“ISLAM MEMBAWA RAHMAT SEJAGAT”
Khutbah Pertama
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَهْدِيْهِ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئاَتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْهُ فَلاَ هَادِىَ لَهُ.
أَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، أَرْسَلَهُ بِالْحَقِّ بَشِيرًا وَنَذِيرًا بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ، مَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ رَشَدَ، وَمَنْ يَعْصِهِمَا فَقَدْ غَوَى.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ !! اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُم وَإيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ.
Wahai hamba-hamba Allah, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan taqwa. Saya menyeru kepada diri saya dan juga sidang Jumaat sekalian, agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah, dengan melakukan segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Firman Allah Taala di dalam surah al-‘Araf ayat 96 :-
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ ٱلْقُرَىٰٓ ءَامَنُوا۟ وَٱتَّقَوْا۟ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَـٰتٍ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلْأَرْضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا۟ فَأَخَذْنَـٰهُم بِمَا كَانُوا۟ يَكْسِبُونَ
Maksudnya: “Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”.
Menurut Ibn Kathir di dalam kitab Tafsir al-Quran al-’Azim, ayat di atas menjelaskan ءَامَنُوا۟ dengan maksud beriman hati-hati mereka dengan apa yang diturunkan oleh rasul ke atas mereka, mereka membenarkannya dan mengikut setiap suruhannya. Adapun وَٱتَّقَوْا۟ memberi maksud bertaqwa dengan melakukan amalan ketaatan dan meninggalkan perkara yang diharamkan.
Secara keseluruhan ayat ini menjelaskan bahawa suatu golongan penduduk sesebuah negeri yang beriman dan bertaqwa kepada Allah, Allah akan memberi rezeki yang melimpah-limpah berbentuk air hujan dari langit dan tumbuh-tumbuhan dari bumi kepada mereka. Tetapi jika mereka mendustai rasul-rasul mereka maka mereka akan diazab dengan kemusnahan dan kehancuran atas apa yang mereka usahakan daripada perkara-perkara dosa dan yang diharamkan ke atas mereka. Termasuk perkara dosa adalah melakukan kezaliman, penindasan, mengambil hak orang lain dan sebagainya.
Sesungguhnya, agama Islam adalah agama yang menganjurkan keamanan dan kebahagiaan kepada umat manusia. Kebahagiaan yang sering dirasai oleh umat Islam sebenarnya turut dirasai oleh umat lain yang berada di sekeliling kita. Marilah sama-sama kita hayati sirah Rasulullah SAW yang melayani keburukan akhlak pengemis berbangsa Yahudi yang buta dengan akhlak yang cukup mulia yang tidak dapat diikuti oleh sahabat baginda Abu Bakar as-Siddiq setelah kewafatan Rasulullah SAW.
Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Di hujung pasar Madinah, ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap hari selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, “wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia orang gila, dia pembohong, dia tukang sihir, apabila kamu mendekatinya, maka kamu akan dipengaruhinya.”
Namun, setiap pagi Rasulullah mendatanginya dengan membawa makanan tanpa mengucapkan sepatah kata pun. Rasulullah menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu, sedangkan dia tidak mengetahui orang yang menyuapnya makanan adalah Rasulullah.
Rasulullah melakukan hal ini setiap hari sehingga baginda wafat. Setelah baginda wafat, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi yang buta itu.
Suatu hari, sahabat terdekat Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq datang berkunjung ke rumah anaknya Aisyah yang juga merupakan isteri baginda. Dia bertanya kepada anaknya itu, “Wahai anakku, apakah kebiasaan yang dilakukan oleh kekasihku Rasulullah yang belum pernah aku kerjakan?” Aisyah menjawab, Wahai ayah, engkau seorang ahli sunah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja iaitu setiap pagi Rasulullah akan pergi ke hujung pasar dengan membawa makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana”.
Keesokkan harinya, Abu Bakar pergi ke pasar membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar menghampiri pengemis tersebut lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika beliau mula menyuapnya, si pengemis itu marah dan mengherdik Abu Bakar, “Siapakah kamu?” Abu Bakar menjawab, “Aku orang yang biasa.” Pengemis berkata, “Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku. Apabila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapkanku, tetapi makanan tersebut dihaluskan terlebih dahulu. Setelah itu, dia berikannya kepadaku”.
Abu Bakar tidak dapat menahan air matanya. Dia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang kepadamu, aku adalah salah seorang sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada, dia adalah Muhammad Rasulullah SAW.”
Ketika itu juga, pengemis itu menangis mendengar penjelasan Abu Bakar dan berkata : “Benarkah begitu? Selama ini aku selalu menghinanya, mengfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku walaupun sedikit pun, dia datang kepadaku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia.” Akhirnya pengemis Yahudi buta itu mengucapkan kalimah syahadah di hadapan Abu Bakar as-Siddiq pada masa itu juga, sejak dari hari itu, dia menjadi seorang Muslim.
Sidang Jumaah yang dikasihi sekalian,
Kisah yang dipaparkan di atas, menunjukkan kepada kita kebaikan agama Islam yang ditonjolkan dengan membalas keburukan dengan kebaikan dan kelebihan berdiam diri. Rasulullah telah bertindak membalas keburukan pengemis Yahudi dengan memberi layanan yang baik dengan memberi makan kepada pengemis tersebut setiap hari sehinggalah baginda wafat. Inilah kebaikan yang ada pada agama Islam, bukan sekadar kepada umatnya sahaja, tetapi kebaikan Islam turut dirasai kepada umat yang lain.
Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah sama-sama kita renungi Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim iaitu :-
إنَّ اللهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوْا القِتْلَةَ وَإذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَ
Allah mewajibkan perlakuan yang baik dalam semua perkara, apabila
melakukan (hukum) bunuh lakukanlah dengan cara yang baik dan apabila
melakukan penyembelihan lakukanlah dengan cara yang baik.
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
Khutbah Kedua
اَلْحَمْدُ للهِ القَائِل
إِذَا جَآءَ نَصْرُ ٱللَّهِ وَٱلْفَتْحُ ﴿١﴾ وَرَأَيْتَ ٱلنَّاسَ يَدْخُلُونَ فِى دِينِ ٱللَّهِ أَفْوَاجًا ﴿٢﴾ فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَٱسْتَغْفِرْهُ ۚ إِنَّهُۥ كَانَ تَوَّابًا ﴿٣
Maksudnya:
“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad menguasai kota Makkah. Dan engkau melihat manusia memasuki agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah keampunan kepada-Nya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.” (Surah al-Nasr ayat 1-3)
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Agama Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam. Semua makhluk akan merasai kebaikan dan rahmat Islam apabila mereka menghayati dan mengamalkan agama Islam sebagaimana ia diturunkan tanpa sebarang pindaan atau pilihan. Apabila kita sebagai umat Islam mengamal apa yang ditetapkan oleh Islam, orang bukan Islam akan terpesona dengan keindahan yang ada pada agama Islam dan umatnya. Antara yang ditunjukkan oleh Rasulullah dalam kehidupannya adalah membalas penghinaan dan kutukan yang dilemparkan kepada baginda daripada pengemis Yahudi yang buta dengan memberi makan kepadanya setiap hari.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ
وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ
قُلُوْبِهِمْ،
وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ
الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ
اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم .
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ
انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ
وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ
أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ.
اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ
عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ
رُسُلَكَ،
وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ،
اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ
عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ.
اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ
السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ،
إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ
وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ
الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ
اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ.
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ
حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى
الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ،
وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ،
وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ
وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ.
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ
مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا
تَصْنَعُونَ.
Khutbah ini boleh juga di muat turun dari laman sesawang
www.4shared.com
No comments:
Post a Comment