ
وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ .
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Sidang jumaat yang dirahmati oleh Allah,
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Muddaththir ayat 42 – 44:
مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ ﴿٤٢﴾ قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ ﴿٤٣﴾ وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ ﴿٤٤﴾
Maksudnya: "(Ahli-ahli syurga bertanya kepada ahli neraka):
"Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) saqar?” Ahli
neraka menjawab: "(Dahulu) kami tidak termasuk dari kalangan orang yang
sembahyang, dan kami juga tidak pernah memberi makan (bersedekah) kepada
orang miskin."
Kesimpulan dari khutbah pertama tadi ialah :
1. Membayar zakat adalah salah satu bukti seseorang hamba patuh dan
tunduk kepada perintah Allah dengan mengeluarkan harta yang
disayanginya.
2. Zakat adalah tali penghubung di antara orang yang berada dengan orang yang kurang berkemampuan.
3. Orang yang berzakat dikurniakan pahala yang berlipat ganda, dan Rahmatnya melimpah kepada seluruh masyarakat.
4. Menyayangi harta sehingga tidak berzakat, adalah sayang yang tidak
kena pada tempatnya. Bukankah menyayangi dan mengasihi golongan yang
miskin lebih mulia dari menyayangi harta?
5. Membayar zakat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
sebelum berakhir tahun 2012, berhak mendapat rebat (pengecualian) cukai
mengikut jumlah zakat yang dibayarnya.
اَللَّهُمَّ
اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ
والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ
قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم . اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ .
اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ،
اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ،
إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف
عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ ، وَاشْكُرُوهُ
عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ ،
وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .
Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang
www.4shared.com
Dimuat turun dari blog Dewan Ulamak Pas Perak
Ini adalah testimoni saya tentang bagaimana saya akhirnya menyertai orde dunia baru, Illuminati setelah saya cuba untuk menyertai selama lebih 2 tahun sekarang tetapi penipu mengambil wang daripada saya beberapa kali. Saya telah mencari untuk menyertai Illuminati sekian lama, tetapi penipu terus mengambil wang saya sehingga awal tahun ini apabila saya bertemu dengan Lord Felix Morgan dalam talian, saya menghubunginya dan saya menerangkan segala-galanya kepadanya dan dia mengesyorkan pendaftaran yang digunakan dan saya membayar untuk ahli besar untuk membantu saya bermula dan saya telah dimulakan ke dalam World Order dan saya menerima jumlah $1,000,000 dolar AS selepas permulaan saya dilakukan. Saya sangat gembira! Dan berjanji untuk menyebarkan kerja baik Lord Felix Morgan. Jika anda berminat untuk menyertai Illuminati perintah dunia baharu hari ini, hubungi Lord Felix Morgan hari ini dia adalah peluang terbaik anda untuk mendapatkan keahlian kepada illuminati yang sentiasa anda inginkan. Hubungi Lord Felix Morgan E-mel: Illuminatiofficial565@gmail.com atau WhatsApp +2348055459757
ReplyDelete