Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Wednesday, 10 April 2013

Orang Asli pun dah tolak BN

Kumpulan masyarakat Orang Asli, yang dianggap sebagai deposit tetap Umno sejak sekian lama, dijangka akan mengetengahkan beberapa orang wakil sebagai calon mereka untuk bertanding dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Naib presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia Simpan Suda ketika dihubungi Malaysiakini berkata, antara kawasan yang menjadi tumpuan kali ini adalah kawasan parlimen Rompin dan Bera di Pahang serta Tapah di Perak.

Menurutnya, antara nama yang disebut-sebut sebagai calon adalah peguam dan aktivis Amani Williams-Hunt @ Bah Tony dan seorang lagi adalah pengerusi biro Felda dan Orang Asal PKR, Bob Manolan Mohamad.

Menurutnya, Bah Tony disebut-sebut sebagai calon parlimen Tapah manakala Bob Manolan, yang juga seorang timbalan ketua cabang PKR, untuk kawasan Bera.

Kedua-dua kawasan itu dikuasai BN dalam pilihan raya 2008 - kerusi Tapah disandang Datuk M Saravanan dari MIC dan Bera oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dari Umno.

Simpan yang pernah berkhidmat dua kali sebagai pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli pula berkata beliau sendiri bersedia untuk menjadi calon parlimen Rompin bagi merebut undi dari kira-kira 14,000 pengundi Orang Asli di kawasan itu.

Bagaimanapun, calon berkenaan hanya akan diputuskan dalam pertemuan bersama 28 orang Tok Batin minggu depan - beberapa hari sebelum tarikh penamaan calon 20 April.

Mesyuarat itu juga akan menentukan sama ada wakil masyarakat Orang Asli itu akan menyokong calon Umno atau Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

"(Pada)18 hari bulan esok barulah tahu siapa (calon) ke mana, (sokong) sebelah mana, itu tak tahu lagi," katanya kepada Malaysiakini.

Meski sokongan berkenaan masih belum jelas, calon dari kalangan Orang Asli itu dijangka akan menjejaskan majoriti BN sekiranya benar-benar akan bertanding.

Ditanya mengenai kecenderungannya sendiri, Simpan juga tidak mahu menyebut perkara itu dengan nyata.

"Saya ini nak kata (sokong) Umno ke parti mana tak tahu. Tapi (ketua umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim datang ke rumah saya di Port Dickson (di Kampung Sunggala)," katanya sambil tertawa.

Kemunculan lebih ramai calon dari masyarakat Orang Asli ini dijangka akan meningkatkan tumpuan mereka untuk membawa isu yang melanda komuniti masing-masing - khususnya tuntutan berkaitan hak dan pemilikan tanah.

Kumpulan masyarakat Orang Asli setakat ini hanya mendapat seorang wakil di Parlimen - Senator Muhammad Olian Abdullah dari Umno.
-Sumber : Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR