Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Sunday, 23 December 2012

Pemalas Bukan Sikap Pejuang Dan Ahli PAS

Pemalas ialah sifat mazmumah (keji), yang tidak patut ada di dalam diri orang Islam, lebih-lebih lagi kepada ahli Pas yang memikul risalah perjuangan yang besar. Nabi SAW telah mengajar kita berdoa kepada Allah supaya penyakit ini tidak melekat di batang tubuh kita. Sebagaimana doanya “Ya Allah, jauhkan aku daripada ditimpa penyakit lemah dan malas, dan jauhkan aku dari kalangan orang-orang yang dibebani hutang”.

Islam tidak akan berkembang jika penganut atau dai yang terdahulu terdiri daripada mereka yang malas. Nabi-Nabi yang diutuskan Allah merupakan dari kalangan mereka yang rajin dan tekun dalam kerja mereka. Pas juga tidak akan berkembang pesat seperti hari ini jika orang yang terdahulu dari kalangan mereka yang malas. 

Tidak ada istilah menganggur atau goyang kaki mengharapkan usaha orang lain dalam menjalankan tugas perjuangan. Setiap muslim terutama ahli Pas patut bekerja siang dan malam untuk menyebarkan risalah Allah di atas muka bumi ini. Sebagaimana dinyatakan oleh Nabi Noh AS yang dicatat di dalam al-Quran “Aku berdakwah kaum aku siang malam, tetapi tidak bertambah malahan mereka lari daripada aku”. (Nuh 71:5).

Qudwah kita ialah para Rasul, kerana mereka merupakan ikon yang palng unggul dan paling rajin di kalangan manusia. Jangan jadi penganggur dan pemalas di dalam parti. Banyak kerja yang boleh dilakukan. Jangan beranggapan kerja di dalam parti hanya berceramah sahaja atau perlu berada di saf hadapan. Setiap kerja yang mendatangkan kebaikan kepada parti dan jamaah amatlah dituntut. Apa yang penting adalah ikatan kita dengan jamaah walaupun kita berada di posisi apa dan mana sekali pun. 
 
Hindari dari menjadi manusia yang rajin mencari kesalahan orang lain dan parti, tetapi malas bekerja. Adalah menjadi cara berfikir yang silap, jika ada di kalangan kita yang beranggapan bahawa mereka yang terlibat dengan parti ialah mereka berceramah dan hanya memegang jawatan penting di dalam parti sahaja. 

Sebahagian besar di kalangan kita mungkin terdiri daripada mereka yang berkemampuan dan berkeupayaan untuk merancang,mentadbir dan memimpin dengan baik. Mereka ini hanya menggerakkan Pas di peringkat cawangan sahaja. Sebenarnya di situlah kekuatan Pas. Perlu diingat, hanya cawangan sahaja yang mempunyai ahli. Mereka yang berada di cawangan boleh membuat culaan yan paling tepat kerana mereka kenal dan tahu siapa yang berada di dalam daftar pemilih. 

Terdapat juga di kalangan kita yang hanya mampu memberi sumbangan berbentuk kewangan dan material kerana tidak bersedia menunjulkan diri atas sebab-sebab yang tertentu. Begitu juga yang terlibat dalam kerja-kerja kecil seperti menguruskan PASTI dan kelas-kelas bimbingan di peringkat cawangan. Biarpun sekecil mana sumbangan kita tetapi manfaatnya besar.Apa sahaja tugas yang boleh menguntungkan parti maka bererti kita tergolong dari kalangan orang yang rajin.

Hindari daripada menjadi manusia yang tidak memberi sumbangan kepada parti, lebih malang apabila terdapat di kalangan kita yang sering membuat masalah kepada parti. Mereka ini dikategori rajin juga, tetapi rajin menghentam pimpinan yang bekerja. Tidak ada langsung simpati dan belas kasihan kepada orang-orang yang bekerja. Seolah-olah, mereka seorang sahaja yang pandai dan betul. 

Pemerhatian saya di dalam parti, seseorang yang rajin walaupun pada peringakat awalnya mereka seorang yang kurang cerdik dan berketrampilan, akhirnya akan menjadi seorang yang cerdik dan berkemampuan dalam jamaah. Seseorang yang malas pula, walaupun pada asalnya seorang yang cerdik, lama-kelamaan akan menjadi seorang bodoh malah senang pula diperbodohkan oleh orang lain terutama pihak lawan. Kunci kepada kejayaan seorang ialah rajin. Sifat malas membunuh benih kecerdikan, seperti pepatah Melayu menyebut “Belakang parang, jika diasah lama-kelamaan menjadi tajam”. 

Walaupun perjuangan Pas ini benar kerana berpegang kepada dasar yang tidak pernah diubah samaada sewaktu menang atau kalah, samaada keseorangan atau berkawan. Seperti di dalam Perlembagaan Pas Fasa 3 “Dasar Pas ialah Islam” namun jika ahli dan pimpinannya malas, segala cita dan impian tidak akan mendatangkan kejayaan. Sebaliknya parti atau pertubuhan lain yang dasar perjuangannya hanya untuk kepentingan duniawi semata-mata, jika ahlinya rajin, maka Allah akan beri kejayaan kepada parti dan pertubuhan mereka. Sebagaimana Firman Allah SWT “Allah tidak menukarkan sunnah peraturannya”. (Fatir 35:43). 

Oleh itu kita tidak boleh mengharapkan kemenangan tanpa berusaha dan bekerja dengan bersungguh-sungguh. Pejuang Islam sepatutnya insaf, jika kita malas secara tidak langsung kita telah membantu menguatkan pihak lawan. Mereka suka jika kita malas bekerja. Mereka resah apabila melihat ahli Pas agresif dan tekun ketika bekerja. Pemimpin lawan tidak lena idur jika setiap cawangan mempunayai seorang dua ahli Pas yang bekerja dengan agresif. Jangan kita berdegar-degar marah kepada pihak lawan sehinggakan tidak boleh "bertindih bayang" namun amatlah malang dari segi gerak kerja parti kita dianggap "zero”

Sebab-sebab Yang Menjadi Seseorang Pemalas 

1. Berpunca daripada sikap sendiri. Tabiat pemalas yang sudah bersarang di dalam sanubari sehingga menjadi darah daging dan tidak berusaha untuk berubah. 

2. Sikap mengharapkan orang lain.Beranggapan apabila orang lain sudah buat, maka tidak perlu menyibukkan diri untuk melaksanakan kerja jamaah.Mereka hanya berpeluk tubuh sahaja. 

3. Berkawan dan bersahabat dengan orang-orang yang malas.Banyak sifat manusia dibentuk oleh kawan. Sifat ini menyebabkan manusia menjadi pemalas kerana dipengaruhi oleh kawan. Sebab itu nabi SAW menginngatkan kepada kita supaya pilih kawan yang baik kerana ia banyak membentuk watak kita. Sabda Rasulullah SAW “Manusia bersama dengan rakannya, perhatikan siapa rakannya”. 

4. Tiada rasa bersalah.Orang lain bertungkus lumus berjuang untuk menegakkan jamaah sedangkan dia beristirehat di rumah atau berborak kosong di kedai kopi.Kepada ahli jamaah, mohon dilindungi oleh Allah dari menjadikan hati kita mati dan tidak sensitif sehingga merasa tidak bersalah apabila kita malas untuk membuat kerja jamaah dan dakwah. Orang yang malas, hatinya mati dan tidak berperasaan untuk membantu parti dan jamaah. 

5. Tidak mahu merendah diri atau menurunkan status kedudukan.Mereka menganggap hanya mereka sahaja yang layak berada di tahap yang tinggi. Kerja kecil bukan taraf mereka. Apabila tidak dapat berada di tahap tinggi mereka lebih rela menjadi "penganggur" di dalam parti atau jamaah. 

6. Kurang mengingati mati dan mengabaikan akhirat. Apabila unsur ini tidak ada, maka hati menjadi mati dan tidak bermaya. Kerja amal di dalam jamaah adalah sebahagian daripada bekalan kita selepas mati. Nasib malang akan menimpa kepada kita dan jamaah jika unsur ini sudah jauh dan hilang dari sanubari dan kalbu kita. 

7. Sering bergaul dan terikut-ikut dengan pemikiran orang yang berjiwa kecil. Orang malas ialah mereka yang berjiwa kecil. Anggapan mereka Pas tidak mampu melawan kekuatan musuh yang mempunyai pelbagai kelengkapan. Apabila kita terlalu rapat dengan pihak-pihak yang berjiwa kecil ini, secara tidak langsung akan mengurangkan semangat untuk berjuang. Ramai aktivis parti yang kecundang setelah berkawan dengan orang yang berjiwa kecil.Nabi SAW bersabda “bukanlah kaya itu kaya harta, tetapi kaya jiwa” 

Diolah semula dari artikal Pemalas Boleh Mengukuhkan Umno - Oleh Idris haji Ahmad - AJK Penerangan PAS Pusat.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR