(Speaker DUN Kelantan membantu mangsa banjir)
KUALA LUMPUR - 26 Disember, Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan bertambah buruk dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan di kedua-dua negeri pantai timur itu meningkat malam ini.
Jumlah keseluruhan mangsa di Terengganu, Kelantan dan Pahang ialah 19,958 orang malam ini berbanding 17,443 petang tadi.
Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), banjir di Terengganu adalah yang paling buruk apabila mangsanya meningkat kepada 11,489 orang malam ini berbanding 10,412 petang tadi.
Sebanyak 147 pusat pemindahan dibuka di tujuh daerah di negeri itu iaitu di Besut, Setiu, Kemaman, Marang, Dungun, Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu.
Laman portal MKN juga melaporkan empat jalan ditutup di tiga daerah iaitu dua di Hulu Terengganu, dari Kampung Dendang ke Jerangau/Jabor dan Jalan Sungai Ular ke Atfa Cottage (Bulatan Jabor) serta masing-masing satu di daerah Kemaman dari Jalan Sungai Ular ke Cherating dan daerah Dungun dari Jalan Bukit Besi ke Dungun.
Setakat ini, banjir di Terengganu meragut dua nyawa iaitu seorang wanita Samhanim Ramli, 36, yang lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Lanjut di Jambatan Permaisuri, Setiu semalam dan terbaru, seorang remaja Mohd Hamidi Abdul Hamid, 15, yang lemas ketika bermain air di kawasan perumahan Bukit Mentok pada 2 petang.
Di PAHANG, mangsa banjir mencatatkan penurunan kepada 1,712 malam ini berbanding 2,473 petang tadi.
(PM tinjau banjir)
Sebanyak sembilan pusat pemindahan dibuka di negeri itu di mana lapan daripadanya di daerah Kuantan dan satu di Pekan.
Dua jalan ditutup di Daerah Kuantan di KM 16 Sungai Riau, Sungai Lembing dan KM 18 Jalan Kuantan selepas Balai Bomba Gebeng.
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di tujuh jajahan di Kelantan terus bertambah malam ini dengan merekodkan jumlah seramai 6,757 orang berbanding 4,513 petang tadi.
(MB Kelantan tinjau banjir)
Menurut portal rasmi kerajaan negeri, Pasir Mas masih mencatatkan jumlah teramai yang dipindahkan berikutan limpahan Sungai Golok yang masih mencecah paras bahaya.
Mangsa yang dipindahkan di Pasir Mas sehingga 9 malam ini adalah seramai 4,226 orang, Tumpat (1,540), Kuala Krai (269), Tanah Merah (243), Pasir Puteh (239), Kota Bharu (231) dan Machang (9).
Kesemua mereka membabitkan seramai 2,152 buah keluarga yang ditempatkan di 34 buah pusat pemindahan sementara.
(DR. Zailah bersama-sama petugas membantu mangsa banjir)
Selain Sungai Golok di Rantau Panjang yang masih mencecah paras bahaya itu, Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah juga masih di paras bahaya.
Namun keadaan cuaca yang baik hari ini menyebabkan paras air sungai tersebut termasuk sungai utama yang lain susut sedikit demi sedikit.
(melawat dan bersimpati dengan mangsa banjir)
Setakat ini, tiada jalan utama yang ditutup kepada kenderaan kecuali zon bebas cukai Rantau Panjang yang hanya boleh dilalui pacuan empat roda atau kenderaan berat sahaja.
Hujan renyai-renyai kembali turun sejak awal malam ini.
Esok, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual meninjau keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu. - Bernama.
(gambar hiasan - Kewajipan tetap ditunaikan biarpun dalam situasi begini)
Terengganu: Korban kedua, seorang masih hilang
KEMAMAN -26 Disember, Kejadian banjir di Terengganu meragut satu
lagi nyawa hari ini apabila seorang remaja lemas ketika bermain air
banjir di kawasan perumahan Bukit Mentok, di sini petang ini.
Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu mangsa Mohd Hamidi Abdul Hamid,
15, dan seorang rakannya, dipercayai bermain dan mendayung sampan
berhampiran rumahnya.
Ketua Polis Daerah Kemaman Che Suza Che Hitam berkata seorang lagi
rakan mangsa yang belum diketahui identitinya pula turut dilaporkan
hilang dan belum dapat dipastikan lagi nasibnya.
"Kejadian itu disedari keluarga mangsa setelah hampir dua jam mangsa tidak pulang ke rumah.
"Keluarganya melihat sampan yang dinaiki mangsa kosong dan lantas mencari mangsa di kawasan sekitar.
Menurutnya ahli keluarga mangsa bagaimanapun berjaya menemui mangsa kira-kira 4.30 petang tadi berhampiran sampan berkenaan.
Panik dengan kejadian itu bapa mangsa memanggil Jabatan Pertahanan Awam
(JPAM) lalu menghantar mangsa ke hospital dan pihak hospital
mengesahkan mangsa telah meninggal.
Difahamkan kediaman mangsa di taman perumahan itu ditenggelami air sedalam 1.5 meter berikutan hujan lebat sejak dua hari lalu.
Dalam pada itu Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
yang turut melawat mangsa banjir di daerah ini hari ini berkata banjir
yang melanda daerah Kemaman tahun ini adalah antara banjir terburuk
sejak lebih 30 tahun lalu. - Bernama.
(Gambar-gambar - pelbagai sumber)
Ini adalah testimoni saya tentang bagaimana saya akhirnya menyertai orde dunia baru, Illuminati setelah saya cuba untuk menyertai selama lebih 2 tahun sekarang tetapi penipu mengambil wang daripada saya beberapa kali. Saya telah mencari untuk menyertai Illuminati sekian lama, tetapi penipu terus mengambil wang saya sehingga awal tahun ini apabila saya bertemu dengan Lord Felix Morgan dalam talian, saya menghubunginya dan saya menerangkan segala-galanya kepadanya dan dia mengesyorkan pendaftaran yang digunakan dan saya membayar untuk ahli besar untuk membantu saya bermula dan saya telah dimulakan ke dalam World Order dan saya menerima jumlah $1,000,000 dolar AS selepas permulaan saya dilakukan. Saya sangat gembira! Dan berjanji untuk menyebarkan kerja baik Lord Felix Morgan. Jika anda berminat untuk menyertai Illuminati perintah dunia baharu hari ini, hubungi Lord Felix Morgan hari ini dia adalah peluang terbaik anda untuk mendapatkan keahlian kepada illuminati yang sentiasa anda inginkan. Hubungi Lord Felix Morgan E-mel: Illuminatiofficial565@gmail.com atau WhatsApp +2348055459757
ReplyDelete