Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Wednesday 5 December 2012

Posmen kerja 5 hari seminggu mulai Jan 2013

6 Disember 2012
Rais Yatim
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim

KUALA LUMPUR - Seramai 8,500 posmen di seluruh negara bakal menikmati waktu bekerja lima hari seminggu mulai 1 Januari depan berbanding enam hari sekarang, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, kesemua posmen berkenaan adalah sebahagian daripada 16,500 kakitangan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) yang layak untuk menikmati waktu bekerja baru itu selain daripada pekerja sektor  perkeranian.

Rais bagaimanapun berkata, bagi kakitangan di Sabah dan Sarawak, penyelarasan waktu bekerja baharu itu hanya berkuat kuasa pada 1 Februari 2013 kerana Pos Malaysia memerlukan lebih masa bagi membuat penyelarasan termasuk dari segi pentadbiran.

"Kedua-dua negeri ini (Sabah dan Sarawak), Pos Malaysia perlukan tempoh empat minggu lebih daripada di Semenanjung untuk membuat penyusunan operasi dan pentadbiran dengan mengambil kira keadaan geografi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra bersama wakil Kesatuan-kesatuan Sekerja Pos Malaysia di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini, semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang, Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Kamaruddin Siaraf serta Pengerusi Pos Malaysia Berhad Datuk Seri Mohd Khamil Jamil.

Rais berkata, bagi kakitangan yang perlu bekerja pada hujung minggu terutama di kompleks membeli-belah mereka layak untuk menikmati bayaran atau imbuhan lebih masa yang munasabah.

Beliau berkata, penyelarasan waktu berkerja baru dari enam hari kepada lima hari seminggu merupakan satu daripada bukti bahawa pelbagai transformasi yang dilakukan oleh kerajaan adalah bersifat kasih sayang.

"Kerajaan sayang dengan semua rakyat sebab itu kita selaraskan sedikit demi sedikit... ini satu penghormatan buat warga Pos Malaysia," katanya.

 Sementara itu Presiden Kesatuan Penolong Eksekutif Pos Malaysa Berhad, Jamaluddin Kassim berkata dengan penyelarasan waktu berkerja baharu itu, warga Pos Malaysia terutama posmen kini mempunyai lebih masa untuk bersama keluarga.

Menurutnya perjuangan untuk mengurangkan waktu berkerja itu dibuat sejak 1992. - Bernama

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR