25 Disember 2012
Wanita itu terlebih dahulu hadir ke Balai Polis Johor Bahru Selatan (JBS) kira-kira jam 12 tengah hari sebelum dibawa oleh sepasukan anggota polis ke Rumah Mayat HSA lebih kurang jam 1.30 petang semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dr Hashim Haron berkata, wanita itu bagaimanapun gagal mengecam mangsa ekoran wajah termasuk 80 peratus anggota badannya sudah rentung.
“Namun, ingin saya tegaskan di sini, dia (wanita tersebut) bukanlah waris dan tidak mempunyai sebarang pertalian persaudaraan dengan mangsa.
“Dia hanyalah orang awam yang prihatin dan dia tampil kerana kalau-kalau kanak-kanak malang tersebut merupakan individu yang pernah dikenalinya,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.
Hashim berkata, pihaknya masih belum mendapat petunjuk baru.
Pihaknya menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat memaklumkan kepada pihak polis dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Idris Sith di talian 07-223 2222 atau hotline polis 07-221 2999 / 07-225 4422
No comments:
Post a Comment